Assalamualaikum, ya Allah, semoga kami semua sihat dan dijauhkan dari sifat2 pemalas dalam diri kami. Huhu, jadual 2nd sem aku memang seriously relax. Esok takde klas, just lecture. Peluang relax sebegini menjadikan aku gemok, duk bersandar kat depan pc sambil tengok movie 24 jam, tak movie aku maen dota. Adeyh, takutlaa cenggini. Tapi takkan nak salahkan jadual kan? Hik3!

Rite, berdasarkan tajuk, aku rasa takyah explain bebanyak. Kalo tulis panjang2 bukan korang baca pun, hampeh tul. So, gaya penulisan untuk eurotrip 2.0 akan berbentuk padat dan ringkas. Heehee, tapi aku dah letak bebanyak gambar, supaya korang jeles sket. XD!

Kteorang menetap kat ‘The Generator Hostel’ kat Berlin. Memang direkomen kepada sesiapa yang tak pi Berlin lagi, sebab hostel tue murah, dekat ngan metro and banyak facilities. Swimming pool ngan bar pun ader. Tapi sape nak mandi time winter kan? So, kteorang skodeng jerlaa.. haha! Tandas x becampur, (aww dammit), tapi cuci dan banyak bilik, takyah bratur kalo pagi2. Hehe, 1st day kteorang dah hilangkan satu2nya sabun yang dibawa untuk eurotrip. Ade sorang budak tue tetinggal sabun dalam bilik air. Pagi esok, tengok2 makcik cleaner dah curik, ish! Korang leh bayangkan untuk hari2 seterusnya, camner kteorang mandi.. hehee

Senanye kteorang tatau sangat nak pegi mana kat Berlin nie. Maklumlaa semua sengal, sampai dulu baru nak plan. Last2 kteorang ikot free tour jer.. Haha, tapi kena bagi tips gak! 1030 pagi, kteorang tunggu kat lobby hostel, sebab katenye orang free tour tue akan datang pickup. Huhu, tapi kteorang terlewat, mamat tue dah blah. So secara independentnya kteorang bertolak ke starting checkpoint of the free tour of the biskot.

Hehee, kat checkpoint pun dah nampak landmark  Berlin cam gate besar tue, hotel Michael Jackson, Starbuck (simbol Berlin ke?) dan lain2 lagi. Tapi unfortunately tahun nie, Berlin dimurkai cuaca. Mengikut kate brader tour tue, winter nie agak sejuk sket. Hek, dan memang sejuk, lagi sejuk daripada Moscow, jari kaki, jari tangan dan jari yang ‘tue’ memang wajib kena frostbite. Tapi takpelaaa jalan2 punye pasal, kteorang menderitakan diri untuk ikot brader tue jenjalan. Nie antara tempat2 yang kteorang pergi.

Pastue kteorang sampai kat satu square nie. Cam Krasnaya Ploshid gak, ader banyak bangunan cantik2. Dan yang menarik adalah, semua bangunan2 kat sini didesign oleh orang yang sama. Name dia aku x ingat, tapi semua bangunan dia akan ader statue manusia kat atas bumbung. Hoho..

Alas, tour kteorang pun habis setelah 4 jam bejalan kaki. Tapi part last tour tue paling best, bukan sebab brader tour tue dapat tips (kteorang bayar 20 euro untuk 4 orang, group Muruga bayar 1 euro sorang??!! Kedekut nak mampos!), Tapi sebab story brader tersebut berkaitan penyatuan German barat nga timur, korang tautak camner?

Hehe, secara ringkas, pengumuman penyatuan 2 bahagian German nie sebenarnye dilakukan oleh seorang setiausaha yang Noob. Disebabkan mamat setiausaha nie hanya ditugaskan untuk bcakap mengikut skrip dalam press conference, beliau memang blank, tatau pemende nak jawab. Last2 bila dipush dan didesak oleh jurnalis, dia secara sewelnya cakap malam nie barat ngan timur dah takde, German daaa jadik satu. Pastue belakulaa huru hara malam tue kat Berlin wall, dan selepas tue, korang pegi Wikipedia, aderlaa lagi pasal cite2 ni.. aku malas nak tulis pepanjang. Tapi siyesli, memang menarik gak sejarah Berlin sebenarnye.. heehee..

Pastue balik umah, makan nasik lauk red beans. Tido tak igt dunia. Keesokannya adalah hari shopping!! Seperti biasa kalo jenjalan mestilaa Hardrock ngan magnet peti sejuk jadik serbuan!  Hardrock memang tersembunyik gila, agak lama rr kteorang nak carik kedai nie. Hoho, tapi waktu jenjalan tue nampak gak satu church yang kena bom. Tapi diorang tak baiki church tue sampai skang. Katenye nampak cantik cenggitu, dan jadik tourist attraction.

Habes membeli, kteorang balik dan packing untuk bersiap sedia ke stockholm lak. Secara kesimpulannya, berlin nie tak best kalo hanya dibaca di blog. Tengok gambar2 saje pun tak best gak. Bagi aku Berlin nie menjadi mantop pabila korang dengar sejarah dia, dan pegi tempat2 bersejarah tersebut. Hohoho, cerita pasal penyatuan German tue memang terbaik. Kalo nak bandingkan tempat2 cantik, Prague lagi best. Tapi Alhamdulillah, kteorang sampai gak Berlin. Berikut adalah review aku. Sekian, wassalam..

  • Scenery (3/5) Tak selawa Prague, bangunan diorang agak moden dan takde bangunan2 yang macam istana tue.
  • Tour (3/5) Mungkin sebab sejuk kot. Tapi selain tue aku tak suke sebab tempat2 menarik diorang tak setompok. Kena jalan jauh2, ish!
  • Expenditure (4/5) Huhu, tak mahal sangat, harga average cam kat Moscow. Kalo korang rasa keberatan nak membeli pakai duit Euro, cuba convert kepada Rubles, last2 harga sama mahal jer..
  • Babes (2/5) Haha, sori kalo xberkaitan. Tapi gadis2 ayu kat sini tak ayu sangat. Kalo korang dari Moscow, akan rasa frustrated.

Mungkin korang tak baca lagi...