Oct 21, 2011 - a blogging freak    21 Comments

3 Padah Bila Dah Lama Tinggalkan Blogging

Assalamualaikum dan salam ambang Aidil Adha (ye ke?). Firstly, macam biasa kita cuba bersyukur kat Allah SWT yang bagi peluang kat kita untuk kembali berblogging walopon dah lama tak aktif. Pastue kita selawat plak kat KekasihNya SAW yang sepatutnya menjadi idola kita kalo bab² consistency dalam berjuang nie. Huhu..

Aku pelik apsal kalo kita menahan dari buat benda jahat, kita akan rasa gian, horny, dan bila berpeluang buat balik benda jahat tue rasa excited gila. Kenapa keadaan yang sama takleh apply kat buat benda baik. Bila nak start buat benda baik yang dah lama kita tinggalkan (blogging, tak tido lepas subuh), akan rasa keberatan, rasa macam banyak halangan, serta sembelit. Mungkin nie keje setan, dan mungkin nie jugak cabaran yang memisahkan antara orang hebat serta konsisten dan orang yang malas lagi noob, hodoh plak tue!

Cabaran² yang aku maksudkan…

1. Buntu kepaleotak nak tulis post baru

Serious poop! Semalam senanye aku ade banyak masa lapang nak tulis post. Tapi sebab otak krem, tatau nak tulis pasal ape. Alhamdulillah hari nie dapat gak idea nak tulis post nie. Tue pon idea cheapshot, tulis post pasal takde idea nak tulis post, Inception betol! Kalo time² rajin serta hemsem dulu, sekali tulis post banyak benda yang nak dicritekan. Kalo boleh sehari nak tulis 12 post, sebab idea datang secara bergolek dan melayang walopon diorang tak bulat mahupun pipih. Kekadang tulis atas sticky notes (W7) idea yang singgah kat otak tue, reserve untuk post akan datang. Sebab takleh nak update blog secara frequent sangat, nanti kuantiti komen tak sempat nak accumulate.. hohoho..

2. Konfius masa nak komen kat blog orang lain

Lumrah berblogging, kalo nak publisiti paling mudah pegi je komen kat blog orang lain, gerenti diorang singgah untuk balas komen, tak kira buruk mana blog korang. Hoho, tapi lately, dalam aku blogwalking dan commenting, banyak kekonfiusan yang menyerabutkan otak aku yang overgenius nie. Kekadang walopon aku komen kat blog yang dulu² aku selalu singgah, aku rasa macam first-timer, sebab lama sangat tak singgah. Pastue bila ade blogger yang tukar theme, aku rasa cam blog tue blog baru gak, walopon dulunye aku dah banyak kali singgah. Get what I mean? Huhu, so masa commenting tue, aku terpaksa baca post² lepas kat blog yang aku komen tue untuk pastikan penulis tue aku kenal tak.. haha. Kecuali kat blog² yang aku memang stick cam Saffa, Kak Jie, Kak Ijan (omg semua blog pompuan!).

3. Blogger konsisten dapat gilfren

Haish, baru jer 2-3 bulan tinggal blogging, dah ade orang kawen. Takleh lepa. Papepun gratz kat Aisyah Rozi dan NoktahHitam sebab daa kawen. GLHF gak kat Saffa yang mula merantau di marhalah percintaan, keh3.. Nie antara salah satu faedah blogging yang ramai orang pandang remeh, iaitu potensi untuk mendapat gilfren melalui kenalan virtual. Kalo laa aku nie rajin, pastue blog nie mantap sket, pastue aku letak pickup line sket masa komen kat blog orang lain, pfff, gerenti sangkut 2-3 ekor ikan duyung, HOHO! So, kepada mereka yang noob untuk approach wanita dalam real life, sila²lah rajin memburu cinta kat internet, sebab dah tak pelik skarang nie untuk satu kapel tue, lahir merely by berkenalan kat internet. Fuh!

Erm, bila tengok balik senanye point ke-3 tue bukannye cabaran sangat. Cuma jealousy salah satu peluang yang tak aku pandang kerana terlalu sibuk melayan malas. Hoho, pun begitu, apa jua serta walaubagaimanapun, mungkin cabaran nie takdelaa pape sangat, just a mere test nak tengok aku nie masih ada lagi keseksian yang diperlukan untuk blogging, lepas nie aku rasa bleh tulis blog macam hari2 aku berkentut tanpa disedari kat kelas; aku bleh tulis blog secara carefree, konfiden, efektive dan mengancam. Hoho, ameen..

Tue jelah kot, sori sebab takde input dalam post kali nie, hanyalah luahan hati seorang yang hemsem tapi masih single. InsyaAllah post² depan aku akan share benda2 yang berfaedah sket, benda yang bleh buat 5 minit (atopon seminit jer) yang korang spend kat blog nie, bermanfaat untuk korang, serta nenek korang. Huhu, sekian, wassalam..

“The bottom line is that blogging is like sex. You can’t fake it. You can’t fake passion. You can’t fake wanting to engage with the public. If you do, it will ultimately be an unsatisfying experience for both the blogger and their readers.” (Kevin Anderson)

21 Comments

30 minit aku tulis satu post, 30 saat jer untuk satu komen...

CommentLuv badge