a blogging freak
39 Comments Ape komen korang tentang ‘Teacher Shida’?
Assalamualaikum wbt, semoga semuanya berada dalam keadaan yang paling baik. Syukur ke hadrat Ilahi, harinie kita masih lagi diberi kemampuan untuk study, walopon skejap jer dapat fokus, pastue terus terkam komputer.. Haha. Selawat kepada Nabi SAW yang ajak kita menimba ilmu sampai ke China, walopon hadis tue hadis palsu, haha!
Hehe, lately ada satu fenomena yang berlaku di dunia internet, dan yang speselnya fenomena tue tak dicetuskan oleh omputeh, ataupun supermodel yang kacak seperti aku. Tapi oleh seorang minah yang menggelarkan diri beliau sebagai ‘Teacher Shida’. Hehe, kalo korang tak kenal sapa Teacher Shida, pegi youtube taip nama dia, pastue nampak laa aksi2 guru yang melampau beliau. Hehe.. Kalo korang malas nak pi Youtube pun takpa, aku tunjuk kat bawah nie untuk korang.
Lepas tengok video nie, naik tak bulu roma korang? Terasa hampeh dan malu tak untuk pihak penerbit video? Haha, at first aku pun rasa camtue… Rasa cam “ya Allah, cikgu sapalah nie, buat malu anak murid jer…” atopon mungkin korang kata “sah2 die nie takkan kawen pasnie..” Dahlaa pompuan, buat video camnie plak. Kalo laki takpe gak..
Sumpah seranahlaa apa yang korang nak, believe it or not, setelah aku siasat, Teacher Shida nie bukan sekadar gimik, tapi betol2 peymes! Ahaks, average view untuk setiap video dalam 15000… korang penah ade ke viewcount sebanyak tue untuk mana2 video? Page view blog aku pun tak pernah cecah 2000 sehari (sedeyh2). Pastue, subscriber plak sampai 500+.. wow, memang mantap laa cikgu nie. Orang lain nak bukak account youtube pun segan… hehe. Dan nie adalah beberapa pendapat positif yang terbit ikhlas dari diri aku setelah tengok beberapa video Teacher Shida.
- Ada identiti ngan originaliti. Yup, pasnie aku rasa adalaaa lagi orang tiru, try2 bina identiti sendiri. Orang M’sia dah makin pandai guna youtube. Sapa yang tak kenal MBB (mari berbaik-baik) yang feymes dengan video Geli Mat ataupun ‘Cirit or Die’ kat youtube? Atopon sapa yang tak kenal Anas Tahir yang nyanyi2 kat youtube? Orang yang ada originaliti nie biasanye akan jadik tumpuan, sebab orang lain tak biasa tengok.
- Pompuan tapi berani. Mindset omputeh. Haha, laki pun segan nak menari gelek depan webcam. Tapi teacher shida tak macam tue, kagum betul. Berani buat apa yang dia rasa nak buat. Tak kesah apa yang orang kata. Aku suka orang camnie, orang yang tak tipikal. Maklumlaaa, orang melayu semua benda depa nak komen. Cuba korang pakai spek hitam pegi jalan2 kat bandar Kota Bharu, mesti ada orang kutuknye, sumpah! Kekadang kalo kite duk ikot sangat public punye mindset, semua benda takleh buat!
- Pakai tudung, tak kuar suara. Hoho, ntah.. nak kata solehah pun takleh sangat sebab cikgu nie dah gelek2 kemain lagi. Tapi atleast beliau pakai tudung dan miming. Pastue buat muka hodoh, yang aku rasa hampeh serta malu. Tapi perasaan malu tue last2 overridden gak ngan kekaguman atas keberanian cikgu nie.. haha.
- Youtube is the next big thing. Korang tautak skang nie tokey2 rancangan TV takot kat artis2 Youtube seperti LisaNova atopon ShaneDawson, atopon Felicia Days.. Haha, artis2 youtube cam diorang nie dapat gaji 400 USD shari average (wiki), view dekat sjuta dalam seminggu, cam dah ader syarikat penerbitan sendiri dah diorang nie. Sebab tuelaa TV takot kat youtube, takot dah tak laku daa rancangan TV, semua orang tengok youtube, aku tengok Adamaya pun kot youtube. Haha, sebab tuelaa DC comics cepat2 hire Felicia Days untuk jadik artis diorang, CNN plak cepat2 kutuk ShaneDawson.. tak pelik kalo pasnie Teacher Shida lagi peymes daripada Stacy (aku benci lagu beliau yang tah pape)…
Hehe, cam review post plak. Jangan salah paham, Teacher Shida tak bayar aku pun! Hoho, cuma nak jadik seorang insan yang supportive dan bermentaliti orang kelas ke-14. Cuma nak cakap, kalo korang tak suka sesuatu benda, cuba tengok benda tue dari satu perspektif yang bleh menyebabkan korang suka benda tersebut. Tak semua yang korang pikir tue betul, kecuali ade dalam Quran. Contohnye, aku geli euw bila tengok Teacher Shida, tapi aku kagum bila menilai keberanian dan freedom yang ada pada beliau.. hoho!
