Browsing "a computer geek"

Hari al-Nakba dan Diablo 3!!~

Assalamualaikum dan salam al-Nakba kepada semua. Pertama sekali mari kita bersyukur kat Allah SWT yang sedang menjaga rakyat² kat Palestin sana. Pastue selawat kat Nabi Muhammad SAW yang pernah mengatakan bahawa kat Palestin tue, akan ade orang islam yang akan terus berjuang dan berjuang, dan kita patut membantu perjuangan mereka.

Apa itu Hari al-Nakba?

Hari al-Nakba nie adalah hari untuk memperingati pencerobohan orang Israel kat Palestin, atopon lebih senang sebagai hari penubuhan negara haram Israel. Huhu 15 Mei adalah sehari selepas orang² Israel datang serang Palestin secara tetiba dan selamba beruk pastue buat² cam tak bersalah. Penting untuk kita ingat hari nie, supaya generasi masa depan dapat tahu bahawa dulu² kat bumi nie takde negara Israel. Dan supaya mereka tahu Israel nie tertubuh secara haram, dan supaya mereka tahu orang² Palestin nie tertindas dan mereka tak bersalah.

hari al nakba

Pehal Diorang Tukar Profile Pic kat Facebook?

Huhu, so sempena hari al-Nakba nie, semalam aku tengok orang duk tukar profile picture kat facebook secara rakus. Walopon aku sebenarnya clueless pasal hari al-Nakba nie, aku tetap turut serta menukar profile pic aku, sebagai tanda aku nak beri gak kesedaran kat orang ramai pasal hari al-Nakba nie. Dan pada masa yang sama, profile pic aku agak stylo, cam cyclops dalam cite X-men Huahuahua! Oh, btw gambar² profile pic nie melambangkan prisoner² Palestin yang kena tahan dan tengah buat hunger strike, bukan hunger games k?

tukar profile picture kat facebook sempena hari al nakba

Walopon menukarkan profile pic nie secara logiknya takdelaa membantu sangat orang² kat Palestin sana, tapi at least ader usaha jugak kan? Aku suka cerita pasal burung yang tolong percikkan air kat api yang sedang membakar Nabi Ibrahim. Walopon usaha burung tue nampak cam sia², tapi at least burung tue dah tunjuk perjuangan dia. Samalaa cam yang orang² tukar profile pic nie tengah buat, walopon takde effect sangat kat rakyat Palestin, tapi at least dah ader bukti perjuangan.

Diablo 3!!~

Kebetulan pulak Diablo 3, game yang cipta sejarah sebagai game yang dipre-order paling banyak dalam sejarah telah kuar harinie. Haha! Cam illuminati plak. Mungkin diorang kuarkan game nie sebab nak kita lupakan hari al-Nakba kot. Kikiki, who knows? Tapi takpelaa main game kan? Asalkan tak menyusahkan orang lain. Haha, aku sekarang nie tengah main Witcher 2, so memang takde masa nak main Diablo 3, lagipon jadual tengah padat gak. Kalo korang dah ader diablo 3, tulislaa review kat blog korang, aku nak tau gak sejauh mana kemantapan game nie.

screenshot game the witcher 2

Oklah, setakat nie dulu. Kalo nak info yang lebih informative lagi praying mantis pasal hari al-Nakba, korang bleh singgah kat blog nie. Aku tatau sangat pasal benda² camnie, kalo nak tolong sikit² blehlaa.. Hehe, sekian, wassalam!!~

ps: bila nak main dota 2 ngan aku nie korang? bosan arh main ngan mat salleh jer.. sila add aku, username steam aku ‘samanosuke_04′.. sama ngan username aku blogging

  • Partner links

  • Akhirnya Aku Dapat Main Dota 2!!

    Assalamualaikum dan salam cuti Hitler’s Birthday. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang memberi nikmat kat kita, samada segera mahupun tertangguh, samada kita sedar ataupun tak. Dan selawat keatas Nabi Muhammad SAW yang selalu suruh kita berdoa mintak nikmat, walopon kekadang tue Allah SWT tak bagi secara segera.

    Huhu, untuk pengetahuan korang student yang belajar kat Russia dapat cuti tetiap kali birthday Hitler. Tapi kiteorang tak sambut pon besday mamat tue, cuma orang Russia yang fanatic yang sambut. So agak bahaya untuk foreigner kuar rumah waktu Hitler’s Birthday, nanti kena pukul dek fans² Hitler yang berjiwa radikal. Read more »

  • Partner links

  • Teknik Beli CD Game Ps3 Dengan Murah Kat Ebay!!!

