a mere boy
No Comments Happy Birthday Dr.Oracle!!
Malam tidak bersuara, semua pelajar sibuk atau buat-buat sibuk membaca buku medical ethics setebal 400 mukasurat tu dengan penuh khusyuk sekali. Perasaan serta emosi yang terpampang di wajah mereka menunjukkan keseriusan belajar dan keteguhan concentration mereka, walaupun wajah mereka tak hensem. Namun begitu, aku tidak mudah tertipu, sudah dapatku rasakan firasat yang durjana dari body language mereka, and senyuman sinis mereka disebalik wajah yang selamber itu.
Jam digital menunjukkan jarumnya pada pkol 10, aku pun siap sedia ambik buku ethics and masuk bilik aku bersama mechanical pencil 0.5 aku. So, aku baca2 sampai pkol 11.30 and terus menidurkan diri aku. Tidurku berselimutkan keringat kerana kipas yang sial. Tiba-tiba, tenet2!! SMS pertama menyerang hansetku, happy birthday!! from kakak aku. Aku baca msg tu sambil senyum2 poyo, lalu aku kembali berlakon sebagai budak comel tengah tido.
Tiba-tiba, bedebuk2! Pukulan bantal dari fariz menyerang belikatku, aku buat-buat tido lagi, tapi khai, seorang al-ghuyyup memanggil lebih ramai anggota pembelasah untuk menyerang aku, dan sepuluh saat kemudian aku diserangi empat orang pemukul berbantal yang berjaya. Aku happy sebenarnya time kena tibai tue, tapi aku buat2 penat and nak tido, hua2. Oleh sebab hari tu aku memang demam, diorang kesian pastu tukar belasahan tue kepada nyanyian ‘Allah selamatkan kamu’… huhu, aku malu nak tunjuk muka kat diorang, taktau kenapa. Macam jadik orang gay plak, tapi aku memang terharuĀ disambut jadi orang 17 tahun nie. Nyanyian mereka yang tidak bertamadun tu lunak menembusi keheningan malam, blok 7 pada malam itu telah mengukir sejarah ‘bahagiala sangat’ dalam hidup aku dan hidup penjual keropok depan kolej aku.
Hua, hua.. dah lame aku tak blogging, nie pon nasib baik ada masa nak tulis post kat umah abang ipar aku.. Haha, FYI walaupun aku dapat elak daripada kena tibai malam tue, aku tetap kena ‘berger’ oleh kengkawan aku esoknya, xbleh nak bernafas aku, tapi nasib baik aku hensem. Lepastue, diorang belanja aku berger McD big and tasty, muahaha, puas ati gak aku, aku order yang large punya, duit tak keluar sesenpun. And hari nie, aku bakal pergi kat SOGO atau timeskue untuk shopping ngan kakak aku. HAHA!!
Bagi aku, kalo korang semua dah meningkat tua, sebenarnya korang semakin pendek umur, bukan panjang umur. So, sebabtue laa korang kena azam nak jadik lebih baik masa birthday nie, walopon azam nak jadik baik tue bleh buat bila2 tapi kalo korang buat time birthday, semangat and feeling dia tu lain sket. Hehe, aku ingat nak jadi lebih matured sket, and banyak amal sket, and jadik rajin sket, and kawin cepat sket. Haha, semoga mati aku nie diredhai korang semua dan Dia. Dan lebih special lagik, aku gak igt nak ceburi balik bidang blogging nie and menjadi daily blogger yang bertamadun.huhu… Klah, aku nak pegi mandi plak nie, pasni nak pegi shopping ngan tengok Dark Knight.. Salam..
Terima Kasih atas semua yang ingat birthday aku, aku tau korang sayang aku..
(Happy birthday Yim…)