Salam, alhamdulIllah, aku tau semua orang okay jer. Huhu, setelah aku penat main kaler2 dalam kelas histology takdi, akhirnya dengan kehebatan aku mengaler menggunakan kaler luna dari Malaysia, aku berjaya balik awal dan sempat gak aku tulis post huhu.. Hihi, aritue aku dah memperkenalkan kat korang semua jejaka2 kacak dari kumpulan Power Rangers, skang nie, kte tengok lak camne rangers sekalian nie beraksi di bumi asing Prague? Dapat tak diorang bekerjasama mengalahkan kuasa jahat? Atopon resaksa kat Prague lebih mantap?

  • Resaksa Mesin Tiket Metro Gedik!

Huhu, pada pagi yang mulia itu, sekumpulan Power Rangers buat muka poyo beli roti paling murah kat Albert Supermarket dgn harapan dapat duit syiling banyak2 untuk beli tiket metro kat vending machine. Huhu, Power Rangers kena marah versi czech, pastue The Seducer, Power Rangers kaler pink yang berbakat dalam membodek, buat muka x malu beli air tin murah satu lagi untuk dapatkan lebih byk syiling. Lepastue, kteorang bersemuka ngan resaksa mesin tersebut.

Power Rangers menghadapi kesukaran melawan kuasa jahat!

Power Rangers menghadapi kesukaran melawan kuasa jahat!

Haziq, the Reminder mula beraksi, dengan menyuap duit 10, 20 Korun kpd resaksa tersebut, tapi, pabila duit 50 korun disuap, resaksa tersebut muntah balik. Adakah haziq menyebabkan resaksa tersebut mengandung? Tidak, kerana keadaan yang sama berlaku terhadap rakan2 PR yang lain, takleh sumbat duit 50 Korun! Belum lagi ke tgh bandar untuk lawan resaksa lain, PR dah mengalami masalah untuk beli tiket metro! Bandar Prague berada dalam keadaan bahaya! Lalu, tanpa berputus asa, kteorang menyuap2kan lagi resaksa tersebut duit 50 Korun yang tanak dimakan itu tanpa jemu. Setelah sejam bergaduh ngan besi, akhirnya kteorang dpt gak beli 6 tiket. Planning kteorang untuk bertolak sejam lebih awal dah berjaya dihampehkan oleh kuasa jahat! Begitulah bagaimana resaksa pertama ditewaskan oleh kteorang,  tapi kteorang x cpt celebrate. Sebab masih ramai lg resaksa yang menunggu di bandar Prague!

    • Resaksa Penipu pandai Speaking!

    Setelah kteorang patrol kat Prague Castle, kteorang rasa lega sebab dapat tau yang resaksa hari tue x serang prague. Namun kteorang masih lagi sangsi, so kteorang decide untuk pergi Observation Tower kat atas bukit, supaya dapat mengusha resaksa2 yang main sorok2 kat prague. Dalam perjalanan ke Observation Tower, kteorang terjumpa seorang mat salleh yang hemsem, tapi x sehemsem the Journalist, hihi. The MasterMind lovetalk sket ngan dia, pastue dia bagi direction kat kteorang untuk pi O.Tower tue..

    Separuh perjalanan, kteorang dah tau, yang mat salleh tadi sebenarnya resaksa kedua yang buat pembedahan plastik jadik manusia, pastue dia belajar english ngan t-cer kat bumi. Rupa2nya direction yang dibagitau td adalah direction yang berbahaya, licin dan mungkin membawa maut! Muslihat licik ini digunakan untuk menipu Power Rangers supaya diorang mati jatuh gunung tergolek2 dengan hina! Namun, PR tetap menyahut cabaran. PR meredah belukar2 dan mendaki cerun2 licin, menuruni lembah berpuaka.. dan akhirnya.. mereka sampai di O.Tower dengan jayanya! Setelah dilihat dari O.Tower, baru kteorang sedar betapa jauhnya shortcut yang mat salleh sial tue bagik kat kteorang, baik2 jer ader jalan bertar lagi untuk sampai ke O.Tower tue, dekat plak tue! Takpe, PR x kisah… Kat bawah nie adalah episod dimana kteorang ditipu secara live and exclusive..

    • Resaksa Pork Salai!

    Pada hari keberapa ntah, selepas semayang subuh lewat, PR pakai kostum masing2 and redy pegi breakfast.  Dalam event nie, hanya PR The Reminder yang diancam! Oleh kerana The Reminder turun lewat sgt, kesemua telur mata kerbau habis ditibai ahli2 Power Rangers lain. The Reminder tension! Beliau amik lauk lain, iaitu ikan salai sebyk 3 keping! Firasat yg durjana timbul di hati the Reminder, beliau dapat merasakan terdapat ancaman kuasa jahat, walopon PR2 yang lain sedang sibuk menyeludup marjerin dan jam2 roti. The Reminder menjeling2 muka waiter di sebelah beliau ( resaksa sebenarnye tau.. )

    The Reminder tengah makan secara innocent dan kiut!

    The Reminder tengah makan secara innocent dan kiut!

    Pastu, beliau menyoalsiasat dengan wajah yg menakutkan. “Izvinitie, this is fish?” Resaksa penyamar tue pun jawab, “Fish”. Pastue PR2 yang lain baru sedar dari keseronokan menyeludup buah epal, semua PR2 lain menjeling resaksa waiter tersebut, dengan harapan bahawa tue adalah betul2 fish, supaya bleh makan byk lg! Pastue resaksa waiter tersebut tertewas, beliau bertutur “No, this pork, errr…  pork chest!”. Wicked sick!! Nyaris2 the Reminder mati diracun! Pork salai dah berada di garpu, dan beberapa sentimeter dari gigi beliau! Lalu, the Reminder tukar makanan dan terpaksa makan telur rebus jer. Walopon kentut busuk lepas tue kteorang berjaya hidup sekumpulan dan prague berjaya diprotect!

    Hihi, best tak episod nie? Huhu, tuelah antara musibah2 yg berlaku kat kteorang. Yang lain tue, alhamdulillah takde masalah apa2. Kalo korang nak tau, sebenarnya bjalan2 kat europe nie memang senang. Asalkan korang dapat speaking sket, satu europe bleh round! Huhu, klah, aku nak tido.. korang tunggu episod seterusnya, Power Rangers bakal membawa korang ke tempat2 yang mengiurkan korang, kteorang bakal tunjukkan keseksian prague kepada korang semua! Yeah!!

    Sekian, wassalam…

    Share

    Mungkin korang tak baca lagi...