Browsing "a computer geek"

Teknik Mudah Download Lagu Jiwang Dengan 4shared

Assalamualaikum dan salam blogging kepada semua. Segala puji-pujian diberikan kepada Allah SWT yang masih lagi meletakkan nikmat Islam dan Iman kepada kita. Terpulang bagaimana kita memanfaatkan nikmat tersebut. Dan juga selawat keatas Nabi Muhammad SAW yang selalu menekankan bahawa, nikmat Islam dan Iman tue adalah nikmat yang paling besar kita dapat, dan perlu dihargai sebaiknya.

Adeyh, tension betul aku bila post pasal kefamesan aku tidak mendapat layanan VIP daripada korang semua. Kurang promotion ke, atopon korang memang tak suka orang menunjuk2 tue aku tatau. Haha, tapi takpelaa, admin tak kisah. Walopon memanglaa trafik yang tinggi tue target setiap blogger, tapi aku lebih meletakkan prioriti kepada ‘istiqamah menulis post’ dalam diri aku, supaya pasnie tak jadi dah tragedi 1 post sebulan. Read more »

  • Partner links

  • Akhirnya Aku Famous di Youtube!~~

    Assalamualaikum dan salam Sabtu semua. Rasa tak sedap kalo tak mulakan penulisan dengan memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT, yang memanjangkan umur kita semua, bleh sambut besday tiap2 tahun, siap ader orang buat suprise lagi. Dan selawat keatas Nabi Muhammad SAW yang selalu mengingatkan kita, bahawa hidup kat dunia nie sementara sahaja, walaupun kita rasa kita makin tua.

    Orait, dah bace daa tajuk entri nie kan? Haaa, sape cakap aku tak mampu jadik femes?! Harh? PascaSPM is soo underrated I tell you! haha, speaking sket. Takde pape sbenarnye, hanya nak share cerita kelakar sket ngan korang semua. Harap2 korang prepare dengan ke-epic-an cerita seorang yang mengfameskan diri beliau dengan cara terlarang ini, hohoho… Read more »

  • Partner links

  • Mar 17, 2011 - a computer geek    19 Comments

    5 Tips Menggunakan Google Secara Pro!

    Assalamualaikum dan salam tengah bulan March. Syukur Alhamdulillah kerana kita masih lagi hidup senang-lenang masa nie, walopon sahabat2 kita kat Jepun sedang dalam kesusahan, doa bersama mereka. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, yang selalu memperingatkan kita, bahawa bencana tue diturunkan supaya kita dapat mengambil pengajaran, kalo yang tak ingat mati gak tue.. tatau ape nak cakap.

    Aku selalu panggil korang noob kan? Bukannye aku nie seorang yang sombong hemsem, tapi memang aku suka perkataan noob tue, so jangan rasa kecik hati mahupun limpa sebab aku tak bermaksud nak panggil korang noob. Jika korang sedeyh gak, jangan risau, harinie aku bakal mempersembahkan tips2 menggunakan Google secara pro. Nescaya lepas korang baca nie, gilfren korang, gilfren simpanan korang, serta ex-gilfren korang akan respek korang tahap Syeikh Muzaffar. Okeh, bagaimana menjadi seorang Googler yang pro? Kita lihat teknik2 dibawah.. Read more »

  • Partner links

  • Jan 8, 2011 - Game Addicts    35 Comments

    Dota 2 Bakal Keluar Hujung 2011!!

    Assalamualaikum dan salam sejahtera, pertama sekali syukur kepada Allah SWT yang memberi kita peluang untuk jenjalan di waktu winter nie, kalo tanpa rezekiNya, takdelaa duit untuk buat eurotrip kan? Dan tak lupa juga selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, kekasih kita. Hoho, pekabar anda semua? Hehe, walopon exam 3 hari jer lagi, tap, satu berita gembira telah menyebabkan aku horny tahap gaban untuk mengupdate blog secara tetiba pagi nie.. hehe, berita apa? Read more »

  • Partner links

  • Dec 8, 2010 - a mere boy, Game Addicts    25 Comments

    Profile Pic Kartun kat Facebook Sempena Kempen “Fight Child Abuse”

    Assalamualaikum dan salam selamba tak pegi kelas pagi tadi. Alhamdulillah, setiap pujian kepadaNya menghitung hari kerana dengan namaNya kita ditidurkan dan begitu juga dibangunkan. Selawat kepada Nabi Muhammad SAW yang tidur jugak macam kite, tapi tak lupa untuk bangun menunaikan solat malam dikala manusia tidur kroh3, cam orang makan doxylamine. XD!

