Browsing "a medical student"
Mar 21, 2012 - a medical student    15 Comments

SPM, Titik Perubahan Hidup??!

Assalamualaikum dan salam dapat result Sijil Pelajaran Menengah (SPM) semua. Pertama sekali kita ucapkan syukur kepada Allah SWT atas result yang dikurniakanNya, tak kiralah baik ataupun kurang baik. Dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang selalu berpesan kepada kita supaya redha dengan ketentuan Allah SWT.

Keduanya, aku doakan kejayaan kepada semua yang ambik result SPM harinie (atau semalam, aku dah lost timing, main game byk sangat),  dan kepada yang tak berapa berjaya, jangan sedeyh² hidup masih panjang, ada banyak lagi cabang hidup yang boleh korang terokai dan mungkin jumpa kejayaan sebenar korang kat situ. Btw, congratz kepada MRSM Jasin yang dapat 1.0 markah keseluruhan (semua orang straight A), korang makan pensel ke ape? Read more »

  • Partner links

  • Sep 6, 2011 - a medical student    10 Comments

    Tak Dapat Hostel Lagi Tahun Nie…

    Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri secara belated, maaf zahir dan tenaga batin. Moga2 dengan berlalunya Ramadhan kita berjaya membaiki diri menjadi seorang insan yang lebih berguna dan kacak. Pertama sekali syukur kepada big boss kita, iaitu Allah SWT kerana mengizinkan kita merasai kemeriahan lebaran hari raya, dan selawat keatas secretary big boss kita, iaitu Muhammad SAW yang selalu menasihatkan kita supaya kembali kepada fitrah pabila syawal menjelma.

    Walaupun syawal masih muda, perasaan ceria dan happy dah mula terhakis dalam diri yang takde gilfren nie. Skolah dah start balik, lecture 5 jam shari, bontot panas, balik rumah penat, pastue tido tak ingat dunia, sleep cycle cam bicycle, malam2 takleh tido, pastue tulis blog, pastue gelak sensorang, then stalk gambar senior kat facebook, tahun nie tahun last dia kat Moscow, pasnie dia dah nak kawen, jeles, tapi takpe, banyak lagi pompuan kat dunia nie, weyh best gak type pakai koma jer, takyah guna noktah, hmm,,, Read more »

  • Partner links

  • May 23, 2011 - a medical student    11 Comments

    MUSE Live @ Moscow – Olimpiski Arena

     

    Assalamualaikum dan salam sejahtera, pertama sekali syukur ke hadrat Ilahi sebab mengurniakan peluang kepada aku untuk belajar sampai kat bumi Russia. Kemudian, selawat juga kepada kekasih Allah SWT, Nabi Muhammad SAW yang pernah berhijrah satu tika dahulu, demi menegakkan Islam tercinta.

    Pertama sekali aku tanak mintak maaf sebab lama tak update, sebab memang aku malas, kalo asik mintak  maaf jer mesti bunyi cam fake jer admin nie. Well, aku sibok ngan exam lately, dan Alhamdulillah, walopon ader sesetengah subjek kena repeat, lepas musim exam aku dihidangkan dengan satu bentuk reward yang tak terkata kebestannya! Apekah kebestan tersebut? Anda ingin tahu? Baca sampai habis pastue komen, kalo tak komen takyah singgah dah sini!! Read more »

  • Partner links

  • May 4, 2011 - a medical student    14 Comments

    Piknik Survivor Moscow 2011!!~~

    Assalamualaikum dan salam musim bunga. Syukur ke hadrat Ilahi SWT yang menghijaukan dedaun kat pokok bila aku bangun pagi tadi. Tekejut gak, semalam semua daun kuning lagi, harinie daa kuning da.. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang menyampaikan cerita tentang kewujudan Sang Pencipta, sekaligus memberitahu penulis bahawa daun tue hijau sebab Allah SWT, bukan sebab tupai yang cat..

    Sori lama tak update, sebab kebelakangan nie aku dibizikan dengan rehlah dan picnic, maklumlah dah masuk musim bunga, tapi takde bunga cuma ader daun. Tapi tue pun dah cukup untuk mengindahkan bumi Moscow nie. Dan dikesempatan keindahan yang dianugerahkan nie, bebudak Moscow secara rakusnye merancang program2 seperti piknik, piknik, piknik, dan terjun kapalterbang. Aku tanak cite banyak pasal rehlah, sebab aku tak bawak langsung makanan walaupun ianya majlis ‘potluck’. Aku bawak setin air Redbull jer, tue pun aku tibai senyap2 waktu balik. Haha! Tapi pasal piknik nak cite, sebab aku banyak memainkan peranan. Read more »

  • Partner links

  • Mar 31, 2011 - a medical student    22 Comments

    3 Jenis Pelajar Medic Kat Moscow Nie…

    Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana aku masih dipanjangkan nafas untuk tulis post lagi, not that anyone care! Dan selawat keatas Nabi Muhammad SAW yang selalu berjuang menyampaikan peringatan, tapi tak ramai yang nak dengar, secara indirectnya memberi motivasi kepada aku untuk tulis post, walopon tak ramai yang nak baca.

