a God's servant
49 Comments Kenapa couple tak bleh?
Huhu, salam semua, lama aku tak update blog, bukan malas, tapi rajin sangat main game, cuti punya pasal. Huhu, Alhamdulillah semalam aku telah abis main Devil May Cry 4 difficulty Devil Hunter and finally aku berjaya gak coding untuk letak banner baru bagi blog nie, tomel rite? Huhu, satu kejayaan besar bagi aku dan Baby aku. Erm… lately korang mesti tension kan kene flood ngan mesej2 palestin kot YM, memang hangat cam winter sales rr isu nie skang. Aku nak gak ketengahkan isu nie kat blog, atleast dapat bagik sumbangan, huhu tapi memang aku tatau sangat pasal palestin nie, kalo korang nak tau gak, korang pegi kat palestinkini.info untuk berita2 terkini pasal peperangan kat situ.. huhu.
Rite, sebagai seorang budak yang biasa lagi macho, kekadang aku jeles gak tgk kengkawan aku bergilfren mahupun berboifren nie. Huhu, mane x jeleskan bleh menyayang and disayangi, memberi kek dibalas cokkodok, bersemuka dalam webcam, bertanya2 pasal buah kegemaran, biskot kegemaran, ngumpat roommate. Hmphh nyampah! So, nasib baik suatu hari tue, aku dapat hidayah kot, kat McDonald. Abg senior aku yang macho tapi kurang sket dari aku bagi satu article pasal bercouple, hek2. Aku buat2 muka innocent walopon aku rasa macam ada mesej yang nak disampaikan oleh pemberian yang durjana tersebut. Hehe, balik umah, aku ngan Baby Black aku sama2 baca artikel tue..

Ohhh mama~~ Saya mahu kawin!!
Artikel tue diambil dari IluvIslam.com, ntah sape tulis. Aku macam berat hati lak nak baca sebab aku pun memang laki gatal gak sket, tapi xde lagi yang sangkut, huhu.. Kesingle-an aku memandu gerak hati aku untuk baca artikel nie sambil makan biskot. Huhu, aper yang seronok pasal artikel nie ialah, ia betul2 menjawab persoklan yang bermain winning eleven dalam hati aku, jawapannye plak accurate, pedas dan sweetsour. Artikel tue panjang sgt, so aku pendekkan menggunakan gaya bahasa BM A1 SPM aku..
Kteorang x berzina : tapi korang mendekatinya
Alaa, minum2 jer kat McD, dekat ngan zina ker : ha ah.. mendekatkan
Kteorang bleh kontrol nafsu rrr : Skang nie bleh r, setan nie tarik manusia slow2, Adam ngan Hawa pun kena tipu atas syurga, sape korang atas bumi nie? Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kte memang lemah!
Kamonlaa, SMS ngan call jer, x jumpe pun : At first memang camtue, pastue perasaan tue akan bertambah best ditambah desakan nafsu, korang akan rasa nak jumpa, and jumpa lagi and then…
Abestue, cakap2 pun zina gak? : Zina ada byk quantum level, zina betul guna genital organ, zina tangan korang pegang tangan die, zina kaki korang pergi tempat dating, zina mata korang tengok mata dia sambil bajet romantik, zina mulut korang kiss dia and zina hati korang jiwang berahi pasal dia. Zina nie ader byk option, korang reject semua option tue. Nabi SAW cakap : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud).
Kalo bincang pasal Biology? (bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)* : Study laa sgt! Allah tahu apa dalam hati korang takyah bajet study, kalo markah tinggi pun berkat ke? Jangan cover maksiat dengan perbuatan mulia menuntut ilmu. Allah suka kepada orang berilmu. Tapi kenalah blajar ikot batas and ketentuan Dia, barulah jadi ibadat.
Eh sial, ko penah dgr Study Group? (bagi kes berdua-duaan SAHAJA) : Study group tapi senyum2 jeling2, nyampah! Dahlaa study group 2 orang, kalo yea pun cariklah org laen. Kalau duduk dua2 camtue.. betul ke blajar? Tengok2 study sikit jer… banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
OMG, ape masalah ko wei? Btol2 Study r! : Baik sungguh korang berdua. Korang kena menopause ker masa study group? Tak ada nafsu? Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
Kteorang saling memberi motivasi tau x? : Takkan xleh amik motivasi dari kaum sejenis? Tolong jangan hina spesis sendiri leh? Banyak jer org cemerlang yg study hanya dengan kaum sejenis. Tenang, dapat berkat dan rahmat lak tu..
Erk, takkan xde can sket kot? : Islam takder rr tak bagi can langsung, memang sense of belonging tue fitrah manusia normal. Semua org takleh nafi perasaan cinta tue ada dalam diri, x salah n x berdosa pun. Tapi try rr jinakkan naluri tue dengan ibadat sket2, jadik manusia yang sihat nalurinya. Kita bukan malaikat k?an Allah jadikan kita manusia, x best hidup tanpa naluri and nafsu.
