Assalamualaikum semua, harap semua sihat dan masih lagi mampu untuk solat, main dota, dan jugak makan kuri-gril secara sembunyi2 ketika orang lain tengah main bola. Huhu, dah lama aku tak update blog, reason is I got so many exam coming non-stop down my way, after i tenyeh them all, now finally I got some free time to memblogging a.k.a buang masa ngan pc aku. Huhu, seperti biasa aku akan sambung balik kisah Tommy, dan mungkin kali terakhir aku sambung kot, sebab dah takde idea nak tipu korang, hue3…
Rite, pada suatu malam yang syahdu, bandar Moscow sepi daripada mandian salji winter, berpeluh kelibat tiadanya dingin musim winter, segala elemen2 semulajadi mula tunduk kepada ketentuan Ilahi, patuh menyusun diri mereka untuk mempersembahkan musim bunga pula kepada makhluk2Nya yang sedang bersyukur di dunia yang menjadi sumber kehidupan mereka. Pun hangat Spring mula menjelma, namun terdapat satu kedinginan yang tak mungkin lebur dengan cuaca, tak mungkin kering dengan haba, tak pula cair dengan panas. Itulah kedinginan yang bersarang di hati Tommy, hati yang sebak, sakit, sedih, pilu, jiwang, dan bawang oleh kerana kehilangan seseorang yang begitu berharga buat dirinya.
Hati Tommy terluka, begitu juga dengan muka Zack. Selepas insiden malam tersebut, beliau ditumbuk bertubi2 oleh Tommy dan dibiarkan tidur diluar bilik dengan hanya memakai boxer. Namun 1 jam selepas itu, hubungan mereka menjadi baik semula setelah Tommy menyambung pembelasahan tersebut dengan kaki pula. Zack dikejarkan ke hospital berdekatan, namun beliau pengsan di dalam ambulans kerana hospital berdekatan tersebut terletak agak jauh dari hostel. Tapi apa yang penting, mereka berdua tetap menjadi teman tapi mesra.
Namun begitu, akan tetapi dan juga walaubagaimanapun, pada suatu hari, pintu bilik Tommy diketuk dengan ketukan yang begitu misteri sekali. Tommy ketar, takut, siapakah gerangan yang berada di sebalik pintu tersebut. Beliau mendekati pintu tersebut sambil mengorek hidung sebelah kanan. Belum sempat beliau mengorek lubang hidung sebelah kiri, pintu tersebut dibuka secara tiba-tiba oleh seorang makhluk hawa yang benar-benar Tommy kenal, benar-benar pernah meninggalkan makna dalam hidup Tommy. Beliau yang berdiri disebalik pintu adalah tidak lain dan tidak bukan adalah Veve….
Ketika pintu terbuka secara slow-motion, seakan-akan ada music background “you’re one in a million” beergema pada ketika itu, rambut Veve menggerbang ditiup angin seakan2 ada kipas angin sebelah pintu, daun2 luruh di laman hostel juga turut terbang ditiup angin sehingga melayang ke depan bilik Tommy, dan yang paling pelik ialah Veve sendiri mengelipkan mata beliau secara slow-motion seolah2 beliau tahu scene ketika itu sedang beraksi dalam slow-motion. Tommy ketika itu gementar dan terpinga-pinga seperti lelaki dalam iklan pencuci muka Ponds. Namun setelah tersingkap semula sejarah lalu, segala kecantikan duniawi yang membutakan mata Tommy pudar membeliakkan beliau. Beliau jual mahal sebagaimana mahalnya nasik lemak yang dijual oleh budak2 private di hostel beliau. Lalu dialog pendek berkesima diantara pertemuan mereka berdua.
Veve : Salam ‘awak’, boleh pinjam peti tak, tolong letak air nie dalam freezer ‘awak’ sebab esok kteorg nak jual ice-blended…
Tommy : erm… ( dengan dingin, mata Tommy ketika ini sepet sedikit )
Begitu dingin sekali dialog mereka, seolah-olah orang eskimo sedang mengajar beruang kutub mengaji. Begitu panas membara sekali dendam diantara mereka berdua, seolah-olah beruang kutub tadi mengamuk kerana tidak dapat dengun dengan betul ketika mengaji. Tommy mengambil dua tupperware berisi air yang dihulurkan oleh Veve. Veve tersenyum, mungkin kerana beliau menganggap Tommy sudahpun cool daripada kemarahan beliau. Tommy juga turut tersenyum, kerana beliau berjaya melekatkan tahi hidung yang dikorek oleh tangan kanan beliau tadi ke tangan Veve tanpa diketahui Veve. Lalu ucapan ‘bye’ menjadi bacaan penutup majlis pertemuan mereka.
