Browsing "a medical student"
Dec 15, 2009 - Travellogue    15 Comments

Locked and Loaded

Assalamualaikum, sihat semua? Segala doa untuk kebaikan ditujukan kepada diri sendiri, family dan pembaca sekalian. Hehe, setelah lama berdiam diri, akibat kekecewaan tidak mendapat avtomat dalam subjek yang aku x suka, dan juga sibuk dengan peperiksaan dan dota, akhirnya secara slow and steady aku berjaya kembali ke blog nie. Biasalah, blog nie macam gilfren, bila x rindu tinggal jauh2, bila perlu baru call dan sms. Hehe,

Rite, tanak panjang2 mukadimah, nak cite bende sket nie. Korang ingat lagi tak pasal Power Rangers yang memperkosa Prague, Vienna ngan Budapest musim lalu? Musim nie, Power Rangers kembali lagi. Bukan sahaja dengan kostum dan robot baru, malah mereka juga menjanjikan korang lebih banyak aksi menyekeh serta menempeleng resaksa2 di seluruh pelosok Europe, kerana kali nie, PR akan menjalankan misi mencabul negara2 di center europe selama 1 minggu! Dan lebih kurang 5 negara bakal hilang dara! YEAH!! Read more »

  • Partner links

  • Dec 1, 2009 - a medical student    20 Comments

    Pensel Kaler, Hanya untuk Perempuan…

    Assalamualaikum, Alhamdulillah masih lagi diberi kekuatan setelah sekian lama memalaskan diri untuk menulis post. Yerlaa, buat aper tulis post, bukan ader orang tengok pun. X semangat nak tulis, x stim orang kate… Hehe, tapi lately, dapat gak random comment daripade orang yang aku x kenal pon, tapi mungkin diorang kenal aku. So, aku stim balik, dan iA akan mengkonsistenkan diri untuk berblog (dah brapa kali ulang ayat nie).. capai matlamat blogger terhemsem, yeah!!

    Rite, tadi adalah last class bagi subjek Histology, lepas nie hanye tinggal exam dan final exam.. Hoho, untuk pengetahuan korang, subjek Histology nie cam subjek tabika kemas, kena banyak melukis dan kena banyak mewarna. Hehe, contohnye kene lukis gambar uterus, gambar mammary gland, gambar testis, tapi bawah microscope laa, bukan yang betul2. Kalo yang betul2 mesti amek satu slide sorang.. Haha, nie cikgu yang tolong sediakan microscope untuk kteorang, budak laki memang malas sket.. lain rr kalo yang hemsem. Read more »

  • Partner links

  • Oct 19, 2009 - a medical student    9 Comments

    Ubat demamku…

    Assalamualaikum, semoga semua sihat walopon aku harinie  dah masuk hari ke-3 demam panas sket2 + poyo.. Hoho, Alhamdulillah tadi dah berlalu exam Histo dengan jayanya, dan semua itu rezeki daripada Dia. Hoho, dah lama tak update blog, dahlaa ponteng kelas laktue sehari, hehe, mesti korang rindu kat aku kan3? Sorilaa.. (awww) aku demam sket. Tapi takpe, sebagai seorang bakal doctor, hari nie aku nak bagi cara2 yang aku aplikasikan untuk menyembuhkan demam, mungkin korang pun leh try.. Hoho!!

    Main Dota sampai x ingat dunia. Hoho, cara nie agak berkesan, seyesly. Sebab masa korang main game, korang masih lagi berselimut, dan mungkin berpeluh jika korang betul2 focus masa main game tue. Aku try cara nie, main Dota. Tapi ketensenan semakin bertambah, pabila aku main, team lawan aku noob, pastue main cam sial. Diorang kalah, pastue leave, pastue yang leave tue plak host!!! Ish, aku xnak sangat menang, cuba nak EXP jer, baru senang aku nak masuk room yang pro, takyah nak berebut2 masuk room yang dah full, zzzzz…. cara nie tak berapa efektif. Read more »

  • Partner links

  • Sep 30, 2009 - a medical student    13 Comments

    Bilikku diserbu Polis!!

