Assalamualaikum, waaa, tak sangka ader orang cakap aku bleh jadik seorang penulis novel yang mantap… Huhu, ader gak yang cakap kesian ngan idup aku, sebab tulis pasal hidup diri sendiri, tapi tanak ngaku, pastu aku jadikan Tommy mangsa. Huhu, nice feedback.. pastu berdasarkan komen2 yang aku terima, ader gak yang tak suke ngan Veve, tapi diorang nak Q.. huhu, korang nie.. sabar la dulu, pastu tengok caner citer nie berakhir, apakah kebahagiaan milik Tommy, atau beliau telah ditakdirkan untuk menderita?
Suatu malam yang purnama, bulan memelita malam yang gelita, angin pula bersiul-siul mengurut belikat hostel Pushkin yang berdiri lenguh di angkasa gelap. Pada malam itu, hanya salakan anjing yang berirama, nyanyian cengkerik yang melunak, dan kercipan cicak yang membingkis kesunyian. Biarpun gelita, namun terpelita di hostel Pushkin tingkat 14 dengan riuh-rendah dan bising-miring para penduduk Malaysia, tidak lain dan tidak bukan oleh kerana sambutan yang sulung kali dibuat, iaitu majlis Student-Mas. Hall 14th floor dibanjiri oleh ramai rakyat Malaysia yang suka meniru dalam exam, tidak kira dari Sabah mahupun Johor, Cina mahupun kacukan India ngan Siam, hemsem mahupun tidak, semuanya meniru, dan semuanya datang untuk memeriahkan lagi majlis. Bak kata pepatah, “bersatu teguh bercerai roboh” dan juga bagai “lalat dengan najis“.
Tommy sejak seminggu yang lalu tertunggu2 akan majlis ini, makannya tidak pernah kenyang, tidurnya tidak pernah nyenyak, dan juga buang airnya tidak pernah lawas dan dipam! Apa yang menyebabkan Tommy excited bukanlah kerana perhimpunan kawan2 Malaysia dari seluruh pelusuk Moscow, tapi kerana pengerusi majlis pada hari itu adalah Veve, gadis misteri ikan salmon, dan jugak Zack, kawan Tommy. Tommy mengenakan kemeja kelabu, dan jeans skinny hitam, zip seluarnya masih terlupa ditarik tutup. Zack pula tidak kalah smartnya dengan t-shirt long sleeve biru berceloreng pink, dan jugak sluar slack blue-black. Mereka berdua sembahyang Maghrib berjemaah dan terus bergegas ke 14th floor untuk menjadi mereka yang terawal ke majlis.
Setibanya mereka di 14th hall, kelihatan sudah ramai orang membanjiri majlis tersebut. Di lautan orang itu, pandangan mata Tommy lurus melalui celah2 ketiak dan juga rambut para hadirin mendarat keatas satu figura yang cukup cantik sekali. Veve… sangat indah dan menawan sekali pada malam itu, berdirinya beliau yang comel di tengah2 orang ramai ibarat ‘permata ditengah2 pasir‘, ‘lauk ditengah2 char-kuey teow goreng‘ dan juga ‘udang di sebalik mee maggi perisa itik dan cendawan‘. Kali ini, Veve mengenakan kemeja berbelang2 warne oren udang galah, berkasut berwarne merah sesungut udang galah, dan berseluar jeans berwarne putih telur udang galah yang berlendir busuk. Kombinasi warna yang disusun oleh gaya pemakaian Veve sekaligus menjerat Tommy jatuh ke dalam lembah ‘gila bayang’ yang tidak mungkin dapat didaki naik kembali.
Veve dan Tommy mula mengambil majlis, satu demi satu agenda berjalan dengan begitu lancar sekali, Veve begitu kondifen dan yakin bercakap serta berjenaka, manakala Tommy yang memang naturenye agak kurang selesa dengan perempuan kelihatan gelabah dan sering tergagap2 dalam menyampaikan kata2. Mereka berdua kelihatan begitu secocok bagai ‘telur rebus dibelah dua‘ dan juga bagai ‘hotdog dipotong menegak” dan juga bagai ‘fish fillet dicincang lumat‘! Semua para audience tersengih melihat gelagat dua orang tersebut. Walaupun rasa iri hati turut terhinggap di dada Tommy, namun beliau masih lagi tersenyum kerana selepas ini, beliau bukan sahaja akan makan mee goreng 3 pinggan, malah beliau juga akan turut mengambil langkah pertama untuk memenangi hati serta buah pinggang Veve.