    Hoho, ketinggalan betul aku nie, tapi harapnye korang ketinggalan gak. Hehe, perasan tak lately banyak gambar profile pic kartun kat pesbuk? Ada gambar kamen rider, shin chan, sailormoon, usop sontorian dan berbagai-bagai lagi. At first, aku ingat diorang bajet kiut letak gambar innocent dan childish camtue, rupenye diorang nie antara yang mogok kat parents2 yang terencat duk dera anugerah Allah SWT paling cool, iaitu anak yang comel lagi membahagiakan. Read more »

  • Partner links

  • Oct 16, 2010 - Shopping Online    32 Comments

    Review : Sony NEX-5 (camera baru aku!)

    Assalamualaikum WBT, salam ceria kepada semua pembaca setia. Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang mengurniakan rezeki kepada hamba2Nya, sehingga ader yang mampu beli camera baru. Selawat keatas Rasul paling last, Nabi Muhammad SAW yang kita semua sayangi.. Hehe, its getting repetitive, tapi aku pun tatau pehal aku xleh konsisten dalam blogging, bleh tak korang bagi tips cane nak jadik seorang yang istiqamah? Haha

    yeah, rite, w00t, w00t-w00t.. Ahaks! Alhamdulillah, setelah fikir masak2 seminggu dua, setelah mintak permission mak, setelah mintak pendapat kawan2, akhirnya terbeli jugaklaa camera yang aku idamkan selama nie, dream cam, NEX-5. Memang lama daa senanye aku nak beli camera nie, untok snap2 secara meniba-niba (tiba-tiba), mane tau jumpa bangunan tebakar ke, awek lawa tetengah jalan ke, bas tebalik, kucing buang air besar dan semua2 yang jarang orang tengok. Hehe, pastue bleh laa aku blajar gak skill2 photography yang skang nie tengah jadik trend plak. Kat mana-mana jer, mesti ader orang bawakDSLR gedabak.. malu bebudak yang bawak cybershot nak keluarkan camera diorang… hoho! Read more »

  • Partner links

  • Oct 10, 2010 - a computer geek    23 Comments

    The Road not Taken~~~

    Assalamualaikum dan salam 1Malaysia untuk seluruh M’sian tak kira korang berada di Malaysia ke, Russia ke, UK ke, mahupun Zimbabwe. Syukur ke hadrat Ilahi, dengan sifatNya yang Maha Pemurah, banyaklaa pelajar Malaysia yang berjaya melanjutkan pelajaran kat luar negara. Selawat keatas junjungan Nabi SAW yang tunjuk kat kita tuhan yang betul untuk disyukuri bile bleh pegi belajar sampai oversea..

    Ahaks!! Yeah! Sekali lagi aku abaikan blog selama beberapa hari walopon dah berazam banyak kali nak konsisten dalam menulis blog. Orang kata konsistensi nie penting kalo nak berjaya dalam pemende sekalipon. Haish, hangat hangat taik ayam jer… tapi xpelaa, cube bayang kalo taik ayam tue berbau gak walopon dah sejuk, haaaaa.. mana lagi best? Mesti best kalo die busuk sekejap je kan? Heeheee…

    Rite, post kali nie terilham bila baca entri Jalan Yang Tidak Dipilih? kat blog kawan aku Labanon. Hehe, soo credit to him (aku tanak dituduh plagiat!), oleh kerana entri beliau terlampau best, aku pun nak tulis gak entri sebegitu rupa tapi amek analogi yang berlaku dalam kisah hidup aku.. hohohohohohoho Read more »

  • Partner links

  • Same Apartment, Different Perabotsss!

