PascaSPM

God’s Servant, Medical Student, Computer Geeks, Moneymaker, Losing Lover, what else?..
Options:

Ditching Dubai : Unwell…

Assalamualaikum semua, huhu aku tertunggu2 bilalaa domain ngan webhost aku nie nak expired. Tapi cam tanak expired jer. So dalam keboringan nie aku amiklaa sedikit kesempatan nak tulis entri baru. At least ader gak bende yang aku bleh tunjuk dengan bangga kat semua. Hihihi..

Sebelum aku dan kengkawan, atopon lebih dikenali sebagai Power Rangers (PR) balik ke tanah air, kiteorang dengan poyonya transit kat Dubai selama sehari. Takde rakyat Malaysia lain yang waras transit selama tue, 3-4 jam jer. Tapi The Mastermind bukannya waras, so tak pelik rrr. Huhu seawal 6 stengah kteorang sampai kat airport, tapi cuaca yang panas cam enjin bas tue mengkonfiuskan kteorang, ingatkan dah tengahari, patutlaa takde teksi!

Akhirnya, ahli baru PR, Nadhir The Trickster (kaler purple) berjaya mendapatkan 2 kete beserta 2 driver untuk kteorang ‘rape apart’ Dubai nie, huhu. Tepat pukul 9, kteorang mula memperkosa. Huhu, sebab lapar tempat yang kteorang pergi dulu ialah KFC, iaitu kantin official PR kat seluruh dunia. Hehe KFC kat sini halal, so kteorang makan sampai lebam palatine bone, hehehe.

Pastue naik kete balik, aku tido sebab demam, tapi kengkawan lain memang excited abes amik gambar sebab bangunan2 kat Dubai nie memang tinggi nak mampos, tatau saper nak duduk kat umah camtue. Huhu kteorang dibawa merantau2 kat Dubai, pegi masjid, pegi hotel, pegi kedai, pegi shopping, pegi marina dan sebagainya. Frankly, aku tak ingat susunan tempat yang kteorang pergi, so takleh buat analogi.

Kat Masjid al Jumeirah

Kat Tepi Pantai dekat hotel 7 bintang

Hehe, tapi secara kesimpulannya Dubai memang panas nak mati, nak posing amek gambar pun tak sanggup. Huhu, tue pasal koleksi gambar yang aderpun diambil dari dalam kete, haha! Oleh kerana kteorang selalu komplen panas, driver tue bengang lalu bawak kteorang pi pantai, siap offer seluar dalam lagi 3 helai, no thanks. Huhu, kat pantai tue, PR telah memalukan diri mereka. Ketika kteorang tengah syok amek gambar, PRiTTTTT!!! Wisel ditiup hebat kearah kteorang sebab senanye kat situ tak dibenarkan amek gambar. Huhu, takpe kteorang bajet slumber pastue berlari2 kearah gigi pantai secara slow-mo, PRiTTTTTT!!!! Sekali lagi kteorang ditegah hebat sebab nak maen air kena beachwear, haha!

Kat Dubai Beach Park

Pastue tak puas hati gak, driver tue akhirnya bawak kteorang pegi tempat indoor, tempat shopping orang gaji 5 juta sbulan. Hehe, pasu dah 10 ribu dollar, sampul bantal pun dah 50 dollar, so takde paper yang mampu kteorang beli. Time nielah Yen, The Informer ngan The Trickster mula memainkan peranan mereka. Hehe diorang belakon jadik orang Filipina, pastue buat2 tanye harga barang, pura2 berminatlaa.. Haha, last2 tokey kedai tue bawak kteorang tengok sesuatu, hehe jalan2… die bawak kteorang pegi pintu EXIT, haha! First time aku kena halau dalam hidup!!

Hehe, pastue aku dah tak ingat citer tue camner, mungkin sebab demam sangat kot. Haha, tapi aku sajikan gambar sket2 supaya korang leh imagine, hehe. Post akan datang aku tunjuklak ketibaan PR di HQ mereka, KLIA! yeah!! Sekian, wassalam..

