Eid Mubarak PascaSPM!~

Assalamualaikum wbt, syukur ke hadrat Ilahi, setelah sbulan stengah bermastautin kat moscow, city of money and metro and no freaking hostel… dapat gak settle down, beraya dan belajar secara aman. Pujian kepada Nabi SAW yang membawa Islam, sampaikan kita semua dapat merasai kebestan Aidilfitri, kalo tak kerana beliau, mungkin kita tengah sambut deepavali, ataupun hari raya orang Iban.

Sroookkk (bunyi sedut hingus), perenggan kedua ini didahului dengan ucapan maaf zahir dan tenaga batin atas apa jua kesilapan yang dilakukan seperti mengabaikan blog, masuk kedalam gambar orang lain secara tiba2 (masa nak snap tue, aku lompat masuk), kentut secara senyap tapi busuk kemudian tak mengaku, tak pegi singgah open house kat blog2 lain, dan apa jua kelemahan manusia yang dilakukan, sebab semua tue aku penah lakukan. Hemsem tue takleh buat pape.

Permulaan 3rd year aku di Moscow nie agak mengecewakan cam tahun lepas, MARA belajar dari kesilapan diorang tahun lepas, dan diorang tebus dengan bagi hostel permanent kat junior 1st year, budak 3rd year ngan 2nd year dudok apartment sampai grad. Ok fine, xpe lagi, nasib baik apartment ngan landlady aku lawa. Pastue jadual plak packed cam luggage student yang nak fly, kelas start waktu sahur, habes dekat nak maghrib. Hari sabtu pun camtu gak I tell you, slavery to the fullest..

And then perbelanjaan plak mengalir cam air flush jamban, waktu awal2 sampai moscow, sehari mesti 500 rubles (RM50) diflush untuk bayar sewa dan makanan.. cuci gila da jamban.. pastue new year’s resolution mestilaa nak beli perabot baru kan? Sekali lagi jamban duit diflush, banjir dah bilik air..berak ngan kencingnye xlg.. Xcukup dengan tue, 3 hari lagi ader exam microbiology yang aku langsung xprepare, pastue diikuti lak ngan exam pharmacology yang ajar bebudak innocent cam aku main dadah.

“Tapi kte kan student MARA, kita kena tough” (ayat senior aku yang xdpt hostel permanent).. hehe, dugaan kiteorang sabari, nikmat kiteorang syukuri.. Memang BEST blajar oversea, tetiap tahun nak fly rasa excited, mulut jerr cakap rindu rumah, tanak fly, tak sempat buat lesen, bla3.. tapi senanye best gak waktu naik flight tue, ponteng puasa shari, pastue mintak 3 jus skaligus ngan pramugari.. Pastue bleh main salji, pegi jenjalan Europe, cakap Russian beterabur, tengok awek Russia.. kekekeke. Kalo setakat takleh raya kat M’sia ngan kena marah waktu kerja nanti (sebab student medic Russia pakai sistem lain sket dari M’sia), xkisah pun nak banding dengan nikmat skang nie..  Marahlaa nak marah pun, gaji aku masok gak!

Tersenyum waktu raya...

gambar kat universiti lain...

So, tanak sedeyh2 dah, biarlaa tkde gilpren pun, Raya kan ada.. hahahahaha.. setiap dugaan tue comes at the price of kegembiraan. Cabaran cari apartment, settlekan visa, pindah randah cam orang gila, dilalui secara excited mengetahui Hari Raya menunggu dihadapan kteorang.. Hoho! Terima kaseh hari raya, ko betul2 memberi satu erti untuk kteorang push forward masa mengandung atopon masa belajar kat oversea..

explosion in the skies..

There is some good left in Russia, and its worth fighting for…

Sekian, wassalam…

zzzzzz, post nie ditulis dalam masa sejam! Serious blank sebab lama daa tak tulis post. Sampaikan aku kena baca balik post2 yang dulu sebab nak tengok gaya bahasa ngan persona, haha.. lupa dah camne nak tulis blog. Heehee, takpelaa, korang anggap jelaa post nie sebagai warming up post, tak menarik bagi korang pun takpe, tanak komen pun takpe (jgn camtue, majuk kang!).. hehe, maaf zahir dan tenaga batin sekali lagi atas kelemahan yang ada, Selamat Hari Raya Aidilfitri!

