a money maker
12 Comments Bayaran Kali ke-3 dari Backlinks.com
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana memberi keamanan dalam kehidupan kita, tak macam Kony kat Uganda tue. Dan selawat keatas Nabi Muhammad SAW yang selalu suruh kita prihatin kat sedara² kita serata dunia nie. Aku harap korang semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan tak sedeyh walopon Chong Wei kalah dengan tidak bergaya semalam.
Chong Wei ditewaskan Lin Dan, All England 2012
Huhu, aku nie dahlaa jenis yang main game waktu orang duk sibuk ngan bola sepak, world cup, All England dan sukan² lain yang sewaktu dengannya. Tapi semalam terbukak sket pintu hati dan limpa, so aku kuar bilik kejap nak tengok Chong Wei beraksi dengan Lin Dan. Tapi baru jer tengok 10 minit, Chong Wei dah tarik diri sebab sakit bahu. Memang takde rezekilaa aku ngan sukan² nasional nie, haha! Pastue, tanpa membuang air besar dan masa, aku sambung balik main game, XD!! Btw, aku dah habes main game Trine 2, game yang agak comel, sila tengok gambar² kat bawah. Read more »