Assalamualaikum, pada suatu hari yang hening lagi pening, seorang watak utama kisah nie yang bernama Tommy tengah main game Legend of Legaia sambil pakai seluar tiga suku yang dia beli masa tingkatan 4. Ketika beliau bermain, tiba2 kawan2 beliau yang hodoh2 belaka ajak beliau main futsal kat gelanggang futsal. Huhu, tanpa sebarang kemusykilan, keraguan, ketidakpastian, dan kerang, beliau terus menerima ajakan tersebut, “bagai kera diberi hadiah bunga”.

Lepas balik main futsal tanpa score satu gol pun, kawan2 beliau yang busuk berkerumun dalam bilik beliau, “Bagai lalat dengan faeces” tapi kali nie lalat tue lagi busuk, serius. Satu kawan beliau yang tak bernama Murbeanne bertanya, “wahai Tommy, dimanakah hard disk yang telah engkau pinjam tempohari?” Lalu Tommy menyatakan bahwa beliau tatau dimanakah gerangan harddisk tersebut. Murbeanne terus bengang, dan tidur tanpa mandi pada malam tersebut. Read the rest of this entry »

Piknik-Piknak di Russia!!

Assalamualaikum, hue3, lama tak sentuh blog, sori sebab skang nie aku tengah mabuk main counter-strike (CS) ngan Defence of the Ancient (DotA), maklumlaaa exam tinggal 2 jer lagi, harap2 semua exam dapat aku ngan kengkawan aku lepasi dengan kaler terbang, hihi. Rite, post kali nie pasal jalan2 lagi, tak abes2 jalan2 kan? Kesian MARA, duit dia bagik untuk makan, kteorang guna untuk jalan2.. Hehe, takpe kteorang sanggup berlapar demi melihat dunia luar, untuk bawak balik tanah air, yeah!!

Dah puas pergi jalan2 kat Prague, Vienna ngan Budapest, kteorang mula meneroka bumi Russia, negara terbesar di bumi. Huhu, aku nak tunjuk bahawa tempat kat Russia pun cantek gak, bleh rr lawan Paris ngan Rome. Untuk kali nie kteorang pergi jalan2 kat satu park kat Russia, (ader lebih seploh kot park kat Russia!) nama park nie diberi Park Pobedi! Read the rest of this entry »

Assalamualaikum semua, alhamdulillah sihat walafiat. Huhu, tika kengkawan aku tengah sibuk post pasal picnic kat Park Pobedy, aku plak post pasal Nizhny. Hihi, nak buat cane sebab aku malas update blog. Pasnie kene amik kursus istiqamah blogging nie. Takpe2, next episode aku tulis pasal picnic geng2 classmate aku. w00t!!

Huhu, pada episode yang lepas, kteorang telah melawat tempat yang ader kete kebal tue, atopon bleh dimetaforakan sebagai kapal angkasa Power Rangers (PR). Hehe, kalo episode lepas kteorang cam happy family sket, kali nie penulis nak bagik tersentuh hati sket, nak buat citer sedeyh. Rite, pastue kteorang pegi ke satu jalan yang lurus, yang dipanggil… aku lupa lagi nama tempat tue, tapi tempat nie cam Old Arbat kat Moscow, satu jalan yang panjang pastue kat tepi2 jalan ader kedai souvenir, pemain gitar jalanan, peminta sedekah jalanan, patung kambing jalanan dan lain-lain jalanan. Kteorang just jalan2 and tak beli apa2, sebab lapar, tapi sempat rr tibai gulale ngan spek mata hitam. Anyway, walking street Nizhny nie mengalahkan walking street Moscow, sebab panjang dia lebih kurang 2 kali lipat. Kembang rr sket lubang pusat ngan hidung PR2 nizhny Read the rest of this entry »

Nudging Nizhny : Harmony (part 2)

Assalamualaikum semua, Alhamdulillah sihat. Oleh kerana aku sekarang tengah sibuk ngan final exam, aku mintak sori sebab jarang update blog. Huhu, dan harinie, setelah aku berjaya lulus peperiksaan bahse Russia dengan kaler terbang, baru aku rasa selesa sket nak menghadap komputer aku, dan menulis entri baru untuk para pembaca sekalian.

