a mere boy
12 Comments Aku Selalu Suka Benda Yang Tiada…
Assalamualaikum wbt, dan salam takleh tido… Alhamdulillah, walopon takleh tido, tapi masih dipanjangkan nyawa untuk tulis blog nie oleh Allah SWT dan jugak diberi ilham untuk tulis blog secara tiba2 setelah lama menyembunyikan diri. Hoho, selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang juga slalu bangun malam, bukan sbb takleh tido cam aku, tapi sebab nak bangun qiam. Ish3, jauh berbeda kita berdua rupanya my Love, benarkah aku umatmu? hohoho..
Pertamanya, aku nak menyusun 10 jari sebab lama tak update blog, mane tau kot2 ada yang rindu kat aku walopon 4-5 kerat jerr. Ceh, not that anyone cares, I know. Takpe2, iA suatu hari nanti aku akan jadik satu idol yang korang sayang sangat, sampaikan sehari aku tak update blog, korang tatau nak buat ape.. tunggu yer..
Besides takde gilfren, aku ader satu penyakit jiwa yang sangat menyakitkan, korang tau tak? Iaitu penyakit tak reti nak hargai benda yang aku ada, sampailaaa benda tue takde.. Pfff! Tak bersyukur pendek kata. Sebagai satu contoh yang sangat simple, kalo waktu sekolah ke, exam ke, atau waktu2 yang sangat sibok, waktu tuelaa jugak aku bersemangat nak buat2 benda cam update blog, buat research, buat design ke pape ke.. Pff. Tapi cuba kita lihat yer adik2 pada cuti winter baru2 ini.. berapa post yang aku tulis? Berapa masterpiece yang berjaya dihasilkan?
Kosong… hahaha, aku tak tulis post, tak buat paper. Yang ader satu video jer, tue pun aku malu-malu meow nak show off sebab video tue sangat noob, haha! Dan sekarang cuti dah abes, skolah dah start balik, jadual cam nak rape orang, padat cam metro kat moscow pkol 6 petang! And guess what? Yea.. mase nielaa baru aku rasa “eh, lame tak jenguk blog..”. Ngahahahhaaa! Esok ade kelas Pharmacology, aku jenguk buku 10 minit jer, tak hot arh buku tue.. Pastue terus layan Youtube, tengok video hot… hoho
Sekarang baru aku tau betapa berharga masa lapang yang dianugerahkan aku waktu cuti winter baru-baru nie. Subhanallah.. korang jangan jadik macam aku yer, sentiasa rasa suprised dan amazed dengan benda yang ada keliling korang, walopon benda tue tiap2 hari ada dan membosankan. Sebab satu hari nanti, bile bende tue dah takde korang rasa menyesal kenapa tak memanfaatkan benda yang hilang tue, be it gilfren, gilfren no.2 ataupun gilfren no.3.

Pasnie aku nak menulis secara rakus lagi, kembali berbloggin, walopon sokongan dah kurang, akan aku usahakan kembali cinta antara kita. Hoho, sekian, doakan aku jadik insan yang insaf dan selalu bersyukur, sekian, wassalam.
ie-ejo mmg budak last minit ssb tu ler peksa spm x bawok pencil box kalu bui tau supoh orge x caya
dah kembali hidup blog ni.
aku ingat ko kena bom dalam metro kat rusia tubaru-baru ni. itu lah sebabnya senyap je.hehe..
wandisini recently posted..Akan ku tunggu
elok la tu. takdelah rasa cam bersawang blog nih. hehe..
penhitam recently posted..Semakan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih GSST
ada peminat setia tuh… cayalah..
zik recently posted..Apabila semua komponen kereta di pisah-pisahkan
best la ade stalker yg baik. keke. stalker ni bkn sume tak baik. ada yg baik. kdg2 yg tak baik tu la bahye utk kesihatan.

mommy nana recently posted..Wanita dan Baju
Teruskan usaha dgn blog anda. Semoga sukses!
Finalcross recently posted..Perisian ‘FreeMake’ Memudahkan Muat Turun & Menukar Format Video
mana cita hok sedap nyooh nak baca puah nihh
tau takpa. ada blog buat macam tak ada blog.
nasib la hang ada pembaca blog setia macam aku ni. cepat update cepat! tulis la cerita pasal moscow tu
luth textile recently posted..Penang maju kehadapan lagi! Now running PKA!
Xde kekasih xpe, jgn xde blog..ha3.. Ngat dah ilang kemana ataupun dah pencen…he3.
Selamat menyambuta maulidur rasul..
decrewz recently posted..Buffered Earning Yang ke-4
selamat menyambut besday kekasih kite bro!! haha.. thankiu for de wish! ^^
Woot! Ada fans,nice bro. Keep it up

Loq recently posted..Maulid Nabi 1432 Hijrah
perhh fan tue..tahniah, hehe..aku pernah kate blog ko best tak?blog ko nie masuk antara blog aku wajib baca tau..hehe..teruskan berblog bro..aku nie fan ko gak..hehe