Pasnie teringin nak tengok blogger2 plak yang buat breakthrough, post video atau cetus fenomena tersendiri. Mungkin Kakjie pasnie bleh kuarkan video joget2, atopon Kak Ijan bleh host rancangan memasak, atopon aku sendiri bleh buat movie tersendiri kat youtube. Haha.. papepun, go forth Teacher Shida and don’t stop, bila nak kawen delete laa video2 tue, hohoho! Hehe, klah setakat nie dulu merapu, nak sambung layan Youtube.. hoho, sekian wassalam….
Ni fenomena macam kes Mak Khairuddin dulu ni
percayalah…
Kak Jie?
jangan lah nak harap tengok Kak Jie nak golek macam tu… dalam mimpi pun mungkin tak terjangkau
Malu makcik…..
Kujie recently posted..Janganlah Merajuk…Bukanku Tak Sayang!
mesti orang tak akan bising kalau dia tak letak ‘teacher’ kan..
biarlah dia.. dia tak penah kacau orang pun…
katanya niatnya nak menghiburkan hati orang.. dari segi populariti tak tau la pulak kan…
point yang last tu aku sokong sangat la..
skang pun aku boleh kata tengok utube ari2,..
*comment box kecik sngat.. tak puas nak komen panjang2 lagi.. kalau boleh nak buat 245 patah perkataan nie,..
menteil recently posted..Cinta di Akhir Usia
buat jagan tak buat hooo…
sebenarnya, tak perlu dia mention dia tu cikgu, pastu ada klip yang dia amik dalam kelas kat sekolah… perkara macam ni yang membuatkan orang lebih memperlekehkan profession perguruan…
sedih sebab terpalit jugak kat aku…
hehe, sebab dia gelar diri dia cikgu laa jadik isu tue.. hoho, dia senanye bukan cikgu pon.. hoho
berani! tue perkataan paling sesuai untuk teach shida nie..tapi still aku rasa orang kita tak boleh terima..alasan? kononnya tak manis..apapon aku suka sikap berani dia nie, hehe..
Lisa Nova? wow, aku minat dia nie, hehe..dah la cantik, berbakat lak tue..:)
arrizz recently posted..Pengalaman beraya tahun 2010
kah3… aku dah lame nk buat cmni, nk feymes gak la katekan.. cuma x terbuat je.. hehe…
xD
Pisyek recently posted..Burung Pisyek
buat amal jariah lagi baguh heeee
youtubing is the next thing>>>>>>> yes
sila lah lawat vlog aku.HAHAHAHA
sume youtubers yang ko mention aku dah tengok tapi teacher syida ni seriously first time.aku rs aku blushing time tgk.hahaha
cikgu yang slamber…. rasanya ada buat dan page cikgu shida.. nie.. huhu kalau dia ada blog macam ne agaknya ya..
zik recently posted..Rumah terbuka Aidilfitri Imam Muda musim pertama 2010!
hooo.. sllu org yang tak tahu mlu jer akn bt bgtu.. agma ajar malu dlm stip perbuatan lbih2 lagi kaum hawa..
ingatlah stiap apa yg kita bt kt dunia ni akan d nilai olehNYA secara teperinci..
malu tue sebahagian drpd iman.. ade betol gak apa yang suri cakap.. hehe XD
cikgu tak tau malu la tue..
Aku layan gak video Cikgu Shida tu. First skali tengok kat FB. Layan jek,hilangkan tensen. Yelah dia tak wat salah pun, sekadar nak hiburkan diri. Takde bagi masalah kat orang lain pun kan. Hehe.. Bukan backup tapi hak masing2 kan.
Ok la dia takdelah GOES WILD kan.. Setakat wat miming jek. Gelak2 jugak la layan cikgu tu ‘nyanyi’.. Anak sedara aku gelak kaw2 tengok video cikgu tu.. Huhu
Baloot recently posted..Tumblr MicroBlogging Platform dan Download Tumblr Themes Percuma
hoho..biarlah..dia tensen sangat kot..
titan recently posted..Edisi Siasat- Buat Duit dengan ADonion
naek geli tengok di ni wat miming. tengok jap jek boleh. over gile seh! hahaha~
ribena.illina recently posted.. betoi betoi betoi
Kak Ijan baru semalam tengok video dia kat fb. Nyanyi lagu raya. hari ni lak lagu shakira. mak datukkkk.. betui ka dia tu cikgu? tak segan ke dia tengok video sendiri menari mcm tu sekali. pengsan dibuatnya. hehe
kak ijan recently posted..Gulai Telur Dengan Udang
xleh tengok plak video ni..
kalu benda tu bagus, pa salahnya, msejnya bagus dan tak melampau xpa la
terhibur abis la tengok video die..heheh serius..Cuma ada gak la rasa malu bila kaum sendiri wat cenggini..huhu tp still best la!
farah recently posted..Video Sempoi Teacher Syida
allaaaaa biar je lh dia
lain org lain cara hiburkan diri or release stress kan
esok lusa tah2 kita pulak
best je boleh gelak2
bkn gelakkan dia tp gelak kt aksi dia
aku sebenarnya mcm tak sanggup nak tekan PLAY hahaha.memang bersepah wall aku dengan vc teacher ni. aku rasa mcm scary je nak tengok tapi aku usha2 jugak fan page yang diorang create tu.