Rite, kte sambung balik crita PR haritue. Setelah diorang lewat bangun subuh dalam train, PR bersiap sedia memberus gigi, mencuci muka, memicit jerawat, mengorek lubang hidung sebelum berjumpa dengan PR Nizhny yang bakal menjemput kteorang kat stesen. Maklumlah, jumpa PR planet lain kenalaa hemsem2 sket masa turun kapal angkasa, betul tak? Huhu, setibanya kteorang di stesen tersebut, kteorang disambut oleh sorang jer PR, tuepun pompuan, PR2 laki lain tak bangun lagi, hampeh tul. Tapi kteorang tak kisah, sebab PR pompuan tue lawa, dielaa yang bawak kteorang sampai ke hostel PR2 Nizhny, kteorang tak sempat tackle dia sebab takut die report kat HQ Nizhny. Read the rest of this entry »

Nudging Nizhny : Luxury.. (part 1)

Assalamualaikum semua, jawab2.. huhu, guess what I’m to going to ask you guys to guess? Huhu, betul dan tepat skali jawapan anda, The Rangers are Back!! Huhu, kalo korang blank pasal power rangers nie, sila rujuk (ferrer) balik episode2 power rangers season 1 yang masa diorang beraksi kat prague, walopon season ‘Pilfering Prague’ pon tak abis lagi, tapi aku dah beralih kepada season baru.. huhu, suka hati lecturer anat aku rr, bak kata pepatah, “my blog, my right!!” dan juga “lihat kiri, lihat kanan, lihat kiri, lintas..” erk.. ape kaitan eh?

Huhu, jika pada musim lepas Power Rangers dari Malaysia yang menetap di Moscow, untuk pura2 belajar medic tapi senanye main dota beraksi di Prague, kali nie, PR (singkatan untuk Power Rangers, bukan pencegah rasuah) telah memilih untuk menyerang kota Nizhny, iaitu salah satu tempat penjahat paling ganas (sebab senior kat sana main dota sampai x igt dunia) yang terletak di Russia. Nizhny berada 6 jam utara dari bandar moscow, erm.. utara kot.. Read the rest of this entry »

Aku, korang dan Twitter…

Assalamualaikum semua, huhu, dah lama aku tak sentuh blog.. harap semua dalam keadaan sesihat mungkin seperti sihatnya seekor kuda belang yang berlari2 bebas di padang luas ketika dikejar harimau buas. Macam biasa, aku tak istiqamah dalam mengupdate blog, dan tue memang keunikan blog nie. Bukan aku sesaje tanak update, tapi sajer nak tengok korang rindu ker tak kat aku, dan memang terbukti setelah ramai pengkomen2 mengkomen di ruang komen bertanyakan soklan ‘bila nak update?’. Aku tau aku dirindui korang

Well, actually aku takder idea nak tulis post, so terpaksalah memilih satu topik yang boring tapi agak informatif bagi pembaca2 yang takde life skalian. Huhu, kepada semua mangsa The Arrivals, korang ingat tak waktu kegemilangan Friendster pada suatu zaman dahulu? Pastu korang ingat tak bagaimana kegemilangan tersebut dirampas oleh Myspace ngan Facebook setelah Friendster sudah pecah daranya? Huhu, aku memang tak larat nak ikot bende2 camnie, tapi terpaksa ikot gak sebab nak keep in touch ngan kawan2 aku, supaya bila diorang semua dah besar dalam umur 20-an, bleh aku guna Facebook nak merisik diorang pastue mintak tunang. Hehe.. Read the rest of this entry »

Assalamualaikum semua, harap semua sihat dan masih lagi mampu untuk solat, main dota, dan jugak makan kuri-gril secara sembunyi2 ketika orang lain tengah main bola. Huhu, dah lama aku tak update blog, reason is I got so many exam coming non-stop down my way, after i tenyeh them all, now finally I got some free time to memblogging a.k.a buang masa ngan pc aku. Huhu, seperti biasa aku akan sambung balik kisah Tommy, dan mungkin kali terakhir aku sambung kot, sebab dah takde idea nak tipu korang, hue3…

