Apr 7, 2011 - a blogging freak    22 Comments

Blog Aku Takde Bahasa SEO, Jangan Tiru Blog Aku!

Assalamualaikum dan salam blog dapat 41 facebook likes, ahaks! Pertamanya jangan sesekali kita lupa untuk memanjat kesyukuran kepada Allah SWT yang tak henti2 bagi kita nikmat2 yang best walopon kite nie takdelaa alim sangat pun. Dan selawat keatas Nabi Muhammad SAW yang tak henti2 bersyukur kepada Tuhannya, walopon kemewahan  yang Allah bagi kat baginda, takdelaa banyak sangat macam apa yang kita ada skang nie.

Terima kasih atas sambutan yang begitu hangat daripada peminat sekalian. Tak sangka pula entri yang mengisahkan kehidupan pelajar di Moscow berjaya menarik perhatian dengan hebat sekali. Sebelum ini aku tak pernah dapat ’41 likes’ untuk mana-mana entri. Jadi jelaslah bahawa pembaca blog aku sangat berminat dengan entri yang mengutuk sesetengah pihak ataupun entri yang bersifat menegur secara pedas.

Perenggan kat atas nie adalah penulisan aku yang FAKE. Ye, takde singkatan, takde huruf ‘e’ kat belakang perkataan seperti perkataan ‘takde’ (sepatutnye ‘tiada’), takde bahasa omputeh, dan takde term2 urban. Rasa meluat aku tulis perenggan kat atas, menaip pun jadik lambat. Tapi perenggan kat atas tuelaa yang lebih mesra Google, yang mempunyai gaya bahasa SEO. Yang berjaya menarik banyak trafik daripada search engine.

seo

SEO nie penting kalo korang nak tau, kalo pandai main SEO, 10000 trafik sehari pun no hal. Sebagai satu contoh yang begitu dekat, post ’3 Golongan Pelajar Kat Moscow Nie’ berjaya menarik begitu byk trafik daripada pesbuk, tapi aku takleh bagitau berapa, sebab still sikit untuk blogger otai, buat malu jer bagitau, teehee. Post tue mendapat sambutan sebab ianya adalah ‘audience targeted’, dan kengkawan aku kat pesbuklaa yang audience tue. So logiklaa dapat banyak trafik kat pesbuk.

Tapi bila check kat Google Analytics, still trafik kat pesbuk tue takleh kalahkan trafik yang datang daripada keyword ‘tudung yuna’ dan ‘pencuci muka lelaki’. Haaaa, aku ingatkan dah power dah post yang dapat 41 likes tue. Tapi kuasa SEO tetap lebih mantap. Sebab audience adalah semua orang yang guna Google atopon mana2 search engine.  Nak tanak, SEO memang penting untuk trafik, kecualilaa korang dah memang pemes gila, pastue bukak blog. Dapatlaa trafik pure daripada peminat. Tapi aku bukan orang pemes.

Dan aku jugak tak suka berbahasa SEO nie, antara sebabnye

  • Aku tak pandai bahasa baku, kat Moscow nie pon aku speaking kelantan jer.. wahahaa. Tapi aku jatuh cinta dengan orang Brunei, camne nak tackle dia? Oh, seksa betol hidop aku, T_T
  • Menaip jadik lambat, sebab kena pikir tatabahasa yang betul
  • Takleh guna bahasa qalqalah sughra, seperti ‘jugak’ ‘pulak’ (kena taip ‘pula’ wth?! gay!!)
  • Takleh gunakan singkatan, seperti ‘sama2′ ‘kekadang’
  • Sesetengah istilah hanya ader dalam english, seperti ‘noob’ ‘owning’ ‘**** you’
  • Bunyi laen macam, bukan style aku..

Biarlah blog ini dengan originalitinye. So, kalo nak compete ngan blogger2 lain yang pro dalam mengSEOkan blog diorang, memang blog aku kalah. Hehe, walopon aku dilahirkan ‘pro’ tapi mungkin bakat SEO aku tak gersang lagi untuk membaham blogger2 lain buat masa sekarang. So, trafik yang aku dapat sekarang nie pure daripada peminat yang betul2 kisah, atopon dari blogger2 lain yang aku tinggalkan komen kat blog diorang, atopon orang yang tersalah klik, atopon orang yang stalk aku. Wohohoho!

Ini gak bermakna, blog nie takleh popular dengan bantuan Google. Tapi hanya mampu memanjat kejayaan hasil daripada promotion kat status pesbuk korang,  buah mulut korang, dan jugak skill aku menulis content2 yang menarik. Teehee, so time kasih bebanyak kepada yang pernah mempromo blog nie, kepada yang tak penah, aku harap gilfren korang hodoh.

So, thats all. Senanye takde tips SEO dalam post nie, yang tersiratnye adalah, aku nak mintak promotion, wahahahhaha! Sekian, wassalam.

ps: keyword ‘tudung yuna’ dan ‘pencuci muka lelaki’ tue aku tak penah rancang, tetiba jer jadi top referring keyword..

