Huhu, salam semua. Hehe, dah lama aku tak update blog, korang mesti rindu aku kan? Huhu, time cuti dipenuhi ngan bende2 mantap seperti melayan tetamu dari tempat lain yang datang melawat aku kat moscow, main dota, melancong dan sebagainya. Huhu, so aku tak stim sangat untuk menulis post. Huhu, pabila waktu cuti dah abis, barula aku rasa yang aku rindu sensangat kepada cuti aku, kenapalaa aku tak memanfaatkannye dengan blogging serta buat duit bebetul.. huhu..

Orait, talk less write more.. arinie aku nak memperkenalkan kat korang satu kumpulan yang hot gile, yang dilahirkan kembar 6 pada cuti winter lalu, semasa kteorang mabuk meraba2 kaki europe. Huhu, kumpulan nie dinamakan sebagai Power Rangers! Hehe, tak maen r power root nie. Reason aku pilih namer camnie, sebab aku suka Power Rangers. Especially time diorang jalan seiringan secara slow-mo, pastu ader bom plak letup2 kat blakang dieorang. Stylo seyh!~ Orait girls, aku tau korang x sabar nak tengok kengkawan yang macho dan mampu mengugat kejualmahalan korang.. Huhu, presenting, the Power Rangers!!

    Photobucket
    Klik kalo korang nak tengok gambar upclose n personal!

  • The Mastermind - Kepala mission kteorang ke europe. Semua decision yang dia buat, kteorang x brani bantah. Kteorang patuh dengan mantap walaupun kekadang decision tersebut agak bhudhuh. Mamat nielaa yang berjaya ditipu dengan jayanya oleh travel agency, menyebabkan tiket flight kteorang mahal nak mampos! Tapi kteorang pasrah, setelah kteorang blasah dia punya bekalan makanan segera untuk dibawa melancong, mamat nie dimaafkan.
  • The Pathfinder - Mempunyai daya peringatan sejenak, serius! Mampu ingat metro mana, exit mana yang diambil 24 jam lepas! Membolehkan kteorang backtrack dengan senang jika tersesat. Dan kteorang memang banyak backtrack sebab banyak sesat. Banyak menyumbang apabila kteorang mengejar bas2 untuk beredar dari satu negara ke satu negara lain, sebab direction yang dia bagi adalah the shortest, the fastest, and the furious!
  • The Journalist – Seorang yang mempunyai jiwa berseni permai, mampu mengambil gambar menggunakan sebelah tangan, sambil sebelah tangan lagi berada di dalam poket. Serta mempunyai ilmu untuk suruh kteorang posing dengan seksi, carik spot yang best untuk amik gambar. Dibayar gaji dengan pujian palsu, pastue nak ambik gambar dia plak, kteorang sengaja blurkan, pastue angkat tangan n cakap “okeh, mantap!”
  • The Reminder – Tengok muka jer dah tau yang mamat nie berpandangan jauh. Selalu mengingatkan kteorang bende2 penting yang perlu dibawa seperti paspot, student card, wallet, dan sebagainya. Mempunyai pengalaman melancong ke serata dunia, sebab tue dia boleh meramal accident2 yang bakal berlaku jika kteorang x pay heed kat dia punye advice. Pernah tertukar pork salai dengan ikan.. Tapi nasib baik dia beringat dan tak sempat makan. Haha!
  • The Moodmaker – When the situation gets worse, seperti sesat, sejuk, he’s the one who appear to be in control and sane. Mampu membuat muka selamba walopon orang lain tengah tension. Berupaya membuat lawak2 bodoh pabila orang lain tanak dengar benda2 bodoh. Antara ahli yang berupaya buat2 bodoh tanpa betul2 buat2.
  • The Seducer – [ Warning - Explicit Content ] Mempunyai paras rupa yang menggeletarkan lutut makcik2 penjual souvenirs walopon mereka dah menopause. Kerap kali berjaya mendapatkan student discount untuk semua barang yang kteorang beli. Selain tue jugak menjadi tukang tanye sebab wajahnye mampu mencairkan kebekuan kalbu orang2 europe yang cepat panas baran. Macam bunga ros, cantik tapi berduri.. Useful~~
  • Photobucket

    klik gak, untuk gambo lebih besar dan teasing

Huhu, tuelah geng2 aku yang pergi ke europe pada cuti winter baru2 nie. Huhu, nak tau x kemana kteorang berpijak? Hehe, sabar ye sebab aku baru jer siap susun2 gambar yang kteorang ambik sepanjang berjalan kat europe. So pasnie, aku akan terbitkan siri travellogue europe, episode 1. Hihi, pasnie korang leh blajar sket2 dari kesilapan yang kteorang buat masa travel, pastue pi europe dan rasakan sendiri kenikmatannya.. Huhu, sekian dulu, aku nak tido. Huhu, sekian aku akhiri dengan sedikit gambar teaser trailer di atas, jangan stim.. please. Wassalam!!~~

Mungkin korang tak baca lagi...