Assalamualaikum semua, huhu, dah lama aku tak sentuh blog.. harap semua dalam keadaan sesihat mungkin seperti sihatnya seekor kuda belang yang berlari2 bebas di padang luas ketika dikejar harimau buas. Macam biasa, aku tak istiqamah dalam mengupdate blog, dan tue memang keunikan blog nie. Bukan aku sesaje tanak update, tapi sajer nak tengok korang rindu ker tak kat aku, dan memang terbukti setelah ramai pengkomen2 mengkomen di ruang komen bertanyakan soklan ‘bila nak update?’. Aku tau aku dirindui korang
Well, actually aku takder idea nak tulis post, so terpaksalah memilih satu topik yang boring tapi agak informatif bagi pembaca2 yang takde life skalian. Huhu, kepada semua mangsa The Arrivals, korang ingat tak waktu kegemilangan Friendster pada suatu zaman dahulu? Pastu korang ingat tak bagaimana kegemilangan tersebut dirampas oleh Myspace ngan Facebook setelah Friendster sudah pecah daranya? Huhu, aku memang tak larat nak ikot bende2 camnie, tapi terpaksa ikot gak sebab nak keep in touch ngan kawan2 aku, supaya bila diorang semua dah besar dalam umur 20-an, bleh aku guna Facebook nak merisik diorang pastue mintak tunang. Hehe..
Setelah beralih dari Friendster ke Facebook, akhirnya aku beralih pula kepada Twitter yang menjadi Social Network ketiga terpopular di dunia! Dan aku senanye tanak join Twitter nie, tapi setelah melihat ramai blogger mula menggunakan Twitter, termasuk gadis2 ayu yang berblog, aku terpaksa memilih untuk menjoin Twitter agar aku tidak makan debu blogger2 lain.
Apa Twitter nie sebenarnye? Huhu, kalo ikot interpretasi aku yang selalu baca buku Detective Conan, in three simple words, Twitter adalah “status alert yang slalu korang guna kat facebook tue, yang smua kawan2 korang bleh tengok”. Tapi Twitter x sama ngan facebook, sebab xleh nak send2 msg atopon nak upload gambar2, Twitter lebih kepada memberitahu apa korang tgh buat, lebih lightweight dan simple. Huhu, dan tools nie sememangnya berguna untuk blogger yang nak bagitau update kepada para pembaca, xyah rr promote blog kat status YM cam org desperate traffic, huhu…
So, tue jer kot, memang boring sket post nie, tapi jgn bimbang sebab dlm post akan datang aku janjikan kemunculan semula para Power Rangers yang telah lama bertafakur di gua Moscow, hehe.. sila2lah add aku dalam twitter kepada blogger sekalian, supaya tak menyusahkan aku nak melompat dari blog ke blog, aku x kira sape korang, asalkan ader blog that would be nice.. sekalian wassalam…
Share
Aku pun sedang galak pada twitter…jom tweet aku http://twitter.com/chuckiesdv
aku nak add, tapi link ko bagi salah…
dah lama tak update kt twitter, tak berapa suka ramai yg spam pasal blog sendiri..sesekali tak pe la..kalau tiap jam dok promot blog sendiri…kek jie unfollow je…
sebut psal Twitter, follow aku @mohdismail.. he he
sudahkah dirimu mengfollow diriku di twitter?
hehehe
dan follow aku @menteil =)
salam,,
ejow,
hehe
melawat2 blog
hensem ar blog ni
lame x dgr khbr,
sehat kow?
ble mau balik malaysia n kelate?