Mar 3, 2010 - a God's servant    28 Comments

Menasihat dan Dinasihati…

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sari berita utama. Huhu, dah lama tak update blog, 3 hari berehat. Huhu, tapi bukan sebarang rehat, InsyaAllah rehat nie memberi satu momentum yang lebih kuat kepada aku untuk memantapkan lagi diri dalam berblogging. Heehee, within the last 3 days, aku ader usha2 teknik2 seo, buat ujikaji sket, jatuh cinta lak ngan seo nie.. tetiba dapat satu buzz dari mak aku. Ngahaha, katenye suruh aku membuat sumbangan sket ke jalan dakwah. Hoho, so kebetulan aku tengah kekeringan idea nak blogging, aku pun terima cadangan mak aku, and here goes, Bismillah..

1.Pabila dinasihati…

Hehe, nak jadik ustaz sket arinie.. Huhu, memang satu reflex semulajadi manusia, bila kena sound ngan orang lain, secara otomatik mereka akan cuba carik mende untuk sound balik! Hehe, aku pun memang pantang kalo kawan aku suruh aku buat benda yang diorang sendiri tak buat. Dalam Quran pun ade cakapkan, jangan suruh orang buat benda, padahal ngko sendiri tak buat. At least, tuelaa pendirian tipikal orang2 zaman skang. Merasakan diri mereka da cukup bagus, buat ape dengar nasihat orang lain? Orang lain tue bagus sangat ke?

Secara magiknya, semalam aku jumpa info ni; Seorang sufi, Yazid al-Raqqashi mengatakan “Ambillah kata-kata yang baik daripada orang yang bercakap meskipun dia tidak beramal dengan kata-kata itu.” Pastue terbaca lak pasal “orang-orang itu mendengar kata-kata lalu mereka mengikut kata-kata baiknya,” (al-Zumar:18). Oh Yeah!! On your face!! Amik ko! So pengajaran sini, kalo orang daa nasihat tue, jangan terlalu cepat nak marah, nanti korang akan blur, dan berusaha carik salah diorang balik. Dan bila korang marah plak, kemungkinan korang tak amik kisah pun nasihat tue. Hoho, maksudnya korang akan begaduh ngan die, pastue tak makan nasihat lak. Cam Milo 2 in 1. Hehee, paper pun tak dapat.

Amik kisah nie, aku penah bagi sedekah kat makcik tepi jalan. Oh yeah! (cuba menunjukkan sifat2 terpuji dalam diri, XD!!). Pastue tetiba makcik tue speaking, “son, blajar leklok so that you won’t have to be like me..”. Nie kisah benar, dan korang rasa aku amik tak nasihat dia? Padahal die pemintak sedekah jer.. Sama gak ngan kengkawan yang penah pesan kat aku jangan merokok walopon diorang isap rokok.. huhuuu.. Kebaikan adalah ajaran agama. Kebaikan tetap baik dan tidak menjadi kotor meskipun diucapkan oleh orang yang buruk. Huhuu..

2. Pabila menasihat…

Bila nak nasihat, kena cermin diri dulukan? Hehe, nie ayat2 tipikal dan stereotaip kat usrah. Tapi seorang brader yang cool berasal dari Kelantan (go go Qelate!) pun tampil bersuara waktu usrah tue, “Jangan jadikan alasan kite nie blum cukup baik untuk menghalang diri dari suruh orang buat benda baik,” Hehe, kalo nak tunggu jadik ustaz baru nak tulis post2 camnie, sampai mati aku tak tulis! Ngahaha, so berbekalkan menda nielaa kte kene taruk keberanian untuk menyampaikan dakwah. Bayangkan sedunia nie semua orang jahat. Kalo dunia tue nak jadik baik, yang first skali kena wujud, nasihat dulu ke, orang baik dulu? Nabi SAW pun kena tarbiyyah dulukan?

Akan tetapi, pun begitu, dan jugak walaubagaimanapun. Jangan main nasihat jer, tapi diri sendiri takmo brubah. Ustaz aku penah cakap “bagik nasihat nie ader bonus die, secara tak langsung kte akan ternasihat kembali”.. Ngohoho, cuba korang takyah semayang bjemaah, pastue marah2 kat kawan korang suruh diorang pegi smayang. What happen? Mesti kena sound balik 2 saat lepas korang suruhkan? Tuelaa bonusnya! Kekadang kalo korang sound besfren korang, dia akan carik kelemahan korang yang tak disangka2 untuk counter balik nasihat korang. Tipikalnya, (aku suka pekataan nie) senario camnie akan membawa kepada pergaduhan. Tapi try digest secara sihat, sape lagi nak bagitau korang depan2 pasal keburukan korang? Bila lagi nak terima teguran membina camtue dalam dunia yang ‘jaga sluar jeans masing2′ skang nie?

Cermin diri sendiriluu sebelum nasihat orang lain. Ade betulnya gak ayat nie, tapi cam aku cakap tadi, jangan tak bagi nasihat langsung, dan jangan plak tak cermin diri langsung. Jadilah orang yang balance, stabil dan equilibrium. Manusia sentiasa buat salah. Semua orang buat salah. Dan nak meminimumkan fenomena nie, semua orang kena jadik orang yang bersedia menasihat dan bersedia dinasihati.. hoho, macho beb ayat nie. Ngahaha! Akhir kata, majulah dakwah dan sukan serta blogging untuk negara! Yeah! Yang jahat tue dari aku, yang baik pun dari aku gak, :p! Tapi semuanya dibawah kuasa Allah SWT. Amin…

Sekian, i love you, wassalam…

28 Comments

  • “Jangan jadikan alasan kite nie blum cukup baik untuk menghalang diri dari suruh orang buat benda baik,” Hehe, kalo nak tunggu jadik ustaz baru nak tulis post2 camnie, sampai mati aku tak tulis!”

