a computer geek
39 Comments Ader DSLR Tak Bermakna Anda Pro!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur kepada Allah SWT yang selalu memurahkan rezekinya kepada kita, tetiap hari dapat makan, tetiap hari dapat tidur, moga2 pasnie dapat rezeki dipanjangkan lagi. Selawat keatas Nabi Muhammad SAW yang selalu tak selalu makan sebab takde makanan, tak selalu tidur sebab qiam, dan kerana pengorbanan baginda laa nama kita ada ‘bin’ harinie…
Orait, post kali nie mungkin agak ketinggalan zaman sedikit, tapi aku rasa masih lagi ada sisa-sisa signifikan untuk ditulis buat pembacaan korang sekalian. Cerita bermula bila aku call umah, sembang2 ngan mak pasal gadis2 yang aku stalk, exam, eurotrip dan hadiah ape yang family nak bila aku balik umah nanti. Sebagai seorang abang mithali, aku tanyelaa mak aku pekemende yang adik aku nak, since die tak suka sangat henset, tak suka main game, baju2 berfesyen plak harom, fuh! Innocent cam abang die! Tapi aderlaa suara sumbang die cakap “kalo bleh DSLR best gak, nak try maen”..
Situlaa dapat idea nak tulis post nie, pasal DSLR yang jadik trend skang nie, adik aku cakap ramai bebudak kat sekolah die bawak DSLR bila ade majlis hari guru atau apa2 majlis lain.. budak sekolah menengah dah ade DLSR? Pfff… Pastue aku pon teringat pasal satu gambar yang aku terserempak kat blogserius (satu blog yang sangat best!), dan gambar nie bleh sums up ape yang aku nak sampaikan harinie..

Kenapa orang suka sangat DSLR nie..
Yup, rasa cam betul jerr apa yang gambar tue cakap. Aku rasa orang sekarang beli DLSR untuk show off jer, diorang bukannye pro pun. Kononnye ader hobi photography nie sangat style dan cool. Hehe, bagi aku kebahagiaan yang ader pada seorang pemilik DLSR zaman skang bukan bila diorang guna DSLR untuk amik gambar orang, tapi bila orang lain tengok betapa gempaknye kamera yang digunakan untuk amik gambar tue. Adelaa sedikit bangga bila orang tengok kamera besar tue, dan rasa pro laa gak sket2 sebab bunyi shutter DSLR kuat dan menarik perhatian.
Pastue, bila dah boring amek gambar, takkan nak simpan jer kamera camtue kan? Kate photography tue hobi. So diorang pun belilaa lens2 baru, flashlite (camnie ke eja?), battery, dan semua2laa.. Asalkan nampak sebagai collector barangan DSLR. But then again, kebestan beli benda baru tue sekejap jer, pasnie akan rasa boring balik, dan kena beli lens baru pulak lepas nie. Kebahagiaan beli benda baru nie aku ader blajar dalam psikologi, dan takyah aku sentuh secara mendalam, yang penting ialah kehappyan tersebut adalah temporary, shoppaholic biasanya ada masalah psikologi camnielaa..

Beli DSLR untuk belajar photography..
Kalo beli DSLR sebab nak belajar photography lak aku tak rekemen gak. DSLR tue mahal, dekat RM4k, kalo betol nak belajar photography, belajar betol2 biar dapat duit cam diorang kat CST Production tue. Kalo beli DSLR sekadar nak tau2 pasal photography, sehari jer dah bleh khatam belajar, dan RM4k tue terlalu mahal untuk ilmu yang sehari dah bleh dimasterkan… Bior aku bagitau korang apa teknik photography yang diorang akan mula2 tau :-
- Teknik 1: camne nak blurkan background, untuk nie diorang akan amik gambar objek secara dekat (contoh, bunga), pastue yang belakang tue otomatiklaa blur, tatau ilmu celah mana.. senang sangat
- Teknik 2: pastue tau pasal rule of 3rd, letak orang tepi gambar, fokus pemandangan.. masa aku guna photoshop pun da tau pasal benda nie
- Teknik 3: main shutter speed, lukis benda dalam gelap.. atopon letak tripod tepi jalan raya waktu malam (aku rasa nie ilmu ultimate diorang)
- Teknik 4: erk.. belajar buat watermark kat photoshop untuk gambar2 yang bakal diupload kat facebook..
