Oct 31, 2010 - a blogging freak    44 Comments

Fida Aishah Versus PascaSPM

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia, Alhamdulillah syukur kepada yang Maha Pemurah atas kesenangan yang dikurniakan dalam menempuh peperiksaan microbiology. Dan juga selawat kepada Nabi Muhammad SAW, satu-satunya rasul yang layak diletakkan namanya bersebelahan dengan nama Allah SWT. Hihi, sori sebab lama xupdate blog. Aku disibukkan dengan exam microbiology dan gak pharmacology, satu suruh budak hygienic cam aku hafal nama kuman, satu lagi suruh budak innocent cam aku hafal nama dadah. Cheh! Dan setelah tercirit menempuh exam2 melampau tersebut, barulaa ade masa lapang untuk buat movie marathon ngan update blog.

Warning : Isu adifstory sebenarnya dah agak lama dan tak sesuai diungkitkan kembali, tapi aku nak tulis gak! Xpe, aku tak berniat nak sokong atau nak attack sape2… tiada blogger diancam dalam proses penulisan post ini.

Cerita bermula cam dengan ayat famous; “Pada suatu hari”, aku tengah lunch sambil tunggu lecture Microbiology start, pastue tetiba setiausaha promotion blog aku datang sergah. Hehe, nampak je blog cikai camnie, ade SU tau! Nama SU aku Alias, ala2 Jennifer Garner dalam crite Alias.

Alias : samanosuke! ko tau tak fida aishah kene attack smalam kat pesbuk?!

Aku : kena attack? Ade DotA ke dalam pesbuk?!

Alias : Tak, beliau kene attack sebab gambar palsu…….bla3… bukan dia yang maen gitar……. dia xduk kat Australia…… dia bla3…

Aku : Hah? tak paham, apsal dialog ko banyak titik2?

Alias : Haish, noobnye boss aku nie, ko pegilaa baca tubelawak, baca sket, pastue tau laa kisah benar dia.

komen yang banyak di tubelawak.blogspot.com

Pastue, tanpa membuang air besar dan masa, aku pun singgah kat blog tubelawak, satu blog yang tak asing lagi di blogosphere Malaysia, kecuali untuk orang asing. 400+ komen, wtf?! Fida Aishah memang da jadi satu isu yang hangat, tension! Seperti warning yang aku dah bagi, aku tak menyokong mana2 pihak, dan tak kisah pun sapa buat salah, sapa kurang ajar, sapa stalker sangap, sapa penipu, sapa bla3.. Yang aku tau, kalo ada isu2 camnie, si penuduh dan si tertuduh akan jadik popular, haha! Dan aku sangat CONFUSE terhadap beberapa perkara yang berlaku.

Perkara yang menghairankan aku…

Macamana orang bleh terfikir nak trackback URLgambar kat blog dia? Pelik! Sebab sepanjang aku baca blog, aku tak pernah click mana2 image, walaupun klik kiri untuk besarkan image tersebut. Tapi kreatif sungguh para pembaca Fida Aishah, sampai bleh klik kanan pastue trackback. Waaaa, gila concern korang kat dia.. ke korang gersang? Kalo gambar kat blog aku korang penah tak korang trackback? Korang tau tak letih aku carik gambar2 nak letak kat blog aku? Kenapa layanan begitu berbeza? Sebab dia pompuan cantik?

Tak bleh ke dia nak pandai main gitar ngan melukis? Aku suka dengar lagu2 Fida Aishah, tatau original ke tak.. Chomel gitu, tapi ade gak orang2 yang curiga pasal lagu tue. Pastue kata Alias, orang tak puas hati sebab Fida terlalu perfect, bleh main benda tue, benda nie… Tapikan, lagu beliau semuanya hanyalah simple, terdiri daripada bunyi gitar rhythm dan satu lagi gitar melodi. Pastue gitar adalah benda ke-2 senang main lepas rekoder. Tak mustahil kalo pompuan bleh buat lagu camtue, dan aku tak pernah curiga. Laenlaa kalo dia bleh main kompang ataupun gong dalam lagu dia.. kalo yang tue barulaa korang bleh cakap die mempunyai bakat melampau..

