Assalamualaikum semua, jawab2.. huhu, guess what I’m to going to ask you guys to guess? Huhu, betul dan tepat skali jawapan anda, The Rangers are Back!! Huhu, kalo korang blank pasal power rangers nie, sila rujuk (ferrer) balik episode2 power rangers season 1 yang masa diorang beraksi kat prague, walopon season ‘Pilfering Prague’ pon tak abis lagi, tapi aku dah beralih kepada season baru.. huhu, suka hati lecturer anat aku rr, bak kata pepatah, “my blog, my right!!” dan juga “lihat kiri, lihat kanan, lihat kiri, lintas..” erk.. ape kaitan eh?

Huhu, jika pada musim lepas Power Rangers dari Malaysia yang menetap di Moscow, untuk pura2 belajar medic tapi senanye main dota beraksi di Prague, kali nie, PR (singkatan untuk Power Rangers, bukan pencegah rasuah) telah memilih untuk menyerang kota Nizhny, iaitu salah satu tempat penjahat paling ganas (sebab senior kat sana main dota sampai x igt dunia) yang terletak di Russia. Nizhny berada 6 jam utara dari bandar moscow, erm.. utara kot..

Jadi, sebelum berupaya untuk mendarat di bumi Nizhny, PR perlu membeli tiket train intergalaksi dengan menggunakan duit biasiswa Majlis Amanah Rakyat Hancur Lebur Aduhai… (MARAHLA). Pada awalnye, salah satu anggota Power Rangers baru, ‘The Thinktank’ (kaler pink) menyatakan bahawa, tiket untuk ke Nizhny hanya berharga sekitar 700+ Rubles (Rm 70+), akan tetapi setelah kteorang tiba di kaunter tiket. Seekor makhluk asing menyamar jadi seorang orang, dan menjual tiket dengan harga 2100 Rubles. Para Power Rangers tergamam dengan gaya serangan baru makhluk asing ini. Dengan menggunakan bahasa Russia diorang yang mantap, Power Rangers dimaki hamun, lalu terpaksa membeli tiket tersebut dengan ketakutan.

Petang tersebut, PR bersedia dengan luggage diorang yang berisi dengan gadget2 membunuh, ader sesetengah tak sempat mandi. PR tiba di terminal 10 minit sebelum kapal angkasa berlepas. Pabila PR mula melangkah masuk kedalam train, udara pelik mula terhidu di hidung2 para PR, bukan kentut, dan juga bukan aura jahat. Tetapi suatu bau kemewahan, rupa2nya tiket yang PR beli adalah tiket first class, huhu, tapi sebab x paham Russia, PR beli dengan pasrah.

Huhu, mantap x? Tuelaa first time PR dapat rasa kemewahan sebegitu rupa. Kalo superhero2 lain, mane pernah naik kapal angkasa camnie, senior pun x pernah. By the way, sori sebab crita nie banyak sangat metaphor, kapal angkasa tue sebenarnye train. Huhu, aku takut ader orang tak paham. Rite, that’s all, sekian, pastikan korang tak terlepas episode akan datang dimana aksi2 lebih mantap dijanjikan.. sekian, wassalam!!~~

Coming Soon :


Share

Mungkin korang tak baca lagi...