a medical student
23 Comments Graduan Russia Jadik Doktor Sampah?
Assalamualaikum wbt. Syukur Alhamdulillah kerna dengan sifatNya yang Maha Pemurah, direzekikan aku untuk belajar jauh-jauh sampai Moscow. Dan Selawat Hari Lahir kepada Nabi Muhammad SAW, moga baginda melihat aku sebagai umatnya yang menyambut perjuangan, walopon aku nie takdelah alim sangat.
Berita Harian : Doktor Dari Luar Negara Tak Cekap?

Harinie korang tau tak kecoh wall facebook aku sebab ramai rakan2 seuniversiti menjadi super saiya akibat tuduhan melulu serta Lulu FF10 dijatuhkan keatas para pelajar Russia yang innocent lagi comel. Tuduhan apekah? Kalo tak tau pegi sini harh. Pastue baca dengan emosi marah ibarat girlfren korang kene curik ngan abang korang. Haaa.. seperenggan jer pon, kalo nak full version sila beli berita harian kat kedai tambi berdekatan, maaf sebab aku duk kat Moscow (ehem2), takde masalaa nak baca paper nie, baik baca buku “Propedeutic: Internal Medicine”.. ceewah!
Okeh, pastue cuba korang scroll sket kat bawah page tue, korang akan jumpa komen nie.. Muahaha!!~~

