Mar 14, 2010 - a blogging freak    18 Comments

Kata Ganti Nama Aper ek Sesuai?

Assalamualaikum, diharap semua sihat dan sentiasa ingat bahawa nyawa tue milik Allah SWT, tak kira tengah buat apa, main game ke, makan maggi ke, dll. Harinie diriku rasa pening kat bijik mata sebelah kanan, rasa cam kene penyek bijik mata waktu sujud. Kalo main game takpelak, ish3! Pening nie berpunca daripada seharian main game The Settlers, yang aku ingatkan dah nak menang, last2 minute kalah gak. ZZZzzzzzz…

Hoho, sebenarnye aku nak tulis post pasal game harinie, tapi tetiba idea nie datang secara spontan dibenakku yang overgenius nie. Hehe, kalo korang seorang yang prihatin dengan blog aku, korang tau tak kata ganti nama apa yang aku selalu guna untuk diri aku? AKUlaaaaa.. hoho, lucu tak? (sila jawab ‘lucu2′ dengan suara yang kiut) Bukan apa, senanye selama nie aku pun teringin gak membina publisiti, kalo asyik pakai ‘aku’ jer, bila orang nak kenalkan? Takde brand!

Samanosuke_04. Khai, Pisyek, Kakjie, Saffa, Suri, nie antara blogger2 yang guna nama manja biskut diorang. Kesannye, diorang nampak lebih kiut bila berkomunikasi dengan pembaca, nampak sopan pun ader. Sebab nama2 cenggini biasanya digunakan semasa dating ngan awek. Kalo nak mengadu kat awek, mestilaa kte cakap “Pisyek demam harinie, Pisyek jumpe Milah esok k?” Takke menggoda tue? Diorang nie senanye menggunakan teknik yang sama untuk menjerat para pembaca ke lembah asmara. Jahat tul! Aku pun nak guna gak teknik nie, tapi takkan nak taip “Samanosuke demam harinie, Samanosuke jumpa Nohara esok k?” Panjang nak mampos nama! Tanak2, teknik nie takleh pakai.

I You. Kata ganti nama yang biasa digunakan oleh mereka yang kaya, ader padang golf belah reban ayam. Fesyen freak, lawa, anak dato’, anak nenek, bla3. Cam Aisyah Rozi, Haha! (no offense, defense pun) kekadang aku pun berbahasa ‘I YOU’ ngan die, eeeeew, poyo gile aku! Kalo pandai omputih takpe gak, nie omputih aku cam orang asli nyanyi lagu rap. Kalo stakat guna ‘I’ tapi grammar lain cam biskut merry, baik takyah. English aku ok jer senanye, meletop lagi, tapi kalo nak pikir ayat omputih, jadik lambat menaip. Bagi kat Ecah jerlaa ‘I You’ nie. Takmo, teknik nie takleh pakai gak!

Saya Anda. Digunakan oleh orang2 yang marketing kat internet biasanye. Kat salesletter banyak. Melambangkan formaliti dan serius. Cam nak bunuh orang kalo tak beli produk yang dia promote. Mesti dia pakai kot ngan necktie masa nak blogging. Haha!! Skema cam budak darjah 4 pakai sluar atas pusat. Walopon agak sopan, tapi takkan aku nak membahasakan diri sebegini rupa di blog yang sempoi lagi rileks indah permai nie? Takyah skema2, nanti pompuan tak minat, yang minat tue yang skema gak.. Hoho, takleh pakai…

Aku korang. Melambangkan kemachoan serta kehemseman seperti pemilik blog PascaSPM. Pada waktu yang sama juga menunjukkan penulis seorang spontan, responsif, kreatif, aktif, dan semua kata sifat lain yang berakhir dengan ‘tif’. Tidak cukup dengan itu, disebalik keseriusan yang ader pada penulis, kata ‘korang’ yang digunakan penulis juga menunjukkan penulis seorang yang caring, loving, friendling, cheerfuling, dan ‘ling2′ lain. Aku rasa aku cukup selesa menggunakan aku untuk berbahasa dengan korang yang aku panggil korang. Korang pun selesa kan? Kalo tak selesa baca blog aku sambil duk atas kusi urut Ogawa. Hoho, nampaknye yang nie bleh pakai!

Haha, bestnye puji diri sendiri pepagi camnie. Sori kalo post kali nie takde isi dan pengajaran bagi korang. Post2 sebelum nie pun takde isi sangat pun. Aku suka merapu, hilang stress! Hehe, gunakan cara sihat untuk hilangkan stress, jangan minum arak, jangan lepak2, jangan tulis blog pasal benda bodoh, jangan stresskan orang lain. Paling simpel amik air semayang jer. Kalo nak mengaji @ nak solat sunat lagi mantap. Sekian, wassalam…

ps: post kali  nie takde gambar, nak buat eksperimen jap!