- Teknik 5: pastue barulaa diorang mula menjinakkan diri ngan software photoediting cam photoshop ato ape2, mainly diorang akan belajar adjust lighting, dan color correction.. takpun paling simple diorang tau camne nak buat gambar jadik hitam putih.. haha!
Pasal teknik pusing zoom-ring waktu shutter tengah clip tue pon tataulaa ramai ke tak yang tau. Aku bukan seorang pro DSLR, tapi aku tak rasa orang lain pro gak. Unless diorang bleh tunjok kat aku benda yang lain daripada yang kat atas nie, sama jelaa kite. Tue jerr ilmu DSLR, dah bleh graduate daa dengan baca post kat PascaSPM nie..
Dimana kebahagiaan sebenar pemilik DSLR?
Aku perasan orang yang ader DLSR nie sangat look forward kepada event2 cam concert, hari sukan, apa2 jelaa yang ader orang ramai. Mungkin disitulaa bestnye ade kamera gedabak, bleh ‘capture the moment‘ kan? Tapi bila balik umah malas plak nak upload gambar… tak paham betol aku! Mungkin dia suka bawak kamera tue depan orang ramai je kot.. dan bila korang hidup kat tempat cam aku, yang mana ada budaya ‘satu orang, satu DLSR’, kekadang bleh tengok orang yang malas nak bawak DSLR pegi majlis sebab berat sangat kamera tue.. yelaa nak showoff kat sapa kalo setimbun orang yang bawak DSLR pegi majlis yang sama..
Bagi aku, kehappyan pada photography nie sangat memerlukan ‘moment’ tertentu. Sebab tuelaa orang kate ‘capture the moment’. Memiliki DSLR yang mahal sampai RM6k pun takkan bagi korang bahagia kalo bleh amik gambar itik bawah rumah jer.. kecuali time sepupu datang umah, blehlaa showoff…
Cybershot RM1K + eurotrip RM3k > DSLR RM4k
Akhir kata, seek the moment kalo itu benda yang buat korang happy, bukan sekadar ader tools yang bleh capture the moment jer.. sebab tue photographer suke pegi masuk hutan, pegi kat air terjun, bla3.. Sekian, wassalam..
PS: cybershot pun dah bleh buat bokeh skang nie.. wahhahahahaha
PS: suruh kawe anim baca blog ijo.. hahahahahhaha!!!
Sorry, but I couldnt agree with most of your points! :/ *upset*
Mentang-mentang ada Sony Nex 5! >=(
“Aku rasa orang sekarang beli DLSR untuk show off jer, diorang bukannye pro pun. ”
Your argument is invalid. NOT ALL beli DSLR untuk show off. My eldest sister recently bought a DSLR. Does that make her as someone who want to show off?
No. She own a typical digital compact camera before this. Went to Hong Kong last year. Only to come back with superb lousy pictures. Hence, she bought a DSLR to avoid another wasted trip due to lousy pictures taken by compact camera.
Why not amik EVIL / Micro Four Third / Semi SLR?
Cuz it’s more expensive than beginner entry level DSLR. Nikon D3100 or Canon 1000D just cost aroung RM1800-2000. Not RM4k. Even Canon 60D just cost around RM3k.
Here are my arguments about DSLR yang Saffa tulis last month.
saffawati.com/day-54-dslr-photography-me/
You cant just label people as photographer wannabe just because they hang and carry their DSLR around. Who says all of the DSLR owner wanted to be a ‘photographer’? Some of them just wanted something more than a compact camera, some of them just have a plenty of money to spend and some of them probably just have a huge interest in photography for self satisfaction and compact camera couldnt give what they wanted.
