Browsing "a God’s servant"

Hari al-Nakba dan Diablo 3!!~

Assalamualaikum dan salam al-Nakba kepada semua. Pertama sekali mari kita bersyukur kat Allah SWT yang sedang menjaga rakyat² kat Palestin sana. Pastue selawat kat Nabi Muhammad SAW yang pernah mengatakan bahawa kat Palestin tue, akan ade orang islam yang akan terus berjuang dan berjuang, dan kita patut membantu perjuangan mereka.

Apa itu Hari al-Nakba?

Hari al-Nakba nie adalah hari untuk memperingati pencerobohan orang Israel kat Palestin, atopon lebih senang sebagai hari penubuhan negara haram Israel. Huhu 15 Mei adalah sehari selepas orang² Israel datang serang Palestin secara tetiba dan selamba beruk pastue buat² cam tak bersalah. Penting untuk kita ingat hari nie, supaya generasi masa depan dapat tahu bahawa dulu² kat bumi nie takde negara Israel. Dan supaya mereka tahu Israel nie tertubuh secara haram, dan supaya mereka tahu orang² Palestin nie tertindas dan mereka tak bersalah.

hari al nakba

Pehal Diorang Tukar Profile Pic kat Facebook?

Huhu, so sempena hari al-Nakba nie, semalam aku tengok orang duk tukar profile picture kat facebook secara rakus. Walopon aku sebenarnya clueless pasal hari al-Nakba nie, aku tetap turut serta menukar profile pic aku, sebagai tanda aku nak beri gak kesedaran kat orang ramai pasal hari al-Nakba nie. Dan pada masa yang sama, profile pic aku agak stylo, cam cyclops dalam cite X-men Huahuahua! Oh, btw gambar² profile pic nie melambangkan prisoner² Palestin yang kena tahan dan tengah buat hunger strike, bukan hunger games k?

tukar profile picture kat facebook sempena hari al nakba

Walopon menukarkan profile pic nie secara logiknya takdelaa membantu sangat orang² kat Palestin sana, tapi at least ader usaha jugak kan? Aku suka cerita pasal burung yang tolong percikkan air kat api yang sedang membakar Nabi Ibrahim. Walopon usaha burung tue nampak cam sia², tapi at least burung tue dah tunjuk perjuangan dia. Samalaa cam yang orang² tukar profile pic nie tengah buat, walopon takde effect sangat kat rakyat Palestin, tapi at least dah ader bukti perjuangan.

Diablo 3!!~

Kebetulan pulak Diablo 3, game yang cipta sejarah sebagai game yang dipre-order paling banyak dalam sejarah telah kuar harinie. Haha! Cam illuminati plak. Mungkin diorang kuarkan game nie sebab nak kita lupakan hari al-Nakba kot. Kikiki, who knows? Tapi takpelaa main game kan? Asalkan tak menyusahkan orang lain. Haha, aku sekarang nie tengah main Witcher 2, so memang takde masa nak main Diablo 3, lagipon jadual tengah padat gak. Kalo korang dah ader diablo 3, tulislaa review kat blog korang, aku nak tau gak sejauh mana kemantapan game nie.

screenshot game the witcher 2

Oklah, setakat nie dulu. Kalo nak info yang lebih informative lagi praying mantis pasal hari al-Nakba, korang bleh singgah kat blog nie. Aku tatau sangat pasal benda² camnie, kalo nak tolong sikit² blehlaa.. Hehe, sekian, wassalam!!~

ps: bila nak main dota 2 ngan aku nie korang? bosan arh main ngan mat salleh jer.. sila add aku, username steam aku ‘samanosuke_04′.. sama ngan username aku blogging

  • Partner links

  • Bob Kuman Meninggal Dunia

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi SWT yang masih mengurnikan nafas kepada kita, dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW idola seluruh umat Islam. Aku harap korang semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan samada dari segi fizikal mahupun rohaniah.

    Bob Kuman Meninggal Dunia

    Setelah 3 jam powernap yang failed, aku separa terkejut dengan berita pasal pemergian Bob Kuman kat facebook. Banyak gak orang² yang post pasal benda nie. Huhu, aku hanya mampu menyedekahkan arwah al-Fatihah dan to be honest, aku tak kenal pon sape tue Bob Kuman. Tapi bila search kat google, memang dah banyak orang tulis post pasal Bob Kuman meninggal dunia. Read more »

  • Partner links

  • Apr 25, 2012 - a God's servant    18 Comments

    Tudung Aidijuma Pulak Dah!!

