a blogging freak, a God's servant
33 Comments 4 Teknik Untuk Membuatkan Blog Nampak Islamic
Assalamualaikum, salam sejahtera. Hoho, segala puji bagi Allah SWT dan selawat keatas KekasihNya SAW. Tanpa Kekasih tersebut, mungkin Islam tue tak sampai kat insan yang lemah nie (aku). Hohohohohoho, boring arh, main DotA asyik menang jer, dahlaa top. Kalo kalah pun, top jugak. Haish! Sempena usrah tadi, so apa salahnye buat post berfaedah sket. Post lain pun berfaedah gak, tapi yang nie mantap sket. Jangan tak baca plak post2 lain k?
Hoho, kebanyakan orang melayu skang nie dah pandai blogging kan? Dan majoriti orang melayu plak orang islam. Hoho, so tanak ke menyumbang ke sket kearah Islam? Jangan dok post pasal hiburan manjang, kan kena server shutdown, pastue database blog hilang camne? Ingat Allah SWT tak tengok ke blog2 korang? Hoho, haish, naik seh laa plak bila jadik ustaz nie. Sori2. Hohohoho.. well, nie antara teknik2 yang bleh membuatkan blog korang nampak Islamic sket.
1. Dimulai dan diakhiri dengan Salam. Kalo nak tengok contoh terbaik, sila lawat pascaspm.com. Memang tabik blog nie, sampai tak penah lupa bagi salam awal dan akhir entri. Mesti penulis dia hemsem. Mesti r, No Doubt! Kalo dah bagi salam tue, barulaa pembaca2 tue tau yang penulis nie orang ape, hoho. Orang2 cina baca baru terbakar, tau “inie olang, olang baik!”. Nie kekadang ade yang start post tue, dah mencarut2 dah. Terutama kalo penulis2 blog time tue tengah emo! Ader yang bagi pantun, peribahasa, (cam karangan BM plak) pape jelaa. Tapi aku rasa yang terbaik adalah bagi salam.
2. Pujian kepada Allah SWT dan selawat kepada Nabi SAW. Ape? Ingat SaifulIslam.com ngan Zaharuddin.net je ker blog pasal Islam? PascaSPM pun bolehlaaa, tuhan ngan nabi penulis blog nie sama jer nga penulis SaifulIslam.com tue. So ape salahnye kita buat benda2 sama yang diorang buat kan? Tulis jer Alhamdulillah, pastue selawat, dalam 2 baris jer. Pastue tulis memanjang pasal apa yang korang nak merepek. Bukan letih pun. Kalo orang cakap “pehal die nie? bajet baguslaa tulis selawat2 camnie, alim sangat laa tue!”. SUKA HATI BAKAL BINI AKU RR WEI! Blog kite pun milik tuhan kita gak senanye, tapi biasanya benda2 digital nie payah sangat orang nak kaitkan ngan agama. Haish! Islam jer, padang pasir.
3. Khabar dan Doa kepada pembaca. Hehe, cam biasa tanyelaa diorang dah semayang subuh ke tak harinie? Pape jelaa. Subuh nie ramai orang kantoi zaman skang. Pastue bleh plak buat muka tak bersalah. Haish! Hehe, part doa plak simple jugak. Ayat cam “semoga kita semua masih lagi diberi kesihatan oleh Allah SWT untuk berblogging” pun doa gak kan? Doa nie menunjukkan kite nie lemah, dan dengan doa laa kita nak jadik kuat. Doa gak bleh buang sifat bangga dengan blog kita tue. Hoho, aku suka bedoa dalam bahse melayu, baru jiwang sket. Kekadang kalo baca doa bahse Arab, cepat sangat habis, sebab aku hafal doa tue, maksud dia pun aku tatau sangat.. HAHA!
4. Ada nasihat. Bukan post kosong, yang melalak tak tentu pasal. Kalo pembaca2 yang baca blog korang tue jadik lebih lagha, salah korang laa tue. Hoho, aku terbaca skali tue ader gak yang post pasal cara2 nak bukak laman web porno guna account premium. Dalam BM laktue tutorial tue. Tekejut aku. Kalo orang lain buat, berapa banyak dosa yang mamat tue tanggung. Kalo aku buat gak, salah ko jugak, OK?! Heehee. Aku suka letak nasihat2 nie perenggan last2. Sebagai klimaks. Baru orang baca blog aku naik stim. Terpulang pada korang nak nasihat cane, tapi jangan marah2 sudey. Ingat, kalo orang ikot apa yang korang nasihat, saham pahala tue dapat gak tau!
Nie baru empat cara, yang selebihnya banyak lagi. Aku tak dapat nak fikir, tapi 4 isi nie aku dapat setelah tengok rukun khutbah jumaat tadi, HAHA! Kepada sesiapa yang nak share tue silakan, sharing is sexy caring (lupa plak!). Hoho, puas daa membebel. Oklaaa, harap korang rasa masa korang tak terbuang baca blog nie, dapat gak pekdah die K? Moga kita semua mampu tunjukkan Islam tue bende yang baik, yang nakkan kebaikan. Sekian, wassalam…

haha.. bagus2.. pascaspm .com sume leh wat..=) truskan ijo!
kehidupan seharian kita pun ‘ada aturan mengikut Islam’
4 je…. patut 10
hiks!
