Assalamualaikum and salam sejahtera. Lama tak jumpa korang, semoga semuanye sihat walafiat. Hehe, sori sebab lama menghilangkan diri daa lama tak jenguk blog2 org lain, dah lama tak singgah kat onemanga, dah lama tak DotA. Semua benda nie termasuklah duit biasiswa MARA terpaksa dikorbankan untuk melihat keindahan ciptaan Dia kat bumi Europe. Hehe, mantapnyer ayat, padahal nak enjoy sakan, XD! Tapi InsyaAllah ada pengajaran dan gak teladan yang aku dan kengkawan dapat amik dari penjelajahan kali nie. Hohoho..

Aku tanak citer lagi pasal jengjalan, leteyh kalo nak story smue. Just nak bagi stripteaser trailer dulu supaya keluar air2 yang membatalkan air semayang hehe. Pastue just nak introduce dulu keahlian baru Power Rangers tahun nie. Hoho, kalu nak tau lagi pasal PR nie, korang bleh rujuk post pasal eurotrip season 1 dulu.. hehehehe

Anyway tahun nie kteorang mengebom 4 tempat secara rasminya iaitu Berlin, Stockholm, Amsterdam, ngan Brussel. Walopon kteorang singgah gak jap kat Eindhoven ngan Riga, tapi tempat tue kteorang rehat, tak pi jenjalan sangat, tak berbaloi nak bom pun, resakse kecik lagi kat situ. Letih dan seronok silih berganti bagi PR, dengan gandingan ahli2 baru dicampur ahli2 lama yang level up sampai jadik hokage, perjalanan kami menjanjikan keseronokan seperti mengorek telinga atopon makan maggi secara curi2 daripada adik kte.. heehee. Neway, nie keahlian baru..

  • The Strip Trip Artist, hohoho kalo dulu beliau selalu diperhambakan untuk amik gambar, dan gambar beliau sendiri byk yang blur. Tapi kali nie beliau memainkan peranan agak penting dengan menyelesaikan kerja2 tiket-meniket nie. Flight? Hostel? Bas? Semua tiket beliau tibai habis-habisan. Dan Alhamdulillah, segala yang diplan tue Dia realisasikan.. hohoho
  • The Pathfinder, walopon jawatan xberubah, bukan bermakna Power Rangers nie tak naik level. Tapi ini menunjukkan bahwa takde yang layak mengambil peranan beliau. Memang tepat dan jitu dalam membuat keputusan, mempunyai ingatan kuasa kuda jantan yang pegi gym! Khatam semua map metro! Memang nobody nobody like you habes!
  • The Dealbreaker, beliau gemar mengambil gambar ngan tiang lampu dan kerusi kayu kat tepi2 jalan. Tapi bukan daya gimik ini yang ingin diketengahkan. Kehebatan beliau terserlah pabila beraksi dengan pakcik dan makcik menjual souvenir, harga yang paling mahal mesti dia dapat! XD!! Ini menjimatkan duit dan masa kteorang untuk survey2 souvenir murah.. heehee
  • The Interpretor, English, Ruski, Arab, Korea, Jepun, China, Tamil? Ape lagi? Semua bahse beliau dah bedah. Dilahirkan di Wales bersama package multilanguagic tongue. Power Rangers yang amat unik. Hoho, menjadi tukang tanya dan tukang cakap bagi pihak kteorang. Dan gak pemegang tiket kteorang dan disayangi kerana sebab tersebut.
  • The Reminder, kali nie beliau muncul bersama bakat mengambil gambar menggunakan DSLR. Semua benda dibokehkan beliau. Kerap kali sakit belakang dan melalak di jalanan. Tapi sifat suka memperingati beliau tidak pudar dalam hati. Selain gilfren, passport dan wallet kteorang sentiasa bersemadi di kepala hotak beliau.
  • The Traverser, walopon masih lagi baru dalam keahlian. Tapi mempunyai pengalaman dalam berulang ke Nizhny dan Moscow. Pengalaman ini terbukti berguna bagi kteorang ketika bersemayam dalam keteapi selama 18 jam dan gak waktu bawak luggage. Tiada satu luggage pun terlepas dari pandangan beliau. Mempunyai daya penglihatan mikroskopik terhadap luggage dan gak pompuan cantik.
  • The Endurer, seorang pelajar MinDef yang cuba dibaptis oleh bebudak MARA. Hoho, memainkan peranan yang pelbagai seperti bodyguard, pemikul luggage berat, DSLR-er, the wing Interpretor dan lain2 lagi. Mempunyai kisah2 menarik yang menjadi side dish kteorang waktu dinner seperti cerita pasal ‘harimau berantai’,'runner’, etc.

Hehe nie plak stripteaser image yang aku memain ngan photoshop tadi. Hoho, kalo nak cite pasal semua tempat aku pi, tak muat dlm satu post. Nanti lenkali cite. Tapi apa yang penting, cuti dah habis. Study kene start balik, dan komputer serta blog yang ditinggalkan waktu eurotrip dulu, akan aku belai baik2 semula.

Sila klik untuk gambar lebih besaq, XD!!

Semester 2 nie agak rilek sket, sebab jadual tak padat. Moga2 ianya dimanfaatkan sebaiknya, goodluck untuk semua kengkawan dalam pembelajaran mahupun blogging atopon paper yang korang buat. Asalkan baik, heehee.. klah, esok ader Subjek Surgical Care, hoho bleh rilek2 sket. Nak main DotA luuu, untuk cite dengan lebih detail pasal Power Rangers dalam Eurotrip 2.0 nie, jangan ketinggalan post yang akan datang! Sekian, wassalam!~~

Share

Mungkin korang tak baca lagi...