Browsing "a blogging freak"

Bob Kuman Meninggal Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi SWT yang masih mengurnikan nafas kepada kita, dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW idola seluruh umat Islam. Aku harap korang semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan samada dari segi fizikal mahupun rohaniah.

Bob Kuman Meninggal Dunia

Setelah 3 jam powernap yang failed, aku separa terkejut dengan berita pasal pemergian Bob Kuman kat facebook. Banyak gak orang² yang post pasal benda nie. Huhu, aku hanya mampu menyedekahkan arwah al-Fatihah dan to be honest, aku tak kenal pon sape tue Bob Kuman. Tapi bila search kat google, memang dah banyak orang tulis post pasal Bob Kuman meninggal dunia. Read more »

  • Partner links

  • Apr 17, 2012 - a blogging freak    14 Comments

    Najwa Latif vs PascaSPM

    Assalamualaikum dan salam musim spring. Alhamdulillah, beribu pujian kepada Allah SWT yang akhirnya meniupkan jugak bayu musim panas kat Moscow nie, bleh pakai baju selapis jer pegi kelas. Pastue selawat kat Nabi Muhammad SAW kekasih Allah dan kekasih kita.

    Lately aku jarang update blog, sebab pertukaran kepada cycle obstetric yang lebih membizikan, tapi menarik sebab mak² kat Russia nie hot walopon diorang mengandung. Dan Alhamdulillah harinie bleh gak masa senggang untuk update blog. Aku takde idea senanye nak update kali nie, tapi korang baca jerlah yer, kalo boring takpe takyah baca. Korang singgah pun aku dah berterima kasih sensangat Read more »

  • Partner links

  • Tak Boleh Buka Blog Sendiri Tapi Orang Lain Boleh

    Assalamualaikum dan salam Earth Hour kepada semua. Pertama sekali kita panjatkan kesyukuran kat Allah SWT yang menurunkan nikmat kat bumi kita yang hijau nie. Kedua plak, kita ucapkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW yang menyampaikan rahmat Islam keseluruh alam nie. Dan seterusnya aku harap korang semua sihat, dan takde yang eksiden waktu tutup lampu masa tengah sambut Earth Hour.

    Huhu, korang mesti tertanya² kan kemana aku menghilang? (bajet orang rindu) Mesti aktiviti blogwalking korang jadik sepi kan tanpa update daripada aku? (bajet lagi) Aku memohon maaf senanye, sebab seminggu lepas, ip aku sendiri telah diblock oleh blog aku sendiri. Menyebabkan aku takleh bukak blog aku. Sedeyh betul bila tuan punye blog sendiri kena block, ibarat “bergilfren tapi tak diakui sebagai boyfren”. Read more »

  • Partner links

  • Mar 24, 2012 - a blogging freak    35 Comments

    4 Kriteria Blog Yang Akan Aku Singgah

    Assalamualaikum dan salam hari minggu. Macam biasa aku dahulukan coretan dengan bersyukur kepada Allah SWT kerana menyampaikan kita kepada Jumaat semalam, moga² kita masih sempat berjumpa Jumaat akan datang. Selawat keatas Nabi Muhammad SAW yang menganjur kita untuk baca surah al-Kahfi tetiap hari Jumaat, moga² kita berada dalam kalangan orang yang merutinkan surah ini setiap minggu.

    Manusia nie pelik, bila weekdays diorang nak weekend, tapi bila dah dapat weekend, diorang komplen plak bosan sebab takde pape nak buat kat rumah. Nielaa masalah aku tetiap minggu, 9gag dah khatam habes, 30 Rock dah tengok, Youtube plak makin lama makin bosan. Huhu, so semalam, disebabkan terlampau bosan aku meluangkan masa untuk cari blog awek hot baru untuk diblogwalking, sebab aku rasa list blogwalking aku terlalu pendek, sejam jer komen sana-sini, dah habes dah! Dan sekaligus serta gula² sugus, aku nak bagitau korang apa kriteria-kriteria blog yang bagus untuk diblogwalkingkan (ade ke pekataan nie?) Read more »

  • Partner links

  • Bagaikan Ada Girlfriend…

    Assalamualaikum dan salam tahun lompat! Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi SWT kerana menganugerahkan kepada manusia 1 hari extra pada tahun 2012 nie, dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW yang selalu mengajar kita supaya memanfaatkan masa, dari hari ke hari. Pastue, aku berharap doakan korang semua sihat dan agar girlfriend korang tak main kayu 3.

    Huhu, dah 2 minggu aku tak update semenjak comeback kali ke-4 baru² nie. Amacam?!  Saspen tak?! Mesti korang ingat aku nie hangat² tahik ayam je kan? Tak baik buruk sangka tau tak, lagi² kalo korang tuduh orang tue tahik ayam. Ish3.. malu nenek korang kalo tau perangai korang camnie. Aku sengaja jer tak update lelama, nak tengok ade orang rindu ke tak, tetengok cam biasa, takde orang rindu. K fine! Read more »

  • Partner links

  • Feb 15, 2012 - a blogging freak    12 Comments

    Comeback kali ke-4 PascaSPM!! Eff Yeahh!!~~

    Assalamualaikum dan salam comeback kali ke-4, syukur kepada Allah SWT yang masih lagi beri peluang supaya kata² masih lagi ditintakan di blog nie. Dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW yang menyampaikan Islam. Macam apa yang terpapar kat title, tue laa yang aku nak sampaikan harinie, nothing special. Tapi untuk comeback kali nie, aku ada alasan² yang jitu lagi kukuh supaya korang tak rasa hampeh terhadap aku.

    Blog Aku Turut kena Hack!!