Islam takde ke couple-couple ni? : Cinta Islamic nie selepas ijab kabul, itulah cinta bermaruah, bukan cinta murahan.Inilah kemuliaan Islam. Kalo Islam x bagi couple, dia ganti ngan kahwin yang lebih indah. Cinta nie perkara mulia, kalo betol ko valuekan cinta korang, letak dia dalam wedlock, tempat yang layak bagi cinta. Sabda Nabi SAW : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah)
Ramai jer orang couple, diorang bleh tahan tue : Allah tahu rr setakat mana korang bleh tahan, Dia yang cipta manusiakan? Kalo Adam ngan Hawa x dibenarkan dekat ngan pokok Khuldi. Samalah cam zina. Zina xleh! Maka jalan ke arah zina xleh gak! Belajarlah daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Camner nak knal kalo kahwin dulu seblum couple? : Please rr, hipokrasi dan lakonan tue penuh dalam coupling. Korang percaya ker kat gilfren korang tue? Masa couple, dua2 jadik malaikat, baik tahap dewa. Kalo merajuk ader orang bagi aiskrim. Kalo sakit ader orang bagi ubat. Lepas kahwin, pompuan bersalin anak kembar pun korang duk main game lagi. (Seriously, akupun rasa aku buat2 baik depan pompuan, hahaha)
Camner nak bahagia kawin kalo x knal pasangan? : Manusia tue bleh cipta bahagia ker? Allah jer yang berhak bagi kebahagiaan, camner nak dapat anugerah kebahagiaan itu, kalo awal2 dah tak diredhai Allah?
Ok fine!! Erm, kalo kakak/abang/adik angkat? : Hakikat dia sama jer, karipap bentuk lain, inti sama. Kakak angkat, abang angkat, angkat berat, tue semua jerangkap samar setan. Semuanye menuju kearah zina.
Jatuh saham ker orang pernah couple? : Maruah diri tue penting. Orang pernah couple nie macam x sayang maruah sebab menghampiri zina. Pastue couple yang pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah SWT berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)
Pastue, orang pernah couple kene kawin ngan orang penah couple gak r? : Tuelah yang selayak dan seadilnye. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Allah yang bagitau, bukan aku. (Ustaz penulis tue)
Kteorang dah janji sehidup semati… : For god sake, korang percaya ker pada janji cinta? Jangan percaya laki, diorang bukan baik sangat (termasuk aku). Diorang play2 jer. Habis madu, sepah dibuang. Habis main, carik game lain. Paham tak analogi nie?
Bukan semua laki camtue, dia nie baik rr : Baik ker laki? Kalo time nak carik bini, nak yang solehah, pandai jaga anak. Tapi kalo time kat U ker, time nak main2, cari yang murah, lawa dan membanggakan. Inilah rahsia lelaki.
Alaa.. kalo pompuan yang dah couple, tak laku rr dia? : Erm, ye kot. Takde laki normal nak barang second hand beb. Lelaki treat pompuan sama jer cam kereta, sekadar test drive.Sedeykan? Itulah hakikatnya!
Mana nak cari orang yang x couple? : Ada jer yang suci dalam debu. Walopon tak ramai tapi ader, orang yang saling jaga kehormatan diri nie akan bertemu satu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)… Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )
Abes tue, camner kteorang? (couple) : Chill la wei, buat taubat nasuha. Mintak ampun Tuhan, mintak petunjuk dan kekuatan. At least biar fulfill tiga syarat.
- Tinggalkan perbuatan maksiat : Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
- Menyesal : Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
- Berazam : Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.
Bestkan? Pedas dan cukup menjilat jari. Hehe, sorry kalo point2 dalam artikel nie menusuk kalbu korang. Aku memang payah gak nak terima at first. Tapi frankly, aku just translate jerr kepada versi bahasa x skema. Aku rasa kalo korang baca versi original, lagi straightforward and pedasss! Aku memang lega gila lepas baca mende nie. Kuat sket azam aku tanak couple nie, walopon seblom nie aku selalu menggatal (skarang pon!). Kikiki. Hehe, semua orang jahat rr, takde orang perfect. Jangan rasa tension lak. Couple2 nie bleh tunggu… Moga Allah terima taubat kite, kite berpisah kerana Allah. Ayat feymes “Kalau ada jodoh , tidak ke mana!” Oh me God, help us!!! Forgive us, yeah!! Sekian, i love you, salam… muahaha!!~~
kalu couple tu leh ubah boy dri seorng yg truk gle nk mampos jd ok cmne?
dripada x solat kpda solat..
drpada x sntuh al-quran kpada tiap2 hari dsebabkan dorongan die..
cmne plak??
ntah rr.. tapi betol ke couple tue yang mengubah kite.. Ko brubah sendiri kot, apsal nak bagi kredit kat gilfren plak.. kalo camtu ok r, mungkin nie percintaan sejati.. huhu.
baguih nya …kalu buleh mikir
stuju2.ptt disebarkn!
sblum couple,xde lgsung org yg nk dorong..hrapkan insan sejenis?huh..just tau perli and nothing..tp after couple,rasa diri kte lbih diambil berat..ade orng yg slalu jaga n beri perhatian.kte ade msalah,ade kawan rsau?ade kwan tlg?skejap bleh la..tp ble couple,kte ade mslah,x tdo mlm die mmkirkan cara untuk tngkan hti and cri jalan penyelesaian..mmg btul,couple yg x kne pda tempatnye,bleh mmbawa msalah kapada semua.tp,pk lah situasi ini..tepuk dada, tanya minda..
