Kali Pertama Main Snowboard kat Moscow

Assalamualaikum dan salam musim sejuk semua! Pertamanya, syukur dulu kehadrat Ilahi kerana aku masih lagi sihat bernyawa walaupun jatuh bertubi2 waktu maen snowboard. Sejahtera keatas Nabi SAW yang memupuk semangat kesukanan dalam umat tika beliau main lari-lari bersama Aisyah RA.. hehehe.

Teehee, memandangkan cuti winter nie aku tak pi mana2, terpaksa aku show-off pasal aktiviti dalam moscow jer. Korang buat2 rr jeles sket walopon takde laa ape sgt yang aku nak menunjuk2 nie.. hehe. Walaupun exam microbiology mendatang, takkan nak study terperap kat bilik jerr sepanjang cuti nie, krem laa punggung kan? So, aku dan geng2 membuat keputusan untuk main Snowboard kat bukit Nagornaya, yeah!!~

Sebab baru kali pertama main, kteorang blur2 sket kat lobby, nasib baik ade minah tak hot tapi mampu berbahasa english bantu kteorang untuk sewa2 perkakas snowboarding tue. Jadi, walopon korang tak hemsem, cubelaa berbuat baik pada orang lain. Hehe, sewa snowboard memakan duit kteorang sebanyak RM100+, minta maaf MARA, XD!!

tengah prepare pakai alatan snowboard

Lepas bersiap sedia pakai inventory, kteorang mula beraksi. Maruah kteorang jatuh merudum, sebab waktu nak naik bukit menggunakan rope lift tue pun kteorang daa failed. Sampai terseret2 naik bukit, haha! Malu jer ngan orang Russia. Tapi kteorang tak putus asa, kteorang panjat bukit ngan kaki jer… cam bodoh kan? Takpelaa, kurang sket bodoh berbanding kene seret ngan rope lift tue..

Best tak main snowboard? Best tapi sakit dan sejuk. Walaupun hanya -8 celsius, tapi angin kencang cam kentut. Dan memandangkan glove aku hilang, terpaksa aku beli glove kat kedai professional tue, kalo tak beku tangan.. habis lagi RM200+ (glove pro beb!), jangan marah MARA, XD! Sakit plak sebab kteorang hanya tahu jalan straight dan brek (which means menjatuhkan diri), so kalo ade orang jatuh kat depan, kteorang tak reti nak belok, jadi kteorang menggunakan punggung untuk brek..

Alas, kteorang happy laa jugak, atleast bleh kuar rumah buat aktiviti rekreasi yang menyakitkan.. punggung kteorang tetap krem sebab digunakan untuk membrek. Haha, alhamdulilah, sebab dapat pengalaman camnie. Dah abes crite daa.. korang tengok jelaa gambar2 nie… hehehe

punggung digunakan untuk membrek

rehat kat kaki bukit

berehat kat kafe plak!

So tue jer kot, sedeyh tul aku tak pi mana2 winter nie. Tapi mungkin ade kebaikan disebaliknya.. haha, harap korang jeles dan enjoy post nie.. jangan lupa komen, lately aku ketandusan komen sebab lama tak update blog. Sekian, wassalam…

glove yang berharga RM200

21 Comments

30 minit aku tulis satu post, 30 saat jer untuk satu komen...

CommentLuv badge