5 Pengajaran Cool Hari Ini…

Assalamualaikum dan salam blog, seperti biasa nukilan dimulakan dengan memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas kurniaan belajar di luar negara ini, walaupun berita harian tak henti-henti mengutuk para pelajar Moscow. Dan selawat keatas Nabi Muhammad SAW yang mana kita cukup tau, bahawa perjuangan beliau juga tidak mudah, malah amat jauh jika hendak dibandingkan dengan tentangan yang dihadapi oleh pelajar Medic Russia sekarang, XD!!

Aku malas, dan itu merupakan penjelasan paling simple yang aku bleh bagi jika korang tertanya2, “apsal PascaSPM dah tak rakus skarang nie”. Tue pon kalo ader orang tanye, tapi aku tau ramai yang tak kisah. Hehe, rite, walopon telah lama aku hidup, tapi rupenya banyak lagi benda yang aku tak tau. Betullaa kate orang bahawa hidup nie adalah satu ‘life long learning’, heh.. Korang nak tau apa yang aku belajar harinie?

1.Kenapa bahagian bawah pokok dicat kaler putih?

Hoho, rasanya korang pun penah tengok kan pokok2 kat tepi jalan tue dicat putih kat bahagian bawah. Aku dah lama tertanya-tanya mengenai kemisterinusantaraan benda nie, dan aku perasan bahawa ramai gak orang yang tertanya2 tapi takleh nak bagi penjelasan secara Detektif Conan. Last2, semua bajet pandai dan tak pandang benda remeh camnie. Dan ader gak yang menyampaikan mitos2 yang tak berapa betol seperti:

  • Pokok dicat putih sebab nak ‘mark’ pokok tue sebagai pokok kerajaan, bukan pokok liar..
  • Pokok dicat putih sebab nak ‘mark’ paras air kalo banjir
  • Pokok dicat putih sebab tanak bagi bahagian bawah tue ditumbuhi dengan dahan baru..

why trees are painted white at the bottom?

Pfff, sangat noob diorang nie. Menyatakan fakta secara membabi kerbau dan juga kambing buta, bak kata pepatah “ibarat berita harian menulis berita” yang bermaksud, sesuatu yang jauh dari perkara fakta. Tapi jangan risau, sejak dari kecil aku dah membaca Detektif Conan secara horny, so perkara yang memerlukan penaakulan macam nie hanya kacang goreng bersalut coklat bagiku. Berikut adalah penjelasan yang tepat, mesra dan cekap :

  • Cat tue kaler putih sebab nak memantulkan cahaya matahari, sebab kulit kayu pokok camnie (pokok cherry especially) mudah kering dan retak, and once kulit kayu tue retak, bahagian dalam pokok tue terdedah kepada serangan serangga.
  • Cat putih tue jugak dicampur ngan racun serangga, tanak bagi kena makan. Dan the reason why bahagian bawah jer yang dicat sebab serangga yang makan isi pokok tue jenis yang merangkak, bukan yang terbang.
  • Aku tatau serangga pedie.. sori..
  • Sumber google. muahahha!!~~

2.Perempuan takde sideburn!!

Heh, aku dah lama berhasrat untuk menyelit rambut aku dibelakang telinga seperti yang selalu aku tengok gadis2 ayu buat di dalam TV. So, dengan hasrat yang sedemikian, aku pun simpan rambut panjang2, dan takde orang nak marah kat oversea nie, haha! Setelah panjang sejengkal, aku pun selit kat belakang telinga rambut aku yang bahagian depan. WTFish! Takleh! Tak cun! Ade sideburn terkeluar! Damn! Then baru aku tau bahawa the reason why perempuan bleh selit rambut belakang telinga sebab diorang takde sideburn, pffff… noob. Hasrat ku dimusnahkan begitu sahaja..

apparently men have sideburns..

3.Bleh main snake dalam Youtube!

Haa, korang semua mesti pernah mainkan snake dalam handset tue? Game yang korang kawal ular, suruh dia makan buah pastue lama-lama jadik panjang. Well, game yang sama ada dalam youtube, dan nie adalah rahsia nakal youtube, tak ramai yang tahu. So camner nak main snake dalam youtube? Ikot step2 dibawah:

  1. Amik mana2 video youtube kat website youtube.com. Pastue pausekan kat minit 0.00
  2. Pastue hold (tekan jangan lepas) arrow kanan
  3. Then tekan arrow atas
  4. Pup! keluar ular dalam screen yang gelap tue
  5. Kat bawah ader contoh.. hohoho!

yes! you can play snake on youtube!

4.Alt+Tab cool Windows 7!

Korang tau tak pedie tue alt+tab? Tue combination nak switch antara window, kalo tak paham tekan jer butang alt + tab kat keyboard korang sekarang and you’ll see. Hoho, kalo tatau pasal benda nie cakap “saya noob” 10 kali depan pc korang sekarang. Okeh, tapi windows 7 ader feature yang sama tapi lebih cool! Korang tekan plak windows + tab. Tengok ape jadi. Hehe!

switch between windows in Windows 7 is way cooler!

