Browsing "a concerned citizen"

Hari al-Nakba dan Diablo 3!!~

Assalamualaikum dan salam al-Nakba kepada semua. Pertama sekali mari kita bersyukur kat Allah SWT yang sedang menjaga rakyat² kat Palestin sana. Pastue selawat kat Nabi Muhammad SAW yang pernah mengatakan bahawa kat Palestin tue, akan ade orang islam yang akan terus berjuang dan berjuang, dan kita patut membantu perjuangan mereka.

Apa itu Hari al-Nakba?

Hari al-Nakba nie adalah hari untuk memperingati pencerobohan orang Israel kat Palestin, atopon lebih senang sebagai hari penubuhan negara haram Israel. Huhu 15 Mei adalah sehari selepas orang² Israel datang serang Palestin secara tetiba dan selamba beruk pastue buat² cam tak bersalah. Penting untuk kita ingat hari nie, supaya generasi masa depan dapat tahu bahawa dulu² kat bumi nie takde negara Israel. Dan supaya mereka tahu Israel nie tertubuh secara haram, dan supaya mereka tahu orang² Palestin nie tertindas dan mereka tak bersalah.

hari al nakba

Pehal Diorang Tukar Profile Pic kat Facebook?

Huhu, so sempena hari al-Nakba nie, semalam aku tengok orang duk tukar profile picture kat facebook secara rakus. Walopon aku sebenarnya clueless pasal hari al-Nakba nie, aku tetap turut serta menukar profile pic aku, sebagai tanda aku nak beri gak kesedaran kat orang ramai pasal hari al-Nakba nie. Dan pada masa yang sama, profile pic aku agak stylo, cam cyclops dalam cite X-men Huahuahua! Oh, btw gambar² profile pic nie melambangkan prisoner² Palestin yang kena tahan dan tengah buat hunger strike, bukan hunger games k?

tukar profile picture kat facebook sempena hari al nakba

Walopon menukarkan profile pic nie secara logiknya takdelaa membantu sangat orang² kat Palestin sana, tapi at least ader usaha jugak kan? Aku suka cerita pasal burung yang tolong percikkan air kat api yang sedang membakar Nabi Ibrahim. Walopon usaha burung tue nampak cam sia², tapi at least burung tue dah tunjuk perjuangan dia. Samalaa cam yang orang² tukar profile pic nie tengah buat, walopon takde effect sangat kat rakyat Palestin, tapi at least dah ader bukti perjuangan.

Diablo 3!!~

Kebetulan pulak Diablo 3, game yang cipta sejarah sebagai game yang dipre-order paling banyak dalam sejarah telah kuar harinie. Haha! Cam illuminati plak. Mungkin diorang kuarkan game nie sebab nak kita lupakan hari al-Nakba kot. Kikiki, who knows? Tapi takpelaa main game kan? Asalkan tak menyusahkan orang lain. Haha, aku sekarang nie tengah main Witcher 2, so memang takde masa nak main Diablo 3, lagipon jadual tengah padat gak. Kalo korang dah ader diablo 3, tulislaa review kat blog korang, aku nak tau gak sejauh mana kemantapan game nie.

screenshot game the witcher 2

Oklah, setakat nie dulu. Kalo nak info yang lebih informative lagi praying mantis pasal hari al-Nakba, korang bleh singgah kat blog nie. Aku tatau sangat pasal benda² camnie, kalo nak tolong sikit² blehlaa.. Hehe, sekian, wassalam!!~

ps: bila nak main dota 2 ngan aku nie korang? bosan arh main ngan mat salleh jer.. sila add aku, username steam aku ‘samanosuke_04′.. sama ngan username aku blogging

  • Partner links

  • Bob Kuman Meninggal Dunia

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi SWT yang masih mengurnikan nafas kepada kita, dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW idola seluruh umat Islam. Aku harap korang semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan samada dari segi fizikal mahupun rohaniah.

    Bob Kuman Meninggal Dunia

    Setelah 3 jam powernap yang failed, aku separa terkejut dengan berita pasal pemergian Bob Kuman kat facebook. Banyak gak orang² yang post pasal benda nie. Huhu, aku hanya mampu menyedekahkan arwah al-Fatihah dan to be honest, aku tak kenal pon sape tue Bob Kuman. Tapi bila search kat google, memang dah banyak orang tulis post pasal Bob Kuman meninggal dunia. Read more »

  • Partner links

  • Nov 2, 2011 - a concerned citizen    9 Comments

    Palestin Diterima Sebagai Ahli ke-195 UNESCO!!

    Assalamualaikum dan salam awal Zulhijjah, syukur kehadrat Ilahi SWT yang menunjukkan kat dunia bahawa mercy tue masih ada. Dan selawat kepada kekasihNya SAW yang selalu berpesan kat kita supaya selalu berkasih sayang, selalu memberi salam, dan bleh kata semua benda baik Nabi suruh kita buat..

    Huhu, walopon aku nie selalunya tak amik kisah pasal perkembangan dunia, asyik keep up dengan berita game dan hiburan jer. Tapi kali nie aku rasa bangga dengan diri aku, sebab buat pertama kalinya aku post basal berita yang ada signifikan kat bumi nie, pasal palestin plak tue! Huhu, mudah²an dapat pahala aku buat post nie, pastue dapat isteri comel serta solehah. Read more »

  • Partner links