    Suka ayat nie..soo true..moga2 kita semua diberikan Allah rasa kemanisan iman dan hidayahNya..amiiinn

    Keep up the good work!! Looking forward to seeing your next posts!! :) )

  • jange gewe! nikoh slalu!! bercinta selepas kawen!

    • nok gewe jugok!

  • sesekali memri nasihat di blog..
    dapat jugak manfaaatnya..
    .-= Mus´s last blog ..Baru Aku Perasan Yang Sebenarnya, Blog Warna Hijau Itu Bukan Milik Incredible Hulk =-.

  • molek benar tu…ada kala terima nasihat dan ada kala menasihati…baru hidup bertambah sihat….
    .-= etomyam´s last blog ..Layan Cendol Ibrahim Banting =-.

  • tahniah kpd en penulis kerana sudi mencuba sesuatu yg bru dlm blog beliau..

    dalam menerima sesuatu..lihatlah apa yg disampaikannya…bukan melihat kepada orang yg menyampaikannya shj.

    • “kerana sudi mencuba sesuatu yang bru dalam blog beliau…” apekah yang ingin dimaksudkan disini sab? adakah ini satu sindiran? nak pelempangkah saudari?

  • nice one ijo. son belajar leklok.. hohoho

    • go go Qelate!

  • Lumrah manusia supaya dinasihati dan menasihati.
    .-= Fahmishah´s last blog ..Berfikiran Hadapan =-.

  • tul.. paling kurang nasihat xde salah dlm kes ni.. lau org kate ala, ko pun sama jer.. ckpla, kita masing2 perbaiki diri sendiri la kan..
    wah, bagus mak kamu, sebab pandai guna internet, lagi de ym.. pe lagi.. pe kata makcik chelimah mohdnoor buat blog..
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Tak Puas Hati Dengan Bos =-.

    • hehe, tue baru a piece of kehebatan mak aku.. ko tak tengok lagi dio koyak kulit bawang.. haaa, cam super saiya laju! hohoho,

  • yup. rajin-rajinlah main seo tu..

  • kalau nak tunggu kita betul2 baik, sempurna sampai bila pun tak boleh nak bagi nasihat kat orang..
    terima kenyataan manusia banyak kekurangan, tapi jgn jadikan alasan utk tak menyuruh kepada kebaikan…
    .-= ahmadyusrie´s last blog ..Malas itu positif =-.

  • taraa!
    aik suri ingat dah tersalah masuk rumah tadi..hik..hik..satu input yang baik lagi bagus dari biasa..

    mana tau kot2 satu hari nnti blh jdi ustaz pula..AMIN.
    YANG PENTING TIKA SALING INGAT MENGINGATI TU KITA AKAN DPT MEMPERBAIKI DIRI KITA LBIH BAIK LAGI ;) go! go! go!

    • “satu input yang balik lagi bagus dari biasa?” …. korang kutuk aku ke nie… entry yang biasa2 tak bagus ke?

  • Aku setuju sgt bro..fikiran org kite sgtlah tipikal..apatah lagi kalau kite nak tegur org yg lebih tua dari kite..ayat biase kite dgr “ko tahu ape, aku ni haa..dah makan garam bertong2 dah..ko jgn byk cakap”..hek ele..

    p/s – nasihat-menasihatilah wpun hanya 1 ayat..

    • salam bro, huhu.. tegur2 org tua memang payah sket.. sebab alasan tuelaa… hehe, apsal ader md kat blakang name? doktor gak ke?

  • Menerima teguran… dan kritikan.. insyallah
    .-= zik´s last blog ..Dasar petrol perlu ambil kira semua aspek =-.

  • admin> ….eh ..bg pelempang pule..
    mne ade.it’s a compliment la saudara~

  • Perluaskan “Cinta kpd rasul” sebanyak mana yang ijo tau bonusnya hebat !

  • Biar menitis airmata pbaca blog, biar bgoncang hati yang leka,dan biar membuang rokok dimulut….( serendah-rendah cinta kpd rasul ustaz kata)

    • howwwyeahhhhhhhhhhhhhhaaaaaaa, ustaz sejid pade bongor ko ngajar nie.. haha, ma nok kawen nga senior hok 6 taun tuo lagi bleh dok?

  • kalau dulu aku kena memang aku melenting habis..
    sekarang nie aku banyak diam.. fikir yang positif akan tindakan (jika ada)
    tapi aku pendendam.. balasan secara halus..
    *jaga2 dengan menteil.. hehe..
    .-= menteil´s last blog ..Jangan Hisap Rokok Kalau… =-.

    • wei, ko amik tak pengajaran daripada post aku nie? haha, style woo cakap camtue…

      *jaga2 gak ngan samanosuke… tambah2 lagi kalo yang ader _04 kat blakang tue.. haaaa

  • Ma, nok nikoh ugok… Hihihihi

  • jap. aku carik cermin..
    .-= titan´s last blog ..Personal Coaching Percuma bersama Din Beramboi =-.

30 minit aku tulis satu post, 30 saat jer untuk satu komen...

CommentLuv badge