Antara tuduhan tangkap basah yang dilontarkan:
- Doktor dari Russia nie noob dalam bab2 praktikal
- Boleh menyebabkan kematian ramai pesakit!
- Pelajar Russia amik aliran sastera SPM.. takpun failed subjek sains dalam SPM
- Ilmu yang dipelajari tak kekal dalam palaotak kteorang..
- bla3…
Memang rasa agak pilu aku membaca komen nie, rasa cam betul-betul kena rampas girlfren wei wa cakap lu, erk.. walopon aku takde girlfren lagi. Tapi bak kata pepatah, “kalo takde angin, masakan pokok bergoyang, unless ade kebau buat projek bawah pokok tue”. So, setiap kritikan yang aku (kita) terima, perlulah diberi tindak balas yang sihat dengan menyalahkan diri kita terlebih dahulu, pastue baru sumpah seranah mamat yang bagi komen berani mati tue..
Pendapat aku kepada tuduhan2 tersebut.. baca ikot no. yer..
- Maafkan aku kengkawan semua, tapi sudah terang lagi bersuluh, pastue waktu siang hari plak tue, bahwa graduan Russia memang bengap tahap spongebob bila buat praktikal nanti. Kawan abang aku, seorang doktor yang baik dan memang pandai jaga hati orang pun cakap terus-terang ngan aku, bahawa beliau melihat banyak doktor2 spongebob datangnye dari Russia. Pastue, kalo korang rajin, bukak m/s 150 dalam buku “Denyut Cinta Medik” pun ader gak tuduhan spongebob tersebut. Dan banyak lagi bukti2 CSI bahawa masalah nie adalah satu fakta yang terbukti secara DNA dan tak boleh dipertikaikan lagi. So, kalo doktor-doktor Malaysia menuduh kteorang noob praktikal nanti, aku mengangguk setuju sahaja… secara kiut ala2 spongebob, XD!!
- Aku pro bunuh2 orang dalam Dota nie, tapi iA aku rasa kenooban aku dalam doctoring nanti takkan sampai mengambil nyawa orang. Kalo dah sampai masa tue, nak buat cemane. Ubat takleh lawan kuasa yang Maha Menghidup dan Mematikan tue.. kan3?
- Pelajar Russia failed masa SPM? “Hello? Excuse me? Ade orang tak?! Haa panggil Mak Minah jap yer, nie atok..” Pathetic! Yang nie tak betol, sebab kteorang semua datang sini melalui program ‘fast track’, ie. kteorang guna result trial SPM jer untuk pegi universiti. 6 bulan lepas SPM kteorang dah fly daa, lepasan SPM lain masih lagi duk kat umah buat tahik mata dan tahik betol. So, yang nie aku tak setuju. Aku ada qualification yang cukup berprestij untuk datang Moscow, tanak rr bangga2 kan, tapi kalo korang nak tau gak, tanye rr cikgu2 MRSM PC tue.. Sapa yang Own maktab tue dulu? Haaaaa.. kuar rr nama samanosuke pasnie.. keh3..
- Ilmu yang dipelajari tak kekal dalam palaotak. Hello? Ade orang tak? Cheh, yang nie betol! Haha! Tapi nak buat cemane, korang kat M’sia system by system, kteorang belajar subjek by subjek. Sistem belajar yang ada kat Russia nie tak sama macam M’sia, tak mengoptimumkan relativity antara subjek untuk memudahkan para pelajar mengingat ilmu2 yang dipelajari. Aku tatau cane nak explain, tapi sistem belajar Russia nie bleh laa dijadikan excuse kenooban kiteorang nak recall balik ilmu2 waktu housemanship nanti.. Hohohohoho..
Apa yang kite (pelajar russia) bleh buat?
Yer, nasib tak menyebelahi kite. Kite akan dipandang remeh walopon hemsem satu hari nanti kat hospital Sungai Buloh tue. Tapi jangan rasa down sangat. To be honest, aku tau ilmu perubatan tue penting, tapi bukan benda tue yang aku kejar kat Moscow nie. Pengalaman yang kita dapat tuelaa yang membezakan kita dengan pelajar2 local. Ya, mungkin diorang mantap tahap Gaban atopon Mask Rider waktu HO nanti. Tapi korang tak rasa bersyukur ke..
- Bleh menyentuh salji, ala2 winter sonata, pergi kelas dengan hingus meleleh di hidung sebab angin kencang cam kentut disuhu -20 C?
- Bleh melancong2 kat europe waktu cuti semester, tengok bumi, tengok negara orang, yang mana mungkin benda camnie takkan berlaku kalo korang jadi pelajar local
- Bleh belajar masak lauk, kek, biskot, sambal dan semua2 tue.. belajar berdikari, tak bergantung ngan warung mamak dan semua2 tue..
- Bleh duit biasiswa cam orang keje, hidup senang, belajar pun tenang… bleh beli DSLR, desktop, PS3 dan semua2 tue… rezeki murah cam gula-gula Sugus..
Korang tak rasa bersyukur ke? Yer.. diorang tuduh kte pegi oversea sebab nak melancong.. haha, kalo ikotkan hati, memang jawapan tue yang aku nak bagi kat interviewer tue dulu. Secara ikhlas, kalo diberi pilihan untuk tukar kepakaran kedoktoran tahap dewa ngan pengalaman yang aku dapat selama duk kat moscow nie. Aku takkan tukar. Dan jangan ingat aku seorang yang stubborn atopon degil. Bukan aku tanak dengar kritikan tue, tapi cuma aku tak rasa aku nie seorang yang kerugian, tak rasa down mahupun sedeyh.. haha,
Dan dengan sedaya-upaya, akan aku memberi respond yang selesa kepada pengkritik sekalian.. aku akan jadik budak rajin, belajar leklok2, tak mengkhianati amanah MARA.. korang pun janganlaa duk kritik jerr.. doakanlaa kejayaan kiteorang skali, tuepun kalo korang betol2 ikhlas nakkan doktor yang berkualiti, kalo korang kritik cam puting beliung tapi dalam hati tue ade jeles atopon hasad.. aku takleh buat paper…
Sekian, sekali lagi, I love my life, and your life is about complaining other’s.. keh3. Wassalam
“school is not a place to get good marks, its a place to learn hardship..”
assalamualaikum…woooooooo~~
tersedok aku bco post mu ijo..hehe
pnas gak la bco komen gitu..tpi nk wat gano..
trime jer lah.
btw nice post =D
haha! sebelum ni aku pun ada dengar mcm tu jugak. still, tak boleh gak percaya bulat2 apa org cakap. give some fact lah, bukan main cakap jer….
Naqib Mohamad recently posted..boleh tak I nak single balik
nice one! takpe ejoe, tunjukkan kat orang yang korang bukanlah mcm yang dorang fitnah tu. satu lagi yang sangat2 setuju; “kalo diberi pilihan untuk tukar kepakaran kedoktoran tahap dewa ngan pengalaman yang aku dapat selama duk kat moscow nie. Aku takkan tukar.” Betol. dorang cakap banyak, cuba feel sendiri. dorang jeles x dapat duk oversea main salji. lalala. wallahualam