Majlis diselangi dengan sesi makan makanan free sampai kenyang menyandar, para hadirin sekalian bersungguh2 berebut2 untuk mendapatkan mee goreng dan char-kuey-teow. Namun Tommy pula hanya tenang berdiri, makanan tidak penting bagi beliau, hati beliau kini hangus dijilat api ‘cinta’ yang membara, perasaan beliau kini larut didalam air ‘keinginan’ yang sedang bergelora, pokok minda beliau pula ditumbuhi lumut2 ‘kasih’ yang menjalar, manakan dapat nafsu makan membelok pedang perasaan sebegini? Jadi Tommy minum dulu, lepastue baru beliau makan, beliau makan secara ganas dan bengis.
Setelah selesai menibai 3 pinggan mee goreng dan 4 ketul ayam goreng, Tommy memulakan langkah. Beliau mengambil aiskrim di meja jamuan dan kemudian secara perlahan mendekati Veve, yang ketika itu sedang menyeludup ayam goreng jamuan ke dalam tupperware bersama rakan2 beliau. 3 langkah lagi kearah Veve, seorang rakan Veve, iaitu juga rakan sekelas Tommy bernama ‘Alfie’ datang menyakat Tommy. Beliau berdiri di depan Tommy, dan tersenyum. Terdapat tulang ikan dan juga cili di gigi beliau, lalu beliau memulakan jenaka beliau dengan Tommy.
Alfie : Hold it right there, hmm.. apsal saudara mendekati kelompok jenayah kami?
Tommy : Takde, aa..a…aku datang nak bagi eskrim jer kat kawan ko, sibok r ko Fie,
Alfie : Oooo, bila mase plak ko jadi pizza guy nie, hehe (memandang kearah Veve)
Veve : (tersenyum)
Tommy : Errkk.. Veve, eskrim untuk awak. (dgn malu-malu)
Veve : Erm.. sape yang bagi nie.. (dgn malu-malu-malu)
Tommy : Takde, saya tengok awak x sentuh lagi eskrim nie, sibuk tapau makanan, so saye ‘chop’ satu untuk awak..
Veve : Ooo, awak nak bagi eskrim la nie.. (dgn malu-malu-malu-malu)
Tommy : well.. erm.. so it seems.. (dgn malu-malu-malu-malu-malu)
Alfie : OK2, udah2 latu pizza guy, okeh Veve bayar cepat..
Veve : Tenkiu! (mengenyit mata sebelah kiri)
Tommy : Its an honor (mengecilkan lubang hidung sebelah kiri)
Sungguh romantik, seluruh hall tingkat 14 bls terpegun dan pandangan mereka tertumpu kearah dua ekor love-bird tadi. Mereka semua telah menyaksikan satu pembuktian cinta yang begitu romantik dan cengkerik, satu pengakuan yang cukup berani dan nasi beriani, satu lamaran yang cukup ikhlas dan air 100 plus. Semua para hadirin tersenyum dan buat2 kecoh balik seolah2 tiada apa yang berlaku di tengah hall tadi. Namun di penjuru barat-daya hall tersebut, terdapat satu mamalia yang tidak suka dengan keadaan sebegitu rupa, hati beliau berbeza dengan penghuni2 majlis tersebut.
Beliau semestinya adalah Q. Gadis laptop rosak. Semasa love-scene tadi berlaku, beliau turut memerhati dengan menggunakan teknik ‘berpura2 makan sambil berbual tapi sebenarnye menjeling kearah tengah dewan secara rahsia dan bergaya’. Dengan teknik tersebut, beliau turut menjadi saksi bagi kemalangan tadi, kemalangan bagi pihak beliau. Paru2 beliau mengeluh nafas iri hati sebagaimana bunyi ekzos motor suzuki, dahi beliau berkerut bagai permukaan kulit potato yang disimpan sebulan dalam almari, gaya bibir beliau pula membengkok bagai cacing pita yang krem tulang belakang lepas main polis-sentri, kening beliau mula tajam menurun ke tengah hidung bagai Son Goku yang sedang mengerang ketika menjadi super saiya peringkat ke-4.
Majlis diteruskan lagi setelah semua hadirin menyandar, Veve dan Tommy mengambil semula majlis dan membawa perjalanan majlis tersebut secara selamat dan lancar. Jam menuding jari ke arah nombor 11. Majlis hampir tamat, Veve menggulung majlis tersebut dengan sebuah syair bertajuk ‘tupperware jenayah’, disusuli dengan syair Tommy yang bertajuk ‘hostel jahanam’. Selesai lirikan terakhir Tommy, lampu seluruh hall ditutup dan semua hadirin bertepuk tangan dengan gemuruh.