.-= Kujie´s last blog ..Gambar Terkini Pilihanraya Kecil Hulu Selangor =-.
huhu.. payah jugak sebab jarang aku memulakan dengan salam.. kena ikut la nie ek cara ko nie.. hehe..
aah… aku sokong kak jie.. bak lagi 6.. =P
.-= menteil´s last blog ..Aku Sebagai Pengundi =-.
haish, bagi betis ayam dia nak drumstick.. haha.. takde idea laa.. haha, bukannye baik sgt pon!
salam kawan..
wah, apa yang penting keiklasan semasa menyebarkan ilmu perlu ada..
rajin betullah mu ni angkat bakul ek..hehe..
posting yang best
.-= Surihati_ku´s last blog ..“Apa kamu buat dengan Ayat Syifa?” =-.
perthhhhh ko nie baik juga rupanya … ingat tahu layan dota jer .
.-= touya´s last blog ..Wayang dan anda =-.
Assalamualaikum…
Islam itu indah heheh
.-= etomyam´s last blog ..7 Makanan Untuk Seks Yang Lebih Baik =-.
Waalaikummussalam… memberi tue sunat, menjawab tue wajib.. oh yeah…
terbaekk… terima kasih,,
sangat2 berguna tips nih…
.-= kaizen´s last blog ..Si PeNJuaL DaDaH WaRGa Tua =-.
hoh bagus entry neh
wa jarang buat gitu. masa blog dulu2 pernah gak buat
.-= TMUkmkd´s last blog ..Robot Spam Berbahasa Malaysia =-.
hahahaah , bagus blog ni . semua dalam satu , hahahak .
kalau nak buat blog nampak islamik maksudnya tema blog kena islamik. dan penulis pun perlulah pandai tulis tentang islam. imej pun kena selari dengan imej Islam. takkan rock kapak punya orang nak tulis pasal islam. tak sesuai
.-= zahida´s last blog ..Tutorial : Bagaimana Mengetahui Siapa yang Removed Anda dari Friendlist di Facebook? =-.
salam singgah tuan rumah..
terima kasih mengingatkan.. hurm dah 2,3 entry juga terlupa nak bagi salam… sesungguhnya …manusia mudah lupa..
.-= zik´s last blog ..Ajaran sesat di malaysia semakin parah! =-.
salamz
tips yang baik untuk menjadikan sebuh blog tu mempunyai ciri2 ke islaman.
aiyarkk..entry janda aku takde bagi salam.huhuhu..
.-= kachang´s last blog ..Janda Yang DAHAGA =-.
waaa~ tabik spring sama ko toink toink..hahaha
kadang-kadang benda ni berkait dgn peribadi kita la..so ko sedikit sebanyak dh tnjuk ko punya identiti which is good dlm dunia blogging..keep it up…
eh, aku baik ke.. erm.. aku pun rasa camtue gak.. tapi apsal takde orang nak tackle aku lagi nie.. haish!
Tabik spring kat blog2 yang menitik beratkan tentang agama ni..jangan berhenti, ni kira berdakwah jugak ni..
.-= Oh!Perfumes´s last blog ..Pengetahuan tentang permulaan perfume =-.
sebelum nk komen, kne bg salam dlu..hehe assalamualaikum tuan blog…mmg bagus tips tuan blog, akanku ikuti
.-= x-po´s last blog ..PATUTKAH ADA MAAF UNTUK KALI KEDUA? =-.
waalaikummussalam.. hehe, bende2 baik nie kite sama2 share.. haha!
aku ad bg slm mcm ko ni..tp tgk pada entri jgk la..hoho..lps ni semua entri kn ad slm ni,,tiru mcm sy..eh tru mcm awak.wew
.-= azizan4444´s last blog ..P94 Hulu Selangor : Calon BN, Kamalanathan Menang Dengan Majoriti 1,725 Undi =-.
serius.takde 1 point pun kena dgn blog aku T______________T
.-= yonna´s last blog ..Sinchan & Himawari =-.
LOH, tak bermaksud nak attack mana2 blogger…. asalkan niat tue baik, takpelaaa..
pada aku menyampaikan maklumat tu pun kira islamik la..xgitu?
Yup2, tapi orang tatau maaa… blogger2 moneymaker mat salleh pun ramai yang sampaikan maklumat.. diorang xislam.. XD
yelah, kalau blogger matsalleh tu buat apa pun bukan dapat pahala pun..hehehehe
haha..ikut ko la nak tulis apa. Janji memberi manfaat..
.-= titan´s last blog ..Komisen ke 27 dan 28 dari Text Link Ads =-.
best ke blog yg nmpak islamic nih?
.-= Pisyek´s last blog ..Tips menjadi pelajar cemerlang =-.
yang ada gambar porno laa yang best! hehehehehe
hhaha yg memulakan blog dgn mencarut tu.. ai terasa yu! hahahah
.-= Aisyah Rozi´s last blog ..It started with sleepless nights.. (yes blame the lack of sleep) =-.
haha.kool bro.haha
[...] untuk korang, diharapkan semua dalam keadaan yang baik-baik jer. Sejak terkesannya dengan artikel 4 Teknik Untuk Membuatkan Blog Nampak Islamic oleh PascaSPM, kini setiap kali aku post artikel baru, mesti akan didahulukan dengan salam berserta [...]