Browsing "Game Addicts"

Hari al-Nakba dan Diablo 3!!~

Assalamualaikum dan salam al-Nakba kepada semua. Pertama sekali mari kita bersyukur kat Allah SWT yang sedang menjaga rakyat² kat Palestin sana. Pastue selawat kat Nabi Muhammad SAW yang pernah mengatakan bahawa kat Palestin tue, akan ade orang islam yang akan terus berjuang dan berjuang, dan kita patut membantu perjuangan mereka.

Apa itu Hari al-Nakba?

Hari al-Nakba nie adalah hari untuk memperingati pencerobohan orang Israel kat Palestin, atopon lebih senang sebagai hari penubuhan negara haram Israel. Huhu 15 Mei adalah sehari selepas orang² Israel datang serang Palestin secara tetiba dan selamba beruk pastue buat² cam tak bersalah. Penting untuk kita ingat hari nie, supaya generasi masa depan dapat tahu bahawa dulu² kat bumi nie takde negara Israel. Dan supaya mereka tahu Israel nie tertubuh secara haram, dan supaya mereka tahu orang² Palestin nie tertindas dan mereka tak bersalah.

hari al nakba

Pehal Diorang Tukar Profile Pic kat Facebook?

Huhu, so sempena hari al-Nakba nie, semalam aku tengok orang duk tukar profile picture kat facebook secara rakus. Walopon aku sebenarnya clueless pasal hari al-Nakba nie, aku tetap turut serta menukar profile pic aku, sebagai tanda aku nak beri gak kesedaran kat orang ramai pasal hari al-Nakba nie. Dan pada masa yang sama, profile pic aku agak stylo, cam cyclops dalam cite X-men Huahuahua! Oh, btw gambar² profile pic nie melambangkan prisoner² Palestin yang kena tahan dan tengah buat hunger strike, bukan hunger games k?

tukar profile picture kat facebook sempena hari al nakba

Walopon menukarkan profile pic nie secara logiknya takdelaa membantu sangat orang² kat Palestin sana, tapi at least ader usaha jugak kan? Aku suka cerita pasal burung yang tolong percikkan air kat api yang sedang membakar Nabi Ibrahim. Walopon usaha burung tue nampak cam sia², tapi at least burung tue dah tunjuk perjuangan dia. Samalaa cam yang orang² tukar profile pic nie tengah buat, walopon takde effect sangat kat rakyat Palestin, tapi at least dah ader bukti perjuangan.

Diablo 3!!~

Kebetulan pulak Diablo 3, game yang cipta sejarah sebagai game yang dipre-order paling banyak dalam sejarah telah kuar harinie. Haha! Cam illuminati plak. Mungkin diorang kuarkan game nie sebab nak kita lupakan hari al-Nakba kot. Kikiki, who knows? Tapi takpelaa main game kan? Asalkan tak menyusahkan orang lain. Haha, aku sekarang nie tengah main Witcher 2, so memang takde masa nak main Diablo 3, lagipon jadual tengah padat gak. Kalo korang dah ader diablo 3, tulislaa review kat blog korang, aku nak tau gak sejauh mana kemantapan game nie.

screenshot game the witcher 2

Oklah, setakat nie dulu. Kalo nak info yang lebih informative lagi praying mantis pasal hari al-Nakba, korang bleh singgah kat blog nie. Aku tatau sangat pasal benda² camnie, kalo nak tolong sikit² blehlaa.. Hehe, sekian, wassalam!!~

ps: bila nak main dota 2 ngan aku nie korang? bosan arh main ngan mat salleh jer.. sila add aku, username steam aku ‘samanosuke_04′.. sama ngan username aku blogging

  • Partner links

  • Akhirnya Aku Dapat Main Dota 2!!

    Assalamualaikum dan salam cuti Hitler’s Birthday. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang memberi nikmat kat kita, samada segera mahupun tertangguh, samada kita sedar ataupun tak. Dan selawat keatas Nabi Muhammad SAW yang selalu suruh kita berdoa mintak nikmat, walopon kekadang tue Allah SWT tak bagi secara segera.

    Huhu, untuk pengetahuan korang student yang belajar kat Russia dapat cuti tetiap kali birthday Hitler. Tapi kiteorang tak sambut pon besday mamat tue, cuma orang Russia yang fanatic yang sambut. So agak bahaya untuk foreigner kuar rumah waktu Hitler’s Birthday, nanti kena pukul dek fans² Hitler yang berjiwa radikal. Read more »

  • Partner links

  • Teknik Beli CD Game Ps3 Dengan Murah Kat Ebay!!!

