Salam, huhu.. alhamdulillah pagi nie aku diberi lagi kekuatan untuk angkat berat serta tulis post. Dah lama aku x update blog.. menyebabkan traffic jatuh bergolek2 lalu ditimpa tangga lagi. Dan sungguh, aku telah mengabaikan prinsip utama dalam melayan tetamu blog, iaitu istiqamah dalam mengupdate.. huhu, x sangka gak ader orang suka baca blog aku, sebab aku dah putus asa senanye dalam mencari fame di internet nie.. Huhu, tapi ader senior gak yg baik cakap, “bila ko nak update nie, aku gersang!” (dialog rekaan, tapi pointnya ader)

Orait, kisah Power Rangers merayau2 di Prague dah hampir nak habis, lepas nie, tinggal satu episod lagi. Yang mana aku janjikan lust dalam episod tersebut, so korang jangan miss. Hehe, rite pada hari kedua, kteorang bangun cam biasa, makan breakfast kat lobby. Time nie la the Reminder kena serang ngan resaksa pork salai. Huhu, korang baca cerita tentang resaksa nie kat part I siri nie. Huhu, lepas makan, dengan ketegasan the MastedMind, kteorang semua diarahkan untuk ke Florenc untuk tempah tiket bas untuk ke Vienna. Huhu, tiket bas kena beli dulu, baru senang hati nak perkosa Prague Square lepas nie. Hehe..

Dah beli tiket bas, kteorang meneruskan perjalanan. Btw, masa kteorang tanya direction nak g stesen bas, the Mastermind kena marah dek penjual hotdog, sebab dia nak jual hotdog, tapi si Mastermind tue siboklak nak tanye direction. Huhu, power rangers bergerak dengan metro ke Namesti Republiki…

Huhu, sampai disana, power rangers dah dikeliling dengan banyak bangunan2 penjahat yang lawa, ader europe-look gitu. Power Rangers mengeluarkan gadjet termantap diorang, iaitu kamera digital maut, lalu mengambil sebanyak mungkin bukti2 kewujudan base2 penjahat kat situ, untuk dihantar ke HQ nanti. Dan paling berjaya skali, kteorang berjaya amik gambar Prasna Brana ( powder tower ) yang dipercayai menjadi tempat simpan gunpowder para pahlawan Prague zaman dahulu kala. Huhu, kesian kat the Journalist time nie, lebam jari amik gambar, gambar dia xde byk sgt kteorang amik.

Huhu, kat blakang kteorang tue, Powder Tower..

Huhu, kat blakang kteorang tue, Powder Tower..

Huhu, setelah sector 1 berjaya dipecah masuk, Power Rangers diserang pula oleh kapal angkasa penjahat, yang berbentuk souvenir shop. Huhu, kat dalam tue ader banyak Bohemian Crystal, yang maner sangat popular di Prague. Bohemian Crystal nie macam kryptonite, die ader power yang mampu melemahkan lutut para Power Rangers sekalian. Oleh kerana tertewas kepada kilauan hijau Bohemian, the Mastermind, Pathfinder, Reminder, dan jugak Seducer telah membeli crystal2 tersebut dengan harga 4000+ Korun ( 8000 Rub/RM 800 ) huhu.. Diorang beli crystal tue untuk ibu bapa Power Rangers yang dah bersara dan jugak awek2 diorang. Nasib baik the Journalist ngan Moodmaker mase nie dapat tahan nafsu, kalo tak Power Rangers dah annihilated da..

Tengok! Seducer dah jadi senget sebab kilauan kryptonite

Tengok! Seducer dah jadi senget sebab kilauan kryptonite

Lepastue, kteorang bergerak ke battlefield Prague, iaitu Republic Square.. Huhu, kat sini memang lawa giler, keliling ader bangunan mantap2.. Huhu, ader Church of our Lady Before, ader Astronomical Clock dan sebagainya (ayat karangan bm). Huhu Astronomical clock nie dipercayai dibina oleh ahli kaji bulan para saintis penjahat pada masa dahulu. Kteorang taktau aper fungsi dia, tapi amik gambar jer untuk report ke HQ Power Rangers nanti. Pastu kteorang amik gambar ngan burung merpati, ngan pintu, ngan patung. Huhu, ceronot sgt. Tapi journey Power Rangers sebenarnye mana bleh happy2, so kteorang decide untuk pergi ke tempat seterusnya, carik mission yang lebih mencabar.

Statue nie ader dalam video klip Jason Mraz

Statue nie ader dalam video klip Jason Mraz

Astronomical Clock yang dipercayai milik kuasa jahat!

Astronomical Clock yang dipercayai milik kuasa jahat!

Huhu, baru jer nak carik cabaran, dugaan plak yang datang. Huhu, tanpa disengajakan, dengan bakat the Pathfinder memberi direction mengarut, kteorang sampai kat Hard Rock Cafe, iaitu salah satu R&R official bagi Power Rangers. Huhu, bleh kteorang isi minyak kapal angkasa kat sini. Kat cafe tue, ader bekas Power Rangers kaler oren, nama dia Clara. Huhu dah bersara pun hot lagi. So kteorang apalagi, beli baju sket dengan tujuan mengambil hati Clara pastue mintak permission ngan dia untuk amik gambar. Hehehehe, dalam siri nie, the Reminder ngan the Journalist bertuah sket. Huhuhuhuhuhuhu…

Memang mantap rr R&R Power Rangers nie!

Memang mantap rr R&R Power Rangers nie!

Mana lagi seswai ngan Clara? Journalist ker Reminder?

Mana lagi seswai ngan Clara? Journalist ker Reminder?

Rite, baju dah beli, kristal dah beli, aper lagi ek? Bas!! Huhu, kteorang dah lewat dah nie, tiket bas pkol 5, tapi pkol 4 lebih pun dok kat square lagi. Kteorang naik metro untuk ke hotel sementara Power Rangers dan packing kostum2 kteorang. Pkol 4.40 baru bertolak dari hotel. Masa nie memang kteorang lari pecut, fuh~ Smue orang kat metro tengok kteorang, rasa macam dalam movie lak. The Journalist masa nie tengah bawak beg, so takleh rakam, kalo x memang stylo giler korang tengok kteorang lari2, masuk pintu metro last minute gaya slow-mo, lompat sana-sini, mencelah makhluk prague.. Huhu.. Dengan izin Allah, tuhan para Power Rangers, kteorang berjaya naik bas 4.59 (seriously) huhu, dan bas tersebut meninggalkan Prague bersama kteorang kat dalam.

Hehe, episode prague tak abis lagi, part last akan ader dalam post seterusnya, huhu.. sementara tue, korang tengok la dulu video klip nie.. Huhu, Jason Mraz ngan Colbie Callat nyanyi lagu Lucky. Setting dia adalah kat Republic Square, dimana kteorang amik gambar ngan statue tue.. Huhu, bangga kteorang pernah pergi tempat yang ader dalam video klip. Yeah! Kat egypt saper nak buat video klip kan? K, sekian wassalam.. Psst, bagi komen sket..

Jason Mraz feat. Colbie Caillat – Lucky

“Lucky” Official Video With Colbie Caillat

Share

Mungkin korang tak baca lagi...