Rite, pada suatu  malam yang syahdu, bandar Moscow sepi daripada mandian salji winter, berpeluh kelibat tiadanya dingin musim winter, segala elemen2 semulajadi mula tunduk kepada ketentuan Ilahi, patuh menyusun diri mereka untuk mempersembahkan musim bunga pula kepada makhluk2Nya yang sedang bersyukur di dunia yang menjadi sumber kehidupan mereka. Pun hangat Spring mula menjelma, namun terdapat satu kedinginan yang tak mungkin lebur dengan cuaca, tak mungkin kering dengan haba, tak pula cair dengan panas. Itulah kedinginan yang bersarang di hati Tommy, hati yang sebak, sakit, sedih, pilu, jiwang, dan bawang oleh kerana kehilangan seseorang yang begitu berharga buat dirinya. Read the rest of this entry »

Jiwang Seorang Geek (part 3)

Assalamualaikum, waaa,  tak sangka ader orang cakap aku bleh jadik seorang penulis novel yang mantap… Huhu, ader gak yang cakap kesian ngan idup aku, sebab tulis pasal hidup diri sendiri, tapi tanak ngaku, pastu aku jadikan Tommy mangsa. Huhu, nice feedback.. pastu berdasarkan komen2 yang aku terima, ader gak yang tak suke ngan Veve, tapi diorang nak Q.. huhu, korang nie.. sabar la dulu, pastu tengok caner citer nie berakhir, apakah kebahagiaan milik Tommy, atau beliau telah ditakdirkan untuk menderita?

Suatu malam yang purnama, bulan memelita malam yang gelita, angin pula bersiul-siul mengurut belikat hostel Pushkin yang berdiri lenguh di angkasa gelap. Pada malam itu, hanya salakan anjing yang berirama, nyanyian cengkerik yang melunak, dan kercipan cicak yang membingkis kesunyian. Biarpun gelita, namun terpelita di hostel Pushkin tingkat 14 dengan riuh-rendah dan bising-miring para penduduk Malaysia, tidak lain dan tidak bukan oleh kerana sambutan yang sulung kali dibuat, iaitu majlis Student-Mas. Hall 14th floor dibanjiri oleh ramai rakyat Malaysia yang suka meniru dalam exam, tidak kira dari Sabah mahupun Johor, Cina mahupun kacukan India ngan Siam, hemsem mahupun tidak,  semuanya meniru, dan semuanya datang untuk memeriahkan lagi majlis. Bak kata pepatah, “bersatu teguh bercerai roboh” dan juga bagai “lalat dengan najis“. Read the rest of this entry »

Jiwang Seorang Geek (part 2)

Assalamualaikum semua, Alhamdulillah sihat semua.. hehe, x sangka plak post pasal Tommy tue dapat sambutan yang meletop dari para pembaca, kejap jer dah dapat komen.. hihi, rite.. Persoalan pasal Tommy tue aku ke sape2 ke, aku tanak jawab, huhu, biar misteri nusantara sket, baru korang akan tertanya2 dengan saspen, huhu.. curiosity kill the cat!

Pada suatu petang yang hening beratapkan cahaya mentari yang benderang, berbelaikan tiupan angin sempoi-sempoi bahasa timurleste, dan bermandikan gerimis salju manja di hujung umur winter.. Moscow diluar tingkap bilik Tommy bagaikan syurga yang tergelincir di bumi hina, umpama bidadari yang tersalah masuk kelab malam dan juga ibarat permata yang jatuh kedalam jamban yang terlupa di pam. Sangat indah sekali, tiada tandingannya. Tommy menutupkan mata, menghirup udara segar sedalam-dalamnya, sehinggakan ruang2 sinus peparu beliau dipenuhi dengan udara. Kepala Tommy terdongak, matanya tajam tertumpu ke atas petala langit yang dipenuhi dengan merpati2 putih yang bebas bermain polis sentry di udara luas tidak bertebing.. Read the rest of this entry »

Top Commentator

  • No commentators.

Advertisement

Popular Series

Siri cinta moden lagi berteknologi yang mengisahkan tentang penemuan cinta seorang yang hanya pernah dilamun asmara permainan video game, Tommy dan Veve, seorang gadis yang minat berpakaian seperti hidupan laut...

  • Part 1
  • Part 2
  • Part 3
  • Part 4 (final)