    Assalamualaikum dan salam Isnin kepada semua. Alhamdulillah, syukur ya Allah kerana aku dan korang masih lagi dipanjangkan usia ke minggu nie. Selawat kepada Nabi Muhammad SAW jugak yang lahirnya pada hari Isnin. So jangan banyak mengeluh sangat kalo hari Isnin, walopon ianya adalah permulaan minggu.

    Kalo korang stalker tegar aku, korang mesti dah tau aku mempunyai tabiat shopping cd game secara rakus dan bernafsu kat ebay. Walopon skali shopping aku tibai 5-6 cd game sekaligus, tapi aku pastikan perbelanjaan aku diminimakan sebaiknya. Dan aku rasa puashati dengan pembelian aku walopon nampak cam boros, tapi senanye tak! So, harinie dengan ilmu aku bershopping kat ebay selama 2 tahun, aku nak ajar korang cara nak beli CD Game Ps3 dengan murah kat ebay: Read more »

  • Partner links

  • Bagaikan Ada Girlfriend…

    Assalamualaikum dan salam tahun lompat! Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi SWT kerana menganugerahkan kepada manusia 1 hari extra pada tahun 2012 nie, dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW yang selalu mengajar kita supaya memanfaatkan masa, dari hari ke hari. Pastue, aku berharap doakan korang semua sihat dan agar girlfriend korang tak main kayu 3.

    Huhu, dah 2 minggu aku tak update semenjak comeback kali ke-4 baru² nie. Amacam?!  Saspen tak?! Mesti korang ingat aku nie hangat² tahik ayam je kan? Tak baik buruk sangka tau tak, lagi² kalo korang tuduh orang tue tahik ayam. Ish3.. malu nenek korang kalo tau perangai korang camnie. Aku sengaja jer tak update lelama, nak tengok ade orang rindu ke tak, tetengok cam biasa, takde orang rindu. K fine! Read more »

  • Partner links

  • Nov 22, 2011 - Game Addicts    12 Comments

    Bola Sepak Sea Games 2011 – Malaysia Menang??

    Assalamualaikum dan salam sea games untuk semua orang serumpun yang baca blog nie. Suka aku mulakan coretan dengan memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi SWT yang memberi keamanan dan kesepaduan kat negara kita. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang tempias dakwahnya, memberi kita semangat kesatuan sampai hari nie.

    Malaysia Menang Bola Sepak Sea Games 2011

    Ye, aku tau berita Sea Games 2011 memang dah sibuk kat facebook semalam, sampaikan harinie pun masih tak stop lagi kekecohan tersebut. Tapi yang paling hot bukan pasal berita Malaysia menang, tapi pasal gambar² orang² Indonesia tengah riot. Huhu, udah² le tue, kita kan dah menang, takyah nak kutuk mentaliti orang lain plak kat facebook, kalo dia buat jahat, pastue kita balas jahat balik, maksudnya sama jelah kita ngan dia. Nabi Muhammad SAW pernah kata “balas kejahatan tue ngan kebaikan”, tapi korang semua buat dek jer.. ish3… takpelaa kita tengok dulu camne Malaysia menang dengan penalti, hoho!

    Huhu, dramatik gila, sebab gol yang last tue, aku ingatkan dah tak masok, tapi masok gak secara slow-mo. Haha, tapi secara tulusnya.. aku tak tengok pun match Malaysia vs Indonesia.. HAHA! Aku duk dalam bilik main game, tatau apsal. Kalo MLG Starcraft 2 aku sanggup berjaga sampai pkol 5 pagi (FXO Leenock menang!), tapi bila pasal sukan² klasik nie, kureng sket. Read more »

  • Partner links

  • Aug 16, 2011 - Game Addicts    5 Comments

    Dota 2 Official Trailer dah Kuar!!~~

    Assalamualaikum dan salam Ramadhan, huhu syukur ke hadrat Ilahi yang memberi qudrat kepada peparu kita untuk bernafas lagi sampai bulan Ramadhan, dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW yang setiap nafasnya tidak disia2kan melainkan memuji2 Allah SWT di bulan mulia nie. Mohon keampunan dari semua pihak, samada yang peduli, tak peduli, yang stalking, yang kipas susah mati, sebab tak tunaikan janji nak buat comeback untuk blog nie. Huhuhuhu..