Coolkan, switch secara lebih cool! Dan untuk pengetahuan korang yang cetek, butang windows dok kat seblah butang alt, kalo tatau pasal benda nie cakap “omg noob” 20 kali sekarang.

5.Bilangan ulas dalam buah manggis boleh diketahui dari luar

Hoho, yang nie mungkin dah ramai yang tahu. Tapi aku baru tahu, so untuk kali nie aku mengaku bahawa aku noob. Takpe, hidop memang camtue, mula2 noob, pastue jadik pro! Hehe, korang tau tak bilangan ulas dalam buah manggis boleh tahu dari rupa paras die kat luar jer? Kalo buku, korang takleh judge by its cover, tapi buah manggis bleh! Hehe, so camner nak tau bilangan misteri tersebut?

You can know the number of mangosteen flesh by looking at the number of petals of the little flower at the bottom of the fruit

Thats it! haha, coolkan! hehe

So , tue jer kot setakat nie. Hidup nie kena selalu menimba ilmu, pastue ilmu tue diamalkan dan disampaikan haha. Kalo korang suka post kali nie, sila share kat wall facebook masing2, sebab blog nie dah tak laku cam berita harian tak laku lagi dinternet. Dah tak ramai yang singgah, pfff.. diorang sangkakan blog ini kaca walopon sebenarnye ianya permata berlapiskan debu… pfff.. dan pfff lagi..

Sekian Wassalam.

25 Comments

  • NOK WOH SE’TORRR!!

  • hahahaha aku tak tau yang no 2 tu je
    topo recently posted..Anjing-anjing Membuat Gaya Yoga dengan Sangat ComelMy Profile

  • OMG..seyes noob yg window 7 tuh okay…nice..nice…

  • wow!! nice info…thanks:)
    Rama2Ungu recently posted..Kuala Lumpur International Airport KLIAMy Profile

  • oooo.. thanks la bgtaw.. br taw yg psl no 1 tu
    fathiah jasni recently posted..Keywords blog- privacy dan jual cintaMy Profile

  • yela, yela. aku noob..
    titan recently posted..Komisen ke 11 dari Paid-to-PromotenetMy Profile

    • baguih2…. jangan malu bertanya dan mengaku diri noob, nanti sesat jalan.. hahahhaha…

  • semalam tu dah tulis, tak sempat nak publish..hehe

    bab pokok kena cat tu kak jie tau sebab pernah dok estet, kat sini pokok getah yg ada penyakit dia org cat putih ada ubat

    yg lelain tu…manggis..erk….tau dah

    yg agak geek mcm youtube dan window tu tatau..hehe
    makcik dah terlebih umur nak ambek tau
    Kujie recently posted..Hidup Ini SedapMy Profile

    • hehe, kite kalo pasal komputer memang mantaplaa sket, tapi pasal manggis ngan cat pokok tue, agak excited bile tau.. haha, nak buat cemane asyik dok dpn pc jer.. tak betambah pengetahuan am.. haha

  • banyak gak benda yang aku baru tau…keh3
    Jmay recently posted..Keliru…My Profile

  • baru tau pasal no 1 tu. info yg menarik.
    Amir Said recently posted..5 Pulau Menarik di TerengganuMy Profile

  • dah tau huduh simpan lagi rambut panjang.. hehehhee
    Luth Textile recently posted..Tutorial – Jom privatekan status dan aktiviti anda di Facebook!My Profile

  • hahaha…ko ni kdang lawak gak la..ada ke simpan rambut pnjng dgn harapn nk buat pompuan..hehehe

  • very nice info..
    kadang-kadang benda remeh kita malas nak fikir atau cari penjelasan lalu otak yang kreatif ni mula keluarkan penjelasan sendiri..haha

  • rasanya mahu bersandar di bawh pokok tu heeee

  • pasal pokok tu tau doh masa gi Shanghai tour quide bui tau

  • tak payah cari kat google manggis tu ma tau masa teteh lg

    • ganahnyooo che moh!!!!

  • x jadi pon yang window + tab tu.. noob3 =b

  • aku yang pokok tu memang tak tahu.. nasib baik kau bgitau dalam tu ada racun rupanya..
    Omar recently posted..Aku dan KehidupanMy Profile

  • aku noob tang buah manggis haha. nice ah :)

  • ohhh.. aku pun baru tahu
    hahaha…
    nurmisnan recently posted..Mahluk ini memang biadapMy Profile

  • Aku baru tahu tentang buah manggis tu. Thanks! Lama tak jenguk sini, sangat kurang blog hopping sekarang :)

  • hehe..kena ngaku ke nih..banyak benda tak tahu nih..
    ahmadhaikal recently posted..Tips on healthy living and physical inner For Men OnlyMy Profile

  • menarik info ko bro..hehe..terasa diri ni noob..haha

30 minit aku tulis satu post, 30 saat jer untuk satu komen...

CommentLuv badge