Is it wrong if they just keep the pictures for themselves rather than showing off in flickr / blog? Is it wrong for people to just take gambar itik bawah rumah jer?
How do you even know that owning a DSLR and capturing gambar itik bawah rumah couldnt give happiness to the DSLR owner?
NOT EVERYONE WHO OWNS A DSLR WANT TO SHOW OFF. At least not my eldest sister.
setuju jugak dengan saffa walaupun aku takde DSLR.. huhu..
menteil recently posted..5 Blog Pilihan Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
oh saffa ku cayam! tidak ku berniat melabelkan kakak mu sebagai photographer wannabe…. aku ada situasi dan pengalaman yang aku alami sendiri, begitu gak adik aku kat sekolah die.. dan saffa lak ader kakak yang passionate pasal photography, sebab tue saffa tak paham apsal penulis kuarkan post offensive camnie… mengikut pengalaman yang dilalui masing2, dan jugak ego diri masing2, pendapat manusia were meant to be diff…
tataulaa nak mengayat camne, 5 minit dah tulis komen nie, pastu backspace pastu tulis.. oklah, yang penting, jangan marah yer, hehe gadis ayu marah takde boyfren nanti.. hoho.. so, sorry if this post is so offensive to you..
DSLR>NEX-5, tak penah nak bangga ngan nex5 tue, dia innocent.. jangan marah kat dia gak
jangan marah skali lagi.. thank you komen, lama dah tak komen sini
That’s why kalau nak menulis, jangan generalize / stereotyping, based on your entry (Saffa baca banyak kali okayy), clearly you accuse all of DSLR owners nowadays as people who just want to show off. And generalize people who take pictures using DSLR but tak upload the pictures anywhere on the Internet as someone who want to show off too.
That’s why Saffa marah. Tho I understand your REAL points are to bash people who buy DSLR but it wasnt that necessary pun and like to carry it around padahal bukan guna pun (just nak show off) etc.
Dont worry. Saffa bukan marah as in macam mengamuk ker apa. Just find that your post is too offensive to ALL DSLR owners. Marah sebab gaya penulisan yang stereotyping.
Saffa recently posted..Day 79 – I Hate This Love Song
Rileks2
i love you,saffa!
yonna recently posted..Antara Lagu Paling Annoying di Telinga Aku…
i love you too saffa! XD, asalkan saffa puas hati, aku tanak gaduh daaa.. dont hate me
tak de komen sbb kak jie tak ada dslr ni…bukan keperluan.
itu saja alasan
nafsu dan keinginan ada tapi sempadan kak jie kukuh, jadi belum tumbang lagi godaan ..pheeewt
Kujie recently posted..Kami Dari Bumi Bukan Planet Entahmana
hoho..isu yg sangat bagus ni boh. ramai juga orang yg jenis macam tu. beli DSLR semata2 kerana ikut-ikutan atau nak showoff. tapi taklah semua. masing2 ada sebab musabab sendiri nak memiliki DSLR.
tapi skang ni banyak model baru kamera kompak dah boleh buat fungsi yg basic utk DSLR. jd agak rugi beli DSLR kalau sekadar nak shoot sumthin’ yg asas, sbb kamera kompak pun boleh. even nak buat light graffity dgn kamera kompak pun tak mustahil skang ni
DSLR ni satu hobi yg sangat mahal. lagi bahaya bila ketagihan utk upgrade tu makin memuncak. beli itu ini macam2 tapi gunanya tak seberapa. tapi serius, sekali dah ada DSLR, rasa macam nak puas. nak lebih lagi dan lagi eheh.
eh typo sket. *rasa macam tak puas
Walaupun satu hobi yang mahal tetapi seharusnya bijak membeli DLSR yang mampu dimiliki berdasakan tahap kewangan semasa. Kalau bajet ada RM 2K, belilah DSLR yang berharga di bawah harga bajet yang kita ada.
