Pada suatu zaman sekarang, tinggallah seorang geek yang tak berapa hemsem dalam asrama yang terpencil di tengah bandar Moscow. Kepala beliau dihiasi dengan sepasang mata berwarne kuning, bibirnya merah menyala, dan rambutnya jatuh lembut menggelongsor ke arah kiri kepala beliau dan ketinggian beliau lebih kurang sama dengan ketinggian average budak2 pompuan zaman sekarang. Pendek kata, beliau pendek. Nama beliau adalah Yusof tapi orang2 kampung beliau lebih gemar memanggil beliau dengan nama ‘Tommy’. Cakap jer pasal komputer, nama ‘Tommy’ akan menjadi buah mulut para penduduk kampung Moscow. Hal ini demikian kerana, beliau memang master pasal komputer, cakap jer pasal mouse, beliau mampu bercakap tanpa henti mengenai hal tersebut dengan begitu baik sekali.
Pada suatu hari, Tommy tengah jiwang sambil sembelit dalam tandas. Di benak fikiran Tommy, singgah persoalan yang agak mengkonfiuskan, “Tommy, sampai bila kau nak hidup dengan komputer? Ko dahlaa takde girlfren, tak penah kuar bilik, tak pandai sukan, ko nak jadik aper besar esok?” Tommy menutup muka beliau, kerana beliau kesal dengan nasib dirinya dan juga kerana bau busuk dari bawah semakin hangat. Sedang Tommy lega, tiba2 kedengaran bunyi ketukan pintu bertalu2.. Tommy dengan segera keluar tandas dengan bergaya, lalu masuk balik tandas untuk pam, dan keluar semula untuk menyambut tetamu misteri tersebut. Pintu dibuka secara slow-motion. Kriekkk~~ Bunyi pintu dibuka, jantung Tommy berdebar2, bulu roma beliau berdiri tegak, keringat mula membasahi pipi beliau yang berjerawat batu, lutut beliau berketar2, beliau rasa sakit perut dan ingin kembali buang air, tiba-tiba!!
Rupanya, pintu bilik lain yang diketuk.. Tommy mengeluh kehampehan. Pastue Tommy tutup pintu tersebut dengan skuat2nye kerana tension.. Blepek! Bunyi pintu itu tertutup tidak cukup sedap bagi Tommy, lalu Tommy membuka kembali pintu dan muncullah di hadapan Tommy dua orang gadis jelita yang Tommy cukup kenal dan Tommy cukup segan. Sorang gadis bernama ‘Q’ dan sorang lagi bernama ‘Lala’… Tommy tergugat iman, dirinya yang sebelum nie hanya pernah berdepan dengan karekter anime terpaksa berdialog dengan dua orang gadis yang paling fames kat hostel beliau. Walaupun lidah beliau kelu, beliau memberanikan diri untuk diam. Lalu, Q memulakan conversation dengan kata alu-aluan,
Q : Tommy, bleh tolong tengokkan Laptop saya x?
Tommy : Kekekekekkenapa? Laptop awk x sihat ker?
Q : A’ah, abis semua desktop saye licin, cam kene format, pastue xleh connect kat internet..
Tommy : Oooooo….
Lala : Hihihihihihi (ketawa kerana melihat kegagapan Tommy)
Kenapa Tommy gagap? Adakah kerana menahan kencing? Adakah kerana Lala mengetawakan beliau? Atau adakah kerana Tommy menyimpan sesuatu perasaan? Jawapanye, tidak lain dan tidak bukan kerana Tommy dah lama sebenarnye jatuh cinta ngan Farah, tapi skarang dia suka kat Q, secara diam2. Tommy x pernah meluahkan perasaannye terhadap Q, hanya mengstalking dari Frenster sahaja, tuepun dah ketar lutut. Beliau sedar, dirinye yang geek, hodoh lagi pasif.. sape yang suka kat beliau? Q pula seorang yang bijak, solehah, sopan, cantik, dan sebagainya. Boleh dikatakan hanya sifat positif yang sepadan untuk disematkan di diri Q. Mereka berdua insan berbeza, dari dunia berbeza…
Tommy menjemput Q masuk, untuk bedah siasat laptop Q. Lala masuk juga tanpa malu. Walaupun terpinga2 dan gementar, Tommy cuba menunjukkan kehebatannye pabila berinteraksi dengan spesies paling dekat dengan dirinye, komputer. Jari Tommy menari di atas papan kekunci begitu mantap sekali bagaikan Nicole David menari zapin untuk warming up sebelum main squash! Q pula kagum sambil mulutnya terlopong membentuk huruf O yang sangat besar sehingga mampu disuapkan 2 hotdog sekaligus! Lala pula tersenyum, tersengih kerana dia berjaya berkentut tanpa disedari oleh Q dan Tommy. Eh2, tak2, Lala senyum sebab dia saje2 jer..
