a medical student
11 Comments MUSE Live @ Moscow – Olimpiski Arena
Assalamualaikum dan salam sejahtera, pertama sekali syukur ke hadrat Ilahi sebab mengurniakan peluang kepada aku untuk belajar sampai kat bumi Russia. Kemudian, selawat juga kepada kekasih Allah SWT, Nabi Muhammad SAW yang pernah berhijrah satu tika dahulu, demi menegakkan Islam tercinta.
Pertama sekali aku tanak mintak maaf sebab lama tak update, sebab memang aku malas, kalo asik mintak maaf jer mesti bunyi cam fake jer admin nie. Well, aku sibok ngan exam lately, dan Alhamdulillah, walopon ader sesetengah subjek kena repeat, lepas musim exam aku dihidangkan dengan satu bentuk reward yang tak terkata kebestannya! Apekah kebestan tersebut? Anda ingin tahu? Baca sampai habis pastue komen, kalo tak komen takyah singgah dah sini!!
Muse Live @ Moscow – Olimpiski Arena
Wowowowow!! Haha, yup! Aku pegi tengok konsert MUSE buat pertama kalinya pada 22 Mei haritue (semalam ke?). Seminggu sebelumnya pun aku dah excited daa, walopon exam kena repeat secara bertubi2, tapi rasa excitement in anticipation tue tetap takleh hilang. Tue pasal tak fokus study!
Well, since nie first time aku pegi konsert, konsert MUSE plak tue, band faveret aku, tiket yang ditibai oleh aku berupa seat yang agak mahal dan tidak bertauliah. Maklumlaa, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ketiak. Wahaha, pastue komplen MARA bagi duit sikit! Cheh, dasar anak biskut! Tapikan, tiket nie dibeli seblom gawat melanda para pelajar Moscow, so takleh tuduh aku nie boroslaa, aku berbelanja mengikut keadaan semasa, hoho! Okeh sebagai “gambar penjeles pertama” tengok tiket dulu, kikikikikiki..

Hari konsert tue, dari pagi lagi daa semi-orgasm badan aku, siyes tak tipu. Bangun awal walopon cuti, pastue sibukkan diri dengan kerja2 bermanfaat supaya masa yang terluang di konsert pasnie ada compensationnye. Pastue pakai smart2 nak pegi konsert, walopon muka takleh nak ubah, tapi atleast aku pakai baju yang agak smart. Pastue pegi awal sejam. Sebelom pegi semayang Asar dulu, mintak doa selamat tanak berlaku masalah2 teknikal ngan tiket. Pegi naik metro, bila dah sampai ke stesen yang dekat ngan tapak konsert, jantung aku dup dap dup dup cing cing cakdebok! Macam nak dating, siyes ketar lutut dan jugak protein dalam sluar.


Orang beratur 100 meter lagi dari stadium (tempat konsert tue), aku mengambil jalan mudah dengan memotong secara innocent, buat2 nak amik gambar, pastue tetiba beratur masuk line. Sibbaik pakai smart, gadis yang duk belakang aku merelakan sahaja diri beliau diambil kesempatan oleh aku, hoho. Pastue beratur adelaa dalam 30 minit. Tunggu plak dalam 30 minit dalam stadium sebab diorang punye teknikal team tengah prepare gig dan instrument serta effect machine dan bla3… tiba-tiba lampu gelap……
Setelah amik kesempatan berkentut, lampu pun cerah kearah pentas, ada 3 orang mamat yang perform, tapi bukan Muse, The Scientist!! WTFGHIJ?? Dahlaa diorang perform dalam 7 lagu.. lama nak pengsan. Tapi takpelaa kan, sebab MUSE nie pun satu band yang bertauliah serta mesra alam, diorang bagi peluang kat band2 kecik untuk buat intro kat konsert diorang. 7 lagu tue lama, byk mamat Russia yang tension, pastue jerit2 “davai, Muse!! blyad!”… aku pun marah2 gak.. tapi tak laratlaa nak marah, 45 minit tunggu seyh.. pastue barulaa lampu gelap balik..
Pastue, satu spotlight cerah, pufff nampak Dom kat drum… pastue gelap balik… pastue satu spotlight cerah, puff nampak Chris ngan bass… pastue gelap balik… pastue satu spotlight cerah, nampak Matt kat mic… orang jerit cam gila2 daa masa tue. Aku pun jerit cam pompuan gak, haha rasa malulak.. ade patut laki tengok laki pastue jerit2? Cam gay pun ader, tapi takpelaa, aku tak rela kontrol macho depan orang ramai sedangkan perasaan yang perlu diluahkan dalam hati tue terabai. Pastue aku jerit2 lagi.. hahahaha.
Pastue kan, kalo aku nak crite satu2 dari awal sampai akhir, patah laa jari menaip. Takleh korek hidung daa pasnie, korek telinga pun.. So, aku bagi ringkasan.
Kehebatan Muse Malam tue..
Korang tau tak Muse nie ‘Best Live Performing Band’? Hehe, aku rasa memang gelaran tue layak diberi. Nie kesimpulan yang paling ringkas bleh aku bagi.
Persembahan yang flawless - Vocal Matt memang takleh lawan, samada sebijik cam dalam recording, atopon better lagi. Pastue bab2 music dari instrument diorang, pun flawless gak, walopon ade sesetengah sound effect yang diorang takleh buat sebab 3 orang jer ahli (contoh cam Undisclosed Desire). Tapi lagu tue tetap best… Paling best bila masing2 showcase skill masing2. Haha, penah ade satu part Dom goreng drum bila Matt tengah rehat. Pastue ada Chris main harmonica lagu yang ala2 horror. Matt plak banyak gak goreng gitar waktu interval antara lagu2..
Effect yang superb – Lighting memang orgasmic, kelip2 ikot rentak drum, pastue laser plak silang menyilang.. lawa gila.. dahlaa aku dok seat yang agak atas, bleh nampak semua efek diorang. Pastue lagi epic bila waktu lagu Plug in Baby, ada belon2 kuar kat tepi.. wakakka… yang paling best bila daa last.. laser hijau silang menyilang. Secara luckynye memory card aku dah takde space nak rakam video.. So aku amek gambar jer.. haha, tengok2..