Yang penting adalah perancangan kewangan dalam membeli…
shaharil recently posted..Karnival Kerjaya UUM 2011 Sudah Berakhir
betul tu. kalau nak jadikan fotografi sebagai sumber pendapatan sampingan, mesti belajar dgn baik macam mana nak dapat pulangan hasil drp modal mahal yg dikeluarkan. kalau tak, hanya buat habiskan duit saja. lainlah kalau ada banyak duit tapi tak tau nak buat apa eheh
agreed, sebab utama aku beli DSLR memg untuk show off..haha
who care, orang ada duit beli laaa.. yg xmampu tu senyam sudaaa..krkrkr
ADDAM recently posted..OH CRAP!
apsal typo plak ni…its SENYAPPP
ADDAM recently posted..OH CRAP!
omg, apsal ramai orang typo nie.. mesti semua tengah berapi masa tulis komen nie.. haha..
rilek.. one man’s remedy is another man’s poison.. gitulaa kot pepatah omputeh seingat aku..
Bravo! I don’t think this entry is written to insult anyone.. It’s sincerely written from his opinion.. If it’s meant to insult, then “sape mkn cili, pdn la muke, dia trase pedas”.. I’m a bit biased la, cuz I’m a super-fan of my lil’ bro’s blog.. But I know his intention.. This is the joy that he finds satisfaction in.. Like sum ppl who enjoy photography find happiness in DSLR.. No hard feelings dude/babe!
P/S : Bengom Anim nok DSLR, FACTORIZATION pom x gheti wak hahaha.. Blaja molek2 nge Chemoh nuh…
jange maroh ko sek2 dio, kontroversi tue meningkatkan prestasi.. haha.. tenkiu sebab protective..
che moh tok ngaja ko anok dio hok tue? gerelaa factorization pong tok gheti wak, see the leg laa..
Owh x ingat nok oyak… E-JOE, K.E-LA NOK iPHONE 4.. Hahaha.. Kato nok beli adioh ko satu family.. Xkey nok mitok iPhone 4 xleh?? Kalu xleh beli iPhone 4, K.E-La nok E-JOE tolong caghi calon suami soleh soghe.. Hahaha.. Seney dop??
emm..ada kamera. Tapi guna photoshop aje nak kasi lawa. hehe..tapi kalau ada dslr, tu kira bonus.
sayacomel recently posted..Comel Sangat – Budak kiut belajar guna kamera
aku xda dslr~
tapi aku tahu teknik asas dan up2 sikit…bagaimana aku belajar? pinjam orang…kakaka
btw, ada DSLR atau tidak…tak menentukan seseorang itu show off…lagipun DSLR tue kan besar…wajib di show off kan
kalo compact…ko nak gantung kat leher…buat apa…miyahaha~
Sir Marcello recently posted..Orang Kata Botak Itu Seksi
ego nyoh…hahaha..tu pom nok maroh…chill laa
bakpo ijo baik sgt tulis komen tuh? hahaha nakut!
akak nok i-phone yg terbaru or i-pad
baju bleh jugok t-shirt or sweater
game beli hok jahat dio gerok slow supo resident evil baru akak de tembok huhuhu
beli lah coklat banyok bulih wi ko anok murid ma nga ore kapung
p.s bakpo semo tahu akak x reti factorization nyoh.che moh oyak ko
banggo sero jadi sumber inspirasi nak wak post nih hahaha
suroh dok saing2 anim baco blog nie? suroh sek2 dio komen mari maroh2 etek.. haha, takpo nok maroh pon, ijo suko… kade2 kalu ore setuju dio dok senyap jah, tok komen..
jahak dale resident evil lari laju laa loni, main dok resident evil 5??
x suroh pom. Dio mesti sero tapi dio x ake komen sbb dio x kenal blog ijo nih. resident evil 5 tuh akak main nga kawe akak..sdap jugok.