Fida Aishah ngan Ariffshah tue orang yang sama? Nama pun dah shah2 kan? Satu coincidence yang mengjeleskan! Tapi berkat aku membaca komik Detektif Conan serta Hajime Kindaichi, awal2 lagi aku tau yang tuduhan nie tak masuk akal, cheewah! Korang tau tak entri kat adifstory tue berunsur sastera dan panjang cam cerpen? Bukan stakat tue, Fida gak mempunyai minat melampau dalam menulis entri, kekadang 3-4 entri sehari! Kalolaaa Ariffshah menyamar jadik Fida, krem jari telunjuk beliau, dah takleh korek hidung daa pasni. Bagi korang aku tatau camne, tapi bagi aku.. kalo nak menyamar jadik satu identiti yang update blog secara rakus, memang tak larat.. tak logik…

Apsal Fida Aishah VS PascaSPM?

Aku : alaaa.. sebab die tue pemes.. pastue lawa summore, tuelaa kena attack..

Alias : ha ah.. tuelaa.. hehe, aku rasa kalo ko letak gambar palsu kat blog ko kan, pastue ko claim tue gambar ko, takde orang marah pun, haha!

Aku : Betul! Aku rasa kalo aku tipu, mesti orang lain cakap “mati kau rr nak letak gambar apa2…”.. tension!

Tercabar aku.. sebab tuelaa aku buat challenge untuk diri sendiri ni. Nak lawan blog adifstory. Jadi, untuk tempoh seminggu nie.. aku akan letak gambar palsu kat blog aku. Tengok, timbul tak isu PascaSPM dan teori konspirasi. Kalo timbul, maka terbuktilaa bahawa menipu dalam blogging nie satu kesalahan besar, sapa2 buat, kene kondem habis. Kalo tak timbul, maka terbuktilaa bahawa kenapa Fida kene attack gila2 cam dalam dota tue, adalah kerana beliau famous, dan pabila orang2 cam aku nie buat hal.. takde orang kisah pun….

profile picture admin pascaspm

Ok dah.. kita habiskan isu Adifstory kat sini. Fida pun daa mintak maap. Jangan tulis daa post pasal dia.. biar aku jer yang dapat traffic search engine.. haha! Aku harap, takde sapa2 sakit hati ngan aku, kalo tension, cakap secara private, tak perlu nak malukan sesapa.. Aku tak sokong sapa2.. cuma jeles sebab orang concern pasal blog dia sampai tahap trackback URL.. sila concern pasal blog aku jugak, aku bukan robot, tapi manusia yang perlukan kasih sayang gak, ahaks!

harap terhibur dan terfikir sesuatu pengajaran, sekian wassalam!

ps: adifstory dah diprivatekan.. sampai aku yang innocent pun takleh baca gak blog beliau.. salah sapa? padan muka!

ps: aku nak buat siri versus banyak lagi rrr.. cambest jer..

44 Comments

  • SU promotion? boo

    ejoe gila traffic.hahahaha
    blog die da x private da la.outdated sungguh pascaspm.
    alia tomel recently posted..malam entri ketidakstabilanMy Profile

  • Oitttttttt. Gambar siapa yang ko rembat tu! =.=”

    Haah. Blog dia dah tak privtae la..
    Saffa recently posted..Day 18 – Welcome Home Miss Kulkith!My Profile

    • eh? btul ke? apsal aku xleh lagi?? hm… fida ban aku ke…

  • kontroversi permainan manusia yang —– ? =P

    blog syok sendiri lagi best!
    menteil recently posted..FB Status via URL BlogMy Profile

  • gambar sape tu ejoe? terkejut aku~
    meow recently posted..aku kene ketuk! grrMy Profile

  • malas aku nak sibuk kisah sebenar minah tue..siapa yang menipu dia yang berdosa..jangan cakap kat aku dia tipu sunat lak..istilah tue tak wujud! (dah ada gaya ustaz dah aku ne, hee)..

    anyway, perhatian aku tertumpu kat gambar pakcik mr. potato tue..lawak dowh..hahaha
    arrizz recently posted..Senarai 10 kereta termahal di dunia tahun 2010My Profile

  • pergh siriud aku baru tau pasal fida aisyah ni.. Hahahahahaha gile outdated aku pasal gosip dunia blog tempatan ni.. Ish2.. Mungkin ak juga perlukan SU promotion jugak la hohoho
    topo recently posted..Xbox 360 Case yang Sangat CoolMy Profile