Keesokan harinya, pada waktu petang yang sunyi. Tommy sedang bermain dota dengan begitu khusyuk sekali. Rakaat mid-game bermain, tiba2 ada pula yang mengetuk pintu bilik Tommy. Tommy yang dipotong stim bergegas untuk menyambut tetamu misteri yang memotong stim beliau tersebut. Pintu dibuka secara fast-motion, namun tiada sesiapa yang wujud dalam pandangan mata Tommy. Lalu Tommy menghempas pintu dengan cepat dan terus bergegas kembali ke komputer beliau. Tiba-tiba kedengaran secara sayup-sayup satu jeritan yang menusuk masuk ke gegendang telinga Tommy, juga menikam kalbu Tommy…
Veve : Tommy!!!….
Veve : Listen to me….. what was told is a lie!! (time nie xde music background, tapi agak serious r)
Veve : The reason why I told Zack, to tell you something like that.. is because… I don’t think its right for us to have a relationship right now… (slang british)
Veve : Its not because I didn’t have the same feeling like you do.. I do!!.. but because of that feeling, I don’t want you to be involve in something like ‘liking’ or ‘loving’ somebody.. me.. or anyone else.. Don’t you think its the wrong time, and its wrong itself to bring our relationship to the next level when we could stay at the happiest as friend like this…
Veve : I don’t know…. but it just sounded wrong to me to start having a relationship rite now. Haven’t you heard the hadith, the prophet says…………………………….. ceewah style tak? Mane ade aku hafal hadith, huhu, lucu tak? LUCU!!!!!!!!!!!!!!!!
Lalu Veve ditempeleng oleh mama yang menjaga floor tersebut kerana menyalak bak orang sakit mental di koridor. Di dalam bilik, Tommy tersenyum setelah mendengar segala penjelasan Veve yang begitu jelas lagi menjelaskan kepada beliau. Beliau memandang ke atas, melihat lampu siling beliau, lalu menyapu muka beliau seolah-olah mengaminkan doa. Lalu beliau menyebut “Ya Allah, hihihihihihii…” Lalu beliau bergegas ke peti sejuk beliau lalu mengambil tupperware yang berisi ais dan terus keluar.
Tommy : Mama!! Nye padkhaditie k nei!! ( translation : Mama, stay away from her! )
Tommy : Wei, apsal sorok tepi pintu, aku igt dah tkde orang tadi, nah nie ko punye ais, cepat amik, aku nak main dota plak!
Lalu mereka berdua saling berpandangan, sambil tersenyum, mata mereka merenung jauh kedalam mata masing-masing. Lalu mereka berdua ketawa kecil. Suasana ketika itu sungguh romantik sekali, music background ketika itu adalah lagu My Happy Ending daripada Avril Lavigne. Mama turut menangis terharu melihat keromantikan cerita ini. Lalu rakan2 Tommy dari bilik sebelah datang membelasah Tommy kerana mereka telah lama menunggu Tommy untuk kembali tekan ‘resume’ game dota mereka. Di tengah-tengah belasahan orang ramai Tommy masih mampu mengukir kata.
Tommy : I believe we’re friends now Veve?
Veve : Of course we are, haha but that’s not all we’ll ever be, haha…
The End ~~~~~
Hehe, best tak ending crita aku.. huhu tak best pun nak buat camne, dah takde idea kot. Nak buat lawak pun dah takde modal. Hehe, tapi apa yang aku fokus harinie adalah moral kepada cerita nie.. hihi, korang bacalah gak part moral nie, jangan baca cerita jer… Sekian, wassalam!!!
