Biasiswa MARA untuk Pelajar Russia dipotong RM462!!

Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera. Sebelum sari berita utama dimulakan, marilah kita sama2 bersyukur kepada Allah SWT kerana kita masih lagi boleh merasa kemewahan hidup dibawah tanggungan MARA. Selawat keatas Nabi Muhammad SAW yang menganjurkan kita semua memartabatkan ilmu. Kalo ilmu tue tak penting, takkan laa ada syarikat cam MARA nak taja kita semua kan?

Sebagai seorang pelajar moscow yang mempunyai blog, tapi tak mempunyai idea. Aku takkan biarkan kes pemotongan duit poket kengkawan sekalian dibiarkan senyap begitu sahaja. Jadik aku tulis blog pasal benda nie, walopon blog lain dah kecoh lama (AR da tulis) daa pasal benda nie. Tapi takpe, mungkin kalo setiap student MARA kat dunia nie tulis post memprotest tindakan MARA, MARA mungkin takot dan secara ajaibnya mendoublekan biasiswa blogger2 oversea sekalian.. amin~~

duit biasiswa MARA dipotong RM462

Kenapa Biasiswa MARA dipotong?

Hehe.. so, kenapa duit biasiswa MARA dipotong? Apakah Puan Munirah telah mengabaikan kita? Apakah Puan Munirah telah mencuri duit kita untuk membeli kamera Sony NEX-5? Untuk menjawab soklan nie, ada 2 jer jawapan yang aku dapat setakat nie, satu jawapan logik dan betul, satu lagi jawapan kengkawan aku, yang semestinya hanyalah rekaan semata2.

  1. Duit RM dah makin mahal. 1USD = RM3 dah sekarang. So, kalau MARA bagi fix biasiswa mengikut fix exchange rate yang dulu tue, iaitu 1USD = RM3.8. MARA akan rugi 0.8×700=RM560 untok sorang student. Hoho, kalo ada seratus ribu student, MARA dah bleh beli boeing 747 dah satu. Nie adalah pendapat yang dipersetujui ramai, so jangan sedeyh, tapi happylaa bahwa ekonomi Malaysia sekarang dah semakin kukuh. hohoho
  2. Biasiswa MARA dipotong untuk membiayai pembinaan kelab malam! Okeh, yang nie member2 aku reka cerita. Hehe, diorang kata duit bebudak mara dipotong supaya kerajaan ader duit nak buat kelab malam yang dirancang dalam program transformasi ekonomi tue. Hoho, tapi nie mitos jer. Kalo betullaa MARA buat camnie, aku baling tomato kat bangunan MARA! kiut tak?

Apa yang korang dan aku bleh buat?

Hmm.. senanye tulis post nie pun tak guna. Sebab bukan bleh buat paper pun, lenlaa kalo Puan Munirah tue girlfren aku, ngahahhaa. Dalam banyak2 orang kat MARA aku kenal Puan Munirah jer, sebab dia yang interview aku. Pastue aku buat lawak, dia tak gelak. Cheh! Jual mahal! Last2 senyum gak, malu tapi mahu, cheh! Okeh2, lari topik lak, jadi apa yang korang dan aku bleh buat? Hmm..

  1. Bersyukur dengan apa yang ada. Camtue jelaa kan? Bleh jer hidup walopon tanpa RM462 tue, cuma kenalaa pandai berjimat cermat sket. Dan mungkin bila kita diuji dengan kesempitan nie, kita akan jadi lebih mantap simpan duit, plan personal finance, buat duit dari blog, dan sebagainya. Ingatlah kalo setiap benda yang tak best, mesti ader benda yang best disebaliknya, surah al-Inshirah. Jadi, 786 Alhamdulilah syukur..
  2. Pay yourself first. Hehe, guna prinsip nie jer untok yang nak saving tue. Awal2 bleh biasiswa terus simpan 100 USD untok eurotrip. Pastue lagi 600 USD tue pandai2 laaa korang guna untok idop. Kalo korang planning nak simpan duit tengah atau hujung bulan, memang takkan jadik.. sebab mesti ade jerr benda yang menghalang untok simpan duit.. hehe, Robert Kiyosaki tak? hohho.
  3. Jangan pegang USD. Gila bapak mantap Robert Kiyosaki, satu2 yang dia predict memang jadi. Haha, dia kata pasnie USD pon akan jadik duit murahan gak, sebab daa terlampau banyak daa bailout money yang diprint, nilai USD takkan naik da. Kalo dulu, ader yang simpan duit dalam USD. Incase USD naik, bleh tukar jadik Ruble, tapi sekarang, aku rasa baik pegang Euro, seperti yang Ariffshah nasihatkan, supaya duit yang korang pegang tue takkan hilang nilai begitu sahaja cam roti Gardenia..
  4. Mengadu kat mak atau girlfren. Kalo takde girlfren mengadu laa kat mak, walopon mak tak mampu nak bagi duit, tapi at least dia bleh bagi kata2 penenang, kata2 semangat. Kalo ade girlfren cam aku, suruh laa girlfren tue masakke, belanja ke, kurangkan makan kat luar. Supaya bleh save duit untok kawen cepat2 nanti. Kalo nak senang lagi, pasanglaa 4 girlfren, yang kat UK ke, atopon Czech ke, diorang tue duit banyak, kikislaa sket2.. hahahah

Hm.. tue jelaa kot, takde idea nak buat lawak happening. Bagi aku, OK jer lagi kalo RM462 dipotong, sebab aku jenis yang tak shopping sangat. Aku harap elaun perkakas tahunan tue tak dipotong, kalo potong memang pokai laa aku lepas jalan2 cuti winter nie. Hehe, tak sabar nak cuti winter, nak terbitkan kembali siri Power Rangers.. hahaha..