    Lately, aku pegi usrah ataupun daurah ramai orang yang tanye, “apsal tak update blog?”. Dalam hati ade dua persepsi, satu samada diorang betul2 nak baca post dari blog aku, dua diorang saja tanya nak jadikan topik bertegur sapa. Yang kedua tue nampaknye cam lebih logik dan believable. Hehe, tak kisahlaa macamana feedback yang diterima, janji ianya membina. Hohohoho! Rite, harinie aku nak membongkarkan sket pasal klasifikasi pelajar2 Moscow, khas untuk labu-labi dan mereka2 yang tertanya2 pasal kompetensi bebudak Moscow. InsyaAllah tak melukakan hati mana2 pihak. Read more »

  • Partner links

  • 5 Pengajaran Cool Hari Ini…

    Assalamualaikum dan salam blog, seperti biasa nukilan dimulakan dengan memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas kurniaan belajar di luar negara ini, walaupun berita harian tak henti-henti mengutuk para pelajar Moscow. Dan selawat keatas Nabi Muhammad SAW yang mana kita cukup tau, bahawa perjuangan beliau juga tidak mudah, malah amat jauh jika hendak dibandingkan dengan tentangan yang dihadapi oleh pelajar Medic Russia sekarang, XD!!

    Aku malas, dan itu merupakan penjelasan paling simple yang aku bleh bagi jika korang tertanya2, “apsal PascaSPM dah tak rakus skarang nie”. Tue pon kalo ader orang tanye, tapi aku tau ramai yang tak kisah. Hehe, rite, walopon telah lama aku hidup, tapi rupenya banyak lagi benda yang aku tak tau. Betullaa kate orang bahawa hidup nie adalah satu ‘life long learning’, heh.. Korang nak tau apa yang aku belajar harinie? Read more »

  • Partner links

  • Feb 16, 2011 - a medical student    23 Comments

    Graduan Russia Jadik Doktor Sampah?

    Assalamualaikum wbt. Syukur Alhamdulillah kerna dengan sifatNya yang Maha Pemurah, direzekikan aku untuk belajar jauh-jauh sampai Moscow. Dan Selawat Hari Lahir kepada Nabi Muhammad SAW, moga baginda melihat aku sebagai umatnya yang menyambut perjuangan, walopon aku nie takdelah alim sangat. Read more »

  • Partner links

  • Kali Pertama Main Snowboard kat Moscow

    Assalamualaikum dan salam musim sejuk semua! Pertamanya, syukur dulu kehadrat Ilahi kerana aku masih lagi sihat bernyawa walaupun jatuh bertubi2 waktu maen snowboard. Sejahtera keatas Nabi SAW yang memupuk semangat kesukanan dalam umat tika beliau main lari-lari bersama Aisyah RA.. hehehe.

    Teehee, memandangkan cuti winter nie aku tak pi mana2, terpaksa aku show-off pasal aktiviti dalam moscow jer. Korang buat2 rr jeles sket walopon takde laa ape sgt yang aku nak menunjuk2 nie.. hehe. Walaupun exam microbiology mendatang, takkan nak study terperap kat bilik jerr sepanjang cuti nie, krem laa punggung kan? So, aku dan geng2 membuat keputusan untuk main Snowboard kat bukit Nagornaya, yeah!!~ Read more »

  • Partner links

  • Biasiswa MARA untuk Pelajar Russia dipotong RM462!!

    Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera. Sebelum sari berita utama dimulakan, marilah kita sama2 bersyukur kepada Allah SWT kerana kita masih lagi boleh merasa kemewahan hidup dibawah tanggungan MARA. Selawat keatas Nabi Muhammad SAW yang menganjurkan kita semua memartabatkan ilmu. Kalo ilmu tue tak penting, takkan laa ada syarikat cam MARA nak taja kita semua kan?

    Sebagai seorang pelajar moscow yang mempunyai blog, tapi tak mempunyai idea. Aku takkan biarkan kes pemotongan duit poket kengkawan sekalian dibiarkan senyap begitu sahaja. Jadik aku tulis blog pasal benda nie, walopon blog lain dah kecoh lama (AR da tulis) daa pasal benda nie. Tapi takpe, mungkin kalo setiap student MARA kat dunia nie tulis post memprotest tindakan MARA, MARA mungkin takot dan secara ajaibnya mendoublekan biasiswa blogger2 oversea sekalian.. amin~~ Read more »

  • Partner links

  • Oct 25, 2010 - a medical student    12 Comments

    Bila Lelaki Merajuk…

    Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua. Alhamdulillah, pujian kepada Allah SWT yang tak pernah givap terhadap hambanya, walaupun kekadang hamba tue sendiri yang rasa fedap dan nak givap. Selawat kepada Nabi junjungan kita SAW yang mempamerkan contoh terbaik kepada kita, agar tidak mudah menggivapkan diri dalam apa2 perjuangan dalam hidup. Lame dah tak tulis blog, saje nak test korang rindu tak aku senanye. Sebab tue lama2 tinggal blog, nak tengok ade orang concern tak. Dan baru aku tahu cinta aku terhadap korang senanye bertepuk sebelah tangan. Cheh!!

    Hehe, kiut tak merajuk camtue? Hoho, sebenarnye, selain daripada aku tahu benda tue, ade banyak lagi benda yang aku baru tahu.. Hohoho, meh nak share sket: Read more »

  • Partner links

  • Pages:1234»