Assalamualaikum, pada suatu hari yang hening lagi pening, seorang watak utama kisah nie yang bernama Tommy tengah main game Legend of Legaia sambil pakai seluar tiga suku yang dia beli masa tingkatan 4. Ketika beliau bermain, tiba2 kawan2 beliau yang hodoh2 belaka ajak beliau main futsal kat gelanggang futsal. Huhu, tanpa sebarang kemusykilan, keraguan, ketidakpastian, dan kerang, beliau terus menerima ajakan tersebut, “bagai kera diberi hadiah bunga”.

Lepas balik main futsal tanpa score satu gol pun, kawan2 beliau yang busuk berkerumun dalam bilik beliau, “Bagai lalat dengan faeces” tapi kali nie lalat tue lagi busuk, serius. Satu kawan beliau yang tak bernama Murbeanne bertanya, “wahai Tommy, dimanakah hard disk yang telah engkau pinjam tempohari?” Lalu Tommy menyatakan bahwa beliau tatau dimanakah gerangan harddisk tersebut. Murbeanne terus bengang, dan tidur tanpa mandi pada malam tersebut.

Uji daya penaakulan anda, siapakah suspek dalam kes ini?

  • Tommy : Watak utama, hemsem. menyatakan bahawa Murbeanne telah mengambil hard disk tersebut sebelum main futsal, dan beliau kata beliau tak pernah sentuh hard disk tue, last skali beliau tengok hard disk tue kat atas CPU beliau. Ada bukti alibi sebab g main futsal.
  • Murbeanne : Pemilik hard disk, hemsem sket2. Menafikan pengambilan hard disk tersebut daripada Tommy, beliau juga menyatakan bahawa last sekali  beliau nampak hard disk tue kat atas CPU Tommy. Juga ada bukti alibi.
  • Yenn : Jiran sebelah yang tak gi main futsal,  jauh sekali ngan hemsem. Main internet di bilik Tommy sejurus selepas Tommy dan rakan2 bertolak pergi main futsal. Beliau menyatakan bahawa beliau tataupun camner rupa hard disk tue, dan beliau cakap sepanjang beliau main internet, takde sape2 pun yang masuk bilik amek @ mintak hard (bilik Tommy). Tiada bukti alibi
  • Mus’ab(domen tough) : Orang yang paling lewat bertolak pergi main futsal. Ader rupa manusia rr. Berada di bilik Tommy ketika bersiap2 nak pergi main futsal. Ketika beliau keluar bilik, beliau berselisih dengan Yenn. Tapi beliau menafikan diri beliau sebagai suspek, dan beliau juga menyatakan bahawa last skali nampak harddisk kat atas CPU Tommy. Bukti alibi tak kukuh.
  • Fareez : Bukan orang gay, tak pergi main futsal, macho gile siot!! Main game DotA kat bilik Tommy sebelum geng2 futsal bertolak pergi main. Juga menyatakan bahawa beliau nampak last hard disk tue kat atas CPU Tommy. Tiada bukti alibi.

So, sekarang siapakah yang mungkin mencuri @ terambil @ terlupa letak hard disk Murbeanne tersebut? Apakah segala misteri telah dibongkari. Demi tidak mencemar nama datuk korang, adakah korang mampu menyelesaikan kes ini?

segala misteri telah dibongkari!!

Hard disk jatuh dari CPU, dok celah2 katil… 2 hari aku carik hard disk tue dalam keadaan bimbang… 2 hari Mubean takleh buat ape2 ngan lappy dia… Alhamdulillah… bleh aku start blogging balik, dengan aman… Wassalam…

Share

Mungkin korang tak baca lagi...

  • No Related Post