sya recently posted..no title
wooo ganah2. pelik la labu labi nie sedap2 je kutuk. agugugu
Pegawai perubatan tu tak iklas suka mengungkit bukan mengajar jgan salahkan doktor Rusia salahkan JPA dan MARA yang taja mereka tp JPA MARA x salah dia dah pilih student past track . Ayuh !! tanam di hati aku nak kerja didunia sebagai bekal diakhirat .pedulikan pengkeritik tu
GOOOOO!!!!
sedihnya…sedu sedan sampai menusuk ke jiwa raga bakul durian.
apa nak cakap – jadilah individu yang terbaik sebab buruk, baik ,bagus bukan bersifat geografi tapi dari dalam diri setiap individu
kecantikan anugetah setiap insan..hehe..kelaut komennya
Kujie recently posted..Pameran Bola Sepak Suzuki AFF 2010 Di Muzium Negara
hehe, thanks kakjie.. sebab sanggup turun ke laut.. rindu… hohohohoho
takpa.. aku kerja kat company buat jarum, ivc set, iv catheter. macam macam lagi. nanti jangan cocok orang silap tau
luth textile recently posted..Valentine’s Day datang lagi Dimanakah kita
akhirnya…ada juga luahan pelajar Russia..
akhirnya, itulah kenyataannya. Pahit utk ditelan tapi wajar diambil sebagai pengajaran.
Akhir kalam, aku doakan semua pelajar kat Russia ni…berjayalah hendaknya nanti masa HO…jadi, kenalah rajin super saiya sikit..kurangkan travel…keh3

hafizmd recently posted..Pok De dan cicak tokek…
double thumbs up!! .. tmbhn, kt sini dpt beli lens murah2.. hehe
meow recently posted..eurotrip5- Prague dan
aik, sampai macam tu sekalli dihina..
penhitam recently posted..Waiting for the SPM 2010 result
Owh, bro bukan d Malaysia ke? Jeles nih tengok org2 ddk luar m’sia…ngeee…

decrewz recently posted..Travis McCoy ft Bruno Mars – Millionaire miming
Yeah, luahan hati seorang student medic Russia. tapi betul jugak, tak semua kritikan itu betul tak. dan kadang-kadang disebabkan nila yang beberapa titik, habis rosak susu beberapa belanga. ape2 pun, good luck to u, Admin. Semoga mampu berkhidmat dengan jayanya bila pulang kelak. Amin.
Dila.13 recently posted..Nota- Contengan Dan Inspirasi
nie larh naseb2 student medic russia… kene blajar btol2 pasnie…
sabar ajela..diorang tak tahu sape sampah sebenarnya..
titan recently posted..Komisen ke 11 dari Paid-to-Promotenet
lain tempat lain lah kemudahan dan kelebihanya. munkin budak-budak dari manipal beruntung sikit sebab fasiliti dan keperluan untuk study cukup. aku dengar dapat mayat sorang satu lagi, betul ke? tapi attitude tak leh blah, ada yang kerek semacam je
keje aku sekarang ni melibatkan aku berurusan dengan HO. kalau nak pengalaman dan skill lebih tahap dewata raya, datanglah buat HO kat HKL ni.
wandisini recently posted..Dalang Di Sebalik Video Seks
asal aku rasa panas lak nie?laa kipas tak pasang, haha..lek bro..one thing jer aku nak cakap, I know you did your best..biaq p la apa orang nak cakap..diorang tak tau pon psal kite, asal nak menyibok cakap itu ini?prove to them your’re worth every penny..hehe
wallaweyhh..first time doe jumpa blog ni..best jugakk laa.tak habis lagi stalk entry-entry yang lain ni.
mudah saja la.orang yang menulis tidak pernah sama sekali belajar luar negara..orang duk luar negara baru tau takat mana malaysia tu..harap makanan ja banyak…tapi kureng byk benda lagi la….keluar laa merantau..sedangkan tanggang jugak merantau…..adess..susah laa kalau duk dalam negara saja..aku tak puas hati kes aku pon duk luar negara jgk apa….hahhah…
thank you for the support bro.. haha, thank you gak sebab singgah sini… salam kenal…
salam, wah best nye duk russia..i mean biarlah org nak ckp apa..mgkin depa buat cm tu sbb dah xdak duit kot nk hntr org pegi oversea, tu buat crita mcm tu..insyaAllah, lps raya ni sy akan ke india..dan nnti cuti nk pergi russia! sbb russia best, masuk dlm jejak rasul…insyaAllah=)
bleh2 iA..