*penulis,sila beri komen plez…..
ble penulis crite psl ni,rmai yg sokong.kononnye “wah,,pedas gle..
pdan muka sape yg couple 2. bru die tau dosa”. saya sndiri sbnarnye dah lame dah bace artikel cmni..mmg xde yg slah pun dlm artikel 2. tp,just pk la btul2..just bygkan situasi yg saya dah ckap td..jika dberi pilihan,couple n dlm msa yg sama psangan 2 brusaha untuk mendapatkan keredaan allah dlm perhubungan mereka or x couple,tp dlm masa yg sme,pendam gle2 perasaan terhadap perempuan, do everythg for her,shingga gurl 2 sendiri merasa tidak selesa, and juga mngganggu org skeliling,,mane satu yg penulis nk pilih??
skali lg, tepuk dada, tnya minda..buka minda sluas-luasnya and pk sedalam-dalamnya.setiap yg ada di dunia ini,pasti ada pro dan kontranya.jika saya silap,maafkan saya kerana saya juga insan dan hamba allah yg lemah..
Kawan… apa yang kita buat perlulah ikhlas kerana Allah… tidak perlu berubah hanya kerana seorang wanita. Bersyukurkah kita jika kita berubah hanya kerana hambaNYA dan bukan directly keranaNYA.
Diterimakah amal kita jika kita buat bukan keranaNYA? Apapun terimalah kenyataan bahawa ini semua menghampiri zina
Saya akhiri dengan firman Allah.. Wahai orang yang beriman, jangan kamu hampiri zina.
kadang2, hidup di dunia nyata ini memerlukan dorongan daripada seseorang untuk individu itu berubah..dorongan dan sokongan memainkan peranan penting bagi menjadikan seseorang insan yang lemah itu berasa dirinya lebih kuat dan mampu untuk berdiri..diterima amal atau tidak,itu hanya urusan Allah..ikhlas atau tidak perubahannya itu,hanya individu itu sahaja yang mengetahui.. bkan begitu wahai lebanon?
hmm..yg ni xtau la nk ckp cmne
actually mende ni da lame org dok pk kan
tp xde sape yg dapat bg jawapan ngan tepat sekali
dengan hanye satu cerita org da memberi konklusi tanpa mengambil kira cerita yg laen
cmne nak cakap ek..
ble tgk atas pon mcm xde yg mensahihkan esp dalil
mgkn ade seperti yg diriwayatkan ibnu majah..intrepetasi nye x se’direct’ yg dimaksudkan
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah)
ape yg dimaksudkan adalah seelok2nye percintaan haruslah dengan pernikahan..kalo da bercinta lama dan diinginkan pernikahan maka itu adalah yg terbaik
then,dalil2 di atas xde penjelasan yg amat jelas
maksud zina yg diterangkan secare jelas di atas masih ade yg menyalahtafsirkan w’pun ia sangat la jelas
so ape maksud artikel ini sebenarnye
kemudian ayat ni plak
Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)… Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )
so jage la kehormatan..mudah je..kalau kte xnak adik kte dipermainkan.maka jgn kite permainkan perempuan.couple n jage kehormatan die seperti mane yg kte xnak org permainkan adik kite.
kemudian atas banyak benor cakap pasal zina..adakah admin faham maksud zina..hmm.bm a1 ek..so cube interprete perkataan ini dalam erti seperti mana kamus selayaknye..dan juga istilah yang sebenar
saya xde la menyokong couple atau ape pun
tp msti ingat..cinta kita hanya pada yg Esa..xde belah bahaginye..
n ade jugak kawan yg sering mengungkapkan..kalau kita x cintakan Allah..manakan kite dapat cinta manusia.
n paling penting…adakah sesape yg mengunjungi blog ni n bace komen ni faham maksud sebenar cinta manusia kepada Ilahi….
wallahualam..
n al-ghazali pernah berkata..xkan kenal cinta kamu kepada Allah selagi tidak kamu merasa cinta manusia..arti kata laen cinta pada ibu bapa,adik beradik,saudara mara,sahabat2,guru,anak2 dan kekasih(isteri atau suami).maka itu lah tujuan kamu semua di llahirkan sebagai manusia..ke arah mencarinya….
dalam ni gak nak cakap mengenai relevan nye kate2 alghazali..sebab nya adlh..ble kte bercinta x kira pada sesape saje seperti di atas..segala materialistik(keduniaan) kita tinggalkan…bagi kita mereka lbeh berharga daripada ape yg kita ade skrg…..begitu la jua apa yg Dia mahukan pada kite..mane kan tidak Dia murka apabila kite menduakan Dia dengan yg bukan hak..Dia tagih cinta kita..kita sibuk dengan syurga yg semestinye hak yg Esa..