    Assalamualaikum, Alhamdulillah sebab dapat gak aku tulis post hari nie, lepas makan nasik lauk ayam masak merah ngan cendawan goreng tadi. Hoho, aku tengah tulis post nie dalam keadaan stress sket. Sebab something happen, tapi nasib baik gak something nie happen, ader idea gak aku nak tulis post. Hoho…

    Camnie crita dia, masa aku ngan housemate tengah dinner tadi, ader orang tekan loceng umah, aku dengan selamba pegi kat entrance phone tue dan bukak pintu kat bawah. Hoho, 30 saat kemudian, sorang mamat Russia datang, dan masuk sambil cakap dalam bahasa Russia “Jangan takut2, saya x gay, mari berkenal2an”. Mamat tue agak besar, kteorang smue cuak kecuali Musab, sebab dia tough. Pastue, macam biasa, dia mintak dokumen pengenalan diri kteorang. Kteorang cuba bagi email facebook, mamat tue takmo, dia nak passport. So kteorang tunjuk laa kteorang punya spravka (ganti passport untuk student). Read more »

  • Partner links

  • Sep 21, 2009 - a medical student    5 Comments

    Aidilfitri 09 di Moscow~~

    Assalamualaikum WBT, huhu walopon agak terlambat post nie keluar, tapi korang baca jer laa ek. Post nie ditujukan khas kepada family dan kengkawan yang miss aku. Huhu. Tapi sebelum tue, aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Hoho, harap segala salah silap aku samada sengaja maupon tak, korang maafkan.

    Orait, the story begins when kteorang kluar umah pakai baju warna-warni, tapi nasib baik hari Ahad, so x ramai sangat rakyat Russia yang bangun pepagi cuti nie. Walopon kteorang dah rush untuk ke embassy, nak semayang raya, tapi memandangkan apartment baru nie jauh sket, x sempat semayang. XD. Dahlaa sampai tue, orang daa nak habis khutbah, cam pegi untuk makan jerr.. Hish, derhaka tul. Takpe, janji taun depan x buat lagi. Hohohoho..

    Makan sket jer, sebab student Malaysia kat Moscow nie ramai nak mampos! Hoho, jadi kegembiraan diambil alih time amik gambar. Hoho, pelbagai posing kteorang pose, dahlaa bebudak batch aku ramai yang beli DSLR, so memang meletop rr kualiti gambar yang kteorang amik. Tak cukup dengan tue, aku ni plak hemsem. Memang tebabo! habes gambar yang diambil. Hohohohoho… Read more »

  • Partner links

  • Sep 19, 2009 - a medical student    1 Comment

    Hari Terakhir Ramadhan ~~

    Assalamualaikum semua, huhu.. aku tau korang smue mesti excited giler sebab hari nie hari last puasa. Huhu, tapi jangan over plak, manfaatkan hari last nie, baca Al-Quran sampai habes, taubat malam nie gak, bayar zakat, habeskan duit untuk sedekah. Ceewah, cam baik sangat aku nie. Huhu, tapi tuela yang sepatotnye berlaku. Para sahabat dulu merayakan Ramadhan dan sedeyh pabila nak raya, kita plak bajet bz nak prepare untuk raya, sampai malam2 terakhir Ramadhan nie diabaikan. Tapi aper leh buat kan? Bukannye amalan tue x betul, tapi x brapa elok. Huhu..

    Arghhh!!~ Dah nak raya, jeles tul ngan bebudak junior yang sempat beraya kat tanahair. Huhu, bila dah besar, biasenye duit raya yang orang bagik besar jugak. Haha, tapi takpela, duit biasiswa jelaa jadik duit raya aku. Huhu, hajat di hati nak tunaikan wishlist taun lepas, iaitu nak beli kibod, pastue belatih main sampai jadik cam Maksim. Huhu wish tahun nie nak beli processor ngan motherboard baru pun aku rasa nak tunaikan gak tahun nie. Tapi mungkin akhir tahun kot, bila duit simpanan dah banyak nanti, yeah!! Read more »

  • Partner links

  • Sep 15, 2009 - a medical student    12 Comments

    A Dwelling Revolution ~~

    Assalamualaikum, semoga sihat dan cergas beribadat dalam bulan puasa nie. Hihi, Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya memasang Internet MosInter yang berkelajuan 50Mbps yang mampu mengdownload game Race Driver GRID bersaiz 8GB dalam masa 20 minit sahaja. Tidak lupa juga syukur kerana saya telah diberi peluang untuk menulis post ini sambil membuat rakan2 terhibur dan jeles tahap zirafah gay.. Hohohoho!!

