Assalamualaikum, hehe salam sejahtera semua.. Alhamdulillah tadi baru abes baca nota Physio, (giiiilllll***), huhu esok exam physio, dahlaa ngan lecturer paling kejam, tapi dah xde semangat nak study. Hoho, orang kata bila xde motivasi time tuelaa kene disiplin. The h*ll with that, aku memang tak disiplin pun, semua benda buat bila ada motivasi jer.. orang2 camnielaa  yang selalu hangat2 ta*k ayam. Ish3, nasib baik baru abes baca “overcoming procrastination”.

Pabila nota daa habes distudy, aku pun melompat2 dari blog ke blog, korang pun mesti pernah buatkan? Istilah yang tepat untuk kerja xberfaedah nie ialah “blog hopping”. Hihi, pastue pabila aku berfoya2 kat alam blog nie, banyak betul blog2 baru yang aku jumpa, dan banyak lak yang berciri2kan informasi berbanding personal. Hoho, cam blog aku, aku tibai jer, kekadang aku bitau pasal tips2 cambest (bagi aku laaa), kekadang aku citer pasal aper yang berlaku kat sekeliling aku, atopon personal.

Dan mengikut ujikaji serta feedback, selalunya post2 personal yang akan mendapat sambutan ‘hot’ daripada para peminat, heehee (sengih kiut). Kalo masterpiece aku “Jiwang Seorang Geek”, memang takyah cakap rrr, feymes sampai Volgo, hohohoho (ketawa villain). Siap ader yang nak season 2 lagi. Heehee, Alhamdulillah, sebaliknya, kalo post2 pasal shortcut2 keyboard ke, firefox ke, apa2 ke computerally related, feedback dari kengkawan agak negatif dan tidak menggersangkan… eh silap, memberangsangkan.

Tapi pabila survey balik, walopon personal lebih diminati, tapi biasanya orang2 yang aku kenal jelaaa yang baca, seperti kawan aku, dan kawan blogging aku. Heehee, secara globalnya aku xdapat menarik trafik2 liar bagi ribuan pengguna google lain, yang sebahagian besarnya search information kat internet, bukan personal story. Takde life gila manusia kalo satu bumi baca blog pasal life orang lain. Plus, aku lagi suka senanye post2 informatif, sebab aku akan mencari tahu untuk memberitahu (OMG, ayat falsafah), dua2 berfaedah.

Pabila aku bersemuka dengan dilemma sebegini rupa (da brape kali da pabila), aku pun tido, takpon aku tengok youtube, takpon main dota. So, senanye aku nie jenis yang xmakan feedback, aku vomitback, heehee. Tapi gitulaa, hehe mamp*s rrr pepepun, aku tulis jer ape yang aku terfikir, kalo sesetengah feedback tue cambest, aku digest, kalo xbest aku senyap jer. Bak kata Jaja “my blog, my right”. (Goodluck with your new blog!)

So, teruskan memberi feedback, kerna feedback tue membawa kepada keseimbangan, kalo xde negatif feedback cam hemoregulation, camner kita nak membalancekan kandungan sodium dalam badan melalui renin-angiotensinogen system? (heehee, physio abes!). Kepada yang dah memberi feedback aku thank you korang, kepada yang nak jaga hati aku, komen jer, takyah jaga tue keje gilfren aku nanti. Heehee… sori post nie ditulis dalam keadaan separa sedar, aku mengantuk senanye, kalo korang rasa cambod*h jer post nie, takyah rasa, dahpun.. hak3, sekian wassalam…

p/s: perasan tak aku banyak letak * dalam post kali nie? Sebab ader orang kata bahase yang aku guna kasar sangat dan diorg ingat aku cuba guna keyword2 ‘panas’,  terima kasih kepada feedback yang membina sebegini rupa!!

Share

Mungkin korang tak baca lagi...