  • tu gambar sape wehh..
    titan recently posted..Penangan Monopoly CityMy Profile

  • pernah masuk blog fida aishah ni dulu(sebelum diprivatekan)pi tak baca pun..hohoh..kalau yg super power edit2 gmbar ni,mmg la susah nk detect..

    btw,hensemnyer pak cik kat sebelah tu..nnti timbul plk pascaSPM dan teori konspirasi..hahaha
    farah recently posted..Jom Tangkap Cicak Untuk Rm6 juta!My Profile

  • rasa nak komen, tapi………..
    biarlah simpan dalam hati.

    p/ – encik penyiasat – dah interbiu jiran tetangga, rakan seYM, teman seGB atau kawan seBF?
    Kujie recently posted..Perlukah Sayang BersebabMy Profile

    • kalo ade tesalah kata apa2.. cakap kat ym yer.. hehe, bila nak chat nie??

  • Aku dah ulang beberapa kali baca post ni,tapi tak faham2 jugak. Memang aku ni jenis lembab kot. Isk2.. Kat blog tubelawak pun aku tak faham entri nye..

    p/s: sape fida aishah tu? penyanyi malaysia yang baru ke? sori la,aku bukannya amik tau sgt psl dunia hiburan ni..hee
    Baloot recently posted..Belajar Adobe Photoshop – Tutorial Menghasilkan Efek Pada GambarMy Profile

    • alamak.. lost gile ko baloot.. tapi xpelaa.. xtau pun takpe… hehe, tapi aku appreciate sebab ko ulang2 baca post nie.. tenkiu… XD!

  • trpikir gak td.. ckp exam.. student.. xkn la gmbr admin tuh.. emm.. haha.. shoutbox mn..
    as recently posted..3 Rules for being a studentMy Profile

  • kah. lepas aku nampak dota. terus aku baca balik. caitt! ingat cerita pasal CW!

    ya. salam kenal juga. thanks.

    aku tak kenal pasai sapa hang duk bebl tu. mari kenalkan kat aku boleh?

    ko rase, yang aku pakai ni gambar betul aku ke? =,,=’
    donha recently posted..Kesal dan ulasan tidak patut ada selepas iniMy Profile

  • nah..la ni smue nk up trafik dgn story minah tu. ape kes..
    tipu menipu ni xbaik..nnt kt akhirat bontot kena bakar..
    xleh blah la minah tu… dh kantoi leh lak nk tutup2 blog nak say gud bye la..
    klu benar xyah takut..
    ingat…anda buat anda dapat
    makngah recently posted..Cemburu Itu Bukan PadakuMy Profile

  • hooo.tak kisah sapa di sebalik blog ini yg penting ia manusia kira oklah hee..

    rupa tak penting ma…yang penting hati..kui..kui..ingatkan iklan pic manalah tadi heee
    Suri Cahaya Cinta recently posted..Hey!! Suri DisinilahMy Profile

  • aku masih tak faham tentang isu ini. Walaupun 2-3 kali blog lain menulis pasalnya.

  • ehh tuh gambar pakcik aku..hehe.. tipu jer…
    zik recently posted..Mereka yang sempoi oktober 2010!My Profile

  • Alaaa tu gambar mamat Filipino yang wat “pedo smile” tuh… ko nih msti minat tgk Ray William Johnson nyer videos kn? huhu

    • ray william johnson + shane dawson + smosh.. memang aku tak pernah miss diorang kat youtube.. hehehehe

      • same le kite… ak nih utuber hardcore gak..bgus pe dgar diorg babble about current happenings… kevjumba, nigahiga n other Asian utuber pn ko lyn gak ke? Asian pride bro! huhu

  • lau tuan punya blog ni tipu, tak nak dtg dah.. hehee.. tak de, gurau jer..
    fiezaradzi recently posted..Facebook Gugat KeselamatanMy Profile

  • aduh kawe semnggu lbh x on9..xtaw apo pun..kn quit la dunia blogging lps ni..hehe
    azizan4444 recently posted..Gusti Adik – Abang Lebih Parah SebenarnyaMy Profile

  • haih, ramai gak yang duk bising2 pasal fida aishah ni. naik jeles gak aku haha. eh, dah bleh bukak ek blog dia? nak usya la sat gi.

    gambar pakcik ni pun hensem gak haha
    Amirez recently posted..GiveAway Domain From MelRomeoCOMMy Profile

  • haha. aku baca entry hang, kelakar pulak.rasa nak penampar muka hang pun ada.
    Affan recently posted..Tutorial Blogspot – Mashable Style Social Sharing ButtonMy Profile

    • hehe… muka aku yang mana nie? kat profile pic tue ke?