untuk aku sendiri lah kan, yang the big thing nya, bila dia tu di-declare as a TEACHER. so,ada pulak orang emosi cakap seorang cikgu tak patut buat mcm ni blablablabla. HAHAHAHA habis cikgu kena mengadap buku je la? cikgu kena mengaji je la? cikgu kena cakap lembut2 je la? cikgu tak kenal erti tension ke?(in case dia tension haha), cikgu tak boleh nak menari2, menyanyi or whatsoever? halamak.sedih dowh kalau ada orang fikir mcm tu. maybe dia ingat mcm mana cikgu tu skema kat sekolah, mcm tu jugak kat rumah? haha no life sungguh kalau ada cikgu macam tu.
aku rasa COOL ja cikgu ni HAHAHHA. rileks sudah.tak suka tutup.tutup mulut tu sekali ha. orang je sebar2kan. siap buat group benci semua. lol. pathetic gila.
see. aku dah emo.
yonna recently posted..Bila Emosi Menguasai Diri
Jangan tension hehe, silap2 ko plak yang kuarkan video kat youtube.. hohohoho
aku pon syak ada macam mak khairudin tp ntah la.. haha
topo recently posted..Gambar Awan yang Sangat Cantik dan Menakjubkan
aku memang sepi dgn utube..maknanya aku xtaw benda2 cmni,.haha,,jgn nanti ada klua iklan mcm mak khairuddin nnti sudah la…
nak pemes org sggp bt apa sje..kdg2 bnda tu malukan diri sndri pon x sdr,.yg penting pemes..lol..tp setakat nak enjoy aku rase video cmni la yg layak menang..haha
azizan4444 recently posted..Edisi Sabtu – Lagenda Mat Jijan
xsangka ini kak shida..jiran aku jer..memang berbeza..kkk ni mmg baik..kuar kemana2 adik lelaki dia akan temankan..dr dulu dr zaman sek..bkn jenis suka bersosial..just lepaskan tekanan kerja dlm bilik jer ni ..maklumlah dh ramai cikgu2 yg tertekan dgn karenah students…agk2nya klu depan public blh menari g2 ker k.shida
??!?!? serious ke ko jiran dia? Haha, kim salam kat dia, suh dia baca blog aku, ade fanclub da nie..
salam..
thanx ekk sebab sudi tinggalkan komen kat entry HLN. sory lambat balas kunjungan. busy gila baru2 ni.
emm klu psl cikgu shida ni den sbenanya tak bape bkenan tengok. huhu. tp pape jelah. suke ati dy la nk wt pe kn. tp klu ikutkan den tngk x de klaka mn pon. huhu
p/s : mahu tengok awek/isteri kekal langsing sentiasa??? jom tengok advertorial pertama anna boleyn.
http://hanalovenest.blogspot.com/2010/10/rahsia-kekal-langsing-u-must-read-this.html
Anna Boleyn recently posted..Rahsia Kekal Langsing!!! U must read this!
aku respek kat teacher shida sbb dia buat tu utk menghiburkan org..maklumla bila org ppuan melayu buat, mcm2 kena komen a.k.a kutuk..tp klu ppuan agama lain buat..konfem xde sape2 nk komen..sifat org melayu mmg cam tu..tgk dr segi negatif,,xtgk yg positif..
aku baru jer lepas tgk…tak tau nk ckp pe..same2lah kite fikir baik buruknye yer..tepuk dada tanya iman
x suka tgk video teacher shida ni…
Amir Said recently posted..Resepi Ayam Masak Bali
Aku suka teacher shida.. dia lain dari yg lain..

Azuan recently posted..Download Drama Chinta Akasia TV3
let’s enjoy:-)))
Sepatutnya cikgu menunjukkan sifat yang baik dan menjadi contoh kepada pelajar. Harap2 cikgu Shida menilai sendiri yang mana baik dan yang mana buruk..
Yiedpozi recently posted..Rowan Atkinson Aka Mr Bean Main Invisible Drum
cam kurang kasih sayang je…x pe la janji x kaco orang kan?
ahmadyusrie recently posted..Sangka baik dan kebahagiaan milik anda
[...] untuk merehatkan diri sendiri (layan video Teacher Shida [...]
baru kenal dengan teacher shida ni. terkujat tengok, tak pernah jumpa wanita macam ni haha. papepun dia memang sempoi
Amirez recently posted..GiveAway Domain From MelRomeoCOM
Mula2 macam pelik dan tak suka…. lama2… berfikir, who are we to judge her…
ada gak orang macam tu.. pulisiti ..mula2 memang la klaka tgkk tapi bil dah tgh2 lagu, rasa geli pulak tgk.. pempuan wat macam tu..kalau fikir positif, mende yang macam ni pun kita nak positifkan jugak…. kalau dah negatif tu, tetap negatif..
heheehh saya ske tgk teacher shida brani tol buat adegan yg melucukn nih…