Fans yang pandai Synchronize – Tabik fans2 sekalian, yang tua2 pun ingat lirik, kekadang sesetengah lagu yang aku tatau pun diorang hafal gak lirik. Macho gila orang russia walopon diorang tak suke cakap omputih. Paling epik bagi aku adalah waktu chorus 1st lagu Starlight, Matt senyap, pastue satu stadium nyanyi chorus.. unison beb! Tapi masa tuelaa kamera nak overheat plak! Aiseyh, banyak masalah betul. Bleh tengok video tue kat bawah nie. Pastue banyak lagilaa yang epic, waktu verse lagu Starlight pun diorang pandai gak buat gaya ala2 kapalterbang, kekiri.. pastue kekanan secara uniform.. pelik gak aku, mane diorang tau nak joget camner arh? Dah plan awal2 ke??

Perasaan Aku Malam tue…
Penat, balik aku tak cakap banyak ngan roomate, tak crita2 pun. Bagi aku, memang puas tahap dapat girlfren yang korang stalk 4 tahun. Hoho, aku pun macam taknak cite sangat kat orang lain apa yang berlaku malam tue, (tapi cite kemain lagi kat blog!) sebab tak perlu nak menunjuk2 supaya orang laen jeles, tak perlu dapat approval daripada orang yang tak pegi bahawa konsert malam tue memang awesome, sebab aku sendiri tau… yang konsert tue memang best… heehee

Nak sambung render video2 yang dirakam semalam, sekian Wassalam…
PS: Jangan nyanyi kuat sangat bila pegi konsert, nanti kamera tuecapture sore korang, bukan sore penyanyi tue.. adusss… silap betul aku.. hahaha..
MUSEEE!!!!!siot ko bertuah punye badan dapat g konsert Muse..jelesss!!haha..sedangkan tengok video live performance diorang pon aku dah dapat rasa the awesomeness tue, inikan pulak g kosert live diorang..bile nak buat kat Msia?!!ending song apa?starlight ke?
arrizz recently posted..5 aktiviti menarik dilakukan sempena cuti!
haha, ending song Knight of Cydonia.. hoho.. memang best konsert diorang, siyes kalo ade kat M’sia ko kene pegi tak kire mahal cane pun.. hohoho
wajib! live performance diorang memang terbaik..kalah mana2 artis..aku suke tengok lighting diorang yang serius tersangat2 cool..tambah ngan vokal matt..perghh..tak tau nak cakap apa..oo knights of cyndonia..one of my favs..suka masa dia bawa kat wembley dulu..
bestnya dapat gi tengok konsert museee!!
sayacomel recently posted..Comel Sangat – Gambar budak bertudung yang old skool
Gereyweh.. Dengar sogho ijo jah nyanying.. Dohla seghok.. Gerem..
seghoklaa sebab seblom tue byk doh nepik.. huhuhuhu
Haha band faveret gua ni, minat masa lagu Time is running out keluar, tapi masa diorang buat konsert kat malaysia tak pergi sebab takde duit n takde geng
sebenarnya gua tak pernah gi konsert mana² artis pon hahaha, insyallah lepas ni akan pergi untuk kali pertama
Ramai giler orang kat konsert tuh. Mesti best boleh pegi konsert live neh. Kak ijan pun tak pernah merasa. Tp kalau nak pegi tak pegi konsert rock kot. muahaha….. doa lepas sembahyang tu yg tak tahan tu.. hehehe.
sakit plk mata tgok video tuh huu..bro skli terhinjut2 ker heeeee
tulisan kat tiket tu langsung tak faham. berdasarkan cerita ko tu. aku dapat rasa ke-best-an konsert tu.
wandisini recently posted..Kawasan Rukun Tetangga
haha, semua tulisan dalam bahasa russia.. tue pasal tak paham..