    Assalamualaikum dan salam Isnin kepada semua. Alhamdulillah, syukur ya Allah kerana aku dan korang masih lagi dipanjangkan usia ke minggu nie. Selawat kepada Nabi Muhammad SAW jugak yang lahirnya pada hari Isnin. So jangan banyak mengeluh sangat kalo hari Isnin, walopon ianya adalah permulaan minggu.

    Kalo korang stalker tegar aku, korang mesti dah tau aku mempunyai tabiat shopping cd game secara rakus dan bernafsu kat ebay. Walopon skali shopping aku tibai 5-6 cd game sekaligus, tapi aku pastikan perbelanjaan aku diminimakan sebaiknya. Dan aku rasa puashati dengan pembelian aku walopon nampak cam boros, tapi senanye tak! So, harinie dengan ilmu aku bershopping kat ebay selama 2 tahun, aku nak ajar korang cara nak beli CD Game Ps3 dengan murah kat ebay: Read more »

  • Partner links

  • Tak Boleh Buka Blog Sendiri Tapi Orang Lain Boleh

    Assalamualaikum dan salam Earth Hour kepada semua. Pertama sekali kita panjatkan kesyukuran kat Allah SWT yang menurunkan nikmat kat bumi kita yang hijau nie. Kedua plak, kita ucapkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW yang menyampaikan rahmat Islam keseluruh alam nie. Dan seterusnya aku harap korang semua sihat, dan takde yang eksiden waktu tutup lampu masa tengah sambut Earth Hour.

    Huhu, korang mesti tertanya² kan kemana aku menghilang? (bajet orang rindu) Mesti aktiviti blogwalking korang jadik sepi kan tanpa update daripada aku? (bajet lagi) Aku memohon maaf senanye, sebab seminggu lepas, ip aku sendiri telah diblock oleh blog aku sendiri. Menyebabkan aku takleh bukak blog aku. Sedeyh betul bila tuan punye blog sendiri kena block, ibarat “bergilfren tapi tak diakui sebagai boyfren”. Read more »

  • Partner links

  • Bagaikan Ada Girlfriend…

    Assalamualaikum dan salam tahun lompat! Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi SWT kerana menganugerahkan kepada manusia 1 hari extra pada tahun 2012 nie, dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW yang selalu mengajar kita supaya memanfaatkan masa, dari hari ke hari. Pastue, aku berharap doakan korang semua sihat dan agar girlfriend korang tak main kayu 3.

    Huhu, dah 2 minggu aku tak update semenjak comeback kali ke-4 baru² nie. Amacam?!  Saspen tak?! Mesti korang ingat aku nie hangat² tahik ayam je kan? Tak baik buruk sangka tau tak, lagi² kalo korang tuduh orang tue tahik ayam. Ish3.. malu nenek korang kalo tau perangai korang camnie. Aku sengaja jer tak update lelama, nak tengok ade orang rindu ke tak, tetengok cam biasa, takde orang rindu. K fine! Read more »

  • Partner links

  • Nov 22, 2011 - Game Addicts    12 Comments

    Bola Sepak Sea Games 2011 – Malaysia Menang??

    Assalamualaikum dan salam sea games untuk semua orang serumpun yang baca blog nie. Suka aku mulakan coretan dengan memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi SWT yang memberi keamanan dan kesepaduan kat negara kita. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang tempias dakwahnya, memberi kita semangat kesatuan sampai hari nie.

    Malaysia Menang Bola Sepak Sea Games 2011

    Ye, aku tau berita Sea Games 2011 memang dah sibuk kat facebook semalam, sampaikan harinie pun masih tak stop lagi kekecohan tersebut. Tapi yang paling hot bukan pasal berita Malaysia menang, tapi pasal gambar² orang² Indonesia tengah riot. Huhu, udah² le tue, kita kan dah menang, takyah nak kutuk mentaliti orang lain plak kat facebook, kalo dia buat jahat, pastue kita balas jahat balik, maksudnya sama jelah kita ngan dia. Nabi Muhammad SAW pernah kata “balas kejahatan tue ngan kebaikan”, tapi korang semua buat dek jer.. ish3… takpelaa kita tengok dulu camne Malaysia menang dengan penalti, hoho!

    Huhu, dramatik gila, sebab gol yang last tue, aku ingatkan dah tak masok, tapi masok gak secara slow-mo. Haha, tapi secara tulusnya.. aku tak tengok pun match Malaysia vs Indonesia.. HAHA! Aku duk dalam bilik main game, tatau apsal. Kalo MLG Starcraft 2 aku sanggup berjaga sampai pkol 5 pagi (FXO Leenock menang!), tapi bila pasal sukan² klasik nie, kureng sket. Read more »

  • Partner links

  • Tutorial Edit Gambar Jadi Hitam Putih versi Pro!