    Assalamualaikum dan salam sejahtera aku tuliskan. Alhamdulillah berakhir jugak minggu exam berakhir dengan begitu selesa, walopon dapat markah rendah. Selawat keatas kekasih kita SAW yang ajar kita jangan berkekasih lama2, kawen cepat2.. Hihi, sori sebab amek gap masa terlalu lama untuk update, azam tahun baru senanye nak update 3 hari skali, tapi sebab exam ngan malas, gap jadik luas cam boxer yang dipakai 2 tahun, mula2 beli jer ketat, skang ni dah londeh aka jatuh, londeh nie istilah KL ke?

    Hohohoho, dalam post2 lepas aku ada citer pasal kteorang telah diperanaktirikan oleh MARA, dimana pelajar 1st year dapat hostel pemanent, student senior plak duk apartment bayar 3000 USD stahun, makan nasik lauk buah anggur hari2. Mesti korang dah bosan kan dengar citer nie. Siap kuar dalam utusan online lagi. XD!! Well, untuk pengetahuan korang, tahun nie aku masih lagi duduk apartment sama dgn tahun lepas, sebab apa? sebab tak dapat hostel permanent laaa!!! Read more »

  • Partner links

  • May 31, 2010 - a computer geek, a mere boy    42 Comments

    Aku VS Lisa Surihani…

    Assalamualaikum, salam sejahtera. Segala puji kepada Allah SWT yang bagik soklan MCQ bocor, dan juga puji jugak kepada Nabi SAW, yang jadik role model bagi orang Islam, cuma orang Islam jerr dok carik model lain. Haish! Camne korang semua hidup tanpa post aku selama 2-3 minggu nie? Rasa pelik tak hidup?  Rasa cam ader kekurangan something tak? Mesti ade kan? kan2? kannnnnnnnnnnnnn??!! Hoho, aku tau ramai yang rindu, kengkawan aku tertanye2 gak bila nak update blog nie, tapi aku tak layan, jual mahal. Pastue tetibe tadi Kakjie komen, tanye bila nak update. Kalo dah Ibu segala blogging tanye, takkan nak diam gak kan? So, aku pun rajinkanlaa diri sket tulis post baru.

    Btw, korang perasan tak pesbuk (facebook) skang dah makin boring? At least aku rasa camtue, hehe. Rite, cakap pasal pesbuk nie, aku nak luahkan perasaan sket kat korang. Perasaan cemburu + pilu + tension aku kat korang. Nak manja2 sket, korang layan k? Read more »

  • Partner links

  • 5 Cara Melawan Nafsu Main Game!

    Assalamualaikum, diharap semua sihat. Sori lame sangat tak update blog, sumpah malas nak jenguk, sebab takde semangat. Tapi bila kelas Russia takde, aku duk sorang2 kat umah, boring. Akhirnye mengaku kalah jugak malas dalam diri nie. Hoho, bersempena map DotA 6.67 yang baru keluar nie, aku nak tulis sedikit post pasal gaming. Tak habis2kan? Game game game..

    Kata adik aku, baru2 nie ader berita pasal baby 3 bulan mati kebuluran setelah mak ngan bapak dia tak jaga dia leklok. Camner bleh sampai mati lapar tue? Parents baby tue miskin ke? Tak! Yang mengejutberukkan aku ialah baby tue xdipedulikan kerana parents diorang sibuk main game! Main game cam Sim gitu, jaga baby virtual. Hoho, pelikkan? Cam tak logik, ader gak manusia camnie. Tapi nie kisah benar yang belaku kat korea, kalo korang nak tengok artikel sebenar, klik sini atopon try google. Parents baby tue slalu pegi cybercafe main game, sampai tak bagi anak makan. Haish! So, kepada ibu2 sekalian, kurangkan bermain game2 di facebook! Haha! Read more »

  • Partner links

  • Pages:«1234»