Bulan berdiri tegak di langit, sebelum bersurai, Tommy terlihat Veve yang sebelum beredar, berbisik2 dengan Zack sambil memandang ke arah Tommy. Tommy tersenyum dan mula mengacau2 Zack. Zack juga turut tersenyum. Kemudian mereka berdua pulang bersama2 ketingkat tujuh.
Malam itu, secara kebetulan roomate Tommy dah tertidur di bilik lain, dan Zack pula ingin menyampaikan message rahsia kepada Tommy yang dibisikkan oleh Veve tadi, jadi Tommy mengajak untuk tidur di biliknya supaya mereka dapat jiwang bersama2. Pukul 12, selesai solat Isyak berjemaah, mereka terus membaluti diri dengan selimut. Zack berpeluh, dan bersedia untuk menyampaikan message tersebut.
Zack : Tommy, ko dah redi ker? Aku nervous rrr..
Tommy : Ko plak nervous, aku lagilaa nervous, tapi happy pun ader gak, cepat rr bagitau..
Zack : hehe..
Tommy : Hihihihihihhihihihi ( tengah menendang2 dalam selimut, perasan sorang2 )
Zack : Veve surah aku bagitau tadi, hihihi..
Tommy : Dia suruh bagitau ape, hihihihihihihihihi ( suara dalam selimut )
Zack : Dia suruh aku bagitau kau yang kteorang dah jadi couple!!
Tommy : ……………………… what?
What the? Holy cr.. What happen? Mengapa Zack berkata sedemikian? Apakah itu benar, atau adakah itu sekadar April Fool Zack yang dimainkan ke atas Tommy? Benarkah Zack dan Veve dah lama bercouple? Apakah? Bagaimanakah? Betulkah? Tidak mungkin? Tidaaakkkkk!!!
bersambung…
P/s : Aku menerima banyak feedback yang cakap aku malas update blog.. Huhu, samada secara direct atau secara indirect. Hehe, sori baru lepas exam, bizi sket. IA lepasnie akan tinggi sket frequency update.. Huhu, ader gak yang bagitau blog aku dah tak informative, sebab asyik dok mengarut pasal crita2 nie.. Huhu, relax2 pasnie datanglaa tue hack2 terbaru dan mende2 lain.. hehe.. stay tuned. Salam…
Moral :
tolong ar jangan bagi harapan kt tommy….
lemak giler ko jadikan tommy tu hot dalam citer ni… veve la… q la… semua nk kt dia………..
bgus2…
aik..mcm cite kukenal je siapa tommy ni kui3
cita belit belit x dop ore nok baco
salam
bapak xde life.
baek bce quran ke?
solat hajat
dari buat bolg nie
xde pengajaran
baek kte sebarkan dakwah islam
semua nie lalai
bayangan dunia semua nie
kite ingin mencari syurga
jgn lalai kawan
jgn terasa ati k
same2 kte sebarkan kebaikan
tgur menegur
salam
salam alaik…
ehe..incek nadhir…
bersmgt menegur..bagus2..
namun..mst d igt..cabang2 utk menegur byk..
pilih yg terbaik yea.. berfikir sblm bertindak.
em..xde life?..
myb ini life bwt y berkenaan..kn?
stiap org punya sudut pndgn y berbeza..
dr ppndngn ak la kn..
si penulis ni punya byk idea2..
lelagi dlm menambah bunge2 ayt..eh..ayt2 bunge..
utk best kn lg cerite..
dan itu y mmbwtkn ak kagum dgn beliau..
*org y berkenaan..jgn nk kembang x tentu pasal ea..
ha..ni salah satu kualiti ‘logam’ y bes ni
kalo bwt cerite2 ke arah ‘dakwah’ ke..kn bess tu..kn3?
so..ni salah satu cabang seni nk mengajak org..
gune kn talent anda sebaiknye..
em..sekadar teguran ja ni…
nnt2..agk2 ak y ter’out’..korg plk igt kn ak ye..
tu la antare tujuan saling mengingati..
orait..
bak kate nadhir..same2 kte sebarkn kebaikn..
tegur menegur..
sekian..waslm
haa camtue laa.. gaduh2 sket.. baru kontroversi…. ok, gaduh lagi, pastue komen byk2…
Hah baru best cite nih, dah ada twist! Walaupun agak hampa kerana Zack dapat Veve tapi bestla ada mirip-mirip dan iras-iras Winter Sonata dan cite Hindustan….Dapat dibayangkan bagaimana Tommy berada di dalam selimut dengan menendang-nendang manja dan gelenyai selimutnya….Pastu bulih ko ore lain pulok Veve tuh. Kelakuan Zack n Tommy agak sedikit Mak Nyah….ada part 4 ko? Letih la tunggu….Ada second season tak?