    Assalamualaikum dan salam Chelsea menang, pertama sekali syukur Alhamdulillah kehadrat Ilah SWT yang mengurniakan air strawberry best kat seblah aku. Pastue selawat keatas Nabi Muhammad SAW yang menyampaikan Islam keseluruh umat, sehinggakan admin blog nie tau cara bersyukur bila minum air strawberry.

    Okeh, walopon semalam Chelsea baru sahaja menumbangkan Barcelona, tapi aku tanak bercakap pasal bola sebab dah ramai sangat orang yang gaduh² kat facebook, walopon benda tue takde kaitan ngan diorang. Huhu, pade aku kalo minat sesuatu sport tue, sokong gitu² dahlaa, ape yang penting, game yang korang tengok tue menghiburkan. Cam aku tengok Dota, walopon aku sokong Na’vi, tapi aku tak kisah Na’vi kalah, asalkan game yang aku tengok tue best. Tapi pelik plak bila orang bleh gadoh², diorang jadik stress, tak terhibur… hm.. Read more »

  • Partner links

  • Apr 5, 2012 - a God's servant    14 Comments

    4 Kelebihan Kahwin Awal

    Assalamualaikum dan salam cuti Easter, sepatutnya menjadi rutin bagi kita untuk bersyukur kepada Allah SWT yang mengurniakan masa lapang kat kita waktu² cuti nie. Dan selawat keatas Nabi Muhammad SAW yang sering mengingatkan kita supaya memanfaatkan masa lapang sebelum bizi pasnie. Huhu, Alhamdulillah aku sihat dan tengah bercuti antara cycle sekarang nie, harap² korang semua sihat kalo² korang pun tengah cuti jugak.

    Lately aku rasa sangat horny. Sampaikan tengok kawan laki aku tengah exercise pun aku rasa terliur gak. Mungkin korang memandang serong aku, dan tuduh aku gay serta hemsem. Tak benar semua tue, kecuali part yang hemsem tue. Senanye, memang dah lumrah manusia bila sampai umo 20+, rasa nak kawen tue mula menghantui diri seperti Ju-On. Dan untuk seorang yang innocent lagi kiut cam aku, aku tak suka bergilfren² nie (walopon berkali² difriendzone), solution kepada permasalahan ini bagi aku ialah kawen! Read more »

  • Partner links

  • Mar 26, 2012 - a God's servant    25 Comments

    Kenapa Hana Tajima Nampak Lawa Dengan Tudung Belit-belit?

    Assalamualaikum dan salam Isnin semua kepada pembaca blog aku, terutama pompuan yang masih single. Terlebih dahulu, aku nak memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang mengurniakan kelapangan serta kerajinan kat aku untuk update blog. Selepas tue selawat kepada Nabi Muhammad SAW yang selalu suruh kita memanfaatkan waktu lapang sebelum datang waktu sempit. Harap² korang semua dalam keadaan sihat walafiat.

    Rite korang kenal tak Hana Tajima nie sapa? Mestilaa kenalkan, pantang jalan sket jer nampak orang pakai tudung rumpai laut (orang panggil aper arh tudung belit² nie?) yang diperkenalkan oleh Hana Tajima tue. Huhu kekadang comel gak nampak, tapi most of the time, gaya yang diperkenakan tue tak berapa lawa. Secara halusnya, kritikan yang aku bleh bagi kat pencuba² tudung rumpai laut ialah mereka ‘terlalu over’, ataupun cuba berubah untuk menjadi lebih cantik tapi hasilnya adalah sebaliknya. Tapi apsal Hana Tajima nampak cun melecun lak bila letak rumpai laut tersebut atas kepala beliau? Meh aku bagitau korang satu persatu sebabnya : Read more »

  • Partner links

  • Nov 11, 2011 - a God's servant    16 Comments

    Hari Raya AidilAdha 2011 (Yang Agak Pelik!)