Dia tabur cinta..kta lupa padaNya..umat yg disayangiNya adalah yg mengerti apa yg dia mahukan..itulah sebab Dia pinjamkan apa yg di atas supaya kita faham arti cinta Dia pada kita…
belajar menggunakan akal dengan diiringi dengan hati..kadang2..ble kite sibuk mencari agama kita lupa yang kita mengikut nafsu melwan ape yg Dia inginkan..maka kita mengabaikan mut’mainnah…
moga diberi petunjuk
Kepada “sesape jer”, artikel nie aku ringkaskan, aku tak suka post panjang2, memang salah aku sebab menimbulkan kekonfiusan, tenkiu sebab ko plak yang kene tolong terangkan.. huhu.
Woit2, korang janganlaa gaduh2 plak, terpulang kepada diri masing2 untuk digest macamana nasihat nie, aku cuma menyampaikan, tapi x mampu bagi hidayah. Diri aku sendiri pun cam x terjaga lagi, apa hak aku nak jaga korang? huhu… I love you all, gaduh lagi, byk sket komen.. haha!!~~
wow. faizul mantap.
nak kapel ngn ko leh?
haha.
jabir rok rak satu.
hmm..actually da bace pon artikel ni yg complete edition nye..
still x jelas..tu je..smpi skarang x jmp lg yg boleh menjelaskan secare total..actually en admin x menimbulkan kekofiusan pon..
just nak menjelaskan lagi je..kadang2 kte bukak lembaran hanya pada lapisan atas..kite x nmpk ape di dalam..dalam mempelajari agama ini yg perlu dilakukan..bukan hanya mendengar lalu terus mengikut..
tp mendengar menyelidiki dan tawakkal pada Allah..insyaAllah..dibukakan jalan pd masalah tersebut
I wanna be in love that’s all!! Dr bentuk mane kebahagian itu dtg terserah 100% kepada-Nya Yang Esa.. Sebelum korang2 nie bercakap pasal isu2 kapel, cinta, kawin nie, adalah lebey baek korang fikirkan hala tuju korang dulu.. Adakah aku mampu jd org yg bergune? Bergunekah aku idop atas muka bumi Tuhan ini? Sebab yg plg penting of all, xde org nk kapel/cinta/kawin ngan org yg x bergune.. A fact that everyone knows pretty well, rite guys?? Dalil ke, hadis ke, artikel ke, usrah ke, ape ke, x perlu kot sgt sbb nie common sense.. So marilah jd org yg bergune dulu sebelum fikir ke arah itu..
awat nak couple sangat ni semuaorang? desperate sangat ka? aku pelik sungguh. orang lain ada nafsu jugak rilek2 sudah lah. apa bajet ampa cool sangat kalau ada couple tu? jadi kawan sudah lah. poyo lebih. ada apa2 nak flame ha mai masuk email aku rileksudah@yahoo.com.
oh lagi satu, sama ada orang2 ni kurang kasih sayang atau memang dasar attention seeking. ijo baik hang approve.
aku tatau apa masalah diorang, aku budak innocent jer… nafsu main game lagi kuat daripada nak couple2 kot, maybe…
salam…ha…ijo..skng ko da dpt jwpn ko kn??..
dulu ko ade tnye ak..namun..ak hanye mampu membisu..
sory la ek..bukan x nk smpaikn kt ko..tp..bm ak x A mcm ko..
takut x ter smpai mksd..=]
ana aasiff jiddan..
erm..bg mreke2 yg nk tw pasal2 couple2 ni..
bole je carik article2 kt internet…dlm iluvislam.com pn ade..
carik la..setiap org ade pemahaman yg berbeze…
hidayah Allah nk kasi mcm2 care..
kne usehe sket…k?
sekian…
kepada nadhir.just nk bertanya, ape tujuan blog ni ek? Apa salahnya masing2 saling memberikan pendapat. Perlu ke bahasa kasar dan sebagainya? Islam tidak mengamalkan pergaduhan sesama makhluk..Apa yang betul,diterima dan apa yang salah,diperbetulkan.. Saidina Abu Bakar ada menyebut, “Orang yang bijak ialah orang yang boleh dan mampu menerima dan memberi nasihat”.. Tapi harus diingat, nasihat ialah dengan cara yang berhemah..
kepada admin, amanah untuk merahsiakan identiti pemberi komen ialah satu amanah yang besar.Jika ini gagal dilaksanakan dengan cemerlang,mungkin anda harus berhenti daripada terus menulis blog kerana keadaan ini mampu meruntuhkan persahabatan dan menimbulkan rasa tidak selesa antara umat Islam..
OMG. dude. you yourself said that “ape tujuan blog ni ek? Apa salahnya masing2 saling memberikan pendapat.”
