Assalamualaikum, salam sejahtera. Sari berita utama. Setelah main 5 lvl game The Settlers 5 Rise of an Empire, akhirnya keinsafan datang kepadaku untuk beralih dari dunia virtual realiti kepada dunia realiti. Yang senanye tak real sangat, dunia nie sangat singkat.. ingatlaa mati kengkawanku. Hehe, teralim plak..

Tapi walopon dah stop main game, aku main blog plak, haha! Bukan nak study, bodoh tul. Tatau apsal jadik malas camnie, nasib baik hemsem,  dahlaa 2 hari lagi ader exam kecik Physiology, pratakol tak siap lagi. Ish3, janganlaa jadik malas, kerna sesungguhnya malaslaa perosak kehidupan seorang student.

Huhu, tadi aku cek status2 blog sket. Tetiba ader sesuatu yang surprising menyuprisekan aku. Iaitu aku dapat agak banyak traffic daripada search engine cam Google ngan Yahoo. Kehairanan sambil mengenyit mata sebelah kanan, aku menyiasat, gerangan keyword apakah yang membawa pengguna2 search engine ke blog yang syok sendiri ini? Korang nak tau ke? Nak? Betul nak nie? Okeh2, tengok dan buat2 tersurprise!

Huhu, yaa itulah dia. ‘tudung’ dan ‘pencuci muka’ merupakan keyword yang membawa traffic2 sesat ke blog aku. Kesian kepada mereka2 yang tersinggah kat blog aku, mesti benda2 yang diorang search tak jumpa kat sini. Haha, nak jumpa pemende aku dok merapu kat sini. Nak carik tips muka hemsem maneleh aku ajar, dah natural.. Pastue ader lak yang search ‘pencuci muka lelaki’, omg mesti dia tue nak obsess nak jadik hemsem. Hohoho.. yang search tudung2 yuna plak.. Alhamdulillah, kalo nak pakai tudung teruskan, tudung Yuna ke, Minah ke, Alia ke, silakan.. asalkan menutup aurat.. heehee teralim plak, :p.

Ye, memang post nie takde tujuan, ye, korang dah meneka dengan tepat. Post kali nie ditulis bukan untuk memberi info atau mengsharingkan apa2. Tapi aku sekadar nak meningkatkan penggunaan keywords ‘tudung’ ngan ‘pencuci muka’! Sori kalo korang telah membazir masa membaca post sebegini rupa, tapi rezeki aku berada disini, aku perlu terus berjuang. Huhu, the door is open, and i need to walk in.. :p. Sekian, wassalam…

Mungkin korang tak baca lagi...