  • fida aisyah? baru ni dengar nama itu. kalau tengok dalam tube lawak tu memang cun orangnya.

    aku ada idea beras cap bernas
    apa kata azwananuar.com dan pascaspm.com buat satu kontrovesi dalam dunia blogging.
    kita buat lah gaduh ke. kutuk mengutuk ke. kalau ada blogger yang perihatin itu tnadanya blog kita terkenal. kalau tak ada apa-apa. kita syok sendiri je lah.
    hehe…bijak tak

    • weyh, beras cap bernas gak idea ko.. tapi kita nak gaduh pasal ape arh? aku rasa gaduh sebab berebut girlfren rr.. macho sket..

  • Duh, haritu terbaca jugak kat tubelawak tu. Habis komen-komen baca, pastu tiba-tiba jadi pelik. Xtau da nak percaya kat sape. Tapi Fida ni top before Ariff or lepas dia kenal Ariff ?

    Anyway, blog dia best la.

    • hehe.. salam kak feeza.. sihat ke? hohohohohoho.. diorang masing2 mmg best, tapi rasanye fida lagi dikenali bila dia ngan ariff dah bersama laa kot.. hohoho

      • eh eh, kenal ke akak? HAHA. xpela, pascaSPM lg famous amos!

  • Haku kenal sape gambar admin tu. Ko lah rupanya wat video dlm youtube pas minum air buat senyuman manjew ituuuuu~! Wahaha.. :p
    Baloot recently posted..Belajar Adobe Photoshop – Tutorial Menghasilkan Efek Pada GambarMy Profile

  • kahkahkahkah. kalau benar,berdirilah teguh. bukan benar,berlari jauh :D enough said.hehe

  • thanks link ke blog aku.. sayang hang!
    tubelawak recently posted..epilog berdarah seorang pembunuhMy Profile

    • woooo.. otai letak komen kat blog aku.. segan rrr… hahhahaha…..

  • salam..wah ramainya pengunjung sini meriah betul lah nlog ni…..hehe salam dari sabah

  • mana ada otai.. aku manusia biasa juga.. aku suka ayat “ownage” hang tu tapi cam lebih sesuai “pawnage” hehehehehe..
    tubelawak recently posted..epilog berdarah seorang pembunuhMy Profile

  • eh lupa pulak.. aku dah trackback pic hang tu.. ni ada url.. hahahahahaha http://tubelawak.blogspot.com/2010/10/gerry-alanguilan-pakcik-sengal-on.html poyo2 sat
    tubelawak recently posted..epilog berdarah seorang pembunuhMy Profile

  • haha..lawak gak baca entri ko..tak penah terfikir pon nak trackback gambar2 dari blog..
    zharmin recently posted..Blogging Untuk DuitMy Profile

  • kadang2 x paham diorang nih.. tapi.. kita berblogging nak fun fun jer pun.. diorang lak amik kesah smp peribadi org lak.. x paham =.=
    myfadzli recently posted..Surat untuk Ayah dan ibuMy Profile

  • blog dia dah x private skg. aku xtau la nak komen apa psl blog fida aishah. aku sampai skg tertanya2 lagi, siapa di sebalik fida aishah tu..
    Amir Said recently posted..Oh Malaysia Kini Berwajah BaruMy Profile

  • aku dok cari2 pasal minah ni jumpe blog ko..hoho
    yoy recently posted..Panduan Membeli DSLR Untuk NewbieMy Profile

  • klu btl pon tipu yg dulu dr awal korg ngapppp sgt beria2 percaya pehal… slh die menipu or slh org yg ngapp sgt percaya…..

30 minit aku tulis satu post, 30 saat jer untuk satu komen...

CommentLuv badge