22 Comments

  • Janji awak tu CEO, Kak Jie datang….
    Kujie recently posted..Bila Awak Buat Baik- Awak Jangan Ingat Orang Lain JahatMy Profile

    • waaah.. nie satu unconditional love drpd kak jie.. wahahahha

  • Kak Jie tak aktif berfacebook… bukan selebriti nak udpate status orang like juta2 lemon
    Kujie recently posted..Isu Yang Tak Pernah BasiMy Profile

  • tak penting lah.. janji happy berblog.. hehe..
    blog ko antara blog lama yang bertahan.. kira bangga lah tu..
    menteil recently posted..5 Blog Pilihan Yang Mungkin Anda Tidak TahuMy Profile

    • betul2 kan menteil…. kak jie suka baca blog yang masih kekalkan keoriginality dia… p/s,,,,ko nampak dia tgh mengembang mcm mauripan tu…hehe
      Kujie recently posted..Makcik Reput TulangMy Profile

      • jahattt.. kak jie nie, gurau senda ala-ala industan plak.. teehee

  • janji ade update dan seronok kt membaca best je… layannn
    mommy nana recently posted..Kawan-kawan Yang HilangMy Profile

  • ah mmg hebat ar tu kira bijak hunakan kata kunci dri suri hee…

    suri takat ni kunci basikal adalah kunci kete tak bli kete lagi hee..

  • ohoo aku pun tak amek pot bab2 SEO ni semua. even sape pun boleh buat kan. tutorial bersepah je. tp bercanggah la dengan niat blogging kan :p ecehh.

    yang penting.jadi diri kita and jangan jadi traffic hunter haha
    yonna recently posted..Never Ending IssueMy Profile

  • wakaka, aku punya pulak ayat skema, macam mana tuh?
    syahrilhafiz recently posted..Apa itu Kod QRMy Profile

  • kekalkan ke-original-an? hat ni stuju.
    tp untuk kejar pembaca? tehee~

    tahukah anda kalau produk itu sedia bagus, pengguna sndiri akan promotkan tanpa perlunya usaha lebih dari usahawan..
    hoho. sedak dop?

    bukan kutuk dan pedas itu mereka minat, tp cahaya benar dlm penulisan.hoho so lg ayat best utk mu,ijoe.
    =)
    org hensem recently posted..tahu tapiMy Profile

    • “bukan kutuk dan pedas itu mereka minat, tp cahaya benar dlm penulisan.hoho so lg ayat best utk mu,ijoe.”

      I see.. =)

  • wow… impressive… i need to learn a lot from u sifoo… great knowledgesharing here…many thanks…
    computerguy recently posted..An Idol Seo Strategy Social BookmarkingMy Profile

  • Hello,
    Iiteresting topic,all the best 2 you~~
    Donny recently posted..Live streaming anugerah bintang popular bharian 2010My Profile

  • aku blog apa yang aku suke..tue pasal aku amat jarang menulis entri berdasarkan keyword2 hangat macam terbaru, klip video tue (you know what I mean, hehe)..I feel free lebih2 lagi kalau berblog guna bahasa rojak nie, BM+BI..pehh feel die tue, heaven giler lah..haha
    arrizz recently posted..The Eagle – kerana maruah adalah segala-galanyaMy Profile

  • weh, aku sengaja tak guna ‘pulak’ tapi guna ‘pula’. mu kata aku gay ek? aku ada anak tau haha :P

    tapi betul tu…originaliti blog ni yg buatkannya menarik untuk dibaca

  • Blog Jai campaur2, ada masa cuba2 SEO, tapi lebih banyak masa x cuba pun, just for fun..he3
    decrewz recently posted..Cara Tukar Permalink Tanpa Hilang TraffikMy Profile

  • tak kisahla bro..janji bro heppi…hehe

    baru ori…kalau plastik…mana best!

    pssst…baru aku tahu yg cara tulispun ade kaitan dgn seo…tak kisahlah..janji gembira berblog…keh3
    hafizmd recently posted..Bukti 11 tak selalunya 2…My Profile

  • bab seo ni, aku hentam aje. Biasanya, lepak gak kat first page. Haha..
    titan recently posted..Komisen kedua dari PanduanDplicomMy Profile

  • Salam kenal tuan tuan rumah..

    pergh….kali pertama singgah sini…

    rasanya tak perlulalah nak berseo sangat pun kalau blog okay… maintan trafik biasa pun dah memadai…

    Permainan SEO bukannya perlukan banyak sangat bahasa baku pun… cuma perlukan bahasa baku untuk keywords sahaja… agak2 apa yang orang akan cari… yang lain tu lantak la nak buat macam mana pun…

    SEO = TAJUK + 150 Characters pada perenggan pertama… + Tag2 segala… itu je…. isi-isi lain tu lantak la nak tulis macam mana pun… huhuhu…

    jangan jadikan kelainan bahasa untuk menghalang bermain dengan SEO… (^_^)
    Pendekar recently posted..FENOMENA AWARD FOR BLOGGER MENGGEMPARKAN ARENA!!My Profile

    • hoho, tajuk tue memang ade telitikan gak kadang2 untuk bagik fuel sket kat SEO, tapi pasal 150 characters perenggan first tue masalah, sebab aku ade cara tersendiri nak intro post.. haha, kalo ko perasanlaaa.. dan aku memang jenis yang tak spam tag… ramai orang salah guna tag..

  • SEO memang sangat penting kalau takde budget untuk pergi ke promosi secara besar-besaran yang memerlukan banyak duit :)

30 minit aku tulis satu post, 30 saat jer untuk satu komen...

CommentLuv badge