Sep 19, 2009 - a medical student    1 Comment

Hari Terakhir Ramadhan ~~

Assalamualaikum semua, huhu.. aku tau korang smue mesti excited giler sebab hari nie hari last puasa. Huhu, tapi jangan over plak, manfaatkan hari last nie, baca Al-Quran sampai habes, taubat malam nie gak, bayar zakat, habeskan duit untuk sedekah. Ceewah, cam baik sangat aku nie. Huhu, tapi tuela yang sepatotnye berlaku. Para sahabat dulu merayakan Ramadhan dan sedeyh pabila nak raya, kita plak bajet bz nak prepare untuk raya, sampai malam2 terakhir Ramadhan nie diabaikan. Tapi aper leh buat kan? Bukannye amalan tue x betul, tapi x brapa elok. Huhu..

Arghhh!!~ Dah nak raya, jeles tul ngan bebudak junior yang sempat beraya kat tanahair. Huhu, bila dah besar, biasenye duit raya yang orang bagik besar jugak. Haha, tapi takpela, duit biasiswa jelaa jadik duit raya aku. Huhu, hajat di hati nak tunaikan wishlist taun lepas, iaitu nak beli kibod, pastue belatih main sampai jadik cam Maksim. Huhu wish tahun nie nak beli processor ngan motherboard baru pun aku rasa nak tunaikan gak tahun nie. Tapi mungkin akhir tahun kot, bila duit simpanan dah banyak nanti, yeah!!

Di kesempatan ini, sebagai orang yang bertanggungjawab mengurus blog nie, aku ingin menyusun 20 jari aku, untuk..  Aku pun tatau apa relevannya peribahasa nie. Ader orang tautak? Apsal nak mintak maaf kena susun jari ha? Simbolik untuk salam ker? Haish.. tak paham betul. Tapi takpelaa aku susun gak jari aku, untuk meminta maaf kepada family aku, kengkawan, girlfriend-girlfriend aku, pembaca, blogger sekalian. Harap segala dosa aku ngan korang diampunkan. Amin…

Tue je kot, semalam aku ader buat semi-open house kat umah aku. Hehe, maklumlaa dah duduk apartment, x main rr buat open house kat ‘common hall’ hostel. Hihi, x smue yang aku ajak, sebab tue aku cakap semi-open house. Ahaks! Senanye yang kalut nak buat open house nie sebab igtkan hari nie raya, ada rumors cakap kat Moscow raya awal sehari.. bila fikir balik, takkan Moscow yang lebih barat daripada Malaysia raya dulu kot. Haish, nielaa suara2 sumbang mereka yang dah bosan puasa. Haha!

Well, selamat hari raya maaf zahir dan tenaga batin!!~~

1 Comment

  • ijo!! nak balik rumahhhhhhhhhhhhhhh=(

30 minit aku tulis satu post, 30 saat jer untuk satu komen...

CommentLuv badge