a God's servant, a mere boy
13 Comments Aidil Adha, Mari Berkorban…
Assalamualaikum dan selamat hari raya korban kepada semua. Syukur Alhamdulillah, kerana kita telah disampaikan kepada hari raya korban tahun nie. Pujian buat Nabi Muhammad SAW yang memang sinonim daa dengan perkataan korban nie. Hehe, maafkan aku kalau post kali nie terdelay secara extreme, aku telah dibizikan dengan minggu exam yang tak berapa produktif, hoho, nie pun aku edit draft post yang aku prepare sebelom minggu exam.. hehehe..
Apa erti Hari Raya Korban?
Hari raya korban ‘equals to’ sembelih lembu. Dah memang sinonim daa sembelih lembu dengan raya korban nie. Masa tengok lembu tue kena sembelih, adelaa perasaan sayu dan sedeyh sikit sambil-sambil takbir tue. Kekadang rasa excited tengok darah lembu tue pun ade gak, selain rasa sedeyh. Tapi, rasa sedih tue hanyalah skejap berlalu, sebab bila bleh makan sup tulang, sup perut ke sup apa2, semua tak ingat dunia daa. Rasa sedih yang skejap dan tak efektif.
Sama gak, bila kita dengar kembali kisah Nabi Ibrahim diperintah untuk menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail. Satu kisah yang hanyalah dikenang sebagaimana kita ingat tarikh kemerdekaan, satu kisah yang dihafal kerana ianya pengetahuan am, kalo taktau pasal cerita nie, kita dikira sebagai mereka yang tak prihatin. Tapi berapa ramai yang prihatin dengan nilai yang ingin diterapkan disebalik kisah tersebut? Hehe, elemen hari raya aidil adha nie sembelih lembu ngan ingat fakta sejarah je ke? Oh tidak!
Meh, kalo nak berkorban sangat!
Kalo stakat korbankan duit untuk beli salah satu daripada 7 bahagian lembu tue, semua orang mampu buat daa sekarang nie. Bebudak yang ade biasiswa pun bleh buat, kat sini pun ramai yang daa buat korban, haha! Hehe, tapi Nabi Ibrahim disuruh mengorbankan anak beliau, orang yang beliau paling sayang. Maksudnye kite pun kene sanggup berkorban apa saja, harta ataupun nyawa kalo ianya adalah perintah Allah SWT. Nak buang bayi ade jer orang sanggup buat, tapi nak sembelih anak yang dah besar aku rasa takde orang sampai hati kot. Jadi, memandangkan kita takleh sembelih makhluk lain selain binatang al-anam, ape alternatif lain untuk kita betul-betul ‘berkorban’.
1.Korbankan masa bersuka-ria untuk buat benda-benda berfaedah.
Hehe, yang nie agak berat untuk dikorbankan. Haha, berapa ramai yang sanggup tak main game atopon tak tengok tv demi buat kerja2 baik? Sebagai contoh senang, ade orang sanggup tido lewat sebab main dota, atopon nak tengok Champions League. Tapi tak ramai yang sanggup bangun awal untuk qiam ataupun pegi lecture pagi buta. Disini kita nampak, kalo benda hiburan jer, sanggup buat apa saja, tapi at the expense of benda yang lebih bermanfaat kepada diri kita. Hehe..
Lebih geli ketiak serta bulunye sekali, ade orang korbankan waktu yang salah untuk buat benda berfaedah. Contohnye kalo minggu exam, ade yang ponteng kelas sebab nak study. Kononnye berkorban demi exam. Tapi waktu cuti, takde plak orang yang nak korbankan masa tido atopon masa tengok movie untuk study for the upcoming exam. Pengorbanan tak betul nie banyak berlaku sekeliling kita. Ibaratnye, kalo korang main dota, korang buang Vanguard supaya ade slot untuk amik Aegis, walopon dalam inventory korang, ade Stout Shield. Pengorbanan yang kurang betul. Jadi, pilihlaa pengorbanan yang betul. Heehee..
2. Korbankan makan, untuk bagi orang lain makan. (McDonald)
Erm, yang nie pun agak susah nak diangguk setuju. Kalau kat Moscow nie, kat masjid memang bergelimpangan orang-orang mintak sedekah, especially makcik tua ngan anak diorang, sebagai elemen kesian. Pastue, bila makcik-makcik tersebut serbu kteorang dengan muka kesian untuk mintak duit, kteorang buat tak endah jer, sebab dalam hati kteorang, ada firasat “camnie ke orang Islam? mintak sedekah tepi jalan, padahal sihat jer untuk buat keje!”. Haish! Atleast makcik-makcik russia yang tak islam kat moscow tue keje gak sebagai tukang sapu salji, tukang promote klinik gigi, dan lain-lain.
