Assalamualaikum semua, Alhamdulillah sihat. Oleh kerana aku sekarang tengah sibuk ngan final exam, aku mintak sori sebab jarang update blog. Huhu, dan harinie, setelah aku berjaya lulus peperiksaan bahse Russia dengan kaler terbang, baru aku rasa selesa sket nak menghadap komputer aku, dan menulis entri baru untuk para pembaca sekalian.

Rite, kte sambung balik crita PR haritue. Setelah diorang lewat bangun subuh dalam train, PR bersiap sedia memberus gigi, mencuci muka, memicit jerawat, mengorek lubang hidung sebelum berjumpa dengan PR Nizhny yang bakal menjemput kteorang kat stesen. Maklumlah, jumpa PR planet lain kenalaa hemsem2 sket masa turun kapal angkasa, betul tak? Huhu, setibanya kteorang di stesen tersebut, kteorang disambut oleh sorang jer PR, tuepun pompuan, PR2 laki lain tak bangun lagi, hampeh tul. Tapi kteorang tak kisah, sebab PR pompuan tue lawa, dielaa yang bawak kteorang sampai ke hostel PR2 Nizhny, kteorang tak sempat tackle dia sebab takut die report kat HQ Nizhny.

Huhu, kat hostel takde byk sgt crita, sebab aper yang PR2 buat basically adalah makan, tidur, makan sket lagi, pastu g solat jumaat. Huhu mantap tak? Walopon musafir tapi PR2 sekalian memang alim dan warak mutawassitah, semayang Jumaat memang tanak lepas, hihi sebab diorang pun nak feel solat kat masjid Nizhny, yeah!  Dan selepas segala kewajipan telah dilaksanakan, barulah sesi membanteras penjenayah2 di planet Nizhny bermula.

Guess what? Tempat kuasa jahat pertama yang PR serang adalah satu kedai sushi kat shopping kompleks kecik kat bandar Nizhny. Shopping kompleks Nizhny memang setahap ngan kedai Produkti (runcit) tepi jalan jer kat Moscow. So kuasa jahat kat sini takder rr kuat sangat, PR2 Moscow lawan penjahat2 sushi sambil korek telinga ngan cotton bud jer, leceh, piece of cake, taking candy from a baby, dan pepatah2 lain yang stylo. Tapi aper yang berbeza ialah, kteorang lawan penjahat bukan guna pistol, tapi chopstick, iaitu senjata khas untuk melawan makhluk sushi yang menyalutkan diri mereka dengan kicap masin dan jugak wasabi, hehe. Walopon wasabi pedas sampai berpeluh lubang telinga, tapi PR2 Moscow tetap macho melawan makhluk2 sushi sekalian.

Selepas perut kteorang boroi, sasaran seterusnya adalah.. erk, dah lupa nama tempat tue. Tapi aper yang pasti tempat tue ader statue, yang duduk kat pinggir bukit tebing atas Niznhy. Huhu, untuk pengetahuan korang bandar Nizhny nie ader dua tebing, tebing bawah adalah kawasan perkilangan, tebing atas untuk tempat penduduk Nizhny hidup dengan aman sambil sedut asap kilang. Huhu, dalam 15 minit naik bas, kteorang tiba di tempat statue tersebut. Huhu, kteorang tak tengok pun statue tue, pegi mampos rr, sape nak tengok ko? Tapi aper yang menarik ialah pemandangan dari tempat tersebut. Sebab kteorang bleh tengok seluruh tebing bawah dari tempat tue. Memang lawaaaa, semua kilang… Huhu, so kteorang tak kufur nikmat, dan terus amek peluang untuk bergambar dengan pelbagai gaya seperti gaya Backstreet boys, gaya kelab & persatuan masa tingkatan 1, dan gaya bontot kebelakang, muka kedepan. Huhu..

Huhu, lepas PR2 sekalian memalukan diri depan orang2 Russia yang tgk pelik kat kteorang, kteorang blah dari tempat tue setelah dikenalpasti tempat tersebut takde penjahat sangat. Huhu (dah berapa byk huhu nie?), destinasi kteorang seterusnya ialah tempat peninggalan kapal angkasa Power Rangers zaman paleolitik dahulu. Hehe, kat sini memang best, semangat patriotik para PR naik seperti naiknya bendera Malaysia masa nyanyi lagu kat tapak perhimpunan. Kapal angkasa2 disini semuanya dibuat kat kilang Nizhny sendiri, dan kalo mengikut silibus geografi tingkatan 2, bandar Nizhny nie bleh dikategorikan sebagai sebuah bandar baru yang tumbuh akibat aktiviti perkilangan yang mempunyai kadar penduduk separa mampat di kawasan tanah palma berbukit-bukau yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan renek spesis reptilia eskrefem! Hihi..

Kat sini memang takde makhluk jahat, dah tempat kapal angkasa, takkan ader makhluk asing yang datang nak ziarah betul tak? Huhu, so kteorang bergambar lagi dengan posing2 maut yang menyebabkan semua orang Russia sekali lagi tengok kteorang dengan pelik. Kat Nizhny, bleh dikatakan hanya peranan The Journalist saje yang diperlukan, The Pathfinder, The Seducer, The Moodmaker x dapat beraksi sebab tugas diorang dah diambil alih oleh PR2 Nizhny. Thanks PR Nizhny! Huhu, The Journalist memang selalu mantap snap gambar, especially masa orang tengah tutup mata, tengah cek zip sluar, tengah betulkan tudung kepala, tengah panjat kete kebal dan lain2 posing yang menjatuhkan maruah. Huhu.. tapi PR2 ape kesah, memang diorang tatau malupun, so banyaklaa gaya2 bergambar yang kteorang persembahkan. Hihihihi..

Huhu, dah tiga tempat PR pergi, tapi aksi2 melawan makhluk penjahat Nizhny masih lagi tak best seperti melawan penjahat di Prague season lepas. Huhu, takpe sebab tue baru separuh hari PR meronda2 di bandar Nizhny. Pastikan korang stay tuned untuk tengok bagaimana PR2, sekalian menewaskan makhluk2 penjahat di Nizhny pada episod akan datang. Sekian, wassalam..

Share

Mungkin korang tak baca lagi...