Apr 28, 2011 - a God's servant    8 Comments

Daurah MAI : 10 Muwasofat Tarbiyyah

Assalamualaikum dan salam mintak maaf kat semua yang tengah tension ngan penulis blog nie, pertama sekali syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT yang memanjang umur kita, bleh gak kita rasa hawa spring yang sangat hot kat Moscow nie, pastue ader gak ‘benda lain’ jadik hot. Dan selawat keatas Rasulullah SAW yang suruh kita jaga pandangan daripada ‘benda lain’ yang jadik hot tue..

Oklah, setelah selesai provoke2 orang kat post yang lepas, post kali nie aku nak plead sket dengan post yang bercirikan Islamik sket. Yer, aku tau post yang lepas telah menimbulkan banyak perasaan tension tahap cirit-birit dikalangan pembaca, pastue tetiba lak nak buat post baik2, FAKE gila.. Takpe2, pasnie aku plead plak dengan post pasal DSLR sekali lagi, nak bagi korang paham ape yang aku maksudkan dalam post lepas..

Apa itu 10 Muwassofat Tarbiyyah

10 Muwasofat Tarbiyyah nie adalah sifat-sifat yang digariskan oleh Imam Hassan al-Banna. Sifat nie perlu ade kalo orang tue nak jadik individu muslim. FYI, kalo stakat nama ada ‘bin’ atau ‘binti’ tak menandakan korang individu muslim lagi tau. Kena ada sifat2 dan praktikal yang bleh menunjukkan korang nie islam. Kalo takde 10 muwasofat nie, payah nak ajak orang buat baik, sebab orang akan rasa korang ader flaw, tak cukup baik untuk menyebabkan diorang makan nasihat tue..

10 muwasofat tarbiyyah

#1 Salimun Aqidah (aqidah yang sejahtera)

Bagi aku, aqidah yang sejahtera nie bukan sekadar tak syirik, tak sembah kubur.. yang paling pentingnye sekuat mana seseorang tue percaya ngan islam. Nabi Muhammad SAW amik masa 13 tahun untuk ajar aqidah saje kat mekah, suruh sahabat2 percaya ngan islam. Bila dah utuh kepercayaan tue ngan islam, baru dia ajar ibadat kat Madinah (lebeyh kurang camnie). Zaman kita sekarang nie terlalu focus ibadat, betullaa penting, tapi sebab tak focus dengan aqidah, jadiklaa solat yang kosong, ataupun solat sekadar pergerakan, tak yakin dengan magic disebalik solat tue..

#2 Shahihul Ibadah (ibadah yang betul)

Haa.. seperti proses tarbiyah yang Baginda SAW guna, bila dah yakin gila nga islam, baru ajar ibadah. Bila guna sequence nie barulaa bleh ibadat yang khusyuk, barulaa tak terjadi semayang tapi tak tutup aurat. Kalo orang tue dah yakin, dia tak persoalkan apa yang islam suruh, tak peduli pasal hak berfesyen sebab dia tau islam tue pegangan yang pasti menang..

#3 Matinul Khuluk (akhlak yang mantap)

Obvious sangat.. kalo akhlak tak comel takkanlaa orang nak dengar nasihat daripada kita kan? So, kenalaa kurangkan mengumpat, ketawa secara sopan, sendawa secara sopan, kentut secara sembunyi, sopan santun.. haish, aku failed sket kalo part niee, hahaha!

#4 Qadirun Ala Kasbih (mampu berdikari)

Yup, Nabi SAW kecik lagi dah belajar meniaga, tanak mintak duit dari orang ataupun mengharapkan sedekah. Therefore, bravo kepada blogger yang buat duit sekarang, sebab sifat berdikari tue antara salah satu yang perlu ade pada pendakwah yang efektif. Sebab tuelaa aku obses ngan buat duit online nie, nak buktikan sesuatu pada orang ramai, hahahah..

#5 Mustaqaful Fikri (luas pengetahuannya)

Jangan ingat kena ade ilmu pasal fiqah jer.. ilmu buat website, blogging, bisnes, dslr (teehee), dan ilmu2 yang sesuai dengan zaman moden kena ader gak. Kalo tau banyak ilmu islam, tapi tatau pakai facebook payahlaa, satu dunia pakai facebook kot. Kalo kite bijak dari segi ilmu duniawi, orang laen takleh rasa superior daripada kite, dan dia akan tahu bahawa nak jadi alim tak semestinya abandon dunia. Kalo doktor yang bagik ceramah, orang taklehlaa nak debate, “eleh ustaz nie bleh laa bagik ceramah, sebab tang tue jer yang dia blajar kat al-Azhar”..

hana tajima

#6 Qawiyyul Jismi (kuat tubuh badannye)

Fuh, biasenye orang akan tuduh brader2 dan sister2 usrah nie jenis nerd, dok kat bilik, dok dalam group sendiri dan xaktif dalam sukan. Betollaa tuduhan diorang tue. Selagi ade benda yang bleh dijadikan alasan, selagi tue diorang tanak dengar. So, nak jadik naqib @ naqibah yang berjaya, kenalaa buktikan islam tue tak melemahkan fizikal manusia, islam tue bleh own gak dalam sukan. Aku failed gak part nie, tanak cakap banyak, yang penting kuar rumah ye.. hehe..