24 Comments

  • ok some of the pictures are mine! and yet no credits!

    • tomelllllll~~~~~~

  • weih! bwu update dish.. kito tunggu lamo dowh..

  • No wonder lah dah lama tak update blog!

    Suka quote ni. ;) “There is some good left in Russia, and its worth fighting for…”
    Saffa recently posted..Grilled Food Stall At ThailandMy Profile

  • sakit pinggang kot duk dalam flight lame2.

  • “There is some good left in Russia, and its worth fighting for…” cesss sgt la LORD OF THE RING.. Br K. E-La prase muko E-Joe supow Mr. Frodo.. Kihkihkih.. Semat kakloh doh 2..

  • selamat hari raya.. de gak pengalaman sambut raya kt luar kan..
    fiezaradzi recently posted..Selamat KembaliMy Profile

  • Ijo ma dpt balik doh duit MAS Rm229.00

    • gerenyoh ahli keluarga mengkomen secara berjujuk jujuk!!!! hehe, yoko dapat duit balik ma? sipe laaa, duit ma tue, ijo guno kad kedit maa maso tue.. hehe

  • gilo ejoe! post baru!!

  • wehhhhhh 4 bulan hang hilangg!! selamat hari raya! :) rajin2 la update naaa
    yonna recently posted..Oh Kegemaran!My Profile

  • wahhh pengalaman yang baru… beraya di luar negara… sob2… eh macam aku lak kat perantauan…selamat hari raya bro… huhu
    zik recently posted..Rakyat Malaysia belanja RM342 bilion untuk Kosmestik tahun iniMy Profile

    • hehe, xkisah laa kat perantauan ke kat tanah air, last2 beraya kat intenet gak.. thanks bro! selamat hari raya gak!!

  • ptot la lama x berupdate..rindu seh..haha..anyway, welcome back bro..n happy eid ul fitr..hehe..keep in blogging k..:)
    arrizz recently posted..4 cara mudah sambut Hari Kemerdekaan Malaysia 2010My Profile

  • Assalam,

    Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin… :)
    Nozi recently posted..Ramadhan ingin tinggalkanku- Syawaltunggulah dakuMy Profile

  • lama gile x update blog… hehe. kelakar la baca entri ni. seriously.. anyway, selamat hari raya aidilfitri..
    Amir Said recently posted..Sinopsis Filem MagikaMy Profile

  • semlm nmpk kelibat kt blog seseorg..rasa nk p peluk2 je tau..nasib baik kt blog org…hehe

    rasa lega, rasa terubat rindu nk entri ni..ingat ke dah lupa password…

    ni ape lagi..tercegat je baca komen kak jie

    meh salam….byk tu salah dia :p

    just make ur day…selamat hari raya maaf zahir & batin
    Kujie recently posted..Amaran Malware dari InnityMy Profile

    • hahahaha, kte pun windu kakjie gak.. segan nak ckp rindu2 kat blog kakjie, kat sini xpe.. meh2 nak salam… nak duit raya gak!! maaf zahir batin.. :D

  • ko tak balik malaysia ke wehh..
    titan recently posted..Edisi Siasat- Buat Duit dengan ZeerkMy Profile

    • hahaha…..kak jie semlm nk juga tanya soklan ni
      tp takut dia nangis cucuk mata dgn garpu mcm p.romlee tu :p
      Kujie recently posted..kujie2com bebas!My Profile

  • selamat hari raya bt ore jauh..hehe
    azizan4444 recently posted..Bila Kekasih Hati DicabulMy Profile

  • errr…. kat sini ada open house kan… kitorang datang nak beraya… hehe…selamat hari raya orang moscow… maaf zahir batin.. psst, sempat lagi tu nak cari awek :)

  • dem gamba aku dgn jime yg macho gilopo mu pon ado.n yet no credit…..

    here is MUCH good left in Russia, and i dont have 2 fight for t for…they come easily…

  • best nye study kat oversea..walaupun penuh pancaroba susah payah nak survive tu kan…tp, beruntung lerr korang sbb jd insan trpilih. belajar rajin2. :)
    Anne Boleyn recently posted..Tutorial – Cara Pisahkan Widget Di Sidebar Dengan KotakMy Profile

30 minit aku tulis satu post, 30 saat jer untuk satu komen...

CommentLuv badge