    Ceritanya bermula camnie. Bebudak JPA dapat hostel murah, sebab pegawai diorang hantar surat awal2 nak tempah hostel tue. Pegawai MARA juga tidak kalah sibuk menempah biskut raya untuk nenek diorang. Sebab tuelaa pelajar MARA ditinggalkan dengan satu jer pilihan, iaitu hostel Kuzmin, yang jauh kat hujung Moscow dan mahal cam sewa hotel. Kontrak untuk duduk kat hostel universiti kteorang x sain dan buat lap hingus, pastu makan. Kteorang mengcontact sorang agen yang fasih berbahasa english untuk carikkan kteorang apartment luar di kawasan peripheral Moscow. Akhirnya, Alhamdulillah kteorang dapat gak duduk dengan senang kat apartment masing2. Huhu, aku dapat apartment yang serumah 4 orang. Hihi (ketawa kiut). Read more »

  • Partner links

  • Jul 15, 2009 - Travellogue    11 Comments

    Ditching Dubai : Farewell…

    Assalamualaikum, huhu setelah sekian lama aku tak berbloggin, akhirnya aku decide untuk continue balik sebab takde kejer nak buat kat umah. Hehe, kengkawan ajak pi Singapore aku x sihat, nak amek lesen dah lewat daa, nak main badminton dah takde org kat kampung aku, main dota pun aku slalu dok top.. sob3.. hidupku dari hari ke hari, sama cam kat Russia.. takde life.. Tapi bezanya ialah selsema, huhu kalo kat Russia bersin pun jarang2, kat M’sia dah dekat 3 minggu aku dok demam, selsema, sembuh, cirit-birit, demam balik, selsema balik.. huhu nak kata kena  H1N1 pun tak. Tapi takpelah, sebab maut tue memang dekat dah..

    Huhu aku masih lagi teringat2 memori kat Dubai, sebab time jalan2 aritue aku demam, so byk yang aku miss, tension!! Kengkawan aku pun cakap aku lain macam, x aktif, x ceria, hemsem lagi tapi. Hihi, walaubagaimanapun (ayat skema), aku tanak membiarkan memori tersebut membeku jer, so aku story laa sket lagi. Read more »

  • Partner links

  • Jun 27, 2009 - Travellogue    16 Comments

    Ditching Dubai : Unwell…

    Assalamualaikum semua, huhu aku tertunggu2 bilalaa domain ngan webhost aku nie nak expired. Tapi cam tanak expired jer. So dalam keboringan nie aku amiklaa sedikit kesempatan nak tulis entri baru. At least ader gak bende yang aku bleh tunjuk dengan bangga kat semua. Hihihi..

    Sebelum aku dan kengkawan, atopon lebih dikenali sebagai Power Rangers (PR) balik ke tanah air, kiteorang dengan poyonya transit kat Dubai selama sehari. Takde rakyat Malaysia lain yang waras transit selama tue, 3-4 jam jer. Tapi The Mastermind bukannya waras, so tak pelik rrr. Huhu seawal 6 stengah kteorang sampai kat airport, tapi cuaca yang panas cam enjin bas tue mengkonfiuskan kteorang, ingatkan dah tengahari, patutlaa takde teksi! Read more »

  • Partner links

  • Jun 7, 2009 - a medical student    10 Comments

    Kes Misteri Pushkin : External HDD Hilang!!!

    Assalamualaikum, pada suatu hari yang hening lagi pening, seorang watak utama kisah nie yang bernama Tommy tengah main game Legend of Legaia sambil pakai seluar tiga suku yang dia beli masa tingkatan 4. Ketika beliau bermain, tiba2 kawan2 beliau yang hodoh2 belaka ajak beliau main futsal kat gelanggang futsal. Huhu, tanpa sebarang kemusykilan, keraguan, ketidakpastian, dan kerang, beliau terus menerima ajakan tersebut, “bagai kera diberi hadiah bunga”.

    Lepas balik main futsal tanpa score satu gol pun, kawan2 beliau yang busuk berkerumun dalam bilik beliau, “Bagai lalat dengan faeces” tapi kali nie lalat tue lagi busuk, serius. Satu kawan beliau yang tak bernama Murbeanne bertanya, “wahai Tommy, dimanakah hard disk yang telah engkau pinjam tempohari?” Lalu Tommy menyatakan bahwa beliau tatau dimanakah gerangan harddisk tersebut. Murbeanne terus bengang, dan tidur tanpa mandi pada malam tersebut. Read more »

  • Partner links

  • Pages:«1234»