a medical student
22 Comments 3 Jenis Pelajar Medic Kat Moscow Nie…
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana aku masih dipanjangkan nafas untuk tulis post lagi, not that anyone care! Dan selawat keatas Nabi Muhammad SAW yang selalu berjuang menyampaikan peringatan, tapi tak ramai yang nak dengar, secara indirectnya memberi motivasi kepada aku untuk tulis post, walopon tak ramai yang nak baca.
Lately, aku pegi usrah ataupun daurah ramai orang yang tanye, “apsal tak update blog?”. Dalam hati ade dua persepsi, satu samada diorang betul2 nak baca post dari blog aku, dua diorang saja tanya nak jadikan topik bertegur sapa. Yang kedua tue nampaknye cam lebih logik dan believable. Hehe, tak kisahlaa macamana feedback yang diterima, janji ianya membina. Hohohoho! Rite, harinie aku nak membongkarkan sket pasal klasifikasi pelajar2 Moscow, khas untuk labu-labi dan mereka2 yang tertanya2 pasal kompetensi bebudak Moscow. InsyaAllah tak melukakan hati mana2 pihak.
1. Golongan pertengahan
Hehe, aku rasa aku berada dalam golongan pertengahan nie (insyaAllah). Golongan majoriti nie menggunakan masa diorang secara efektif, yakni diorang takkan pergi lecture ataupun kelas sepenuhnya. Biasanya diorang akan pilih kelas2 yang ada manfaat untuk exam dan untuk diorang jer, lecture pun diorang akan pegi jika kehadiran diambil ataupun apabila bahan yang diberi dalam lecture tue betul2 penting. Golongan nie biasanya akan ada masa lapang untuk main game, tengok movie, skype ngan awek, dan takdelaa jadik nerd sangat, hoho! Tapi exam diorang pun bukan calang2 gak, result diorang nie biasanya gempak2 gak. Dan banyak antara scorer2 mantap berada dalam golongan nie. Erk… aku bukan scorer..
2. Golongan baik
Nie biasanya mereka2 yang jadik naqib naqibah usrah, yang baik alim muallimah mutawassitah. Hehe, diorang nie selalu mencapai full attendance tak kira kelas mahupun lecture apa sekalipun, walaupun lecture tue takde kaitan dengan rawat2 orang, seperti hygiene, culture dan etc. Biasanya golongan nie dipandang oleh golongan pertengahan tadi sebagai, ‘skema’, ‘bajet baik’, ‘nerd’, ‘baik sangat’ dan bla3, haha tatau laa betul tak assumption aku tue, mungkin aku jer yang bagi gelaran camtue kat diorang.
Tapi senanye diorang nie mempunyai fungsi gak bagi pelajar2 Moscow secara kolektifnya, sebab kalo diorang takde, nanti lecture hygiene takde orang pegi. Dengan adanye golongan baik nie, ader laa 13 kerat orang kat lecture tue.. Haha!
3. Golongan biskut
Golongan nie plak biasanya banyak ponteng kelas, dan lecture takyah cakap, bau kentut diorang tak penah ader kat kerusi lecture hall tue. Hehe, kerja rumah diorang memang kerja rumah secara literalnye, seperti cat wall pesbuk dengan status ataupun video2 best, makan asap kat bilik, buat taik mata kat bilik walaupun hostel duk besebelahan jer ngan tempat lecture, main dota, etc (bukan electron transport chain). Kemunculan diorang hanya dilihat kat exam, ataupun kat kelas yang kena bayar denda kalo ponteng. Biasanya time exam, status pesbuk diorang laa yang paling kecoh, yang mintak tolong sebab takde masa nak study, banyak sangat. Tak paham betol aku…
Hoho, tapikan, kekadang diorang nie terdiri daripada mereka yang berotak gila, eh silap, geliga. Walopon study secara last minute, mereka mampu pulun semua informasi dalam masa yang singkat dan perform gak waktu exam. Jeles tul! Kekadang sampai cikgu sendiri pun tak caye diorang bleh buat MCQ untuk 5-6 tajuk yang diorang miss. Perghhh..
Kesimpulan
Alas, semua orang sama jer.. Walaupun berada dalam apa jua kategori pun, semua orang lepas exam, dan insyaAllah finally jadi doktor gak. Mungkin ader laa beza markah exam sket2. Hehe.. Tak kisah laaa tak pegi banyak kelas pun, sebab in the end, dapat result exam dan zacheot (credit) sama gak ngan orang yang letih2 pegi lecture. Muahaha!!~~
Tue betul kalo kita melihat dari segi dunia. Kalo tengok dari segi yang mana Allah jugak tengok, camana? Contohnye, sapa lagi amanah ngan duit MARA, sapa lagi menghormati cikgu, sapa lagi bersungguh-sungguh usahanya dalam belajar, tak logiklaa aku nak kata golongan baik tue sama jer ngan golongan lain. Haha, ye markah kita dalam buku credit tue orang nampak sama jer. Tapi dalam catatan malaikat siapa tahu… Kekadang ilmu nie macam duit, korang curi ataupun kerja sama jer, dapat duit. Tapi pahala mesti banyak untuk orang yang kerja laa kan? Samalaa dengan orang study topography anatomy berbulan-bulan, ngan orang yang study toyol sehari sebelum exam. Dua2 tahu jawapan exam, tapi..
