Assalamualaikum, huhu setelah sekian lama aku tak berbloggin, akhirnya aku decide untuk continue balik sebab takde kejer nak buat kat umah. Hehe, kengkawan ajak pi Singapore aku x sihat, nak amek lesen dah lewat daa, nak main badminton dah takde org kat kampung aku, main dota pun aku slalu dok top.. sob3.. hidupku dari hari ke hari, sama cam kat Russia.. takde life.. Tapi bezanya ialah selsema, huhu kalo kat Russia bersin pun jarang2, kat M’sia dah dekat 3 minggu aku dok demam, selsema, sembuh, cirit-birit, demam balik, selsema balik.. huhu nak kata kena  H1N1 pun tak. Tapi takpelah, sebab maut tue memang dekat dah..

Huhu aku masih lagi teringat2 memori kat Dubai, sebab time jalan2 aritue aku demam, so byk yang aku miss, tension!! Kengkawan aku pun cakap aku lain macam, x aktif, x ceria, hemsem lagi tapi. Hihi, walaubagaimanapun (ayat skema), aku tanak membiarkan memori tersebut membeku jer, so aku story laa sket lagi.

Hehe, korang kenalkan Power Rangers2? Kalo tatau camne Power Rangers nie bleh wujud, bleh baca post2 aku yang lepas. Rite, arinie aku nak memperkenalkan beberapa wajah baru dalam keahlian PR nie.

  • Nadhir the Spokesman – seorang yang pro main dota, hero faveret adalah Puck. Memakai seluar skinny kadang2, berbadan slim dan agak hemsem. Tapi fungsi sebenar beliau dalam PR adalah sebagai orang yang selalu tanya direction dan deal negotiator. Pernah marah kat Minah Dubai sebab tanak bagik pinjam kete, dan jugak pernah memperbodohkan Minah penjual Dubai dengan menyamar menjadi orang Filipina.
  • Yen the Storyteller – Mempunyai kebolehan mendengar lagu sambil baca lirik menggunakan Itunes. Lagu faveret beliau adalah ‘I Kiss a Girl’. Beliau juga mempunyai sehelai seluar jeans skinny dan baju topman berjahit senget di bahagian belakang. Berfungsi sebagai seorang yang bagitau cerita tentang tempat yang kteorang pegi. Takyah tour guide, beliaulah yang bagitau kteorang kenapa Dubai bina byk2 hotel, camner Dubai nak handle kehabisan minyak, target marketing Dubai, bla3.. Seorang sidekick Nadhir yang setia.
  • Mus’ab the Safekeeper – Nama beliau adalah singkatan kepada ‘Muscular Abdomen’. Seorang yang berambut kerinting tetapi seksi habis! Tak suka pakai seluar ketat2. Fungsi beliau adalah sebagai financial advisor kteorang. Menegah kteorang membeli air yang berharga RM6 hihi, pastue mintak2 plak ngan orang lain. Mempunyai wang simpanan yang cukup banyak.
  • Grayson the Oracle – Seorang student medic sejati, pernah ditahan di airport kerana overload luggage dengan buku Atlas Anatomy volume 2,3,4. Seorang yang menjadi pemberi peringatan untuk study betul2 ketika kteorang tengah syok jalan2. Beliau merupakan pelajar contoh yang membawa prinsip, ‘dimana ada student medic, disitu ada buku’. Basically berfungsi sebagai knowledge database kteorang.

Huhu, kat Dubai aku tanak cite panjang, sebab dah tak bape ingat. Tapi masa sampai kat KLIA tue aku ingat lagi. Mula2 kteorang lepas camtue jer kat medical checkup sebab flight kteorang dari Dubai, kalo dari US ke Canada ke, memang diorang takkan lepas dari kuarantin. Hihi, setibanya di arrival hall ramai gila orang tunggu. Hihi, rasa cam bangga gila, cam crita hindustan. Tapi takde oranglaa sambut aku, ade tue yang abang dia mari amek, awek dia mari sambut (nyampah!), pastu aksi peluk memeluk bermula. Kteorang sehari tak mandi, akupun balik naik KLIA Transit, ader yang singgah burgerking dulu.. huhu, saat tuela bermula perpisahan team PR, farewell.. sekian wassalam, aku nak tido.. hihi dah pkol 8 pagi baru nak tido!

Share

Mungkin korang tak baca lagi...