Assalamualaikum semua, hoho, Alhamdulillah sihat. Hoho, sorry lama tak post, bila dah takde momentum memang jadik camnie. Sebab 2 minggu lepas sibok ngan exam, lepas exam mesti laa nak release tension kan? So aku telah meninggalkan blog untuk main game2 yang dah lama aku gersang untuk main waktu exam. Hoho, oleh disebabkan kerana lama tak update, so post kali nie adalah multipoint pasal update2 yang dah berlaku kat aku dan mereka2 di sekeliling. HOhohohoho…
ManUtd dan Kelantan takde rezeki. Hehe, nasib baik aku tido tadi, tak bazir masa tengok EPL dan frust sebab ManUtd kalah. Tapi cam biasa, banyak kontroversi, dan aku tetap dengan ManUtd. Hehe, ok jer match tadi, adat permainan ada menang ngan kalah. Hohoho, tapi untuk Kelantan lak, penyokong2 yang ada kat tanah air tue, takleh terima adat permainan nie. Diorang nak menang gak, hoho malu betul aku bila tengok penyokong2 melayu yang memang mentaliti low class tue kat stadium. Bakar sana bakar sini, omputeh yang sokong ManUtd takder pun sampai cam tue.. kalo dah kalah tue terima jer laa cam aku nie. Hoho ayat sedap Ustaz aku, “orang berjaya bukan orang yang x pernah gagal, tapi mereka orang yang bangun balik lepas gagal,” ahaks!!
Aku dah jumpa kicap manis!!! Untuk pengetahuan korang, omputeh takde kicap manis cam yang korang makan hari nie. Hoho, kicap diorang semuanya masin. Hoho, kalo korang masak nasik ayam, takleh pakai laa kicap nie, jadik maggi. Hoho, tapi secara mantapnya kawan aku cakap dia ader terjumpa kicap manis kat Ashan, hoho dari Indon. Aku pun tanpa membuang masa dan air besar, bergegas ke Ashan dan menibai kicap manis tersebut. Hajat di hati nak buat nasik ayam lagi, tapi xde blender.. T_T
Exam dah lepas! Hoho, apsal point nie duk last plak ye? Hoho, exam yang paling merogol otak senanye Physiology.. Walopon ader Anat, tapi aku tak suka sangat subjek tue, so study x overdrive sangat rrr. Tapi yang happynyer cikgu Physio aku haritue x datang, so kteorang buat exam ngan cikgu laen. Kalo ngan cikgu laen, student2 Ionkina memang mengganas rr!! Sampai 4 page jawapan ader sorang member aku tue jawab. Hoho, tapi jawapan bertulis aku rasa memang takkan diterima Ionkina, Permaisuri Seksaan Physio, hoho.. so minggu nie kena prepare lagi untuk oral exam. Ahaks!
Winter dah masuk! Hoho, cantik dan indah sungguh ciptaan Allah SWT. Subhanallah.. hoho, tapi bila dah masuk winter nielaaa immune2 system manusia yang berasal dari iklim khatulistiwa nie kena sawan. Haha, kelas aku jer dah berapa ramai yang demam. Hehehe, aku pun demam gak 2-3 kali. Hoho, tapi nak jadik doktor kan, kena pandai rawat diri, main game laaa!!! Haha. Anyway, permulaan winter tahun nie agak lembut dan pondan, hehe, salji turun lebat, tapi takde angin2 yang bleh mengusik urinary bladder aku, hoho.. feel gila jalan dalam salji, cam winter sonata!