LIKE WHAT THE? so mines not considered as a pendapat is it? so what is it actually? a song?
your logic surpasses mine. way far.
and if you consider that as bahasa kasar, you really need to get out more often. like where do you actually live? jalan pesisiran desa permai indah is it? acting like i’m-holier-than-thou is not helping either. get a reality check dude.
and hold on, the admin does a very good job in keeping the the privacy of whoever commented on his blog. i CHOSE to reveal myself, so do others.
and asking the admin to close down his blog, isnt that a lil bit too drastic? for heaven’s sake, this might only be a small bump in the path of dakwah. and for that, you are implying the fact that he needs to give up already? get real. Allah s.w.t doesn’t burden one if its not up to one’s capabilities. and im pretty sure you know that already.
different people have different ways of doing dakwah. i do accept your criticism, but yes, heed my advice, you need to go out more often.
thank you and assalamualaikum.
p/s: sorry admin to bring this up in your blog. much apologies.
nadhir2..
adalah jauh lbh bgus jika cara memberikan pendapat itu kearah yang membina..bkn nye dgn cara merendah2kan org lain..admin mnulis blog ini untuk berbincang..sebaik2nye,dlam membrikan pendapat, kte prlulah menimbulkan persoalan kepada orang ramai, agar mereka berfikir..bkannye dgn cara merendah2kan orng..kte x perlu memburuk2kan org dlm memberikan pendapat..
saya mnusia lemah. bnyak melakukan ksilapan..sekian..
nadhir,,islam mggalakkan kita memilih yg terbaik dalam melakukan sesuatu..
Renung2kan lah..
tidak semestimya setiap perbuatan yg kite anggap itu yg terbaik,tidak mestinya ianya adalah terbaik bg semua org..
belajarlah cara mghormati org sblum mmbuat sesuatu..
huhuhuhu, bestnyer!! oit nie first time kot aku dapat komen sampai 20.. huhu, hahahahhaha…
for the first comment, assalamualaikum/hello/hi/bonjour/ohayo/privyet, can you wake up and face the real world please? you think by talking slowly to people nowadays will actually work and yield results? tell me about it. people are getting more emptyheaded than ever with whatever-isme cranking with their minds.
so, ur telling me that you prefer to give a peptalk to a drug addict/alcoholic/homos or even thieves, albeit, knowing that they won’t change, rather than forcing some sense into their heads? than i honestly believe, schools should abolish expulsion and punishment and instead convert everything into heart-to-heart talks with the counsellor.
oh, and in the name of equality, no wars should prevail too.
and for the second comment, speak for yourself dude. yours might even not be the best one also for others. respecting others, would be a totally different chapter. sometimes, others might just lose their respect for you just because you are carrying out your obligation. case fact #1, a head prefect in the school has to snatch all of his’/her’s friends’ handphones because they brought it to school. you think people would like him/her for it? dont tell me youve never experienced it. unless you live in some kind of forbidden jungle in Kalimantan.
p/s: 2 comments in a row for me? im touched. you must be pretty obsessed with me.
nadhir..
lgsung tidak salah ape yang diperkatakan kamu..tp,contoh yang kamu berikan bagaikan telah lari dengan apa yang dibincangkan sekarang…ok..face the real world? mmg dunia sekarang amat sukar untuk difahami.tp, knape tidak nadhir mencuba dahulu.tiada yang mustahil dalam dunia ini.semuanya boleh berlaku jika dibekalkan dengan usaha yg gigih..nadhir seolah2 menyamakan penagih dadah dengan kawan nadhir yang bercouple..sukar untuk menerima nasihat yang lembut..dan dgn hanya bahasa yang tidak manis dan mengejek sahaja mereka mampu brubah..nadhir budak pandai..cuba nadhir fikir,kawan nadhir melakukan kesalahan dan nadhir tanpa nasihat terlebih dahulu terus mengejek dan menngunakan bahasa kasar..apa yang kawan nadhir rasa?nadhir mmg pandai berkata2..itu saya akui.. tetapi fikirlah dalam2 apa yang sya maksudkan..mmg saya tidak terlalu mahir dalam menaympaikan sesuatu.Tetapi,berbekalkan akal yang dimiliki nadhir,nadhir mampu memikirkannya dengan mendalam..
kpada admin,,sori sbb bg komen yg macam dah lari gle tajuk..tp,berkaitan tajuk couple ni,komen ygmula2 tu je yang kawan nk kongsi..harap dapat lah bg pandangan..
baik terima kasih kawan..banyak bagi pandangan mengenai perkara ni…sbb saya pun setuju la pandangan kawan terhadap kes ni tp bg saya x suma yang kawan bg pandangan td ble dipakaiguna..masih lagi keburukan mengatasi kebaikan dalam soal couple ni…harap tidak menimbulkan sebarang sakit hati pada kawan..sekian wasalam
hmm rasanya benda ni tak ke mana. pusing pusing situ jugak. minta maaf lah kepada semua yang terasa. aku terima kritikan sesapa sedia ada. sori kalau terover sikit. tak boleh salahkan darah muda aku yang membuak-buak tanpa kawalan. mungkin ada benar dalam komen kawan, dan ada salah dalam komen aku. minta maaf sekali lagi, serius, takda niat nak menyinggung perasaan sesiapa. kita ambil jer iktibar daripada pos nih. salam
salam,
k hadapan kawan,
eventhough you say she encouraged you to change, and maybe she did…
but,it’s not thanks to “couple” or her dorongan…remember that..it was never her…
it’s thanks to Allah you started to solat..