    Comeback tak tercapai sebab rasa malas yang menimpa diri nie susah untuk dibanteras, walopon setan dah kena ikat, aduih. Huhu, takpe pasnie kita doa byk2 seblom bukak puasa supaya PascaSPM bleh lawan Ariffshah pasnie, die daa nak grad, so ade can laa aku nak rampas takhta moscow. Hohohoho! (ketawa kejam). Read more »

  • Partner links

  • Akhirnya Aku Famous di Youtube!~~

    Assalamualaikum dan salam Sabtu semua. Rasa tak sedap kalo tak mulakan penulisan dengan memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT, yang memanjangkan umur kita semua, bleh sambut besday tiap2 tahun, siap ader orang buat suprise lagi. Dan selawat keatas Nabi Muhammad SAW yang selalu mengingatkan kita, bahawa hidup kat dunia nie sementara sahaja, walaupun kita rasa kita makin tua.

    Orait, dah bace daa tajuk entri nie kan? Haaa, sape cakap aku tak mampu jadik femes?! Harh? PascaSPM is soo underrated I tell you! haha, speaking sket. Takde pape sbenarnye, hanya nak share cerita kelakar sket ngan korang semua. Harap2 korang prepare dengan ke-epic-an cerita seorang yang mengfameskan diri beliau dengan cara terlarang ini, hohoho… Read more »

  • Partner links

  • Jan 8, 2011 - Game Addicts    35 Comments

    Dota 2 Bakal Keluar Hujung 2011!!

    Assalamualaikum dan salam sejahtera, pertama sekali syukur kepada Allah SWT yang memberi kita peluang untuk jenjalan di waktu winter nie, kalo tanpa rezekiNya, takdelaa duit untuk buat eurotrip kan? Dan tak lupa juga selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, kekasih kita. Hoho, pekabar anda semua? Hehe, walopon exam 3 hari jer lagi, tap, satu berita gembira telah menyebabkan aku horny tahap gaban untuk mengupdate blog secara tetiba pagi nie.. hehe, berita apa? Read more »

  • Partner links

  • Dec 8, 2010 - a mere boy, Game Addicts    25 Comments

    Profile Pic Kartun kat Facebook Sempena Kempen “Fight Child Abuse”

    Assalamualaikum dan salam selamba tak pegi kelas pagi tadi. Alhamdulillah, setiap pujian kepadaNya menghitung hari kerana dengan namaNya kita ditidurkan dan begitu juga dibangunkan. Selawat kepada Nabi Muhammad SAW yang tidur jugak macam kite, tapi tak lupa untuk bangun menunaikan solat malam dikala manusia tidur kroh3, cam orang makan doxylamine. XD!

    Hoho, ketinggalan betul aku nie, tapi harapnye korang ketinggalan gak. Hehe, perasan tak lately banyak gambar profile pic kartun kat pesbuk? Ada gambar kamen rider, shin chan, sailormoon, usop sontorian dan berbagai-bagai lagi. At first, aku ingat diorang bajet kiut letak gambar innocent dan childish camtue, rupenye diorang nie antara yang mogok kat parents2 yang terencat duk dera anugerah Allah SWT paling cool, iaitu anak yang comel lagi membahagiakan. Read more »

  • Partner links

  • 5 Cara Melawan Nafsu Main Game!

    Assalamualaikum, diharap semua sihat. Sori lame sangat tak update blog, sumpah malas nak jenguk, sebab takde semangat. Tapi bila kelas Russia takde, aku duk sorang2 kat umah, boring. Akhirnye mengaku kalah jugak malas dalam diri nie. Hoho, bersempena map DotA 6.67 yang baru keluar nie, aku nak tulis sedikit post pasal gaming. Tak habis2kan? Game game game..

    Kata adik aku, baru2 nie ader berita pasal baby 3 bulan mati kebuluran setelah mak ngan bapak dia tak jaga dia leklok. Camner bleh sampai mati lapar tue? Parents baby tue miskin ke? Tak! Yang mengejutberukkan aku ialah baby tue xdipedulikan kerana parents diorang sibuk main game! Main game cam Sim gitu, jaga baby virtual. Hoho, pelikkan? Cam tak logik, ader gak manusia camnie. Tapi nie kisah benar yang belaku kat korea, kalo korang nak tengok artikel sebenar, klik sini atopon try google. Parents baby tue slalu pegi cybercafe main game, sampai tak bagi anak makan. Haish! So, kepada ibu2 sekalian, kurangkan bermain game2 di facebook! Haha! Read more »

  • Partner links