Tapikan bila pegi McDonald, 200 Rubles habes camtue jer untuk Filet-O-Fish yang takde sos, dan wedges yang takde cheese. Padahal kalo bagi 200 rubles kat makcik tadi bukannye big deal pon. Dalam group usrah aku, kteorang daa janji nak sedekah 50 Rubles setiap minggu. SEBULAN TERDELAY sedekah tersebut, betapa beratnye nak sedekah! So, lenkali kalo nak sedekah, korang tutop mata, bagi duit tue, jangan pikir dalam-dalam dah. Yang penting, korang ikhlas dan dapat pahala. Apa yang penerima sedekah tue buat lepas nie bukan salah korang.

3. Korbankan keselesaan untuk berjaya dunia dan akhirat.
Aku rasa kan, dah memang hakikat kalo nak berjaya memang kena bersusah-susah dahulu. Takde luck, takde gifted, takde natural talent, takde2! Nak jadik kaya kenalaa rajin-rajin bekerja, nak pandai main piano kena rajin praktis, nak masuk syurga kena rajin semayang. Make sense kan? Tapi kite sekarang dah terlalu selesa, sampaikan susah sikit jer nak report kat MARA. Hua hua hua! Betapa selesanya kita, sampaikan bila rumah takde internet kejap, jadik cam orang takde tujuan idop! Orang lain kat medan perang tue, takde lektrik pun tau tak?!
So, ape yang aku nak ajak korang buat, bukanlaa suruh potong bekalan elektrik rumah korang. Tapi supaya kita bersusah-susah sket, supaya korang keluar daripada zon selesa untuk buat sesuatu yang extreme, supaya lambat-laun benda yang extreme tue akan jadi ‘zon selesa’ kita yang baru. Hihihi, contohnye, biasakan diri buat ibadah bebanyak, supaya pasnie bila nak kawen, bleh selamba jadik imam depan bapak mertua, biasakan berinteraksi dengan orang Russia, supaya lepas nie dah tak takut nak beli tiket, nak tanya direction dan bla3.

Hoho, dah bertambun perenggan aku tulis. Nielaa akibatnye bila lama tak tulis post! Hehe, takpe pasnie post akan pendek secara normal kembali. Hehe, harap-harap post yang ditulis nie walaupun agak kelewatan tapi masih mampu memberi walaupun sedikit, pengajaran yang berguna untuk korang semua. Sekian, wassalam!
ps: sori letak sikit jer gambar, mesti sakit mata korang baca, ataupun korang tak baca langsung, just tengok gambar, pastue tulis komen. :p
coming soon: post ke-100 PascaSPM. woot!!!!!
1st..hehe..pasne baru baca entri ko..hehe
arrizz recently posted..Bart the Bear – kisah seekor beruang pembunuh
aku ske part ne, Ibaratnye, kalo korang main dota, korang buang Vanguard supaya ade slot untuk amik Aegis, walopon dalam inventory korang, ade Stout Shield. haha
aku takkan buang vanguard tue..letak kat base..dah guna aegis, amek balik vanguard tue,hehe..yup stuju ngan point pertama ko tue..kalau bnda2 best nie, laju jer nak buat..benda2 cm study, sume tolak ke tepi dulu..patut muhasabah part tue hari2..
arrizz recently posted..Bart the Bear – kisah seekor beruang pembunuh
esh, ada masa plak ko nak letak vanguard kat base.. situasi yang aku maksudkan nie, ko carry, smue orang suruh ko amek aegis, tapi masa tue, slot penuh.. so kenelaa korbankan 1 item, sebab pasnie team lawan daa nak serbu daa..
oo, hehe..kalau macam tue buang yg plg xpentingla..
arrizz recently posted..Bart the Bear – kisah seekor beruang pembunuh
selalu dengar pasal game dota ni tapi tak pernah tengok n main pun, jadi aku tak faham haha
Amirez recently posted..Bekerja Sambil Berbakti
hehe memang panjang giler2..hehehe..
oh ade lagi gambar pakcik keju disebelah itu..hehehe
Farahwahida recently posted..Cara Mudah Print Screen Dengan Screengrab
bagus bro..banyak lagi makna korban ni selain daripada tumbangnya seekor lembu. sebut pasal lembu, jarang orang korban kambing ek, nak aqiqah pun guna daging lembu padahal daging kambing lebih afdal
Amirez recently posted..Majlis Bercukur Anak Sulung
komen sebab nak tengok avatar kat blog hang.
luth textile recently posted..Ini bukan kes “cepat melatah”
…………………………
panjang betul entri ko.. tak larat nak baca dah..tapi, aku setuju dengan gambar tu. Get away from comfort zone.
Omar recently posted..The Social Network – Kisah Tentang Facebook
korban pergi ke negara orang demi masa depan yang cemerlang…insyallah…bro… semoga berjaya!!
zik recently posted..HOKI malaysia mara ke final bertemu Pakistan!
ALHAMDULILLAH…SYUKUR
tanpa pengorbanan, kejayaan sukar dicapai dan kurang bermakna