it’s thanks to Allah you read Al Quran…
it is always because of Allah whatever happens to you
quoting:
“jika dberi pilihan,couple n dlm msa yg sama psangan 2 brusaha untuk mendapatkan keredaan allah dlm perhubungan mereka or x couple,tp dlm masa yg sme,pendam gle2 perasaan terhadap perempuan, do everythg for her,shingga gurl 2 sendiri merasa tidak selesa, and juga mngganggu org skeliling,,mane satu yg penulis nk pilih??”
well, the thing is Allah had never limited our options to those two..
this is not a case of choosing between the lesser evil…
it’s a simple matter of either doing what He likes us to do or doing the opposite…
the option that Allah HAS given to us is nikah when you have suka/sayang/jatuh hati/cinta/nafsu/etc. to the opposite sex…the path that He prepared with redha and berkat..
if you are not qualified to nikah…
Allah gives you another option:puasa
You may have good intentions and care for her dearly…
but remember: niat tak menghalalkan care.
Sure, being in love is wonderful, Allah made it that way:
“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.”
(Surah Al-Imran, Surah 3, Ayat 14)
As a reminder to everyone including myself:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)
Reading your comments, i somehow think you’re a direct and jujur pnya person…
Take things to mind..
OMG, mantap!! aku suka hadith “niat tak menghalalkan cara” tue… huhu, baru tringat ustaz aku pernah cakap dulu2.. Kalo niat kiter nak blajar, tapi belajar berdua-duaan ngan pompuan, tetap salah gak. Tue contoh yang ustaz aku bagi. Hehe… so, kesimpulannya baik semua orang main game.. aku dah habis main Devil May Cry 4!!
wahh2..best er bca2 komen ni..lagi2!! admin yg dah abis maen devil may cry 4, sebarkn lg isu ni..baru dpt increase lg
comments..kesimpulannya, tepuk dada, tnyalah iman~
p/s: wawawa…ak mnyumbangkan 1 komen..bhgia2!!
“Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita” (riwayat Bukhari)
-hadith-
Zaman ini adalah zaman fitnah. Fitnah dalam al-Quran dan al-Sunnah bukan seperti yang difahami oleh orang melayu dengan maksud menuduh dusta ke atas orang lain. Tetapi fitnah itu apabila disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah ia bermaksud ujian atau kejadian yang mengancam agama dan ketenteraman hidup sehingga mampu mengheret seseorang ke kancah yang tidak diredhai Allah.
(http://drmaza.com/home/?p=334)
-blog dr mohd asri zainal abidin-bekas mufti perlis-
btol ke ble couple ngan pmpuan tu bley ubah kte jadi makin baik?bnde fitnah bley buat kte makin baik ke?ni sume keje setan ni..nmpk cam kte ni makin baek..tp hakikatnye??wallhualam..jom pk ramai2..hee~
thanks to all…mmg bnar,sgala2nya bermula n berakhir dgn khendak Allah..tp,kawan bercerita ttg satu kisah yang benar,tgg hidup realiti seseorang yang bernama manusia.manusia yng memerlukan smthng untuk menjdi penggerak dlam dalam perubahan hidup. sekian..
kawan, memang ade kisah org yg dpt berubah menjadi lebih baik kerana couple dia.
kadang2 kite memerlukan motivasi dan dorongan utk buat benda baik, di kala dunia sekarang lebih byk menonjolkan budaya2 yg tak baik dan bertentangan dgn Islam hingga masyarakat pun dah tak pentingkn amalan agama, semua lebih mementingkan material dan logik akal.
biasa dengar tak ungkapan, di sebalik seorang lelaki yang hebat, ada seorang perempuan yang hebat di belakangnya. manusia sukakan kpd berlainan jantina, itu adalah fitrah yg Allah ciptakan dalam diri manusia.
apa lagi yg takde dalam syurga, namun Nabi Adam tetap meminta Allah menciptakan pasangan untuknya, lalu Allah ciptakan Hawa.
Allah memang dah ciptakan lelaki dan perempuan tu berbeza, saling tertarik dan saling melengkapi. masing2 ada peranan di dunia ni. sebab tu Allah tak melarang perkahwinan sepertimana paderi2/rahib2/sami2 yg mengharamkan diri mereka berkahwin.
tapi bersama2 dengan fitrah itu, Allah dah menciptakan jalan utk manusia memenuhi fitrah tu, iaitu dgn berkahwin. Hanya percintaan dalam perkahwinan saja yg akan dpt ketenangan, rahmat dan redha Allah. status suami isteri dan couple sangat jauh beza dlm pandangan Allah. pegang tangan isteri dapat pahala, pegang tangan couple dapat dosa. pandang wajah isteri dgn cinta dan berahi dapat pahala, pandang wajah couple dgn berahi dpt dosa. berkahwin dapat pahala, berzina dapat dosa dan hukuman.
tak mustahil kalau Allah nak beri hidayah kpd kawan melalui couple tu (setiap apa yg Allah buat tu mesti ada sebab dan hikmahnya). tapi kawan kna sedar, tempat yg kawan betul2 kena berterima kasih dan bersyukur sebenarnya ialah Allah, bukan dgn girlfriend. bersyukurlah kawan dapat merasai nikmat melaksanakan perintah Allah, sedangkan kawan2 kita di sekeliling mungkin masih lalai dgn permainan dunia. Allah masih sayangkan kawan.