Tommy, abang Tommy nasihat suh concerntrate study dulu, bo la duk buat cite nyo, nanti terpesong tujuan lak…Tommy patut amik sastera dulu. Kalu A. Samas said baco blog ni tiok dio, banyak bahasa yang dipunahkan Ejoe…
Kpd Nadhir (khas hanye utk kamu Nadhir, mmg utk kamu bace je),
Saya kakak kandung si penulis.. Bg sy, adik sy mmg makhluk yg baek.. Rajen smayang, rajen bace quran.. Kalo kamu rs bende nie memesongkan kamu dr tujuan asal kamu, kamu xyah la abiskan mase bace cite nie, even the blog itself.. I really hate ppl saying sumthing not nice to my brother.. I’m a very protective sister.. If U find this piece of work unsatisfying, U’ll go find sumthng else that wud.. I seek nothing from U but PEACE.. Give my brother a space for him to unleash his talents.. This story serves as a light entertainment for the readers.. And to you my dearest, E-Joe, this is a well-done job from ur side..
mak oi. terkejut aku! siapa pulak yang menyamar jadi aku tu. sumpah orang lain. mintak maaf banyak2 kepada mana-mana pihak yang terasa. terutamanya kakak kandung ijo. serious ni taktau sapa tu. ada2 jer orang nak sabotaj. sebab pertama-tamanya, takda kerja aku nak komen kat blog ijo ni
. yang kedua, aku lagi takda kerja nak type selang sebaris. aku lebih prefer konsep perenggan. dan yang ketiga, aku tak pernah type “baik” sebagai “baek”, “ini/ni” sebagai “nie” dan paling utama membuat typo ketika menulis. jatuh standard aku lah kalau buat semua benda tu.
biarlah identiti penyamar itu hanya diketahui dalam batch ni. ehem, nampak sangat sapa. sudah terang lagi bersuluh, pemain yang menggunakan alias Futurama dalam game-game beliau. jaga kau dalam dota nanti.
ehem2..betul ckp kakak kandung penulis..this is as light entertainment..btw..blog kan sbg medium melempiaskan ketensenan n
dan kongsi2 idea..tegur menegur tu baguih..tp..don be too serius…semue org pasti berpijak di bumi yg nyata..kite semua milik Allah n pastinye kite semue berusahe yg terbaik tuk jadi hambaNYA yg mendambakan firdausiNYA..hehe.. apepun..
being too serius can killed the happiness..buat ejoe…teruskan perjuangan anda..mane tau kut2 cte ni boleh dibukukan walaupun sekadar sebesar buku 555…hehe…chaiyok2…
E-joe ma sayang E-Joe ! ma tau E- joe bukan buang masa tapi nak buang boring ,, ma tahu anak ma baca blg E-joe ma hilang rindu. Jangan marah kat Tommy ia budak2 sikit umur pun baru 18 tahun 8 bulan kalu dia buat2 crita pon tak per itu lah kija dia kak rumah pon. Tommy jgn lupa doa Tuhan selalu capai dunia capai akhirat OK ! study of course
hai suka baco cita nie, buat la part 4 plok
Hai e-Joe ekau kan ngaji doktor. camno boleh koyal ..ore lain hatuk kepala study nok giler
Mesti doh E-joe nie
Hihi, nielaa yang aku cuba create, interaction between readers.. hihi..
@Nadhir, jangan bimbang, aku tau ko siape dan siape nadir.. hihi
@My family, tenkiu2 sebab backup diriku ini..
@Semua reader, trimas atas komen korang, aku tak kisah pun korang nak puji aku.. nak bagi nasihat pun silakan, hehe takkan aku slalu yang betulkan? Korang pun betul gak.. btw, aku jenis yang bleh digest marah/nasihat orang lain secara sihat (perasan), so as long as you love me, please…
ha..padanla mcm pelik jer nadhir yg menyamar tu tulis komen..tak baek tau buat mcm tu..