So, kepada golongan baik yang kononnya ‘skema, bajet baik, alim sangat, bla3′ tue.. senanye koranglaa yang terbaik dalam ketiga-tiga golongan nie. Teruskan kebaikan tue, Allah nampak apa yang orang lain pandang sebagai usaha sia-sia tue sebagai satu kebaikan.
InsyaAllah aku gak akan rajin2 pegi lecture.. Hehe, harinie aku ponteng semua lecture, ataupun dalam erti kata lain, aku cuti. Muahahaha!!~~ Sekian, wassalam…
insyaAllah boleh masuk kelas pertengahan eheh.
masa aku belajar dulu nak kata kelas pertengahan tak, kelas baik2 pun tak haha
woh, 1st komen… tenkiu2.. haha.. zaman2 U nie mmg zaman2 malas sket.. hohoho
eh, sepatutnya aku taip 1st haha
K.E-La pom golongan pertengahan gak.. Tp kt Czech nih, bdk2 alim mualimah mutawasittah pom xgi lecture ahahah.. Sokmo2 golongan pertengahan yg memenuhi lecture.. Yeehaa.. Idup umat pertengahan!!!
pasanglah button twitter…. kak jie tak aktif fesbuk
Wohoo…time aku student dulu bkn main mls nk dtg kelas, nk setelkan projek, nk siapkan assignment….mmg thp gile punye mls. ntah kene rasuk ape agaknye. Study bile time seminggu nk exam je. Gile brani mati. Nasib baik lulus dgn tidak berape nk cemerlang la. haha
Finalcross recently posted..Yfrog Berwajah Baru
ijoe! best2 post ni.. semoga kite dpt berubah dengan istiqomah dari golongan pertengahan kpd golongan yg baik tu.. =)
tenkiu jijan.. i love you too..
LIKE ! :p
Feeza Yusoff recently posted..Orang Mana Eeuuww !
glngn pertghn.. hahaa
ejo dok petengan tak por janji lulus, game pon biar tengohan gok
itu semua peringatan untuk diri ko sendiri ke ada perli sesiapa? hehe…
wandisini recently posted..Kerjaya Sebagai Blogger
mestilaa ader perli orang.. wahahahhaha
Kalau org tu pergi semua lecture dan kelas,tp die wat hal die sendiri…tak turut serta dalam usrah ataupun jd naqib/naqibah bg nasihat kat org len etc. itu kira golongan mane tu….pertengahan-atas atau atas-pertengahan? O_o
golongan baik gak.. wahahahhaa.. tapi biasanye takde orang camnie, sebab pegi semua lecture tue mesti skema atopon baik gila, kecuali yang antisocial atopon chinese je laa.. komeng nie year brape yer kat moscow nie? :p
rs ny mcm ade bau2 bacang ler ng pnglaman sy dulu hehe bile dtg males, ya ampun hanya tuhan je yg tahu…tp cepat2 betoi kan niat, study kerna Allah dan study juga adalah jihad… gd luck bakal tuan doc
tahla.. lau dulu time blajar, bukan sebab nerd, tapi rasa sayang lau tak pergi kelas lecture.. so, pergi je la.. wpun kdg2 lewat.. juga bukan top scorer, sbb tu kena g lecture kot.. haha.. wpun kdg2 tertido.. hihi
fiezaradzi recently posted..Pentingkah Susu Ibu
hoho..terasa aku. sebab aku penah termasuk dalam tiga-tiga golongan tu..
abrablog recently posted..Paramotoring and Jet Tube! Again!
tak kisah mana satu tpi asal kenal pensyarah buku tu dh ok..jn lupa semua pkra yg d pelajari dah le heee
ada jugak tu yang malas..adeh~
biasa la kalau nama tu student lagi, ada yang geek, ada yang skema tahap punya, ada yang ulat buku
dan2..continue..ekeke
syahrilhafiz recently posted..Apa itu Kod QR
aku masok golongan middle lah..since aku nie taklah baik dan skema mana pon..haha
bestnya hostel sebelah lecture hall. xde alasan la kalau malas nak pegi lecture. senang je kot, x payah bsusah payah nak naik bas dsb.
Amir Said recently posted..Resepi Kuih Koci