Tue jer, ader lagi sebenarnye moral2 lain yang bleh di add.. tapi korang bukan bodoh kan, takkan takleh pikir sendiri.. kalo ader rasa nak perbetolkan apa yang aku cakap, silakan.. sekali lagi, sekian aku sediakan satu video yang jiwang buat korang, Wassalam!!
a
Share
adakah saye perasmi tuk bg komen for this last episod??
hehe..well done buat ejo..
teruskan berkarya…hope karya anda yg akan dtg lg hot..sempoi n penuh dgn nilai moral..
all de best..cayala!!
sweetnyer ending dier:)hehehe….
kau nk kena pukul k ijo buat citer mcm ni…ntah2 habis mcm tu j… tommy dpat veve x….???
ps: veve tu bukan nama dalam lif k???
WTH!
Ending dye is what u want and its good… hoho..
ish ish.ending patut pom skit ijo.baru pembaca tergamam
kat chokilala punyer komen tu mmg gambar i. dan i bkn maid dia!! please la… haha…
btw, salam kenal.
visit my blog and comment on my recent post; dpt duit ngan bertwitter. hahaha
@ryehana, waaa gambar ko ker.. hihi, kiut gak. Huhu salam kenal gak, aku dah p jenguk dah blog ko, hehe, ko suke panda eh?
yup! suka gile kat beruang panda! hehe
so u’re the one from moscow?
mcm dr ushop si talam kuning laa… melawat la selalu. ssh la ur blog ni xde shoutbox or chatbox.
siapakah gerangan si ushop talam kuning tersebut? dan bagaimana sedari bleh tau yg admin tgh duk bertenggek di moscow?
dulu blog nie ader shoutbox, tapi semua orang tulis komen kat situ, diorang x komen post, so skang nie tatau nak letak ke tanak.. hehe
nampak kuar kat Feedjit.
Ushop tu kwn blogger gak la. http://talamkuning.blogspot.com
tu link dia. kot2 nk tmbh kenalan di bumi rusia itu.
letakla shoutbox blk… huhu
loorrr.. mamat nie rupenye, aku penah beberapa kali singgah kat blog usop nie.. hehe,
tgklaa, kena buat kajian sket, pastue aku letaklaa shoutbox balik, skang nie tgh usha2 twitter… huhu, nampak cam best jer..
aduhai.. panjangnya… boleh buat novel ni..
good luck!
suka part slow motion tu…erk….nk pejam mata bayangkan diri sendiri…
:p
ehem2. ngumpat ek? haha.
pandai betol cik ryehana mempromote Aku.
Aku dok kat ukraine la, bukan rusia.
tapi xkesah la, from the same motherland kn
btw, salam kenal.
keletihan membacanya. uhu3.
nice story =)
apehal smue orang letih bace blog aku nie? Cam exercise plak..
hoho..rajin nye tulis~ ^^ bape lame compose cite nih? huhuhu..
percaya x aku xabis pun bace entry ni?
cos pnjg beno.. huhu…
@ushop, malula i salah negara… wakaka
Ejoe, I need more stories…Cepat la tulis pasal gapo2 pung!
bila la blog ni nk lek shoutmix. sabo jelah aku…
btw, add me kat ym eh… ade kat my blog page
i get the best feeling in the world when you say hi to me….
bile nk update
part moral die lgi bes kalu baca..
xkering gusi bca cite ijoe gahaha
mantap ejo. heh,kali pertama aku puji mg.haha.
apsal part moral plak paling panjang nih..
salam wbt. best cerita ni even agak terlambat membacanya. teruskn menulis!
sy suka membaca penulisan org. tadi sy ada terbaca psl komen yg mengatakan benda ni lagha. bagi sy lagha itu terletak kpd diri msg2. bukan dgn cara menyalahkn org atau medium lain melaghakan kita.
akhir kata, teruskan menulis. sy menanti yg terbaik drpd kamu.
:sahabat M2:
TH
wlpn ak terlmbt bce, bru nk bce but i wanna to say:
“gler best cter ko..!! bgus3.. *thumbs up*!!”
dpt la release kn tensi aku skit pas bce physio td..
perumpamaan2 ko mmg kalah KARAM SING WALIA. bleh la jd adik agkat dy kn.. haha…~~
selamat mencreate cter lg ye… huhu~~
p.s~ law ko wat cter lg, gtaw aku.. tp cter yg fun2 jek.:)
@penat_membaca… haha, nama xleh blah!! Tahniah kerna telah habes membaca siri kebanggaan nie, moga dapat pengajaran…