Uish ramainya org sayang kat penulis blog nih…..space ni semakin hangat dan kontroversi. So, nak tumpang sekaki lah…K’Ela and Ma pun penuh emosi dan emoticon!!!K.Na jer masih seselamba Takuya Kimura….Apa pun yang mana baik jadikan teladan dan mana buruk jadikan sempadan…To the other readers, through this blog, we, the family of this blog writter have the oppurtunity to catch up the stories of ur beloved childish little brother…Kalau nak harap ejoe telfon rumah, alamatnya, kena tunggu perang dunia ke-4 la, maklumlah dia nak save budget, nak jadi kayo mace Abe Yo…heheh….So, Ejo dengr la nasihat kawan2 tuh….Be moderate…
Ganbatte ne….Ejoe san…
Kpd Nadhir si penyamar (maaf ditujukan kpd Nadhir sebenar), Nadhir si La Usurpadora nie mgkn seorg yg bacul la.. Kutuk je reti.. Berselindung di sebalik nama Nadhir yg naif yg x prnh typo.. Kpd Nadhir sebenar, sile menyambung hidup dgn tenang..
a.k.a Tiada tak dicari, Ada tak dipanggil
hooh, ghano kiro baloh ko? huhu….sedap aah ejoe semua sayang menyayang hehe. Ingat ko abe Yo anak kesayangan no 1 ma ngan abah….huhu. Kak ela siap jadi bekeng lagi sebab nok back up ejoe. Maso abe yo nok masuk line ngan budok sore tuh, kak ella back up sparuh jalan jer….cheh. Nampok gayonyo abe yo keno nulis blog gok, baru kak ella ngan kak ana koho sayang ko abe yo….heh. Aaah banyok bebel laa plok. Anyway Abe yo pon pelik gok lagu mano buleh ado controversy….padahal pengacara Melodi dah cakap “elakkan kontroversi tingkatkan prestasi”. huh macam2. Lastly, here is an ayah for us to remember and practice:-
“Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan Rahmat-Mu.” [Surah al-Hasyr, ayat 10]
ejoe keno amal baco al-ikhlas, al-falaq, an-naas (3x) sblm tido nih……..
Yeah that’s cool
Tok puas hati katlohs bersambung time klimaks…
Fuh, semua ahli kaum kerabat ejo ado sini
Lamo xlepak rumah ejo hihihi…
Waaa.. abe yo pun komen, hihi banggo ijoe. Abe yo tadok nok masuk line nga sapo2 ko loni? Kalu ado, ijo support jah, napok jah ijo tadok gewe, tapi bena penuh nga falsafah2 cinta. Hehe, tue x gewe lagi, kalu gewe xtau rr gano, MELETOP!!
ME
ME
ME
ME
ME
LE
LE
LE
LE
LE
TOPPPPPPPPP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Dely sekat jadi ore kaya tak mari umoh ejo .. kucing lupa ikan doh
Ejo tue… It`s been quite some time since i`ve last heard from u. LOL How have u been??? Everything`s good??? And what`s up with the story??? Not that I don`t like it or anything, it`s hilarious! It`s just a lil` bit confusing. I think I might have missed some part of the story though part 3 is a job well done. Oh, and uh… I know what ur thinking. U don`t even know who I am and yet, here I am, leaving u a random comment. But… Ur smart right??? Go figure this one out by urself. I ain`t gonna tell u anything bout my identity. Hehe…
hehe, what you think is truly right.. i’m smart… i know who you are,
piano girl…….
thanx alot for paying a visit here….
Bila nak buat part 4 nih? x sabar nak baloh… sedak jugok baloh lolok2….
Maaannn… Ur no fun! U could at least PRETEND that u don`t know me… *Sigh Don`t mention it. Deli gave me the add to ths blog. We were like chatting and he brought u up and this happened and that happened so here I am replying ur comment. How did u know that it was me anyway??? I don`t remember having a friend who has got special powers or something similar to that. LOL PS: I was just trying to be nice when I said that ur smart. Hahaha… Just kidding! ;p
Gosh! I’ve sit in front of the pc for 12 hours straight! I think I need to have massage done later…My bones are getting stiff already><
BTW, the story installments was quite good but it seems that it lacked something that I call “continuity” though “loyalty” is one thing that it posses so far. Honestly, I did not follow this story since Part 2 for it lacked some of the good point that Part 1 posses. Part 1 was nice enough and it gets me to keep on reading, but after reading Part 2, I lost my interest (not completely though). Just a piece of my mind, no offense! Really!!
LOL
Sorry for the error in my previous comment.
Bones = Back
Huhuhuhu…That is not a typo…Truly, my mistake.