hati panas baca entry ni huhu. nasib ada komen saffa hahaha
yonna recently posted..Merapu tentang Photography
hok tak marah tu….. dia amik gambar ngen handset jah
satu benda yang aku suka tiap kali aku bukak blog ko is ko akan dedicate satu perenggan untuk selawat puji memuji syukur mensyukuri ko tu.org lain either takde langsung or ada couple lines je.exclude blog2 picisan.well blog ko ni takdelah picisan sangat..at least for me lah.
ok komen xde kene ngene ngan post.
miss you a lot alia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
so not agree.you just don’t understand~
dun worry yemi, ko mmg jenis yg suke amek gambar… exclude dari golongan yang showoff nie…
post aku pun spatutnye kene detail lagi, kena bgtau ciri2 showoffer secara terperinci, supaya orang yang tak spatutnye terasa tak marah…
I takde dslr apatah lagi compact camera. But i do have 12MP Satio. Some photographers having fun with the picture itik they took, but you are having fun by making fun of them.
What’s up with that? Is it wrong to show off? Why is that annoys you so much?.. life is short, take it easy la bro..
faizul recently posted..Friendster Di Format Semula 31 May 2011
woiittttttt, serius ke name ko faizul? hahaha.. kembarrr aku.. hahahahhaha
Huhuhu.. Tajuk memang makan dalam kalau semua ‘wannabe’ baca nih. hehe.. tapi memang betul pun kalau bawak DSLR camera kehulu kehilir tapi pegang camera pun salah, aduiyai..

Dila.13 recently posted..4 Tips Penting Untuk Menjadi Editor Yang Baik
ak stuju dgn point2 ko, tp ak stuju juga dgn kata2 saffa,.. entri ko terlalu stereotype.. haha
*ak pkai dlsr pun waktu2 tertentu je, pastu skrg duk tersimpan dlm almari kat umah… bukan apa, hobi mmg hobi.. tapi study kena dahulukan… hoho
Azah recently posted..Gambar Tunang Ashraf Muslim
pasal showoff je kot yang stereotype… yg lain ok je kan
setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza, pada aku memiliki DSLR adalah sebab minat, macam mana minat? belajar…setahun aku belajar, dari pakai compact kamera pun dah mula bljr bokeh dan sebagainya,
lepas tu sebelum memiliki DSLR sanggup dulu pergi kursus kamera seminggu, lepas dah bljr semua tu baru berani nak beli DSLR
bila dah beli at least dah tahu basic…
tapi itulah, pandangan org berbeza, ada org ckp beli dslr sbb nak menunjuk, mengikut trend dan sebagainya, memang ada segelintir mcm tu tapi tak semua…
pada aku, kita tak tahu niat asal pemilik dslr tu beli kamera kan, so kita pun tak boleh nak buat judgement terus pada org tu, dan jgnlah menghukum org yang pakai dslr tu sbb mengikut trend…semuanya…kesian mereka
[...] google reader dulu, tengok diorang ingat lagi tak aku, pastue kite start arr balik kontroversi cam post DSLR cam haritue.. [...]
teringin, tp rasanya xperlu.. hehe.. so better xpayah…
aku masih lagi mengumpul duit nak beli dslr..huhu….lama dah kumpul tapi tak terbeli..pasal ada je nak guna duit..hu hu hu..tp insyaAllah tekad aku nak beli thn depan atau lagi 1 thn setengah…nak kumpul duit kaw2 punya..setakat ni aku guna SE VIVAZ 8mp tu je..xpe….slow2 dulu…huhuhuhuhuhuh
Tak semestinye org beli dslr sbb nk show off. Sy pon ade jgk dslr, tp sy beli dlm 2k mcm tu laa. Sy beli sbb die ade video & byk function die. Gamba pon lawa. Sy beli dslr tu sbb nk amik gamba kenangan. Tade mase nk show off ni