May 4, 2011 - a medical student    14 Comments

Piknik Survivor Moscow 2011!!~~

Assalamualaikum dan salam musim bunga. Syukur ke hadrat Ilahi SWT yang menghijaukan dedaun kat pokok bila aku bangun pagi tadi. Tekejut gak, semalam semua daun kuning lagi, harinie daa kuning da.. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang menyampaikan cerita tentang kewujudan Sang Pencipta, sekaligus memberitahu penulis bahawa daun tue hijau sebab Allah SWT, bukan sebab tupai yang cat..

Sori lama tak update, sebab kebelakangan nie aku dibizikan dengan rehlah dan picnic, maklumlah dah masuk musim bunga, tapi takde bunga cuma ader daun. Tapi tue pun dah cukup untuk mengindahkan bumi Moscow nie. Dan dikesempatan keindahan yang dianugerahkan nie, bebudak Moscow secara rakusnye merancang program2 seperti piknik, piknik, piknik, dan terjun kapalterbang. Aku tanak cite banyak pasal rehlah, sebab aku tak bawak langsung makanan walaupun ianya majlis ‘potluck’. Aku bawak setin air Redbull jer, tue pun aku tibai senyap2 waktu balik. Haha! Tapi pasal piknik nak cite, sebab aku banyak memainkan peranan.

Picnic Survivor Moscow 2011

Olelo lelo lelo lelaaa leleloo lelo lelaaa lelelooo lelo lelaaa lelelooo lelo lelaa lelelooo… (music intro survivor)

Yup! Kali nie kteorang piknik ala2 survivor sket, berlokasikan hutan lipur Kakhovskaya dan bertemakan bbq. Tak main daa bawak makanan yang dah siap dari rumah, noob arh pakai dapur api nie. Kali nie, ayam dan daging yang kteorang bawak tue dibakar secara manual menggunakan teknik “membentangkan dawai besi sejarak sebata diatas arang, kemudian dibakarnya arang tersebut sehingga jadi bara dan keluar bahang2 yang mampu memanaskan ayam yang ditinggalkan bergelimpangan kat atas dawai besi terdahulu”, aka “bbq”. Hoho! Kteorang guna kayu api jer untuk masak2 dan panaskan badan, sibbaik tak pakai bikini jer, kalo tak memang survivor habes!

bbq rig noob version

bbq rig pro version

Sebenarnye kteorang piknik skali ngan bebudak India, tapi oleh kerna keracistan yang ada pada diri, lokasi piknik kteorang dipisahkan ngan satu sungai kecik. Hoho, tapi takdelaa racist sangat sebab kteorang saling bertukar makanan seperti cupcakes, puding roti, butter, bbq set dan bla3. Tapi racist gak senanye sebab aku tak amek langsung gambar diorang kat seberang sungai tue, hoho tapi diorang amek lak gambar kteorang, teehee!

Piknik kteorang berlangsung dari pukol 12 tengahari sampai 5 petang. Kteorang makan, main api, makan, duduk2.. basically takde pun aktiviti yang extraordinary. Cumenya masa bakar ayam tue, aku ade masalah pundi kencing tak bermaya, potong line betul. Terpaksa gi panjat bukit tinggi2 pastue buang air dalam suasana tidak tenteram sebab takut terserempak ngan orang masa tengah siram pokok ngan air kuning. Haha! Suspen wei, masa siram pokok tue, kena tengok kiri kanan, pastue kena berhati2 takut tersalah siram kasut. Hahahahahha! Erm, tue jelaa kot benda yang extraordinary yang berlaku.

Korang tengok jelah gambar2 nie, mungkin bleh jeles2 laa sket2.. hoho..

 

antara daging-daging yang dipanggang

kanak-kanak russia istimewa

kasut yang terselamat

makan makan

kami sekumpulan

gambar backstreet boys

Pastue kteorang pun balik, banyak makanan yang tak habes. Sepatutnye kteorang ajak group satu lagi cam taun lepas, kalo ade diorang mungkin taklaa banyak sangat makanan yang lebih. Sebelom balik tue, semua nak singgah kat hostel budak pompuan jap, sebab semua ader masalah pundi kencing tak bermaya gak! Haha! Bajet betul, mesti diorang tahan kencing masa bakar ayam tue, masa nak balik baru tau! Haha, tapi aku pun singgah gak hostel budak pompuan, pundi kencing aku noob laa.. zzzzz..

Tue jer kot, pasnie aku update blog ngan post yang heavy2 sket.. hoho, time kasih kepada yang setia mengkomen, appreciate sesangat.. Sekian, Wassalam…

 

14 Comments

  • dahsyat nih. siap asingkan orang lain ke seberang sungai. hehe.
    Hamdi recently posted..Hamdi on TumblrMy Profile

  • fuh.. memang best! jeles2.. hehe

  • hehee..dah laam tak berpiknik..
    sayacomel recently posted..Comel Serius – Bila bayi mula mengganasMy Profile

  • X sdap apah isi blog nie (provoke2).. Xdop isi.. X gempak mace DSLR rituh.. Hahaha.. Wak lawok patuh x lucu.. Prase soghe admin nih.. Doh la pesbuk xdop oghe komen.. Kuakuakua..

    • gerenyoh!! tapi hok dslr rituh sedak deyh? hahahahha.. keno sokmo buat kontroversi laa gini..

  • nak panggang ayam, peram dulu bro ngan rempah2nya..baru sedap..huhuhu

  • ooo patut lama tak teguq aku.wahaha
    syahrilhafiz recently posted..Semakan Keputusan Permohonan ke IPTAMy Profile

  • Bestnya… Aktiviti memang sesuai sangat bila exam dah abis. Sebab boleh hilangkan stress.
    shaharil recently posted..Coretan PBKAL 2011My Profile

  • serius kelakar…hahaha
    dayana recently posted..Dinihari PagiMy Profile

  • Gambar cover album bsb yg tak tahan tu. daun kering bersepah.wakaka…. :D
    Bbq jangan tak bbq… kt sini pon tahap2 piknik tepi tasik air kaler coklat je lah. takde nye nk pantai cun melecun.
    kak ijan recently posted..Chicken- Thai Peanut Sauce and Happy Mother’s DayMy Profile

  • Weh buat blog br laaaa…

  • gambar rumput tu smart.
    norain ishak recently posted..Inginku TerbangMy Profile

  • Ayam tu korang beli kat pasar ke sembelih sendiri?

  • backstreet boy satu kumpulan yg amt d gemari masa bljr dulu

30 minit aku tulis satu post, 30 saat jer untuk satu komen...

CommentLuv badge