Tip-top2, Laptop Q siap dibaiki, connection dah ader, pastue system recovery di rewind kepada 3 hari lepas dan semua jadik ok. Tommy bangun dan lubang hidungnya besar sebelah, terpapar di raut wajahnye kebanggaan yang tidak terkata. Mulut berbentuk huruf O Q berjaya ditutup dengan dua ekor nyamuk terperangkap di dalam. Lala pula mengeluh, entah mengapa, adakah tanda jeles atau lega atas sembuhnye laptop Q. Lalu, Tommy meminta untuk log in YM kat laptop Q, dengan alasan ingin tahu bahawa connection Laptop Q dah ok ke tak. YM didouble klik, sign in pun automatic… lalu kelihatan offline2 msg untuk Q, yang bertulis seperti berikut…
Farhan? Siapa tue? Hati Tommy jatuh berderai sebagaimana jatuhnye periuk rice cooker berisi beras yang x masak lagi.. Walaupun dari dalamnye, hati Tommy bagai diremuk2, tapi senyuman Tommy mencerminkan ketenangan pada pandangan Q. Suasana sunyi seketika, hanya nyanyian cengkerik yang mengisi ruang suara bilik tersebut pada ketika itu. Lalu Lala, dengan MOUnye meninggalkan bilik tersebut untuk memberi peluang kepada 2 orang yang malu2 meow tersebut memulakan love talk mereka.
Tommy berdiri dengan macho, zip sluar beliau terbukak, lalu beliau terus keluar dari bilik tersebut dengan tenang… Kepala beliau berpusing 180 darjah kebelakang, lalu lidah beliau mengukir kata..
Tommy : Dah okey latue kot, saya nak pergi dapur jap, kesian kat roomate saya masak sorang2..
Q : Wei, kau nak pergi…
Tommy meneruskan langkah beliau di koridor, membelakangi Q, dan mendepani perempuan2 yang terkejut kerana zip sluar Tommy masih lagi tidak ditutup.. Q pun melaungkan azan, eh2.. bukan2, Q pun melaungkan kata..
Q : Thanks Tommy…
Tommy hanya menunduk.. dalam hatinya, berhenti keretapi fikiran yang membawa penumpang kata kepada diri beliau.. “dah la tue Tommy, bukannye best sangat pun dapat Q tue, terima jerlah bahawa dia dah ader boyfren… ko teruskan jerr hidup ngan komputer ko tue..” Tommy terus ke dapur untuk membantu rakannya yang sedang memasak..
Narrator : best tak cerita nie? Huhu, warning, takde kaitan ngan aku mahupun orang2 kat hostel aku dan mereka yang hidup mahupun meninggal dunia.. Aku tulis sebab boring, suke hati aku rr blog aku. Tapi x sia2 ok, ader moral dia, untuk tengok bagaimana hidup Tommy lepas nie.. pastikan korang stay tuned. Sorry, siri Power Rangers terpaksa ditunda sebab aku x pandai sgt pakai PowerDirector, lenkali siap la tue video Power Rangers kat Prague… huhu..
Moral : Jangan berdua2an ngan pompuan, gunakan kelebihan korang untuk membantu, jangan ingat diri korang useless…
Share
ore pahe ko cerita Tommy
bengong nate tommy…dio semat bena….
hahahaha.rindu ko lawak mg jo. lucu2
ejoe giiiiiiiiiiiiiiiilo!!
tommy=ijoe????
Q pon sore hok bengom…nk recovery lptop sendiri pon x reti….
x po jo…mu smart bena…
cerita yg menarik
tp ala..kenapa tak sambung cter power rangers tu?
nak baca sambungannya please?:D
p/s: komen pertama.
hehe, aku knal sape ko ieda…. hehe, best ker crite power rangers tue? Ker ko rindu kat salah sorang ahli PR? yg mane satu?
yea.
please.
i want the pathfinder.
letak gambar sekali.
hehehe:)
ijo..aku sero PR x brapo best lh….sailormoon ok lagi kot…
ecece….ape ni?? menagih simpati melalui blog!!!! TURUN meter!!!!@#$%$#%
ijo..cpt lh..nk baca part2 pulok….