    Aku tatau samada blog korang terlibat atau tak, tapi blog aku kurang bernasib baik sket, sebab turut menjadi target hacking secara besar²an baru² nie (walopon dah lama senanye). Peristiwa hacking nie hanya terjadi kat pemilik² blog wordpress, tak kira korang duk kat Zimbabwe mahupun M’sia, kalo tak bernasib baik, memang jadik target. Bila dah jadik target, adelaa coding² pelik yang diorang (hacker) letak dalam blog korang, menyebabkan google + firefox blacklist blog korang.

    So, sebabkan aku nie tatau sangat nak repair coding, dan forum² lain pun bagi jawapan versi calculus yang aku tak paham, jadi aku pilih solusi paling mudah, yaitu clean install balik wordpress, haha! Habes jatuh PR aku jadik 1 balik, zzzz… Pastue dahlaa aku tak ingat nama theme yang aku pakai dulu, terpaksa tukar theme baru, which is not bad, tapi dah tak nostalgic cam dulu, sebab theme yang dulu bleh kata 50% aku pomen sendiri, huhu.. Read more »

  • Partner links

  • Oct 21, 2011 - a blogging freak    21 Comments

    3 Padah Bila Dah Lama Tinggalkan Blogging

    Assalamualaikum dan salam ambang Aidil Adha (ye ke?). Firstly, macam biasa kita cuba bersyukur kat Allah SWT yang bagi peluang kat kita untuk kembali berblogging walopon dah lama tak aktif. Pastue kita selawat plak kat KekasihNya SAW yang sepatutnya menjadi idola kita kalo bab² consistency dalam berjuang nie. Huhu..

    Aku pelik apsal kalo kita menahan dari buat benda jahat, kita akan rasa gian, horny, dan bila berpeluang buat balik benda jahat tue rasa excited gila. Kenapa keadaan yang sama takleh apply kat buat benda baik. Bila nak start buat benda baik yang dah lama kita tinggalkan (blogging, tak tido lepas subuh), akan rasa keberatan, rasa macam banyak halangan, serta sembelit. Mungkin nie keje setan, dan mungkin nie jugak cabaran yang memisahkan antara orang hebat serta konsisten dan orang yang malas lagi noob, hodoh plak tue! Read more »

  • Partner links

  • Oct 15, 2011 - a blogging freak    11 Comments

    Okeh, Kali Nie Serius Nak Buat Comeback!

    Assalamualaikum dan salam bulan kesedaran kanser payu dara. Pertama sekali syukur kepada Allah SWT yang masih lagi memberi cahaya harapan kat sesetengah blogger, walopon cahaya tue agak malap. Selawat keatas Muhammad SAW yang selalu suruh kita berjuang walaupun kita nie minority, dan walaupun perjuangan tue nampak macam lost cause, kerna Beliau SAW, tau… akhirnya Islam gak akan menang.

    Comeback kali ke-2

    Hoho, baru jer dalam 3 post lepas aku ada kecoh pasal nak buat comeback kat blog nie. Kononnye nak aktif berblogging balik dan muncul sebagai fenomena terkini internet. Huhu, hangat2 tahi ayam jer (kesian ayam), berapa lama lepas tue dah tak semangat balik. Pastue janji nak buat siri Eurotrip 3.0, tapi tak tulis2 jugak… huhu, bagi aku masalah malas dan tangguh2 nie masalah yang paling sukar nak diatasi. Kalu aku rajin mesti dah lama ade gilfren.. Read more »

  • Partner links

  • Jul 12, 2011 - a blogging freak    21 Comments

    Bleh Tak Buat Comeback?

    Assalamualaikum dan salam bersih kepada semua, walopon tatau ade berapa kerat jer yang masih baca blog nie. Hoho, pertama sekali syukur kehadrat Ilahi SWT yang selalu bagi kita pakaian bersih, makanan bersih, insyaAllah hati pun bersih. Dan selawat keatas Nabi Muhammad SAW yang selalu memupuk kita agar selalu mementingkan kebersihan. Hehe, pasnie korang search BERSIH insyaAllah sampai kat blog nie, hohohoho!

    Pehal lama diam?

    Yeye, aku sedar betapa lama daa tak tulis blog, pastue masih berharap lagi blog camnie ade pembaca. Hehe, orang kata “jangan give up selagi jari masih bleh menaip”, bukan orang kata laa, aku reka sendiri ayat tue. Well, you know lately, ekceli aku dibizikan dengan exam2 yang bertubi-tubi datang mengjahanamkan hidup aku. Exam 3rd year memang melampau banyak, so terpaksa aku berhempas pulas dan pusing study siang malam untuk exam. Tapi study cam nak (be)rak pun result suck jugak.. zzzz, terasa kenooban diri, takpelaa janji lepas pastue tak kene repeat year, Alhamdulillah.. Read more »

  • Partner links

  • Akhirnya Aku Famous di Youtube!~~

    Assalamualaikum dan salam Sabtu semua. Rasa tak sedap kalo tak mulakan penulisan dengan memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT, yang memanjangkan umur kita semua, bleh sambut besday tiap2 tahun, siap ader orang buat suprise lagi. Dan selawat keatas Nabi Muhammad SAW yang selalu mengingatkan kita, bahawa hidup kat dunia nie sementara sahaja, walaupun kita rasa kita makin tua.

    Orait, dah bace daa tajuk entri nie kan? Haaa, sape cakap aku tak mampu jadik femes?! Harh? PascaSPM is soo underrated I tell you! haha, speaking sket. Takde pape sbenarnye, hanya nak share cerita kelakar sket ngan korang semua. Harap2 korang prepare dengan ke-epic-an cerita seorang yang mengfameskan diri beliau dengan cara terlarang ini, hohoho… Read more »

  • Partner links

  • Pages:123»