jadi sbg tanda syukur kpd Allah S.W.T., kawan kna laksanakan perintahNya dan tinggalkn laranganNya. pertama skali kena bertaubat dengan dosa maksiat yg dilakukan tanpa disedari ni. cmane? dengan bertaubat melalui 3 cara mcm yg dah diterangkn di hujung artikel di atas. ajak skali perempuan yg kawan couple tu utk bertaubat, hentikan hubungan yg ade debu2 dosa ni, walaupun dia dh byk bantu kawan mengenali agama dan Pencipta kamu, tapi kita nak hubungan yg Allah redhai. sbenanye dosa2 yg dibuat sebelum kawin ni akn effect kpd lepas kawin nanti. Allah akan turunkan kesusahan dan byk masalah dlm rumahtangga tu sbg balasan dosa2 yg kite buat sebelum kawin. terangkan elok2. mungkin dah sampai masenye utk kawan menuntut ilmu agama ni drpd kaum sejenis sendiri, memandangkan kawan dh ade kesedaran utk mengamalkan Islam secara menyeluruh. kalo takde org yg bleh jadi rujukan, bleh baca buku/artikel/blog utk cari motivasi utk beramal.
saya cadangkan baca blog saifulislam.com sbg permulaan.
tentang girlfriend tu pulak, kalo kawan betul2 rasa dialah calon terbaik utk jadi isteri, putuskan hubungan ni utk sementara selagi belum bersedia utk kawin, mungkin nk habiskn blaja dulu ke, then bile dah sampai masa yg kawan rasakan sesuai utk berfikir ttg rumahtangga, baru la contac dia blk utk hantar rombongan meminang..
Tapi point penting yg nak disampaikan kt sini, bertaubat dan hentikan perbuatan dosa maksiat ni..
Nadhir bile dah speaking BI tu mmg tahap kemurkaan yg tinggi…hahaha
Rilek nadhir, rilek sudah, aku memahami kau. Kau seorg jujur…
Isu kapel? Aku bukannya seorang yg mempunyai iman setebal 33lapis komen diatas, tp sbg lelaki aku da cara “sendiri” utk mengekang nafsu aku.(Maafkan aku, aku seorg lemah imannya)
Kasih sayang? dari ko la Ijo dan juga kawan2 aku yg laen.(tidak perlu utk berlainan jantina)
Calon Isteri? Tidak lari gunung dikejar.
Mgkn slah stu hikmah aku single psl aku da imaginasi yg tinggi, sgtlah xselamat gadis bersamaku…hahaha
P/s-Baek ko approve Ijo, sblm Baby Black ko dinodai oleh aku…
waaaa….
bez gak nie..
hg bila nk kawen??
Jika mereka sibuk mncari cinta…
Biarlah kita sibuk mencari iman…
Jika mereka sibuk mencari pasangan…
Biarlah kita sibuk mencari keredaan…
Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta…
Biarlah kita menangis kerana mengenang dosa2 semalam…
Jika mereka cintakan manusia…
Biarlah kita cintakan tuhan…
Assalamualaikum…no offends to every one.. memang ade couple yg mengubah someone dari buruk jd baik..Tp matlamat tidakmenghalalkan cara. walaupun ibadat yg kuat dengan cara yg salah tetap tidak akan dtrime Alah..
Innama a’malu biniat..Kalu niat itu baik kerana Allah,kalu kite brubah kerana Allah SWT, IA akan mndpt keredhaanNYa but If u r changing bcoz of someone, how long it will last? Then, wat gonna happen if d relation end?sorry no hard feeling ..
mungkin pasal couple ni agak susah tuk dtrime orang ‘Tetapi boleh jd kamu x menyenangi sesuatu ,padahal itu baik bagimu,dan bley jadi kamu myukai sesuatu , padahal itu tidak baik bgmu.Allah mengetahui sedang kamu tdak mengetahui.” 2:216
“dan setan telah menjadikan terasa indah pbuatan2(buruk) mereka ,sehingga menghalangi mereka dari jalan Allah ,maka mereka tidak mendapat petunjuk.” 27:24
menasihati orng laen berti menasihati diri sendiri..wasalam
Salam’alayk…
Ijo.. aku copy paste post mg hok nih.. wt masuk dlm blog akoo..
tak kesah kn?.. huhu… mmg best ayat2 ko.. kena byk blajo care nk mngarang ngan ko..
akoo xm loni.. ado 1 paper lagi.. terminology..
doa2 ko akoo n sahabat2 kt cni deh…
sek pc ramai jgak kt egypt nih..
k
syukran ala kulli hal
Salam’alayk…
tahniah kpd admin krn berjaye mndapatkan komen yg byk.. hahaha.. :_)
*JOKE*
mnde baik ni byk cabarannye.. bese laaa… hoho
aku trtarik dan rasa menarik blog ko nih
first time baca terus aku bookmark.
dan aku tertarik nak meng-komen sekali.