HAHA! funny creative writing!
2 kali baca baru pehe cita ngoyal ijo…. lucu doah
jange dok ngoyal banyak ingak ko ngaji eteek
Bismillahirahmanirrahim.
Setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong, maka dengan ini K.Na sebagai commentator jemputan akan memberikan sedikit (mungkin juga banyak) pandangan dan 4,5 soalan untuk penilaian penulis aka Tommy dan sudut gelap diri penulis serta Tommy sendiri.
pada ahli panel lain di blog Ejoe ni so that they won’t question my humble opinion here, and at the same time K. Na telah mendedahkan diri K.Na kepada risiko dikesan olh FBI, CIA, KGB serta badan2 perisikan lain yang terlalu dahagakan ilmu semantik dan kemahiran tahap Gaban K.Na yang begitu ketara). K.Na mempunyai beberapa persoalan seperti dibawah :
Setelah menjalankan kajian tempatan, melukis peta topografi, membuat peta minda bentuk tetulang ikan, kaedah deduksi Conan, kaedah tangkap, lepas dan tangkap semula, penakulan mantik, hikmat pergerakan sejenak, renang kuak lentang, kaedah Discourse Analysis, secara reverse osmosis, kaedah reverse psychology, teknik pemikiran selamba Mr.Bean, gaya post modernisasai Mc Gyver, secret ability HEROES dan lain-lain kaedah dan gaya penulisan serta tatabahasa yang tidak muat untuk didetailkan(K. Na sengaja menyenaraikan semua kebolehan K.Na disini just to prove that I am eligible, have the right and expertise and just to show off
1. Ejoe = Tommy ?
2. Q = Gadis idaman yang sentiasa terpahat di kotak ingatan
3. Lala = Watak sampingan kepada Q aka tempelan, yang mana kalau tak dapat Q dapat Lala pun jadi lah…?
4. Farah = Watak paling kecil dengan bayaran RM 2.50 sejam ?
5. Farhan = watak antagonis, kronis dan mayonis yang belum dapat dikenalpasti rupa paras dan tahap inteleknya ?
6. Laptop = Merupakan satu simbol @ perlambanagn semata2 yang mungkin menjadi sebab musabab berputiknya bibit2 percintaan antara Q dan Tommy dalam Part 2 nanti?
7. Gambar yang di attach = Menambah sisi dramatis, kritis dan praying mantis cerita komedi romantik ciptaan penulis?
8. Cengkerik = Menggambarkan penulis seorang pencinta fauna. Cengkerik ada di Moscow?
9. Soalan ini masih lagi dalam carian Serach Engine Google… so K.na pun ada part 2 gak lah, jangan jeles!
Seterusnya ini adalah pendapat tulus lagi suci dari K.Na jauh dari Malaysia tempat tumpah darah…..
1. Ejoe = semat dalam darjah Ejoe yang tersendiri, dengan senyuman malu-malu meow dan gaya ala-ala skema
2. Q/Farah/Lala = Any girl would be lucky enough to get to know u…coz u r special in ur own different yet fascinating way
3. Farhan = He could be just some other guys that are also special in their own ways
4. Laptop = Antara gadjet kesukaan Ejoe
5. Kucing bukan cengkerik = Ingat lagi dengan Bidin tak?
6. Ejoe = Ma, Abah, K.Na, Abe Yo, Abe Lee, K.Elle, Hanim n Sha miss u a lot!
7. Ejoe = cepat kelik K.Na nak tengok Ejoe….windu….
Sekian sahaja berita terkini untuk siaran tertunda buat kali ini. Diharap Ejoe tidak mendelete atau memanipulasi fakta yang dituliskan disini…Sila approve comment ini….
Regards….
K. Na
Warning….
Sila jangan ammend, improve atau alter comment K.Na di atas…
Haha, luculaa k.na komen k.na.. ijo suko! hihi, kepada pembaca.. maaf aku mungkin update blog lewat sket, cause minggu nie ader exam bio ngan anat…
p/s : tengok komen ana, berkualiti dan ori.. camtue laa feedback yang membina.. hehe…