#7 Mujahidun Li Nafsi (melawan nafsu)

Jaga pandangan, jaga nafsu nak buat benda2 tak berfaedah. Cuba tahan diri daripada main dota.. Semua tue memerlukan mujahadah yang kental, kalo lemah jadilaa orang yang baik 2-3 hari lepas pegi usrah, bila balik umah main game gak.. bila roomate tengok orang yang baru balik usrah main game gak, diorang mesti rasa “sama jer ngan aku yang tak pegi usrah nie…”

#8 Munozhamun fi Syu’nihi (teratur dalam urusan)

Kena pandai strategizing, kena ada jadual. Takleh main kreatif dan spontan. Jadual hidup tue penting sbenanye, dalam bentuk bertulis mahupun tidak, sebab ianya menunjukkan seseorang tue bleh control hidup dia. Orang yang ader jadual tak perlu tunggu mood untuk  study, tak perlu tunggu sesuatu untuk buat sesuatu. Dan bukan dari segi jadual hidup jer, benda lain pun kena ader strategi gak, blogging, dakwah, game.. haha

#9 Harisun ala Waqtihi (menjaga masa)

Masa tue adalah pelaburan yang tak pernah merugikan.  Korang tak rasa ke, manusia akan mati, dan what really matters is what they do when they’re alive? Jadi, kenalaa solat awal waktu, kurangkan tengok youtube, kurangkan main game, bla3… Payah gak kalo nak tinggal semua tue. Tapi benda yang payah camnielaa layak untuk memisahkan individu muslim ngan orang nama ada ‘bin’..

#10 Nafi’un Lighairihi (bermanfaat kepada orang lain)

Haa.. islam pun tak suruh kita jadi baik sorang2. Kena ade manfaat untuk orang lain, bagi aku sifat yang last nie paling signifikan dalam berdakwah. Aku selalu dengar motivational speaker omputeh cakap, “bila seseorang tue perlukan kita, diorang akan dengar cakap kita, masa tuelaa nga guna dia”… Hoho, jadi kenalaa selalu buat baik ngan kengkawan, tolong dia apa yang kita mampu.. Dan yang paling penting ialah, buat baik tanpa diminta, barulaa ikhlas dan barulaa dia xleh kata kita fake, takleh kata kita buat baik sebab ada jawatan naqib @ naqibah..

10 Muwasofat itu bukan beban, tapi penjagaan…

Suruh orang buat baik nie payah, juta2 alasan diorang akan bagi. Depan naqib nampak baik jer, bila belakang naqib kaw2 diorang kutuk. Selagi mana ader flaw dalam 10 muwasofat nie, selagi tuelaa alasan dan kutukan tue ader, selagi tue nasihat tue payah nak sampai kat hati diorang. Tapi aku ingat ustaz penah bagitau cite dulu, waktu aku baru balik dari program usrah yang 1st aku pegi..

  • Ustaz : awak semua nie baru balik tabligh, pasnie semua orang tengok awak.. kalo awak buat silap sikit jer, cakap ngan pompuan ker, apa2 ker.. mesti orang mengumpat arh
  • Ustaz : diorang akan cakap “eh, budak surau tue.. tapi ngan pompuan kemain gak..”
  • Aku yang innocent : erm..
  • Ustaz : memang payah nak jadi pendakwah, kena perfect dari segala aspek. Buat salah sikit jer orang komplen, walopon sekecik mana salah yang korang buat..
  • Ustaz : tapi bagi ustaz, tuelaa bestnye jadi pendakwah, buat silap sikit jerr ader orang komplen.. tak sempat nak jadik jahat pun dah ader reminder.. senanye, suara2 sumbang dari orang ramai tuelaa yang menjaga kita, Allah tanak kita keluar dari jalan dakwah, once kita dah commit kepada berdakwah, even dengan skali pegi kuar tabligh pun, dia sayang gak dan tanak lepas.. sebab tue dia buat orang sekeliling kita observant kepada silap dan salah kita.. keh3.. dosa kecik pun Allah SWT pun orang tanak bagi kita buat, haaa…
  • Aku yang innocent : oooo.. hehe..

Sekian, Wassalam..

ps: tue gambar Hana Tajima, seorang fashionist islam… die dah kawin dah.. zzzzz

 

8 Comments

  • LIKE LIKE LIKE

  • salam jumaat..
    sesekli berkisar tentang agama tidak salahnya…modd manusia mmg sllu berubah2 tu ar sush nak d jangka heee…

    den raso den dah salah masuk bilik kuliah ar..sb cikgu yg mengajar ni cam ustaz brutak jer heee…

  • cun laaa psl 10 muwasafat nih…kitorg pun tgh practice kan jua bnda nih, insyAllah same2 dpt menuju ke arah Individu Muslim (IM)
    fayyadh azmi recently posted..Islam dan Inner MongoliaMy Profile

  • emm..terbaiklahh..mana butang like nih..
    titan recently posted..Akupun blogger gakMy Profile

    • hoho, baru update facebook like plugins, harh skang nie like laa kalo nk sgt!! haha

  • hohoho… baru ku faham apa yang dimaksudkan ” Qawiyyul Jismi”. Thanks.
    shaharil recently posted..Coretan PBKAL 2011My Profile

  • entri yg sangat2 bagus. ilmu baik aku dapat pagi2 ni :)
    tapi 1 nak komen..hana tajima tu lawo ler hehe
    Amirez recently posted..Lupakanlah Dua Perkara…My Profile

  • salam..thank for info..baru tau

30 minit aku tulis satu post, 30 saat jer untuk satu komen...

CommentLuv badge