Ader orang rindu aku.. Haritue waktu kelas anat, bulu mata aku gugur, bukan bulu lain ye, bulu2 lain tue dicukur atau tercabut secara sendiri. hihi, kengkawan aku cakap kalo bulu mata gugur, ader orang rindu kat kita. Hoho, so I wonder, Camilla Belle ke? Kawan sekolah rendah ke? Pembaca blog aku ke? Pastue tetiba 2 hari lepas tue aku dpt msg dari mak aku.. hoho, dia plak yang hantar msg. Aku pun teringat dah berapa lama aku tak call umah. Nak call jer, tapi dah malam rrr, esok aku topup Matrix, pastue call mak, mana tau dia dah pilih calon untuk aku. Dan calon tue yang senanye rindu kat aku…
Diserbu polis sekali lagi!! Hoho, ingat tak hari tue aku tulis post pasal rumah aku dilawat oleh seorang polis yang mintak protection money dari aku dan geng2 aku? Hoho, one day, roomate aku tengah tinggal sensorang kat umah. Ape dia buat Wallahualam, hehe. Pastue si polis tue (nama dia Andrei), tekan loceng kat bawah, bila ditanya roomate aku “siapa kau?”. Dia x jawab, pastue roomate aku bukaklaa pintu bawah tue, ingatkan sape dan berjayalah dia masuk apartment kteorang. Aku ngan roomate aku sorang lagi balik, pastue kteorang bertiga ditanya beliau, “ingat tak pasal duit kehormatan yang saya mintak 1200 ruble sebulan tue?”. Pala hotak ko! Aku ngan roomate aku buat2 bodoh, tanye tue, tanye nie, dan banyak lagi alasan kteorang bagi. Stress Andrei, pastue beliau beredar dengan satu ancaman, “kalo korang ader masalah, jangan call aku lagi, tanak tolong, bwek!!” Macam tue laa lebih kurang, pastue beliau merajuk ala2 Kuch2 Hota Hai, dan menutup pintu sekuat2nya.
Anak sedara aku +1 !! Ahiaks, happy gak aku bila dah banyak anak sedara nie. Hoho, pasnie aderlaa bebudak kiut panggil aku ‘Uncle’. Huak3! Tapi senanye yang aku paling tak sabar ialah turn aku plak untuk bagi anak sedara kat orang lain. HAHA! Alhamdulillah, moga anak sedara aku hemsem gak cam aku. Hoho.
Hohoho, tue jer kot update untuk kali nie. hoho, InsyaAllah, in the future aku akan istiqamah dalam menulis blog, dan menyampaikan dakwah2 (ceewah), teknik2 geek, cerita bodoh untuk orang bodoh cam korang, dan benda2 lain. Hoho, dah lama sangat jauh darik blog.. orang lain yang jadik jauh dari aku.. hoho, sekian, Wassalam….
Share
sesedap rasa je plak polis tu nak mintak wang hantaran,haha
“shahirah” boy
this one should be in ur post too ejoe
hahahahahahahahaha
takpelah dah takde rezeki untuk kelantan tahun ni, pasukan kelantan bleh je terima kalah yang”bad loser” sesetengah penyokong tu lah (sesetengah yang penting), frust gak ah baca paper, yelah ramai family dari kelantan datang bercuti kat kl sambil nak enjoy bola, tuk2 ada yang buat perangai tak best ah gitu..
budu camne? hehe wah tak penah rasa pun musim winter camne, yang selalu dapat musim durian..haha
ingatkan gangster je camtu, polis sendiri pun ada gak.. plik2..
haha…lepas ni boleh la kau masak nasi ayam selalu ye
mane dpt ketjap manis ni? pasti lbih kaw kan =D
ehy ejoe, physio ko bkn da lpas ker??
n kicap tu bape rub?
owh yer, ejoe ko mmg da x sbar sgt nk kawin ker?? LOL
isi je la borang BM tuh, kan senang~
semenjak aku kenal apa itu persona dan apa itu shadow… aku tak lagi perlukan perempuan, aimi… kerana dalam diri setiap lelaki, ada perempuan…. HAHA!!
aaah sudah.. sesat plak daa budak nih.. pscyho nyer pasal .. hehe
hahahaha….peminat MU rupanya..haha…
kena perbesarkan anak mata nk baca entri ni..haha..
ada la feel skit2…
duduk di negara orang tu pandai jaga diri…
jgn buat mcm negara sendiri…haha..
p/s : cadangan saya, apa kata kita exchange link..? ok gak tu..haha..
http://syinrayafa.com/bloglink
aduhai..nengok botol kicap tu terus tingat kt cik abg
bkn le pasai muka dia mcm botol kicap tu
atau gelap gelemat mcm kicap
tp dia ckp….
benda pertama dia nk mkn bile blk m’sia nnt
kicap…!
hahahaha…
aku baru dapat anak buah balik kampung hari tu..