Assalamualaikum, hue3, lama tak sentuh blog, sori sebab skang nie aku tengah mabuk main counter-strike (CS) ngan Defence of the Ancient (DotA), maklumlaaa exam tinggal 2 jer lagi, harap2 semua exam dapat aku ngan kengkawan aku lepasi dengan kaler terbang, hihi. Rite, post kali nie pasal jalan2 lagi, tak abes2 jalan2 kan? Kesian MARA, duit dia bagik untuk makan, kteorang guna untuk jalan2.. Hehe, takpe kteorang sanggup berlapar demi melihat dunia luar, untuk bawak balik tanah air, yeah!!

Dah puas pergi jalan2 kat Prague, Vienna ngan Budapest, kteorang mula meneroka bumi Russia, negara terbesar di bumi. Huhu, aku nak tunjuk bahawa tempat kat Russia pun cantek gak, bleh rr lawan Paris ngan Rome. Untuk kali nie kteorang pergi jalan2 kat satu park kat Russia, (ader lebih seploh kot park kat Russia!) nama park nie diberi Park Pobedi!

Time kteorang pergi, awan tengah buang air, so terpaksalah pilih port bawah bumbung daripada port2 kat rumput2 menghijau indah di hias deretan pokok-pokok mesra. Kteorang tak kisah pun, sebab lapar so terus tibai makanan yang masak pagi tadi. Kebetulan masa tue, ader orang Russia tengah kahwin, diorang pun pilih port bawah bumbung sama dengan kteorang, sebab hujan. Bagus kan orang Russia? Takyah susah2 habis duit nak design pelamin, kahwin kat luar lagi sempoi!

Kerakusan kteorang tengah makan diintercept oleh mamat Russia yang suruh kteorang amik part dalam majlis perkahwinan diorang tue, salah sorang member kteorang disuruh wish kat pengantin tue dalam bahasa Russia. Wish jerlaa.. pastue dapat hadiah arak, haha!! Huhu, kteorang “tak minum”, pastue kemas2 dan terus pergi amik gambar kat kawasan sekitar, best.. sebab time kteorang abes makan, hujan dah naik balik, hehehehe….

Memang kebiasaan orang melayu, kalo part2 amik gambar, takde yang jadik tukang ambik, semua nak masuk gambar. So, nasib baik kteorang bawak kaum hawa skali, diorang yang bakal jadik isteri yang patuh nie telah dieksploitasi untuk jadik pengambil gambar bebudak laki, huhu. Chill, pasnie kte kahwin k? Senyum2, awwww….

Huhu, nie waktu kteorang gi tengok pintu gerbang berdekatan ngan park tue. Huhu, pintu gerbang tue kat tengah2 jalan raya, so agak macho rr.. Time nie budak pompuan buat muka kesian, so kteorang amek rr sket2 gambar diorang.

Tue jer kot, pendek kate aku rasa betul2 bahagia hidup kat Russia, kawan2 yang happening lagi baik, orang Russia yang jahat, makcik kafe yang tak suka orang asing, dan lain-lain lagi. Hehe, nanti kalo balik Malaysia tatau rr camner, aku jadik lagi happy ker jadik cane? huhu, sekian, wassalam…

Mungkin korang tak baca lagi...