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dipanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi SWT yang tak terbatas kuasanya, selawat keatas Nabi Muhammad SAW yang tak terbalas jasanya. Ececeh, berpantun plak aku.

    Okeh disebabkan aku malas nak update, so aku rompak teknik Saffa update blog, iaitu dengan letak gambar banyak². Tapi laen sket, sebab hari nie aku nak ajar korang edit gambar jadi hitam putih, bersempenakan facebook kena spam ngan gambar tak senonoh gadis tudung, huhu, erk.. apa kaitan eh? Tutorial yang aku bakal persembahkan nie simple² jer, kalo nak yang complicated sila nyanyi lagu Avril Lavigne ‘Complicated’, pastue baru aku bagi yang pro punye k? Oh, and btw, aku guna photoshop, kalo korang guna paint, sila pergi pindah duduk dalam gua. Read more »

  • Partner links

  • Aug 16, 2011 - Game Addicts    5 Comments

    Dota 2 Official Trailer dah Kuar!!~~

    Assalamualaikum dan salam Ramadhan, huhu syukur ke hadrat Ilahi yang memberi qudrat kepada peparu kita untuk bernafas lagi sampai bulan Ramadhan, dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW yang setiap nafasnya tidak disia2kan melainkan memuji2 Allah SWT di bulan mulia nie. Mohon keampunan dari semua pihak, samada yang peduli, tak peduli, yang stalking, yang kipas susah mati, sebab tak tunaikan janji nak buat comeback untuk blog nie. Huhuhuhu..

    Comeback tak tercapai sebab rasa malas yang menimpa diri nie susah untuk dibanteras, walopon setan dah kena ikat, aduih. Huhu, takpe pasnie kita doa byk2 seblom bukak puasa supaya PascaSPM bleh lawan Ariffshah pasnie, die daa nak grad, so ade can laa aku nak rampas takhta moscow. Hohohoho! (ketawa kejam). Read more »

  • Partner links

  • Apr 23, 2011 - a computer geek    39 Comments

    Ader DSLR Tak Bermakna Anda Pro!

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur kepada Allah SWT yang selalu memurahkan rezekinya kepada kita, tetiap hari dapat makan, tetiap hari dapat tidur, moga2 pasnie dapat rezeki dipanjangkan lagi. Selawat keatas Nabi Muhammad SAW yang selalu tak selalu makan sebab takde makanan, tak selalu tidur sebab qiam, dan kerana pengorbanan baginda laa nama kita ada ‘bin’ harinie…

    Orait, post kali nie mungkin agak ketinggalan zaman sedikit, tapi aku rasa masih lagi ada sisa-sisa signifikan untuk ditulis buat pembacaan korang sekalian. Cerita bermula bila aku call umah, sembang2 ngan mak pasal gadis2 yang aku stalk, exam, eurotrip dan hadiah ape yang family nak bila aku balik umah nanti. Sebagai seorang abang mithali, aku tanyelaa mak aku pekemende yang adik aku nak, since die tak suka sangat henset, tak suka main game, baju2 berfesyen plak harom, fuh! Innocent cam abang die! Tapi aderlaa suara sumbang die cakap “kalo bleh DSLR best gak, nak try maen”.. Read more »

  • Partner links

  • Apr 20, 2011 - a computer geek    11 Comments

    Kerana Facebook Itu Stalker-Friendly

    Assalamualaikum dan salam happy birthday kepada sesiapa yang sambut besday harinie, friends aku kat pesbuk ade 2 orang semalam dah jadik tua setahun, hahaha. Jadi, wajarlah kita setiap hari memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT, sebab tetiap hari bagi peluang hidup, tetiap tahun bagi peluang sambut besday. Selawat kepada Nabi Muhammad SAW yang selalu mengingatkan kita bahawa hidup nie tak berapa panjang senanye, kena selalu manfaatkan usia.

    Lately korang ader tak kena spam pasal facebook apps yang bleh tau sapa view profile korang? Wall aku haritue tetiba penuh ngan spam oleh orang2 yang innocent lagi noob yang mahu mencuba apps tersebut, last2 kena rape facebook diorang. Tapi nasib baik diorang rajin2 balik delete spam kat wall aku tue, hehe bagus betul diorang nie. Read more »

  • Partner links

  • Pages:1234»