Sekian Wassalam…

27 Comments

  • emm..tips no 4 tu…tips paling bagus! hehe ;p

  • tu ko dapat setiap sem ke setiap bulan?
    titan recently posted..Komisen ke 4 dari Paid-to-PromotenetMy Profile

    • setiap bulan….

  • baru tau ko study kat Moscow, geng Ariffshah la ni, gambar admin ko takleh blah haha, gua kenal pakcik tu

    cara penyelasaian terakhir tu menarik, simpan 4 GF kikis duit depa haha, kantoi baru ada akai
    Rjuna recently posted..Maher Zain Thank You AllahMy Profile

  • banyak juga kene kurangkan ni. cuti winter pegi mane?
    daem- recently posted..RandomMy Profile

  • jimat-jimat………

    p/s;pagi2 dah terjah blog admin :)

  • Buat business la nok kayo gakk…

  • kalau macam tu kena buat side income ikut blog lah kasi tambah balik yg kena potong tu :D
    etomyam recently posted..Terima Kasih Pak Zainal Buang HusseinMy Profile

  • terima seadanya.. tu paling terbaik :D

  • kalau bro tak pergi trip tuh..lehla simpan…soalannya ialah…adakah bro sanggup tak pergi trip???

    haaa…sila jawap…hahaha

    pssst…yg bab pasang 4 girlfriend kemudian kikis sikit2 tuh paling takleh tahan…hahahha
    hafizmd recently posted..Ambil kesempatan atas 7 blogger ni…My Profile

  • Jimat2 la ejoe. Korang tinggal apartment luar ke lagi ke tahun ni?
    Btw, Puan Wan Munirah kan da naik pangkat, skrg ada Puan Syahida & sape ntah. HAHA. Student sibuk nak mintak naik scholar, tup2 MARA potong.
    apaaaraa -________-”

  • Hahaha.. memang terbaik punya nasihat :)
    BLog famous macamni takyah risau sangat, sekejap jer dapat duit dari blog.
    zuls recently posted..Ada ke orang nak subscribeMy Profile

  • kena potong pun masih boleh bercuti , kira bukan kritikal lah, kan

    p/s – jgn ko cuba nak baling bangunan mara tu dgn tomato..tak comel langsung tau….
    Kujie recently posted..Malam Jumaat – Permintaan Seorang IsteriMy Profile

  • asal la tak ngorat je terus..muahaha
    ooo ini kira geng2 ariff la ni…hehe

  • hahahah. macam haram idea pasal gf tu.
    aku rasa sebab US jatuh, tu je kot.
    kanada ngn us tak byk beza, so tak rasa sgt kot. cm korg die bg jumlah us dollar, pastu kena convert. mmg rasa lah beza
    Affan recently posted..Akibat putus cinta- facebook kena hackMy Profile

  • mulai sekarang kena start bawak tabung buluh eheh

  • salam
    yg penting duit tu jangan boros..guna sebaik2nya..tapi, sy yakin walaupun dipotong, anda xkan mati kebuluran…hehehe

  • jimat2 jer bro..hehe
    arrizz recently posted..Review Scott Pilgrim vs The WorldMy Profile

  • a’ah jadi student ni kena jimat2 ar.. duit pun lekat celah gigi je adehhhh
    Fitrihadi recently posted..Jom Minum Blog Sambil Menang Iphone Atau Handphone Eh sama je kan -pMy Profile

  • kesian. dengarnya Student ke Mesir pulak tak dapat JPA. huhu
    Rina Salleh recently posted..Perasaan berdebar Itu normalMy Profile

  • syukur la ..itu pun mujur doh.. mitak2 e-jo sihat

  • Rileks bro, time camni la akan ‘datang’ idea cara nak buat duit lebih kat internet. Aku tau ko tau cara2-nya.. Hehe.. :p
    Baloot recently posted..Belajar Adobe Photoshop – Tutorial Menghasilkan Efek Pada GambarMy Profile

  • kena berjimat lah jawabnya….huhu…
    zik recently posted..Minggu peperiksaan sudah bermula!!My Profile

  • kesian korg. xpe maybe ada hikmahnya. pandai2 la berjimat cermat..
    Amir Said recently posted..Oh Malaysia Kini Berwajah BaruMy Profile

  • salam. nex-5′s quality is superb. terpk utk beli jugak. tp kalau compare dgn camera leica, mane satu lg elok? sy xtau sgt leica yg mane.. tp ada komen??

    • wassalam, kalo mengikot review.. memang nex-5 laa paling best untok kategori compact/semi dslr (kamera dslr kecik), pastue yg best lg, leica pon tolong buatkan lens untok nex-5 gak.. maksudnye bleh pakai lens leica kat nex-5.. tapi kena ade adapter laa dulu.. hehe

  • Hi,
    Selamat menguruskan kewangan anda, gunakan kekurangan untuk hasil yang lebih baik. (peluang).

    K
    KhaidirStudio’s recently posted..Calling All Women Entrepreneurs!My Profile

30 minit aku tulis satu post, 30 saat jer untuk satu komen...

CommentLuv badge