    Assalamualaikum dan salam AidilAdha, segala puji hanya bagi Allah SWT yang menyampaikan nafas kita ke lebaran AidilAdha, dan selawat untuk Nabi Muhammad SAW yang menganjurkan kita semelih lembu pada hari raya haji nie, moga² pasnie kita jadi lebih rela berkorban untuk Islam. Wink² ^^

    Memang agak lewat update aku pasal raya kali nie, huhu.. bukan malas² macam dulu yer, kali nie aku ada alasan yang kukuh lagi jitu (alasan). Daripada takde update apa², at least aku sambut laa jugak hari raya haji dalam blog nie, nampak islamic sket, bak kata orang kampung aku “better late than never!” Read more »

  • Partner links

  • Oct 29, 2011 - a God's servant    18 Comments

    3 Pendapat Aku Pasal Busana Muslimah Zaman Sekarang

    Assalamualaikum dan salam Zulhijjah, dipanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang memanjangkan nyawa kita, harap²nye sampailaa kita ke raya haji. Hehe, dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang menganjurkan kita memperbanyakkan ibadat² dan amalan² di awal Zulhijjah nie. Ada tak yang amik kisah dengan nasihat Nabi SAW nie? huhu…

    Huhu, klah sempena bulan Zulhijjah nie, ade baiknye jugak kalo aku buat post yang ada manfaat, bukan post kosong yang membazir 2 minit korang. Hoho, dan mungkin juga post kali nie ade berbau kentut SEO siket, sebab tue memang niat utama, tapi kalo ada nasihat yang disampingkan tue, insyaAllah nasihat tue datangnye ikhlas dari hati dan limpa aku. Read more »

  • Partner links

  • Apr 28, 2011 - a God's servant    8 Comments

    Daurah MAI : 10 Muwasofat Tarbiyyah

    Assalamualaikum dan salam mintak maaf kat semua yang tengah tension ngan penulis blog nie, pertama sekali syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT yang memanjang umur kita, bleh gak kita rasa hawa spring yang sangat hot kat Moscow nie, pastue ader gak ‘benda lain’ jadik hot. Dan selawat keatas Rasulullah SAW yang suruh kita jaga pandangan daripada ‘benda lain’ yang jadik hot tue..

    Oklah, setelah selesai provoke2 orang kat post yang lepas, post kali nie aku nak plead sket dengan post yang bercirikan Islamik sket. Yer, aku tau post yang lepas telah menimbulkan banyak perasaan tension tahap cirit-birit dikalangan pembaca, pastue tetiba lak nak buat post baik2, FAKE gila.. Takpe2, pasnie aku plead plak dengan post pasal DSLR sekali lagi, nak bagi korang paham ape yang aku maksudkan dalam post lepas.. Read more »

  • Partner links

  • Nov 21, 2010 - a God's servant, a mere boy    13 Comments

    Aidil Adha, Mari Berkorban…

    Assalamualaikum dan selamat hari raya korban kepada semua. Syukur Alhamdulillah, kerana kita telah disampaikan kepada hari raya korban tahun nie. Pujian buat Nabi Muhammad SAW yang memang sinonim daa dengan perkataan korban nie. Hehe, maafkan aku kalau post kali nie terdelay secara extreme, aku telah dibizikan dengan minggu exam yang tak berapa produktif, hoho, nie pun aku edit draft post yang aku prepare sebelom minggu exam.. hehehe..

    Apa erti Hari Raya Korban?

    Hari raya korban ‘equals to’ sembelih lembu. Dah memang sinonim daa sembelih lembu dengan raya korban nie. Masa tengok lembu tue kena sembelih, adelaa perasaan sayu dan sedeyh sikit sambil-sambil takbir tue. Kekadang rasa excited tengok darah lembu tue pun ade gak, selain rasa sedeyh. Tapi, rasa sedih tue hanyalah skejap berlalu, sebab bila bleh makan sup tulang, sup perut ke sup apa2, semua tak ingat dunia daa. Rasa sedih yang skejap dan tak efektif. Read more »

  • Partner links

  • Oct 5, 2010 - a God's servant    15 Comments

    Setiap Manusia Itu Cemburu…

    Assalamualaikum dan salam 1M’sia. Alhamdulillah, setelah internet down selama 2 hari, akhirnya Allah SWT bagi balik nikmat internet kat umah kteorang. Tidak lupa juga selawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW, yang berdakwah dengan begitu mantap walopon tanpa internet, sekaligus menginsafkan diri penulis yang hidupnya jadi huru hara bila internet takde 2 hari.

    Rite harinie aku ada cerita sedeyh sket nak tulis. Maklumlaa baru lepas usrah, aku plak budak innocent, mestilaa tergerak hati nak tulis post2 islamic sket. Kang kalo dok merapu jer pasal hiburan, kena panah petir laa pasnie.. Read more »

  • Partner links

  • Pages:123»