Nov 11, 2011 - a God's servant    16 Comments

Hari Raya AidilAdha 2011 (Yang Agak Pelik!)

Assalamualaikum dan salam AidilAdha, segala puji hanya bagi Allah SWT yang menyampaikan nafas kita ke lebaran AidilAdha, dan selawat untuk Nabi Muhammad SAW yang menganjurkan kita semelih lembu pada hari raya haji nie, moga² pasnie kita jadi lebih rela berkorban untuk Islam. Wink² ^^

Memang agak lewat update aku pasal raya kali nie, huhu.. bukan malas² macam dulu yer, kali nie aku ada alasan yang kukuh lagi jitu (alasan). Daripada takde update apa², at least aku sambut laa jugak hari raya haji dalam blog nie, nampak islamic sket, bak kata orang kampung aku “better late than never!”

Camna Kteorang Sambut Hari Raya Korban?

Korang semua mesti rasa best kan tengok orang kampung berhimpun ramai², semelih lembu, masak lembu, makan lembu, dan lembu² yang lain lagi. Huhu, well orang duk oversea tak buat camtue, tak style laa kalo semelih lembu gak. Nak tau apa yang pelajar oversea buat di pagi raya? Okeh, sebagai introduction korang tengok dulu gambar dibawah..

Hari Raya AidilAdha Yang Agak Pelik 1

hari raya aidiladha yang agak pelik 2

Huhu, konfius tak? Huhu pepagi lagi rumah kteorang diserbu oleh landlord, dengan muka kecoh serta kelam kabut beliau datang marah² kat kteorang. Katanya jiran kat tingkat bawah rumah complain sebab air dari bilik air kteorang jatuh masuk bilik air diorang. Huhu, pastue lepas kteorang kena marah ngan landlord, jejiran plak datang marah kat landlord tersebut, cakap landlord tue tak reti jaga kteorang. Huhu, banyaklaa yang diorang complain, rumah kotor, rumah banyak lipas, bilik air basah, huhu dan semua tue memang betul tak boleh kteorang nafikan, hidup bujang kan, nak buat cemane, kan best kalo ade girlfren!

Pastue, jejiran nak report kat polis lak kalo masalah camnie berlaku sekali lagi, huhu.. landlord kteorang pun dengan machonye pegi beli bathtub ngan jamban baru untuk kteorang, sebab memang 2 benda tue bocor² sket, aku pun tatau cemana roomate aku bayrock sampai leh bocor jamban. Haha, anyway, disebabkan kerja² renovation yang berjalan, kteorang takleh laa nak kuar² pegi open house, kena duduk kat umah jer, takkanlaa dah buat salah nak lari plak kan?

hari raya aidiladha yang agak pelik 3

hari raya aidiladha yang agak pelik 4

Alhamdulillah jamban baru dipasang dalam masa sehari jer, semua orang bleh bayrock secara bahagia.. Tapi bathtub dipasang 3 hari lepas raya, maksudnye 3 hari kteorang tak mandi pegi kelas, sekadar basuh muka, pakai shampoo, berus gigi, pastue pegi kelas. Winter kot, apa kes mandi??! Teehee, sebagai penutup, korang tengoklaa sket gambar bilik air kteorang yang baru, tapi still tak comel, tapi still comel laa sket berbanding yang lepas, ^^.

hari raya aidiladha yang agak pelik 5

Tue jelaa kot pengalaman Hari Raya AidilAdha yang agak pelik bagi aku dan kengkawan, so aku tak jeles pun walopon tak dapat semelih lembu, sebab dapat jamban baru, haha! Masing² dapat rezeki masing². Keh3, tue jelah kot, selamat Hari Raya AidilAdha semua, maaf zahir batin, wassalam.

16 Comments

  • hehehehe…. dah itu bahagiannya,
    Kujie recently posted..Buggy Ride Gunung Jerai Menjelajah Cerita MistikMy Profile

  • salam,
    masyarakay islam kat sana xde buat korban ke…?

  • Adoyaii… gambar jamban ke sempena raya korban… dasat la korang ni. hahhaa….. lepas ni kalo bocor lagi tak tau le. Landlord suruh beli sendiri lak kot. hehehe
    Kak Ijan recently posted..Kenangan Aidiladha di Helsinki dan EspooMy Profile

  • salam kunjung balas dr Helsinki…tq sudi singgah my blog…wah besar pengorbanan tu sampai tak mandi byk hari…hehe

  • haha..korang berak batu ke apa haa? haha..
    titan recently posted..Komisen ke 4 dari RO2.bizMy Profile

  • selamat hari raya qurban. hehe.. nampaknya landlord la korban duit utk budak2 bujang ni.. haha.. tak pe, rumah die jugak kan..

    uhh, dahsyat jejiran sampai nak report polis ni.. ganaz…
    fiezaradzi recently posted..Isteri Pilihan – Bahagian 2My Profile

  • haa mmg sengak tol bila baca entri ini..siap masuk blg tu yg tak menahan

  • memori yg best mas study..sok keje mesti rindu punya cayeleh
    suri recently posted..Bukan Teratak BougainvillaMy Profile

  • beraya dengan jamban baru, kira jamban raya…he..he…
    Denaihati recently posted..Top 10 Outgoing Links October 2011My Profile

  • wah, dapat bathtub tu, saya x pernah lagi mandi kat bathtub, x tau mcm mana rasanya
    Juan recently posted..Cerpen – Matahari Disebalik AwanMy Profile

  • peewitt….dapat bathup ngn jamban baru tuh..huhu..chii cuma dapat guna bathub..kalo bercuti kat hotel je :p
    chii recently posted..Buatan ManusiaMy Profile

  • salam singgah
    tuan tanah blog ada kat mana ni? moscow ke?
    salam aidil adha

    rupanya banyak juga benda2 lain yang terkorban masa raya korban
    tehr recently posted..PenakutMy Profile

    • wsalam.. hehe, kite blajar kat moscow, tenkiu singgah :D

  • Hehehe.. macam-macamlah :D

    Tapi pengalaman seperti ini akan jadi kenangan seumur hidup! :D
    anif recently posted..Kerana Terpikat Dengan Kecomelannya..My Profile

  • cis.. sungguh gemproh korg ni.

    eh hello, klu ada girlfriend pun nak watpe? nak suh jadi maid ke? haha.
    Cik Nurulain recently posted..2 tahun.My Profile

  • haha..memang raya terbaiklah bro..aku suke perkataan bayrock..boleh dikomersialkan nie..hehe

30 minit aku tulis satu post, 30 saat jer untuk satu komen...

CommentLuv badge