18 Comments

  • hehe..pakai aje mana-mana yang kita selese..

  • MMAAAAAAAAAAANNNJJJAAAAAAAAAAAA…………….. “menggunakan teknik yang sama untuk menjerat para pembaca ke lembah asmara.”

    Mana ada! Suka suki jer buat assumption macam tu. =.=”

    Hahahaha. Pakai je lah apa-apa pun. Semua okay jer kowt.. Tak payah lah nak “Samanosuke demam harinie, Samanosuke jumpa Nohara esok k?”.. Semacam jer bunyi dia. Hahaha..
    .-= Saffa´s last blog ..Hello Brown Stitch! =-.

    • hohohohoho! gurau jer…

  • salam..mana ada guna tektik kotor ahh..mmg cikmin ada buat n3 tajuk coli berulat..google la..ngeeee..
    .-= cikmin´s last blog ..Malam Jumaat akan lebih indah 18sx sahaja! =-.

  • ahmad faizol sedap!!

    mama bagi name elok dah~

    kan3?

    =)

    *hari ni faizul nak berubah!..

    -seyes..nmpk cute neh!-
    .-= remon´s last blog ..buat je bilamana perlu.. =-.

    • weyh! identiti penulis blog adalah rahsia!!!

  • haha.. boleh carik “kata ganti diri” kat blog aku.. aku dah buat dah.. tapi aku rasa sesuai lagi ‘aku’

    pisyek? oh no… huhu…
    .-= aku menteil´s last blog ..Kantoi! =-.

  • dalam entry mmg aku kau je. tp kalau balas2 komen aku lg suka guna I sebagai default. tp dengan laki mmg aku kau je standard. hahaha

    kalau pompuan,aku kena find out dulu umur dia. hahaha. tua setahun pun aku dh panggil akak :p
    .-= yonna´s last blog ..Sara Liona Yang Ternoda =-.

  • mcm semua je penah guna..ikut masa dan keadaan le..hahahaha..weh buat eksperimen haper haaa?hi hi hi
    .-= farahaznil´s last blog ..Email sampah ! =-.

  • Menarik gak kalau tuan blog ni guna nama ganti diri Samanosuke_04 ala-ala Sasuke :D

  • aku pun slalu hadapi konflik macam ni…
    kalau ckp aku/kau dgn mereka yg lebih tua nmpk cam kurang ajar je..
    kalau guna nama sendiri sangatlah awkward..(sounds gayish as well, no offense)
    saya/awak plak mcm terlalu skema..
    as a result aku guna je mana2 ikut suka hati aku..haha
    .-= ahmadyusrie´s last blog ..1Malaysiakah Lotus F1 Team? =-.

    • Hohohoho, sounds gayish, stuju2… tapi kekadang kalo nama betul2 laki cam ‘Jusoh’ takde bunyi gay pun….

  • nama sendiri je.. mcm gua.. zuwairiaiman.. hehehe
    .-= zuwairiaiman´s last blog ..images =-.

  • haaa??, pisyek?? lieya first time dgr ni…ada lg ker kat blog org guna anda…cam lawak laa..hehehe
    .-= lieya MI´s last blog ..- – -NUFF TIDO – siang tido, malam berjaga- – - =-.

  • mana-mana pon ok.
    senang pakai aku jek.
    .-= dr.aku.la´s last blog ..Aku Sokong NGO Bantah Jual Aksesori …. =-.

  • haha..sekali lagi aku baca en3 kat blog ni..sengeh sorunk2..leh wat iklan colgate ni..huhu..
    lucu.. =)
    .-= bieyra ashiya´s last blog ..Blog!!!Kau ni kenapa??? =-.

  • PAKAILAH NICK YG MUDAH DI INGATI..hehhee.suri suka..nak nick yg simple,,dan ada makna di sebaliknya :P
    .-= suri´s last blog ..Peringatan Buat Diriku & Kaum Hawa.. =-.

  • aku gne aku korang jer..nak gne nickname, bnyinye lmbut lak..cm bckp ngan nyah plak..hehe..ckup ar aku letk nickname aku sbg nme blog..brand gak tu..hehe
    .-= arrizz´s last blog ..Kempen No Panties on Valentine Day (ada bran ker?) =-.

30 minit aku tulis satu post, 30 saat jer untuk satu komen...

CommentLuv badge