kalau ada mulut berkata-kitorang couple nanti kitorang nak kahwin laa.ok.bagus la korang fikir ke arah kahwin.tapi apa yang aku musykil.hubungan sebelum kahwin korang tu.aku ibaratkan begini
cth:si kontraktor nak bina bangunan.dan nak memastikan bangunan tu tahan dan tak runtuh,apa perlu si kontraktor lakukan.si kontraktor,kene pastikan tapak bangunan haruslah kukuh.macam mana nak bagi tapak bangunan kukuh,kenelah guna bahan yang berkualiti.
aku alih dalam bahasa paling mudah:
si kontrkator:korang dan kita
bangunan-mahligai aka alam perkahwinan
tapak bangunan-asas perhubungan
bahan berkualiti-isi perhubungan (samada baik atau sensiri mahu faham)
hahhaha
ok.sangat best ye blog ni~
yay!
lpas bace.rase cam xnk kapel~
nk kebhgian lpas kawen~
rase bersyukur sbb xpnh kapel~
.-= aja´s last blog ...Apekah. =-.
kalo kite couple tapi mcm x kapel cmne??
mesti x paham kan??
saya pown x paham.
mahahahahahhahaaaa
btw,great article
this article really change my mind..tengs a lot..
aku sokmo jd org lmbt membaca..T__T
ni dpt tw pon bler ade org letak kt status ym..aiyo!
bagus2.. btol2 menyedarkan aku..!!
dan membuatkan aku terus ingin memegang status single..!!
tahniah empunya blogger..
respons dr rmi org menunjukkan ramai yg memahami artikel yg ingin anda sampaikan.. u did a great job, dude! :-bd
lastly,
pikir-pikirkan ayat nih…
“Kita sibuk nak uruskan urusan ALLAH tetapi langsung tak ambil berat tentang URUSAN KITA DENGAN ALLAH.. Selesaikan urusan kita dengan ALLAH dan biarkan ALLAH uruskan urusanNYA kerana cuba la sedaya mana pon untuk uruskan URUSAN ALLAH, kita tidak mampu, sbb itu adalah urusan NYA sejak azali lagi.”
waallahua`lam..
salam alaik~
salam…
lepas bc article n komen2 yg diberi mmg saya akui menegak kan suruhan Allah swt tu banyak cabaran n rintangan..kene sabar sbb pasti ada org yg kurang percaya n mencari alasan untuk xnak ikut pe yg Dia suruh…de jugak terbaca komen dr kawan ttg couple yg mencari redha ilahi, berubah ke arahnya, so on and so forth…sbnrnya Allah dah bg jawapan lama dah dalam al-quran, Allah x kan mengubah nasib sesuatu kaum itu, sehingga kaum itu sendiri yang mengubahnya…sgt JELAS.perubahan diri adalah dari diri sendiri…beri la nasihat dari bidadari mana pun tp kalau diri xnak percaya n berubah, xkan berubah. lg 1 kalau berubah kerana org lain, bila berlaku ape2 pd perhubungan tu kan boleh wat seseorang balik pd PERANGAI ASAL..sbb pe?sbb org yg kononnya bagi DORONGAN dah xde..kene akui sume didunia ni x kekal…
cakap pasal DORONGAN, pun ALLAH swt dah bg cara nak cari dorongan untuk berubah, rapatkan diri ngan org alim, berzikir, solat taubat n hajat, pegi majlis ilmu n cari ilmu n mcm2 cara lg…n bukan BERCOUPLE…
dan kepada PENEGAK2 agama Allah kunci kejayaan ialah sabar…mmg banyak perkara yang org xfaham dan banyak kali kite kene terangkan…nabi kita dah bg contoh supaya sbr, lgpun marah2, panas2 ni hasutan syaitan…orang yg beriman, syaitan yang hasut pun pangkat lg tinggi yg dihantar oleh cip/ketua dorang…so sama2 la kite saling menegur n mengingatkan…jgn PUTUS ASA!i.Allah kite leh selamatkan ramai muslim supaya jadi muslim yg sebenar…amin.
tido jom tido dpada bce.. ahhahahhahahaaa…. ngantok la beb
nak komen lagi,,haha.nak mintak pendapat je laa, ada lah seorang member perempuan aku ni, dia insyaAllah nak fly ke UK la september nanti,,nak dijadikan cerita dia admire seorang budak kat kolej prep dia,,dia tanya aku, patutke dia confess kat budak laki tu,,aku pun blur jugak arr nak jawab question dia tuhh,,agak-agak apa patut aku cakap kat dia eh? untuk makluman dia tak pernah ada boyfren..and dia pun jenis macam kau laa, dia tengok budak lelaki tu as a person yang akan lead a happy family one day,,
hehe, aku pon bukan expert senanye, cuma cakap jer lebat… kalo nak pendapat yang lebih betul, sila tanye ustaz@ustazah.. pendapat aku plak, bagitau laa laki tue yang dia suka laki tue and nak jadikan teman hidup (kawen), kalo laki tue stuju.. bwk bincang ngan family kedua2 pihak.. kalo laki tue rejek.. xleh buat pape, blajar jer cam biasa kat UK..